Yea.. dok rumah di hari cuti ni mmg panas. Cuaca Panas. Nak masak pon jadi malas. Heheh.. Tapi rasa bersalah pulak kalau tak masak. Sebab suami balik weekend je kan. So nk kena la bagi rasa air tgn isteri ni. hehe.. ampun ye bang...
Last 2weeks, ayah Damia belikan telekung. Excited betul anak dara sorang tu. Ke hulu ke hilir dibawaknye beg telekung dia. Bila suruh test n posing.. ni la jadinye:
cekak pinggang tapi tak nmpk sbb dlm telekung.
Owh ya.. kadang2 bile tgk perangai anak2 ni..ada yg kelakar. ada yg buat gerammm je. khalish pulak da pandai main sorang2. Layan perasaan sorang2. Tapi tetap nk kena ada org depan matanya. Satu ketika, dia dpt cekak akaknye. Ingatkan nak disuap ke mulut. Biasa la..budak baya dia ni..sume nk dimakan. Tapi rupanya tak.... dok perati berkali2. Kelakar. Sebab rupanya dia nak pakai cekak tu kat kepala. Pandaii ehhh..... kejap2 dia pegang. pastu dia bawa ke kepala. tapi tak pandai nk letak betul2 atas kepala. hehehe... comel je aksi dia.
Hari ahad semalam, takde buat apa kat rumah. So layan damia melukis. Actually nak belikan color utk finger painting tp malas nk survey sana sini. So beli je la poster color. Da 2mggu beli. Tapi baru kali ni aku betul2 ada masa nk layan dia.
Kemudian, teringat pulak masa skolah rendah dulu kan cikgu suka suruh bawak ubi kentang la.. pelepah pisang la... bawang la.. utk buat cop2 tu mcm batik. hehe.. so aku pon amek la kentang dan buat la shape sikit. Suka la Damia mengecop.
Bila tgk gaya dia melukis ni.. jenuh nanti ni. Bukan apa.. cemana nk ber-finger painting kalau asal kaler tu terkena kat jari dia..da gelabah suruh lap. Adoi.. mmg Ms. Perfectionist la dia ni. Betul kata Munirah.
Aktiviti ni buat kat anjung belakang rumah. Seronok duduk situ especially time angin kuat. Dan pemandangan juga amat menarik dan menginsafkan. Hehe. Sebab nun di hujung sana adalah tanah perkuburan Islam. Jadi bila dok sorang2 kat situ time makan ke.. sbb situ meja makan. maka mesti rasa insaf.
Okeh di akhir sesi seni tersebut adalah acara mandi-manda di bilik air. Tak dpt amek gambar sbb sibuk melayan 2 orang anak kecil ni mandi dalam 1 besen. Hehe.. Adik pon suke sgt splash air ke muka pastu gelak terkekek2. Sejukkk hatiii di kala cuaca yg panas ;)
Owh ya. Tadi jalan2 ke blog Ereen. Ada gambar ini. Suke sgt.
Cuba cari mana Damia?
Ada mak.
Ada kakak. Ada abang. Ada kakak ipar. ada abg ipar.
Ada anak2 buah.
Cuma ada beberapa org yg takde dlm gambar.
Utk anak2 buah,
Sape lagi nak kawen pasni?
Cepat angkat keyboard!!!














