Monday, October 20, 2008

ICT Class pulak..

Pagi2 dtg ke ILPBT, pas santap2 sket nasi lemak ngan milo, terus gerak ke Pusat ICT MPK. Sejam gak perjalanan. Nak tido pon tak bole sbb bas gegar2. Pening kepala.

Ok now dlm kelas ICT. Macam biasa la.. kelas2 camni sume utk newbies. Akakk dah hustler.. huhu belagak la pulak. Yea la.. blajar cemana nk bukak google.. yahoo.. nak save picture from internet.. nak delete history. Alahaiii.. tu yg aku dok surfing n blog hopping jek! Sempat update blog lagi ni ha..

Jap gi time minum plak.

Ermm.. Imegresen kat ne la plak kat sini? Kwn2 kata sebelah ni je tapi aku tak nampak pon. Nak wat passport. Seb baek leh claim. Huhu.. untung gak buat time ni. Tahun depan just buat utk abang ngan damia jek la... :d

Ok nak pi minummmmmmm....

Thursday, October 16, 2008

English Classes

Currently Im in a class.. learning an English as a second language. Cewahhh..poyos je type in english. Huhu..

Class ni mmg happening. We learn how to pronounce. Bersembur2 air liur. Hahaha...

Yesterday we learnt how to make a speech for public speaking. Owh.. i've got so many idea on what to tell about. But still surfing for a few articles and info. Thats y i bring my laptop in d class.

Okey.. Let's give an attention to the subject. Bye...

Wednesday, October 8, 2008

I'm Away..

Yea.. hari ni last kerja. Esok pagi2 akan berangkat ke.. tak jauh..kat Morib jek! Kursus selama 3 bulan.

9 Okt 2008 hingga 24 Disember 2008

Jenuhhhh okehh! Kain baju aku tak pack lagi. Malam tadi baru packed Damia nye.. malam ni berangkat ke Semenyih. Anto Damia dok umah akak aku. Huhuhu..

Sejak tau aku kena kursus, aku da hint2 kat Damia 'Ibu kerja..Mia dok umah makngah ekk'

Balik raya dr Phg, aku gi umah akak. Sampai je depan umah, Damia da monyok.. Nampak pulak makngah kuar bawak payung menyambut anakbuah..Lagi la Damia mengepittt kat ketiak aku. Pastu tetiba nangis. Adoihh... Tapi lama2..ok jugak la nmpk gaya.

Kemarin aku tanya 'Bole tak dok umah makngah?' Dia nampak ok.. kalau tak dulu sure dah merengekkk2.

Okey..kawan2. Ada masa aku update lagi. Doakan kesejahteraan aku kat sana nanti. Dan paling penting, kalian doakan kesihatan Damia. Hope tak demam etc. Kalau tak susahhhh akakkkk~~

Salam.

Cerita Raya - Damia

Entry saje2..suke2.. :p


Pic atas : Close-up baju raya Damia cayang. Japanese Cotton from Gulatis. Sebelum jadi baju aku tgk cam tak lawa je.. Tapi bila da jadik baju dan lekat kat badan Damia..cantik pulak. Tak puas2 aku menatapnye. Ada lagi sepasang JC jugak color white cream tapi blom dirasmikan. Bila ntah...?


Pic atas : Damia yg tak sabar beraya nak naik moto ngan PakDe n MakTeh. Aksesori kepala amat penting sbb rambut Damia tak lawa (ibu yg chop tak betul..sowie sayang). Butterfly tu pun kejap je lekat atas kepala. Ptg tu tah kemana ntah.. tak jumpa2.


Pic atas : kasut raya. Actually beli 2pairs. Yang ni saiz 17. Yg lagi satu saiz 18 kaler white n gold. Aku berkenannn sgt yg ni. Tapi tadek saiz 18. So pilih yg white n gold tu. Tapi dek kerana berkenan sgt2 dan test kat damia pun ngam2 ho jek.. maka aku pon rembat skali yg ni. Esok pagi Damia bangun tido..dia belek2 barang shopping, maka antara 2 pairs kasut tu, dia amatttt berkenann yg ni. Tak rugiiii ibu beli.. Thx cayang.


Cerita Raya -Day 2

Bangun pagi, siap mandi, aku terus ke dapur. The only menantu ni nak tunjuk bakat memasak la kononnya. Ye la kan.. pasal aku balik kg jarang la nk tgk aku masak. Tolong potong2 sayur tu biasa la.. he..

Sayur sikit punye banyak. Tapi adik ipar ku beli kelapa sebijik je... Rupanya kat kg dah kehabisan kelapa. Nak kopek kelapa kat blkg umah tu..alamatnye berjanggut la. So masak jek la..

Aku sempat makan sepinggan je lontong dgn nasi impit. Petang tu aku tgk da licinnn seperiuk besar! Alhamdulillah.. mula2 risau jugak kot tak sedap n tak abes. Petang tu kami ke Bentong lagi. Harap2 ade la klinik yg bukak. Alhamdulillah.. Banyak kedai da bukak termasuk la Klinik.


Boring2 tunggu turn kat klinik.. lama gile padahal org tak ramai pon. Damia cuba buat PEACE! Tapi satu jariii jekk..hehe
Kalau berposing, bagi jekk kat anak dara ni. Nampak camera je dia da tau apa nak buat. Kadang tu siap amek gambo sendiri lagi... Hehe


Balik dari klinik, kami beraya di rumah sanak sedara kat kg. Tapi tadek gambo la...
Raya ke-4 kami balik ke KL. Waaaa terasa rinduuuu sgt ngan KL. Huhuhu...Aku da siap plan utk beraya tahun depan. Jeng jeng jeng...... Yang pasti tahun depan raya kat umah mak aku dulu. Soo aku akan pastikan kami puas beraya kat KL dulu baru balik Phg. Bole??? Kijammmnye...... ngehngehngeh.... Sbbnye tahun ni tak puas beraya. Esok aku akan start kursus selama 3 bulan okehhh!!!

Cerita Raya -Day 1

Tahun ni beraya di rumah mertua di Bentong, Pahang. Yang seronoknya kami balik malam raya. Kul 10pm dari KL. Jalan pun clear je. Kalau balik petang sure jalan jammed lagi2 kat Tol Gombak.


Dari Melawati, abang drive teruss je hala Gombak. Rupa2nya nak u-turn, nak singgah ke BurgerKing tapi da terlajak ke Sentul la plak. Aku da tertido2 dalam kete. Penatttt sgt sbb sianggnya dok tolong mak masak itu-ini. Lepas tapau BK n mamam dalam kete, abang pun terus drive hala ke Plaza Tol Gombak. Lepas tu aku da tak sedar diri..hehe..ZZzzzz...


Sampai di kg dlm kul 12 lebih. Iron baju sambil Damia main2 dgn makcik2nya. Sekali tengok abangnye sampin baru tak berjahit lagi. Apa lagi..minta bantuan MIL la jahitkan. Menantunya teman anak tido. Bole?? Hehehe.. Tau2 bangun pagi sampin da siap berjahit. Thx mak..



Acara utama selepas bersalam bermaafan sure la acara bergambar. Tapi aku je yg over-excited. Yang lain sume malu2. Appara...




Cute sgt Damia pakai baju kurung. Sukee sgt aku tgk dia.. comellll! (puji anak sendirii..haha)

Pas makan2, kitorg ke Hospital Bentong utk melawat besfren abang, Azril yg admitted kat Darul Ehsan Medical Centre mulanya sbb demam denggi. Tapi 1 day b4 raya, dia minta tukar ke HB pulak sbb family sume kat Bentong kan..takkan nak raya sorang2 kat spital. Kesiann dia.


Aku suke gmbr damia sorang2 tu. Da pandai posing tapi tanak smile. Moody sket pagi raya ni. Lama2 baru ok.


Asik nak tengok fishhh jek! Penat aku nak menjaga. Kot kang tetiba dia swim dlm kolam tu..bukan leh caya anak dara ni.. Tu pun dia da angkat kaki nak panjat. Sabo jekk la..

Da petang sket.. balik umah maka kami anak beranak pun tido.. heheh..bestnye rayaaaa!!

Malam tu aku ajak abang cari klinik kat Bentong. Sume tutup! Aku da agak tapiii kalau boleh nak jugak g klinik. Tak tahan tengok Damia selsema teruk. Aku pulak kena allergic teruk kat tangan, kaki. Abes gatal2. Tu gara2 basuh ayam nak buat rendang la. Abang kata 'da tau allergic yg gi basuh ayam tu nape?' cewahh..senang sungguh suamiku bercakap. Kalau dia yg tolong basuhkan tak pe gak. Hurmm...

Damia lak petang tu kan da tido dari kul 3 ke 6ptg. Masa dlm kete kul 8.30pm tido lagi, kitorg siap singgah supermarket pon dia tak bangun2. Penat sgt la tu! Aku beli bahan2 utk buat kuah lontong. Then terus balik umah..... dan damia tido sampaiiii pagi!

Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidilfitri 1429H





Salam Aidilfitri 1429H utk anda semua terutama sanak-saudara tak kira di mana anda berada, dan tak kira la samada anda baca ke tak blog ni (hehe), rakan2 tak kira lah rakan skolah ke, rakan 'u' ke, rakan kerja ke.., tak lupa kepada rakan2 bloggers/fotopages sekalian tak kira di bumi mana anda berada dan juga kepada bloggers/fotopages even anda bukan rakan dan tak saya kenali.



Maafkan andai ada keterlanjuran dari kata2 atau tulisan saya.