Monday, April 5, 2010

Minnie & Baby Mickey Mouse.. in da house!!

1st of all.. TQ to cik Ajan coz upload pic2 ni kat FB. Jenuhhh aii nak kopipes. Maka terpaksa la pilih pic mana yang boleh menang. Yang lain, nanti i kopipes thru pendrive ye... :)

Ok. Ini cerita majlis harijadi Damia & Khalish. Masa nak tempah kek tak tahu nak letak gambar apa. Selalu tiap tahun *ceh padahal baru kali ke-3 ni* print siap2 gambar apa nak letak atas kek. Tapi kali ni sebab last minit nye plan.. redah aje lah! Damia nak princess. Tapi pikir2 balik.. letak mickey & minnie je la.. dah itu je yg ada kat kedai kek tu. Hehe.. tu pun pic customer dulu2 punye...



Nur Damia Qaisara
09-03-2007

Khalish Amsyar
16-03-2009


Baby Mickey Mouse & Minnie Mouse
2kg
Flavor: Choco Lychee Sponge Cake
Fresh Cream
From Mon Cherry
Setakat ini, setiap tahun tempah kek di kedai yang sama. Mon Cherry, dekat sebelah KFC Taman Pertama. Depan Velodroom Cheras. Sedap! Untuk birthday cake kanak2 dia memang guna fresh cream sebab tak berminyak. Nak cuci pinggan pun senang!
Lagi satu yang saya suka.. Dia pandai lukis! Memang cantik dan takde cacat cela. Cuma kali ni agak ketara tang kasut baby mickey tu. Hehehe.. Tak kisah janji sedap!
Majlis cuma jemput adik-beradik dan jiran terdekat. Budak2 lelaki tu anak2 jiran. Ada lagi yang lain tapi malu nak join. isk iskk
'Ni Mia.... *sambil tunjuk Minnie Mouse* Ini adik *tunjuk Baby mickey*'
Damia pandai... tak keco pun nak tiup lilin adik dia. heheh
Khalish standby... nk potong kek dgn geramnya..
DAN..
Tangan kiri lagi laju drp kanan maka dia da tepuk kek tu.. yg kemudian pakciknya nampak dan amek tgn khalish dan sapu kat pipi sendiri... Ciann dia terkejut!



Adik - Syaidi - Balqis
Yang 2 tu adalah anakbuah Khalish. Yea.. cucu ibu.. ;)
Khalish tak berapa enjoy. Yea.. dia masih baby compare damia dulu. Tak pe.. ibu masih ada baby lagi.. heheh belum toddler!!! Khalish letih dan mengantuk sbnrnye..



********************
Ok ini cerita weekend yg lepas. Sabtu kami ke Sunway Lagoon. Seronok! Tapi masa masuk kereta cek henpon rupanya bateri da kong! Tak dpt nak snap pic. Harap henpon ayahnya aje la.... Camera plak rosak tak ganti2 lagi. Uihhh... hehehe ade can nk beli camera baru ni!

masa mandi tak amek pic coz brg2 simpan dalam locker.






Dalam kereta, budak2 kecik terbongkang keletihan!
Cuma aku je lately ni tenaga berganda2. Kalu tak da jalan2 camni sure cepat moody dan letih.
Agaknya sebab aku minum cocoa collagen kot. Rasanya la.... kan? Hehhehe...
Eh ok la.. nak fetch anak2. Bye!

Wednesday, March 31, 2010

Misi membeli-belah

Tak plan pun nk celebrate. Hari Jumaat sebelum balik kerja, called abang dan inform dia yang aku just nk buat simple celebration. Dalam kepala, just beli kek dan masak laksa. Jadik la...

So hari Sabtu pagi plan nak ke Tesco tapi mak ajak ke pasar Ampang. Beli sikit barang basahan harian dan sikit untuk jamuan esoknya. Seronok sekali sekala ke pasar. Barang fresh. Lagipun pasar situ bersih dan tak de becak2. Kalau ke pasar Pudu alamatnya memang aku pakai seluar buruk je la.. Hahaha...


Khalish masa kat pasar tu da mengantuk sebenarnye sebab bangun pagi sangat.

Muka pun muka toyeee je.. cian anak ibu ni!




Damia, memang teruja kalau jumpa ikan keli. Dia suka tengok ikan tu bergerak2.

'Ini apa, bu? Leh mamam tak?'



'Ermmm cedapp je buah ni'



Masa hantar separuh barang ke kereta, Damia sibuk nak call ayahnya. Pastu nak telepon kena gi jauh2. Ni memang sebijik gaya ayahnye kalau tgh jawab call.


Masa nak keluar dari kawasan pasar tu, ternampak orang jual anak2 ayam itik kat tepi pagar pasar. So parking kereta kat tepi dan bawa Damia ngan Khalish tengok anak2 ayam tu. Comel!

Damia nak! Dia geram.. tapi kat mana nak bela..






Khalish pun teruja tengok anak2 ayam/itik/angsa



Pastu ke Tesco Xtra Cheras pulak. Mencari barang2 lain.




Excited sungguh!!!










Ok.. nanti sambung lagi. :)


p/s: macam tak kena tajuk tu kan?


Tuesday, March 30, 2010

Double Celebration!!




Cerita kemudian. Ada meeting sebentar lagi :)
Lagipun gambar2 yg lain dalam camera anak buah. Kena tunggu dia email dulu.
Ini dr henpon ku. Snap sebelum majlis.
Damia sangat2 enjoice!
Khalish teruja tengok kek.. tapi ketakutan bila belon meletup.
Daa~

Friday, March 26, 2010

Wanita sarat mengandung dihempap kren (Allah Maha Besar..)

Minggu lepas terima email dari staff. Owh staff saya sungguh rajin fwd2kan email. Tapi baru hari ini berkesempatan untuk buka dan baca. *membuktikan saya sungguh sibuk dan menyibuk di pejabat*

Ini saya copy & paste dari email saje ye. Mudah. Ringkas. Padat :)


Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila menyaksikan kejadian ini....

*tidak pasti bila kejadian ini berlaku*



Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dansebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...


Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....



Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...



Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...



Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren...










Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak..... Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....
*saya sungguh membayangkan pemandunya cedera parah atau telah menemui ajalnya*





Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah padaALLAH yang MAHA KUASA....







Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....











Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......



Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...




Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!






Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....





" YA ALLAH......"



Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...









AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...




Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"













Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi " Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...





***************
Ngeri! Sungguh ngeri! Sambil melihat gambar2 tersebut, mulut saya tak henti2 berdoa agar Allah jauhkan kami anak-beranak daripada bahaya sebegini. Takut. Apatah lagi setiap hari saya berulang-alik dari Cheras(dekat Pandan Indah tu) ke Kajang. Bersama 2 orang anak kecil yang amat saya sayangi.
Selalu saya ingatkan suami. Berhati-hati semasa memandu. Terutama sekali jika saya dan anak2 turut berada dalam kereta. Kadangkala hati lelaki ni panas. Orang tunjuk lagak, dia pun tunjuk lagak. Sampai pernah saya kata :
'Ayang tak kisah abang nak bawak laju mana pun.. tapi pikirlah siapa yang bersama abg dalam kereta sekarang. Fikirkan lah keselamatan anak dan isteri. Kalau abg seorang, ayang tak kisah'
ye ke tak kisah? Sebenarnya... memang saya ambil kisah. Siapa tak sayang suami, kan? :)
Dan selalu juga ingatkan diri sendiri dan suami, kadang2 kemalangan berlaku bukan sebab kecuaian sendiri. Tapi selalunya sebab kecuaian pihak lain. macam kes di atas lah. Disebabkan kecuaian kren tu, berapa banyak kereta jadi mangsa? Dan syukur Allah melindungi wanita tersebut. Syukur pada Mu, ya Allah.

Wednesday, March 24, 2010

Saya sokong KEMPEN '90 DAYS FOR MUM'

Salam

Korang, korang rasa cuti bersalin 60 hari tu cukup tak? Pada saya, tak cukup! Sebab baru 2minggu habis pantang dah kena masuk kerja. Pastu pulak buatnya masuk2 kerja, melambak2 fail atas meja. Fuhhh..... Pastu kesian baby kan? Baru nak manja2 da kena tinggal...

Ni sempena Hari Wanita Kebangsaan 2010, NUBE ada buat Kempen 1 juta Tandatangan untuk menyokong cuti bersalin diberi 90 hari dengan bergaji. Kalau dibandingkan dengan beberapa negara Asean, Malaysia ni sikit je cuti bersalin yang diberi iaitu 60 hari. Alangkan Singapore pun bagi cuti selama 112 hari.

Saya sangat2 sokong kempen ini. Sebabnya:

  1. Ibu boleh luangkan masa lebih banyak bersama bayi
  2. Ibu dapat rehat yang secukupnya
  3. Ibu boleh menjayakan penyusuan susu ibu
  4. Tempoh 60 hari tu belum menjamin ibu tu pandai menyusukan anak dengan susu badan
  5. Bagi ibu2 yang melahirkan anak pra-matang atau ada komplikasi pada anak atau sebagainya memang memerlukan cuti yang panjang
  6. Masalah kesihatan ibu itu sendiri. Mental, emosi. Dalam pantang bukannya boleh rehat sepenuhnya...
  7. Dan macam2 lagi lah yg penting SAYA SOKONG KEMPEN 1 juta Tandatangan untuk '90 DAYS FOR MUM'

Dan kalau kawan-kawan tak kira lah yang belum/sudah berkahwin, belum/sudah ada anak, ibu2 bapa2, anak2.... mari lah kita jayakan kempen ini. Tak susahhh... Cuma klik SINI dan isi petition di bawah sekali.

Tuesday, March 23, 2010

18kg?

Salam

Nak update tapi takde idea. Nak blog pasal nuffnang punye gatsby street fair, pun tak ada idea. Blank. Blur. Entah apa-apa.

Dah masuk hujung bulan, macam ni la.. makin busy sebab meeting memanjang. Sampai mengantuk2 la dalam meeting tu. Malam tadi pulak, pukul 4.30pagi khalish bangun menyusu. Lepas tu taknak tido dalam cot. So letak la kat sebelah, sambil menyusukan lagi kot2 dia nak tido. Tau-tau je terasa rambut2 tertarik2. Rupanya khalish dok pijak2 rambut... sambil berdiri pegang kepala katil. Dia tengah cuba nak buka suis lampu. Suis tu atas kepala katil je..jenis yg pusing2. SUka la dia sebab da pandai on lampu. Hmmm...

Pastu bila letak balik nak suruh dia main dlm cot, nangis sekuat-kuat hati. Mata da la ngantuk. malas mau layan sebab takut tak sedar nanti jatuh katil pulak. Ayahnya ambil, letak kat sebelah *ayah tido bawah sebab katil dah di konker dek gadis2 ayu* pun tak jalan... sebabnya khalish masih merengek2 nangis sambil berdiri tepi katil tepuk2 ibu. Adehhh adik ni. Last2 pukul 6pagi baru dia tido. Huhu...
Dalam kepala ada banyak benda. Itu ini disitu disini... Hmm..
Ok la..sedikit update perkembangan khalish:
Umur setahun
Berat badan 9.7kg (naik 200gram sahaja banding dgn bulan lepas)
Panjang 81cm
Damia pulak,
Umur 3 tahun
Berat badan 18kg
Tinggi 102cm.
Ikut pada graf, berat damia tu nak cecah ke area merah. Means nak terlebih berat. Tapi aku tanya nurse tu, adakah graf tu ikut ketinggian jugak. katanya tidak. Tapi graf baru ada ikut tinggi. Ermmmm aku rasa berat damia tu ok kot dengan ketinggian tu. Sebabnya kalau ikut average budak yang umur 5tahun, ketinggian utk budak2 perempuan adalah 102cm. Sebab itu lah jugaaa ada jiran2 dok tanya, damia sekolah kat mana sebab dorg ingat damia sudah masuk tadika. Hehehe..