Monday, May 17, 2010

Sudah kembali ke pangkuan keluarga...

10hb mei, telah berangkat ke Kuching untuk menjalankan tugas-tugas sebagai penjawat awam. Hehe.. intro mcm baca berita. Isnin tu, pagi2 pukul 4.30 sudah mengangkut anak2 masuk ke dalam kereta. Mujur laaa en.suami ada. Sebab macam takut pulak nk drive pagi2 buta tu ke Kajang. Nak singgah kat rumah babysitter lagi untuk hantar anak2. Dengan skang ni mcm2 kes.. takut. So paksa jugak en.suami pulang dan hantar kami anak beranak.

Masa ayahnya dokong damia, dia terjaga dan tanya 'Nak pegi mana malam2 ni?' ehehe kesian... kesian sebab dia akan ditinggalkan di rumah org. Dalam kereta pun dia tak nak sambung tido. Sebab katanya, nak ikut ibu pegi kerja. Sampai di rumah babysitter, menangis2 dia sebab nak ikut ibu keje. Last2 bawa jugak la ke office, sebab takut terlambat.

Masa kat depan office dan turun dari kereta, damia da nangis2 lagi sbb nak ikut sama. Dia ajak masuk bas. So layan jugak la.. kesian nak masukkan dia balik dlm kereta. Pujuk2 akhirnya dia akur juga.....


Masa kat KLIA, snap dan sms gambar ni kat hp ayahnya. Tak lama lepas tu, damia called sambil menangis2 minta ibu balik. Dia tanya ibu gi keje naik kereta ke bas? bila ibu cakap naik kapalterbang, makin menjadi2 dia nangis...

Sampai di Kuching dalam pukul 10am. Lepas lunch, terus ke Riverside Majestic Hotel dan check-in. Sempat lena dalam 20minit sebelum ke ballroom. Aktiviti rasmi tak banyak... Jom kita cuci2 mata tgk gambar je la ye. Malas pulak nak citer panjang2.
Pic ni di ambil masa Dinner kat atas feri di Sungai Sarawak. Ada show lagi lepas makan2 tu. dan ada karaoke.
Hari ke-3 kami ke Kg budaya Sarawak. Tak jalan semua pun sbb macam boring dan penat. Boring sebab da penah pergi. Heheh..









Masa sampai kat rumah Iban, bole sewa pakaian etnik diorang. So aku pun try la sementara rombongan lain belum sampai. Sekali masa tgh bersiap2, ahli rombongan pun sampai. Maluuu nye... Yang best, Dato' YDP pun try sekali.. Huhu... Da laaa jadik pengantin Iban. Hehe.. Cutting tak cun langsung. Sebab tak sempat nak pakai PB.




Yang paling best masa show la.. Tapi kali ni mcm kurang meriah compare 2-3 tahun yg lepas. Show time macam pendek sikit. Last, aku dan kawan2 sempat naik stage memeriahkan tarian.. hehe.. mmg happening! Hilang pening..






Ni kat salah satu kedai kat Main Bazar, Waterfront. Macam2 ada....





Sebelum balik ke KL, kami singgah ke Pasar Satok. Beli terubuk masin.



Then ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Meriah macam hari raya.. Bole rasa dulu sebelum beli.



buat lawatan ke DBKU. Muzium Kucing ni rupanya kat DBKU. Comel2 belaka..




Ni stock susu yang dapat dipam sepanjang di Kuching.
Alhamdulillah..
*lesson learnt - kalo travel jauh2 sila la beli cooler BOX. jangan guna cooler bag*

Bila sampai di KL rasa lega dan tak sabar2 nak jumpa anak. Bila khalish sudah berada di pangkuan, berkali2 dia toleh tgk aku. Agaknye dia terpikir.. 'Eh ibu ke ni?' Heheh.. bila masuk dalam kereta, terus dia tepuk2 dada aku.. tandanya??? Sudah rinduuuu sama susuuuuu... hihi...




My baby boy with a pink bicycles n pink shoes. ahahha...
*pinjam shoes lama kak damia*

Sunday, May 9, 2010

Istimewa Hari Ibu

Aku teringat sesuatu. Masa muda2 dulu. Satu hari aku ke Kompleks Kotaraya. Mencari apa, aku pun dah terlupa. Oh tak silapnya, aku pegi satu kedai untuk mencuci rantai silver. Sedang menanti rantai siap dicuci, aku terpandang seorang lelaki yg bole tahan jugak la... dgn seorang anak kecil lelaki, usia lebih kurang 2 tahun. Comel. Macam ayahnya :)

Aku perhatikan mereka. Si ayah memilih2 kad.. bila da dapat dan bayar, diberi kpd anak kecil. Aku pandang pula tangan anak kecil yang memegang kad itu. Aku tersenyum.. Alangkah indahnya nanti satu hari bila aku berkahwin dan punya suami dan anak... *Masa tu aku masih study dan belum kenal lagi suami*

Kad itu barangkali dan semestinya adalah untuk isteri lelaki itu. Sebab kad itu tertera :

HAPPY MOTHER'S DAY



Hari ini, HARI IBU.
Tiada sambutan yang dirancang.
Entah2 en.suami langsung tak ambil tahu.
Dia masih di Pahang, mungkin dalam perjalanan pulang ke KL.

Tapi, pagi tadi Damia menonton tv. Ada iklan sempena Hari Ibu.
Dan Damia turut menyanyi.... sambil menggayakan tangan kpd ku.

Anak kecil yg belum tahu apa erti Hari Ibu.
Tapi aku gembira.. sebab selesai dia menyanyikan lagi Ibu, Damia cium pipiku..
Syahdu rasanya.... :)

Apa pun, nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk kawan2 semua......

Friday, May 7, 2010

SUSU IBU @ FM??

Malam tadi sempat kira stock2 ebm yg ada. Sejak balik dari kursus kat Awana & Genting View, stock ebm makin susut. Mulanya ingatkan cukup utk cover 4 hari aku ke Kuching nanti. Tapi rupa2nya mmg tak cukup! Dalam 2 minggu ni da puas mengepam, tapi masih tak dpt buat stock. Bila dpt sikit buat stock, esok lusa mesti kena curi frozen jugak utk cukupkan stok ke rumah babysitter.

Da try fenugreek seed. Tapi nan-ado!! Starting 1st day lagi da rasa yg production makin drop. Tapi macam.. tak pe la.. try lagi. So sampailah hari ke 5.. dan terus aku stop. Sbb tiap kali pam cuma dapat 2oz je... sedih wo0o... So dalam kepala, mesti la pikirkan FM utk cover susu yg tak cukup tu nanti.

So tadi try tanya kat forum SI.com, FM apa yg terdekat sekali dgn susuibu. Pertama, da tentu dari segi rasa. Sebab taknak anak confuse nanti. Pastu since Damia minum Isomil 1 tahun ke atas *bole juga utk kanak2 hingga umur 10tahun*, ingatkan just nak bagi isomil tu je. Means, cedok sikit akak punye. Tapi ada forumer yg cadangkan untuk cari penderma EBM.

Aku call suami. Ceritakan masalah. Dia pun mcm blur je bila aku kata nak cari penderma ebm.

Lynd. Dia forumer yang cadangkan utk cari penderma ebm. Dan rupa2nya dia ada stock ebm yang banyak dan berhajat utk mendermakan kpd Khalish. Sungguh suci niat dia. Dari forum, kami berhubung melalui sms pula. Bila nak cari penderma ebm ni, perkara paling penting kena fikir adalah:


  1. khalish akan jadi anak susuan seseorang.
  2. Khalish akan punye ibu susuan dan juga adik beradik susuan
  3. hubungan 2 keluarga harus tidak terpisah.

Dalam erti kata lain, perlu saling berhubungan macam adik beradik. Sebabnya, supaya khalish dan adik2 susuan saling mengenal sbg adik beradik. Supaya tidak terjadi percintaan di antara mereka yg akhirnya akan kecundang bila tau mereka adalah adik beradik susuan

Selepas berhubungan dgn Lynd.. rupa2nya anak dia adalah PEREMPUAN. Mmg perkara no.3 tu harus dititikberatkan!! Kemudian, baru aku tau yg anak Lynd baru berusia 2 bulan. Aduhai... masih kecil. Masih belum puas menyusu. Alasan Lynd utk dermakan susunya kerana peti ais sudah penuh dgn ebm. Dan dia kesiankan Khalish kalau terpaksa minum FM.

Jadi, aku yg telah berpengalaman selama setahun fully bfeed khalish ni, aku nasihatkan Lynd utk tidak mendermakan ebm tu. Aku cadangkan supaya Lynd beli deep freezer dan kumpul lagi stock seberapa byk yg boleh. Jgn jadi mcm aku.. bila da tak cukup stok baru la nak menyesal sbb dulu masa stock meriah, siap kurangkan pam sbb peti ais da penuh! Skang.... nganga je la tgk org punye stock byk gile.. bulan 10 tahun lepas punye pon ada lagi! kak mieja la tu... hehe

Tak pe la Lynd. terima kasih atas niat suci Lynd itu. Bukan menolak. Tapi baby Lynd masih kecil, belum puas menyusu lagi. Sekurang2nya Khalish sudah 1 tahun menyusu badan. Kalau topup FM utk 2 hari tu, insyaallah.. tak de aapa la kot. Cuma penerimaan dia je nanti tak tau la macamana.

Tadi sempat YM! dgn mama Miya. Dia kata, S26 punya rasa yg paling hampir dgn susu ibu. Thx Mama miya.



Utk Khalish, ibu terpaksa dik... Sedih ibu nak bagi adik minum FM. Kalau bole, ibu nk bawa adik skali pegi kuching. Tapi ini lawatan korporat. Tak sesuai utk bawa anak2 ibu bersama. Maafkan ibu.

Nanti mesti ibu rindukan adik.. rindukan kakak mia. pasti ibu rindu gelagat adik bila mahukan susu. Adik sudah pandai tunjuk ke arah dada ibu. Sudah pandai selak baju ibu. Dan sudah pandai pilih nak yang kiri atau kanan.Dan ibu akan rindukan adik yg menyusu sambil bermain2 dgn nenen..



Ahh sekejap je.. 4 hari saje!! *calm down pls*

Wednesday, May 5, 2010

Fresh milk in a cabin, anyone?

Saje nak kongsi cerita dgn kawan2. Dah banyak hari dok google pasal cara-cara nak transport ebm by flight. Kelmarin, terjumpa satu blog ni. Rasanya chinese lady. Memang dia fully bfeed baby dia sampai umor 2 tahun tak silap. Dan blog dia bole jadi rujukan jugak. Saya sukaa...

Dia ni memang kena selalu travel luar negara. Meeting sana sini. Dalam blog dia jugak ada mcm2 cerita dan pengalaman dia sepanjang bfeed kan baby dia. Mcam2 ragam org yg dia jumpa pasal bfeeding ni. Dan ada satu cerita yg buat saya tergelak besar. Cerita dia mcm ni...

1 hari tu dia kena travel dr KUL - Newark. Tapi transit kejap kat Alandra, Stockholm. Dtg sorang crew tu kata, dia bole je tinggalkan ebm yg dia pam 3kali dlm flight tu, dlm fridge diorg. Then pastu masa nk turun, dtg pulak sorang lagi crew dgn ebm2 dia skali kata yg dia kena jugak bw turun ebm tu. So fine la sbb dia mmg da agak pon kan. Then bila nak fly lagi, dia dibenarkan utk bw ebm tu masuk dlm cabin balik. Tapi utk fly ke newark tu bukan crew yg dr KUL tu, diorg tukar group yg lain pulak. So this lady kena la explain balik kat sorang crew tu utk membolehkan dia simpan ebm dlm fridge diorg. On half way dia explain tu, dtg sorang chief attendants dari jauh jerit 'Is that the breastmilk?'

This lady ingatkan chief attendants tu da di inform oleh crew sebelumnya pasal dia nk simpan ebm. Rupanya.... crew yg mula2 dtg kat dia tu yg kata bole cimpan dlm fridge tu da letak note kat fridge tu mcm ni:

'Do not remove the breastmilk in this fridge'

pastu 2nd attendant yg dtg bw ebm kat dia tu pulak lupa nk tanggalkan note tu. Apa lagi... caterer pulak dok carik2 atas bawah mana pegi ebm dlm fridge tu (yg da dikuarkan oleh attendant tu). Takut2 da di serve kepada penumpang. Ahahaha.....

So sape yg suka nk minum fresh milk dlm flight tu, hati-hati la yea. kot2 tak jumpa fresh milk, dorang guna je ebm yg ada. heheheh kelakar betul.

Sape yg nk tau cerita pasal this lady esp pasal bfeeding tips bole la gi blog dia : http://www.thesuzette.com

Salute kat dia pasal dia bole pegi luar negara selama beberapa hari (8 hari kot) dan bawa pulak hampir 250oz ebm. Salute gile. Meeting yg penting pulak tu. Dia tetap pam tiap 3jam. Huh..membakar semangat sungguh!!! Ok.. kat kuching nnt aku buat 3jam sekali ok! heheheh....

caiyokk..caiyokk.. kasi semangat utk diri sendiri!!

Tuesday, May 4, 2010

Sudah beli cooler bag!

Just nk citer pasal preparation utk ke Kuching nnt. *Kuching je....bukan abroad pon!* tapi since ini 1st time nk travel by flight dgn stock ebm, so preparation haruslah rapi. Dgn jadual yg tight jugak la masa hari balik tu nanti, so kena la sediakan cooler yg sesuai dan tahan 10-12jam.

Mulanya nak beli Coleman cooler box mcm kt gambar bawah ni. Yg ni 8liter. Macam muat jugak utk isi ebm dgn icepacks bagai nanti. Tapi kalau kosong je da berat apatah lagi da isi susu nnt. Harga tak cek lagi... tapi rasa2nya 100 ke atas la kot.





Pastu tadi pegi kat susuibu.com *skang ni da jadi ape tah nama dia, under Momslittleones* Plan nak beli techni ice tapi skang ni stok da takde. cuma techni ice yg pekej dgn cooler bag je ada. harga techni ice + cooler bag dlm rm60. tapi ada 1 cooler bag kecik, satu cooler bag besar gedabak yg kalo nk bwk travel byk2 ok la... tapi kalo sikit2, kena bubuh ice je yg byk bagi penuh. Pastu techni ice tu pon kena guna byk gak.

Then nampak beg mcm kt bwah ni. Mom's precious punya. Complete set dengan 6botol MLO + 3 icepacks + harganya RM140. Jimat hampir rm30 disitu.Tapi beg tu tak la besar sgt. cuma nampak smart. Lepas berfikir2 dan mengetest2.. beg tu muat la jugak utk simpan 8 botol MLO. Maybe cukup utk 10-15liners. Pastu aku punye medela cooler bag pon ada, so kalau tak muat, beg medela punye tu leh gak muat byk. So akhirnya aku beli je la cooler bag yg ni:






icepacks ni aku dah ada. yg guna dgn pam spectra dulu. tapi saje je la beli sbb yg tu pon da lama sgt... Icepacks ni tahan jugak 10-12jam atau lebih sikitt. Sebab aku mmg da test, dari 7am-7.30pm kadang ada lagi yg tak cair n masih sejuk. Bagus. Tapi kena bekukan at least 8jam la...lagi lama lagi bagus. So kat hotel nnt maybe akan tumpang freezer kitchen la. freezer ice cream, bukan yg ada meat bagai tu.. kang busuk pulak baunya.

Eh sape tau harga coleman cooler box 8 liter tu ekk?
Saje je la nk tau.. ehehe..
ok tadi pagi masa lalu kat satu tol tu, tollgate girl tu mcm sombong gak ar. sbb aku perasan dia mcm menjeling. tp tak tau ar kalo mata dia mmg camtu. Tapi aku wat tak kisah pon, bayar pastu pon tak pdg muka dia. tapi ada satu buat aku mcm tersedih ke terharu ke..sebak ke tah ar..
lepas je tol tu, damia cakap ngan aku camni:
Ibu, nape akak tu jeling mia?
Jeling macamana? *dia pun buat la muka tak puas ati sambil menjeling. mcm sedih pon ada org buat kt dia mcm tu*
O ye ke.. nape mia tak ckp tadi. bole ibu marah dia.
a'a.. tak baik kan jeling2. dosa.
ehehehe.. kesian dia tersentap pulak bila org tu jeling dia. ye la kan..selama ni dok lalu tol pon org dlm kotak tu mesti at least senyum kt dia.. ni tetiba plak menjeling perasan bagus. nasib la tadi je lalu tol tu sbb nk g bangi. tol simpang balak.
Ok la. Nak balik dan jemput putera dan puteri kesayangan hamba. Bye

Monday, May 3, 2010

Cooler bag!


Nak cari cooler bag macam ni. Besar. Hardcover.
Kat mana yea..... ada sape2 penah jumpa kat mana2 mall tak?
kalau kat mall, nk cari dept mana ye? help me pls....
Nak guna coleman box, tapi berat..
nak bawa naik flight nnt balik dr kuching
utk isi stock ebm
please...please..please... (kamu jgn nakal ;) )

Friday, April 30, 2010

APC dan Kuching

Hnssfff........ penat taip pjg2 tadi tp bila nk publish abis sume ilang. takpe... sabar..sabar...

Apa pun skang da lega sikiiittt la. Pasal Majlis Apc pun da selesai. Majlis telah diadakan pada 29hb kat Oriental Crystal Hotel, Kajang. Aku, ajk Jamuan. Yg liase dgn pihak hotel ttg tempahan, menu makanan dan lain2 yg berkaitan. Alhamdulillah everything goes well. Part makanan, sedap la cuma biasa la, time food test rasanya lain, bila hari function rasanya lain sikit. ehehe...

Pastu grand ballroom nye pulak tak la besar sgt. Just muat utk tak sampai 50 table. So the rest, kena duduk luar ballroom, tapi ada la tablenye kat situ. lagipun staff2 esp buruh ni, yg muda2 la...lagi suka duduk situ sbb tak la protokol sgt. Pastu, time makan pulak mmg lambat. hi-tea katakan. tunggu pulak acara penyampaian anugerah dulu. Makanya, kat table luar, bebudak tu da sebat dulu makanan yg ada. Nak buat cemana, manusia, takkan nak halang. Kot dia mmg tak makan tghari kan...mmg kebulur la nk tunggu smpai 3.30 baru nk makan. Kalo anak kambing ke.. bole la kita nak halang2 tak bagi makan ehehehe...

Kita cite ni, selang seli dgn gamba la ek. baru bestt....


Ni masa kat hospital yg dpt surat refer dr doc klinik tu. Sejukk gile ekon dia. Mmg tak tahan tapi nsb baik skang ni dia da sediakan selimut utk budak2 n warga emas.

*konon2 ayah mithali la kan...? ehehe thx abg coz tlg gak jaga anak2*




Masa ni kat jusco maluri. kat ruang legar ade promotion brg2 it. ini dia buat mcm studio la. actually dia nk promote printer dia yg leh print gambar. brand canon. mulanya aku snap guna hp je ni. pastu budak promoter tu dtg nk amik pic kitorg. tapi damia malu2 kucing la pulak. so dpt gmbr khalish yg tak reti dok diam je la. n budak tu terus print n dpt la 1 copy. tak tepek sini sbb nk kena scan dulu..alahai leceh la nk scan2 ni.



Ok. ni masa Apc. Me n my best buddy, zalinda. Masa smpai, majoriti da masuk dewan tu. so aku just letak je la kitorg punye doorgift kat meja yg paling dkt dgn pintu masuk. then bila suma da kena masuk, tgk meja tadi tu pegawai2 juga la yg duduk. ada la 3-4kusi yg kosong. Bole je duduk. Tapi aku teringat pulak somebody yg ada inform aku masa kt luar tu yg ada table kt tgh byk seat kosong. pastu nampak pulak pegawai yg dok lambai2 kitorg suh duduk meja diorg.


So aku apa lagi, drp duk bersempit2.. pastu mcm crowded sbb nnt penerima anugerah nk lalu2 situ lagi... aku ajak la zalinda dok kt blkg. Huh...heaven betul dpt dok tempat yg selesa.... makan pun tenang je. ehehhe...


Tema adalah BIRU dan HIJAU.

Air pun kita request kaler hijau.

*tahun depan kita cadang buat tema arabian nite pulak ye. tak pun garden party. ok wattt.. tempat lain ada buat tema2 ni?? takde de.. ekekekke*


Ni masa kat pintu masuk. Aku pakai jubah je... ingat senang nk tgk aku pakai jubah? setahun sekali pun mmg takde tauu!! walopun kitorg pakai simple2 je ni..tapi kitorg tau ada gak mata2 yg memandang keanggunan kami. ahahaha... yea.. kami tahu siapa anda yg memandang kami :D


Ini adalah barisan : pengarah perbendaharaan . Pen. pengarah pelesenan. pengarah audit dalam



Ok sudah. cukup pasal apc. next week start audit iso. seminggu. Tapi linda... ko tak yah la nk pening2 kepala yea. packing je la beg2 kau tu.. selamat bercuti ke Disneyland HK ok. Jgn lupa souvenir utk aku kena lebih2. ni mmg kena font besar n kaler, nk bagi ko nmpak bila baca, ye linda...ehhe


Minggu lagi satu pulak, aku akan ke kuching. Ada retreat A.Majlis. dekat 50 org gak la yg pegi. Alahai... maknanya aku akan tinggalkan lagi anak2 aku. Iskk iskk.... Teringat pulak kisah masa aku nk kursus baru2 ni. Plan asalnya, mcm yg aku ada cite, nak letak khalish kat rumah babysitter. Damia, ayah dia yg jaga n katanya nak bw balik kg sbb ada keje kat sana. tapi sehari sebelum tu, tetiba ayah dia kata camni: 'mak suruh bawak balik damia & khalish ke kg, mak nak jaga' aku mcm..biar betul? sebab aku pun mmg tau, mak mertua bz meniaga kedai makan, macamana nk jaga budak2 ni. adik ipar pun tlg mak diorg meniaga. aku taknak la menyusahkan diorg pulak nanti. lagipun tak penah lagi tggalkan khalish kt sana. damia da besar, tak susah sgt nk jaga.

khalish masih kecik. pulak tu fully bfeed. nak uruskan susu dia, nak cairkan, nak panaskan, semuanya ada peraturan. pastu, sape2 yg da ada anak mesti tau bila anak da ada stranger anxiety atau separate anxiety *kalu tak tahu tlg la google* mesti kita sbg ibu ni, was-was samada org bole jaga ke anak kita, atau anak kita ni boleh ke terima org lain yg jaga dia.

tapi bila hubby da yakinkan yg budak2 tu akan ok..dan mak dia yg nak sgt jaga.. so aku pun turutkan aje la. ye la kan... kesian pulak kat mertua yg rindukan cucunya. tp mertua aku sibuk kt kedai. so adik ipar la yg byk tlg jaga *tima kasih byk2*.

Tapi utk ke kuching ni, aku da inform hubby. kalu nk antar balik kg lagi mmg susah sikit la sbb isnin tu kul 5pagi da kena ada kat office. flight kul 8pagi. balik pulak, depart dr kuching kul 6ptg kot. so arrival dlm 8.30pm. kalu camtu mmg susah la sikit nk antar anak jauh2. lagipun tadi da ckp dgn babysitter. dia suke je nak jaga khalish. n dia pun ada ckp yg dia takde masalah nk jaga damia sekali. alhamdulillah.......

so skang ni, aku kena pulun pam utk cukupkan stock ebm nak tinggalkan bsama2 khalish nnt. oh tadi sempat pegi Jusco Bdr Mahkota Cheras. Ada store GNC kat sana. So for the 1st time, aku telah beli fenugreek. production takat ni takde la masalah. tapi sbb nk pulun pam so aku try la. nnt aku inform keberkesanannya ok!

n pasni nk study kat susuibu.com pasal nak transport ebm. memandangkan retreat ni selama 4 hari, so ada susu yg aku perlu bekukan. so aku estimate stock ebm yg aku dpt pam kt kuchg nnt lebih 50oz. so aku perlukan container/coolman box yg sesuai dan nak beli techni ice byk2. harap2 selamat la susu aku.

Eh pastu nk tanya...kalau bawak ebm naik flight (hand luggage) imigresen cek takg??tlg la kwn2 yg ada pengalaman tu ye..... ok...esok hari cuti, dan nk ucapkan:

SELAMAT HARI PEKERJA :D








Wednesday, April 28, 2010

tak sempat

nak update. Bizi. ni tau2 dah kul 5.15pm. 3 malam tak cukup tido ni. Malam tadi nasib baik ok sikit la.. khalish tak meragam. 2 mlm sblm ni mmg asyik menangis je dia nk tido. tak selesa agaknya sbb selsema n batuk kahak. kalu kita kena pon mmg tak selesa, inikan budak. nak ckp tak pandai, nangis je la jwbnye...

mlm tadi, bw skali lagi ke klinik. ni da 3 kali pegi. isnin malam tu pegi gak klinik kul 12.30am sbb khalish nanges2 tak leh tido. bunyik kahak. nk minta neb tapi doc kata tak perlu. just bg ubat je. mlm tu even da bg ubat pun still tak leh nk tido.

so mlm tadi lepas dinner, bwk jugak ke klinik razak. tapi doc lain, bukan doc razak atau doc hanafiah yg hari ahad tu. so doc ni suh amek neb. mlm tadi jugak baru aku dpt tido yg agak sedap even terjaga juga beberapa kali melayan tangis khalish. ni pun nasib baik ayah dia ada so boleh la ayah tlg layan kak damia. ermm mlm ni, ayah takde. sian la damia nnt kena uruskan diri sendiri. mujur dia da pandai berdikari.

ok, just letak 3 kpg pic je. bagi berseri2 sket blog ni. ekekekeke...


ni dlm cable car ke genting highland.
kejap ku tgk, ok je bila pakai tudung ni.
kejap tak ok.



Berebut nak naik kete ni padahal byk lagi kat sebelah2 tu.
khalish pon da boleh tahan tanak mengalah...


ni la hotel kat genting view resort. cantik jugak. tapi byk habuk jugak.
tidak laaa aku dok sorang2 kt dlm ni. bilik ade, tp aku dok kt bilik org.
ehehehe

Ok. nk g tesco beli brg n fetch damia n khalish. bye.