Tuesday, January 15, 2019

it's 2019

Lama giler tinggalkan blogspot. Rindu nak membebel sorang-sorang. Takde apa nak cakap cuma... 
alhamdulillah dengan segala yang kita ada. Anak-anak.. suami.. eh suami?

Ya alhamdulillah.. last year dah ditemukan jodoh sekali lagi. Banyak perkara saya perlu belajar semula. Dulu, semua urusan saya yang buat. Saya yang pikir. Hidup dengan anak2 sendiri, umpama takde spouse. Sampai saya dah jadi independant woman. ke superwoman. entah la.. 

First thing saya belajar bila bergelar isteri sekali lagi, adalah berbincang dan minta izin. Husband sangat menitikberatkan benda tu. Apa-apa mesti kena bincang, dan sebelum buat apa2 mesti minta izin. Agak kekok awal2 tu. Sebab kita dah biasa ke mana2 bawak diri sendiri dan anak. bertahun2 selama perkahwinan terdahulu. Tapi kali ni rasa lain pulak. dan pentingnya adalah terasa betul diri ni di jaga suami. alhamdulillah... 

doakan yang baik2 utk kami anak beranak. 

Hasil carian imej untuk interracial marriage quotes

Tuesday, August 8, 2017

Assalamualaikum

Ya Allah...rinduunya nak berblogging. rindu sangat.. Dulu masa FB mula2 wujud saya tak pandang pun fb. lagi suka blog sebab boleh menceceh macam2. sekarang dah banyak masa dgn fb. instagram pulak lepas tu. kesian blog ni.. in shaa allah nak update selalu. :)

Thursday, April 28, 2016

Allah sebaik-baik Perencana

Assalamualaikum.

Seriously, dah setengah tahun sejak entry terakhir. Mood nak tekan keyboard nak bercerita tu dah kurang. lebih suka scroll gambar dan baca cerita orang. Lebih banyak online FB daripada blog. Sebenarnya terlalu banyak nak cerita. Terlalu banyak nak diluahkan. Tapi tak terluah dek kata-kata..gitu... 


Sekarang ni nak citer apa pun jadi takut. Takut di salah anggap. Takpe lah nak buat macamana kan... Alhamdulillah kami anak beranak sihat walafiat. Walaupun ada episod duka dalam hidup. Macamanapun hidup mesti diteruskan. 


Damia dah darjah 3. Khalish dah darjah 1. Khalif dah masuk tadika. Izzara masih di taska, dah 3 tahun umur dia. Cepat sungguh masa berlalu. Terkenang saat aku susah payah menjaga anak-anak. Aku seorang dengan anak 4 orang. Mujur masa tu ada maid. Tapi sejak izzara lahir, maid dah balik. Alhamdulillah aku survive dah 3 tahun tanpa maid. Rumah bersepah tak payah cerita la. baru kemas 5minit, dah bersepah balik. Kadang aku naik stress. Tapi bila aku cool down, aku pikir kenapa aku nak rumah yg perfect - bersih giler.. tapi nanti anak aku yg stress sebab tak dapat nak main dlm rumah. End up anak-anak akan keluar bermain dgn kawan-kawan. Sedangkan syurga itu ada dalam rumah sendiri. Sejak tu, bila ada mood baru aku kemas. Tapi bukan la kata sebulan sekali baru nk pegang penyapu. Teruk sangat tu.


Soal jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Setiap yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Dia yang sebaik-baik Perencana. Jangan disalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Aku redha. Mungkin juga kerana doa ku. Alhamdulillah... Aku syukur segala-galanya dipermudahkan. Mungkin kerana selama ini aku sudah terlalu terbeban. Menjaga 4 orang anak seorang diri. Bawak 4 orang anak ke mana-mana umpama tiada suami. Masa dalam pantang bersalin khalif dan izzara, aku sudah beberapa ke tesco, giant beli barang rumah -seorang diri siap berstokin. Semua itu ujian untuk ku. Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku mampu tempuh setiap ujian. Tapi dengan bantuan Allah juga aku mampu pergi hingga ke puncak kesabaran. Allah Maha Mendengar. Selepas bertahun aku berdoa, akhirnya Allah bukakan jalan untuk ku. Alhamdulillah aku rasa lega dari bebanan. Selama ini pun anak-anak jadi mangsa kemarahan bila aku stress. Tapi alhamdulillah sekarang ni sejak tahun lepas, aku kurang baran. Beban aku dah hilang. In shaa Allah mungkin Allah nak beri ganti yang lain. Mana tahu........ 


Cukup sampai sini saja dulu. Ada masa kita cerita lagi. Aku nak hidupkan balik blog ni. In shaa Allah... 

Tuesday, November 24, 2015

Sapu habuk dulu - bersawang

Assalamualaikum...

lama sangat tak berblog. tak tau dah nak cerita mana satu... dari June sampai November.. banyak benda dah berlaku. Pahit Manis kehidupan...

Alhamdulillah.. Allah lebih mengetahui. Dan aturan Allah adalah sebaik2 perancangan.. Kita manusia tak mampu melawan perancangan Allah.

Apa pun, alhamdulillah juga, apa yang aku angan kan sebelum ni dah terlaksana. Aku plan nak ada biz sendiri. So sekarang.. dah ada. Next entry aku citer ok. nak masuk meeting dulu.

Bye..

Friday, June 19, 2015

Happy Ramadhan



Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadhan. Semoga hidup kita semua lebih diberkati Allah SWT.


Thursday, May 21, 2015

Happy teacher's day [belated]





Esok ada sambutan hari guru di sekolah Khalish. Siap ada tema.. boys kena pakai baju tema SUper-Hero!!! Meriahh sakan nampaknya...

So aku dah prepare hadiah utk cikgu.. dan plan utk buat cupcakes malam ni tema superhero jugak.. Doakan menjadik! heheheh....

Esok jugak ada sambutan kat sekolah agama damia. Teringat masa khalish tadika kat sek agama tu..sambutan hari guru di adakan dalam surau, bacaan yaasin, selawat etc. Tapi aku pun dah prepare hadiah utk ustazah/ustaz yg ngajar mia...

Sek keb da celebrate jumaat lepas... :)


Friday, March 27, 2015

Jalan² ke KLIA2 - Atok balik Pekanbaru


Salam...

Atok nak balik bercuti ke kampung halaman di Pekan Baru. Maka ke KLIA2 la kita yea ngantar atok naik kapal terbang. Ni 1st time atok naik kapal udara. Biasanya atok naik feri jek dari dumai tak silap. ke melaka eh.. tah la..ehhe... 

Lepas hantar damia n khalish ke sekolah,  terus kami ke airport. Tu pun diorang tak tau yg adik2 n ibu ikut gi airport. Kalau tau..konfem masing2 tak nak gi sekolah.  Ngengada... ni 2nd time ibu pegi klia2. yg 1st time tu tak sempat pon nak jalan2..just touchdown je dari sabah ujung tahun lepas, terus masuk perut bas. Kali ni dapat gak la cuci mata.. cuci poket sekali haha... 

Ala tapi takde gambar dgn atok. Bateri kamera pun dah blink-blink ajek. Hp pulak..erhmm ibu da seminggu lebih pakai hp cokia jek.. Notes tak boleh charge sbb problem. Nangis nak terbang duit.. tak mampu nk beli hp riban2 dah.. beli yg asal bole whatsapp, fb, google aje la... :p

Gambar2 masa kat KLIA2. Harap mahap yea... gambar sesaje.... heheheh




























Ibu dah berangan nak balik kg atok jugak nanti. Sebab nak jalan-jalan ke Padang, Bukit Tinggi..Istana Pagaruyung.. Bestnyeeerrrr.. Tempat tinggal tak susah sgt kot.. Hahahah nak free boleh tido kat rumah Onyang (nenek mr.shuben).. agak2 ade duit juta2 sampai billion tu bole la duduk hotel.. kekekkekekek

Ok kita tunggu promo free seat AA.. wehuuuuuuu!!!

Love,
SueQaisara

Monday, March 23, 2015

Pergi Genting nak tengok ULTRAMAN, Lupa..tiket tak beli lagi lalu sold out Hahahah!!!


Assalamualaikum...

Bersiaran kembali.. hehe... Cuti sekolah minggu lepas, anak-anak balik kampung. Kemain happy diorang yea. Nasib baik la sebab ayahnye ade keje kat sana. Tu yang angkut semua. Ibu pulak kena attend kursus hari isnin sampai rabu. Sabtu ahad sebelum tu bizi sgt mendobi. Ahad pagi baru sempat kemas beg baju ibu dan anak-anak. Kelam kabut. Pagi isnin, hantar izzara n khalif ke taska dulu. Then hantar ibu ke opis, baru ayah hantar mia n khalish ke taska pulak. Ayah kena gi keje kat KL dulu.. pas maghrib baru gerak balik kg. Siann anak2. Hati ibu risau sangat2 sebab ini 1st time ayah drive long journey berlima dgn anak2 saja. Long journey la sebab dari Kajang ke Bilut, Bentong. Kalau dlm area kajang je pun hati ibu gundah gelana..ini kan pulak jauh2.. moga selamat aje.. 

Alhamdulillah diorang selamat sampai ke kampung halaman. Knowing my husband..errrrrr kaki ngantuk lagi2 kalau driving. Hmmmppp mau la ibu tak risau kan anak-anak. Hari rabu, aku balik dari kursus, sampai rumah terus clearkan sisa pepejal anak bulus. Tinggal 3 hari penuh bekas dia.. sempat juga mendobi baju. Then husband pun sampai semata2 nak jemput ai bawak balik kg. :p

Baju utk balik kg main campak2 je dlm beg. Tak sabar nak jumpa anak2..RIndu terutama kat si kecik izzara. Ade pulak pisang tanduk da beli seminggu lebih haha..da hitam kulitnya. Ingatkan nak buang aje tp kupas dulu. Isi masih cantik cuma dah ripe sgt la.. dpt la jugak gorengkan buat makan dlm kereta. 

Hari Jumaat... jom kita pegi jalan-jalan Genting Highlands!!! 


Anak-anak sangat excited. Khalish n khalif la paling happy sebab nak jumpa Ultraman. Aku mati2 ingat show kat convention centre, menonong jek ngarahkan husbd gi ke first world hotel. Nasib la da tinggal 1 eskalator tu aku stop n tanya kat security. haha sekali kat Grand Hotel daaa... So mr.husbd jek la pi naik balik while aku n anak2 round kat indoor situ. Owhhh baru aku tau, outdoor game da tadekkkk.. tak tau la diorang nak buat ape pulak. Sebab tgh rancak construction situ. Aku cuma pikir.. larattt je segala bulldozer bagai naik bukit genting eh.. mesti pitam kereta yg follow belakang hahah... eh sekali jalan2..laaaa kat indoor game ni pun ade kaunter tiket hahah... 

bila husband sampai.. dia kata tiket sold out... cesss haku da hagak. yo yo jekkk kata 'apa guna ade member kt sana'. Nangis2 la si khalish kekecewaan.. siannyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... ibu pon rasa nak nanges jugakkkk... lalu damia mengepow ayahnye masuk snow world. kehkehkehh... 






Kita semua gayat naik skyway ni. Budak ni jek relax n cool macam takde perasaan. Dgn ayah dia jugak la.. dah la ayah tak reti dok diam. Menjerit2 damia kat dlm tu...






Bergambar sebelum tau tiket sold out :D ngeeeee



 Apa bulat sgt muka abam ni.... tak fotogenik la sorang ni. kat luar lain, dlm gambar lain mukanye...















Masa nak balik tu Khalif dok tanya.. bila nak tengok otomen, bu...

Alahaiiiiii... kita try next week eh... hmmmpppphhhh.... minggu ni last. hope ade la tiketnye...