Saturday, June 12, 2010

Hilang rindu sudahh

Ok.. rasa rindu pada anak2 sudah terubat. Semalam sudah pulang dari Bagan Lalang. Sampai office kul 3pm. Sempat pegi Giant Prima Saujana dan minum2 petang kat kedai mamak situ. Dengan my office-mate, kak lynda. Kul 5 jemput anak2. Sampai depan pagar rumah babysitter sudah nampak Damia & Khalish dok tunggu kat pintu. Khalish paling excited. Like really excited.. Agaknye dia kata 'susu sudah pulang' ahahahaha.....

Sebenarnye nk cerita, masa nak gi kursus ni stock ebm utk kh, khalish ngam2 tinggal 17oz sahaja!! So tawakal je la tinggalkan dia kat umah orang dgn stok yg sikit sgt, cukup utk minum pagi sampai petang. Lepas tu dia kena minum susu formula *isk iskkk sedihhnyeeee bagi dia FM* Sepanjang usia dia ni, tak pernah minum Fm. So tak tau macamana penerimaan dia. Masa gi Kuching dulu, mmg ada standby Fm tapi alhamdulillah stock ebm masa tu cukup sgt2 smpai aku pulang.

Rasa berdebar2 sbb takut dia tanak minum. Aku standby susu Progress Wyeth. Alhamdulillah, khalish bole minum. Bila aku balik..dia mcm tak sabar2 nak nenen. Disingkapnye baju aku, siap meniarap intai lagi sambil aku membuka tali bra. Hahaha...comel. Kiutt. Sambil menunggu tu, lidah dia da menjilat2 bibir. Tak sabar agaknye.

Masa malam 1st kat Bgn Lalang, lepas taklimat kami kuar beramai2 *tapi tak semua la* gi makan seafood. Dekat 20 org juga la... termasuk 2nd big boss. Someone belanja.. kira celebrate my birthday la gitu. Ahaha...

Ermm.. mcm terpikir apa tau.. nanti bila free..weekend ke... bila2 ke.. bole la check in kat Sri Msia Bgn Lalang, ptg2 bawa anak main layang2 tepi pantai.. atau mandi pool. Then malam bole makan seafood. N before balik boleh beli ikan fresh! Semlm sempat beli udang laut *1kilo RM55 okeh tapi besar2*, pepahat *1kilo rm20* dan Lala *1kilo rm12 tapi besar2 lala dia*.

Balik..masak.. ermmmm mmg manis dan sedap! Fresh katakan... eh ok la.. D&K da kaco. Bye

Wednesday, June 9, 2010

Upgrade to Ver3.0

Alhamdulillah.. Hari ni aku telah upgrade ke version3.0 ye kawan². Tapi belum tau lagi kehebatan version baru ni. Power ke tak.. belum tau. Tapi insyaallah aku akan cuba lakukan yang terbaik dan cuba untuk mencapai setiap impian aku sebelum ver4.0 keluar nanti.


Ehehe..apa yang aku repekkan ni? Sebenarnya....



Hohoho.. saya sudah 30 tahun pada hari ini. Tima kasih pada kawan2 yang wish kat FB. Tima kasih pada suami yang telah wish malam tadi, tu pun sebab alarm henfon dia berbunyi dan kuar note 'my wife birthday'. Pastu nak tunjuk kat aku suh aku baca.. ahaha aku sbnrnye da tauuu tektik dia. Tapi saje tanak baca sbb nak dia wish sendiri.

Pagi tadi dalam kereta..

Mia, hari ni besday ibu. Cepat la cakap hepi besday ibu...

*Damia senyum simpul, mcm bday dia lak kan*

Cepat la cakap.. hepi besday ibu..

Ermm..nanti ar.. petang nanti mia cakap..

Aduhhh... kasihan anak itu. Sebab petang nanti ibu tak datang jemput mia dan adik. Ibu kena pegi ke bagan lalang, ada bengkel. Hari Jumaat baru ibu balik. Ok sayang...

Friday, June 4, 2010

Aku yg hampir kuyup dalam perhimpunan....

Alhamdulillah.. pagi tadi berlangsung perhimpunan pagi untuk semua kakitangan Majlis. Hujan lebat betul masa aku on d way, kat hiway grand saga. Dalam hati dah berkata2, agaknya perhimpunan tak jadi la..sbb da lebat sgt. Tapi masuk je area Kajang, tak ujan pon. Last2 Dato' kata perhimpunan tetap on.



Ok la tu.. tak la sia2 aku standby skrip ucapan. Hehe. Oh pagi ni department aku jadi hos perhimpunan pagi. Mujur jugak la hujan, so cuaca sejuk je.. Masa aku bagi ucapan, time tu rasanya hujan makin turun. Makin laju jugak la aku sampaikan ucapan aku. Dan-dan pulak bila turn Dato YDP nak bagi ucapan, hujan terus berhenti. Sabo je la.... Kuyup kertas text aku tauu. ehhe...

So overall.. semuanya berjalan lancar walaupun kami dimaklumkan utk jadi hos pd hari khamis, sehari sebelum. Tak silap aku, perhimpunan yg lepas2 tu.. yg jadi hos dok asyik bercerita pasal kesihatan.. pasal makan la.. pasal tido la.. pasal senaman la.. Dan bila tiba giliran aku, aku tanak dahh cite pasal mende2 tu. Bosan! So aku citer pasal Hari Ibu.. pasal mcamana nak jadi ibubapa terbaik.. Dan aku ada bagi 2 cerita pasal pengorbanan ibu.

Lepas perhimpunan, ramai gak ar yg wish congrats dan diorang sgt terkesan dgn cerita yg aku kongsikan tu. Sampaikan ada pegawai lelaki menitis airmata.. Apa yg aku citer???

Citer pertama pasal gempa bumi kat Sichuan, China. Pasal seorang baby yg dijumpai masih hidup dan selamat di bawah badan ibunya, tapi ibunya telah mati dlm keadaan melutut... Citer ke-2 pasal Capt. Ginger Bohl yang hantar stock ebm kat anak dia dari Afghan ke Michigan.

Ok la.. Next week bz. Ada bengkel perjawatan kat Bagan Lalang. Kalau sempat bole la blogging dari sana. Chiow...

Wednesday, June 2, 2010

Rindu pada mereka. Kenapa kejam, pergi tanpa berita???

Hari ni, kemas2 ruang kerja di office. Dah serabut sgt aku tengokkannya. Kertas bertimbun2. Bila da kemas2 drawer, terjumpa pulak cd yg aku sendiri tak pasti apa isi kandungannya. Yg aku tau, mesti ada gambar dalam tu sbb aku ada tulis kat cd tu 'my pic'.


So aku buka cd driver dan masukkan cd tu. Rupa2nya mmg byk gambar lama2 aku dlm tu. Gambar sebelum kawen dulu. Belek punya belek, aku terjumpa satu gambar. Oh.. sangat teringat... sangat rinduuuu.. terus sebak rasa di dada dan airmata mula bergenang. Aku sangat rindukan mereka.


Dulu, mak aku jadi pengasuh budak. Yang paling lama adalah anak2 sorang cikgu ni. Sorang aban

g, 3 org adik ppuan. Aku paling close dgn anak cikgu ni yg ke-3 dan 4. Sebab lepas pantang je terus mak aku jaga. So time tu aku study kat UiTM. Bila cuti semester, mmg aku lah yg jadi pengasuh. Mandikan... bagi makan..main2... sampaikan 2org beradik ni mmg sgt mesra dgn aku. Time tido ptg, mesti nak aku yg temankan diorang tido. Sorang kiri, sorang kanan. Aku di tengah2.

Bila sorang tu umur dlm 3thn, dan sorang lagi setahun lebih... lebih kurang baya damia n khalish skang ni.. suami cikgu tu kena transfer ke Jerteh tak silapnya. Suami dia askar. So cikgu ni ikut pindah sekali. Masa hari last dia kemas2 barang, aku pegi rumah dia. Dekat je.. selang beberapa buah rumah. Rasa tak puas main2 dan bermesra dgn anak2 angkat ku... Dan yg paling sedihnya..masa aku nak balik.. kedua-duanya meronta2 menangis2 nak ikut aku. Tak pernah2 mereka buat mcm tu. Aku senyum tapi air mata sudah bergenang... Sedih sgt2.

Bila hari raya, aku hantar kad raya. Bila terasa rindu, aku kirimkan surat. Tapi satu pun tak berbalas. Aku jadi sedih.. Aku terasa seolah2 ibubapa mereka memang sengaja tidak mahu membalas. Sengaja tidak mahu memberitahu khabar berita ttg anak mereka. Sengaja!!! lama-kelamaan aku jadi akur.. Sehinggakan alamat rumah mereka pun aku tak tahu simpan kat mana skang ni..

Tadi, bila tgk gambar tu, aku terasa sgt2 rinduuuu.. teringat telatah mereka. Teringat bhw cara utk aku mengingatkan mereka bila sekali sekala balik (da tentu diorang lupa ttg aku bila berbulan tak jmp) aku akan tunjukkan rantai dan loket aku. Terus diorang main2 dgn rantai dan terus dipeluk dan diciummnya aku. Ohhh teringat sungguh.

Sekarang, mungkin mereka sudah bersekolah. Ainul yg dulu usianya 3thn, mungkin sekarang sudah Darjah 1. Afifah, mungkin sekarang sudah masuk tadika... Oh rinduunya...... mujur ada gambar pengubat jiwa.

Aku sudah lupa nama ibubapa mereka. Tapi mana taukan kalau2 ada pula sedara mara mereka yg terbaca blog ni dan masih kenal gambar mereka smsa kecil.. beritahulah saya.. sy sgt2 merindui mereka........

Ainul & Ifah (2003)

*hargailah pengasuh anak anda. kasih sayang yg dicurahkan adalah amat berharga walaupun tidak sebanding kasih sayang kita kepda anak sendiri...

Friday, May 28, 2010

4 tahun laaahhhhh!!!

Alhamdulillah... hari ini genap 4 tahun sudah. Masih baru lagi. Masih jauh perjalanan kami,insyaallah....

Syukur kerana kami telah dikurniakan 2 orang cahayamata.. Syukur sangat2.

Semoga Allah jadikan kami pasangan suami isteri yang berada dalam penuh kasih sayang, penuh perasaan sabar dan tolak ansur, semoga rezeki kami tiada putusnya dan Semoga hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Amin ya Rabbal Alamin...


Majlis Resepsi 28 May 2006



Majlis Merisik & Pertunangan 28 Ogos 2005










*memang hover kannn? Mengalahkan perantin Ekekekeke...pedulik apa*

Sweet Memory
Tasik Kenyir




p/s: walaupun abang bukan lah type yg romantik, tapi ayang tetap sayang tauuu :D


Tuesday, May 25, 2010

Secret Recipe punye model baru.. ahahha

Ahad petang kemas2 kereta nak hantar ke carwash. Macam2 barang ada dalam kereta. Mostly barang2 damia. Mana taknya, setiap hari pasti ada sekurang2nya 1 barang atau toys yang dia bawa masuk kereta. Cadangnya nak ke carwash dan ke supermarket cari pewangi kereta. Kasik wangi2 sikit..

Ingat bawa khalish je sbb damia da ikut pakciknya ke Ampang, sesi teh tarik. Tapi masa nak keluar tu, dia da balik pulak. So bawak je la dua-dua sekali. Ayah takde. Ibu je la...

Bila da isi minyak dan pusing2, perut pun lapar. Ajak makan cake. Laju je Mia.. So pegi la kami ke Secret Recipe Pandan Indah.




Damia order blueberry cake. Sedap. Itu pun sebab dia tertarik dengan hiasan cherry. Macam2 gaya makan dia buat. dari guna jari, sampai la guna mulut macam tu aje. mana tak comot. nakal sungguh.



*ni la model yg dimaksudkan*
Pastu lasak mcm boboy. panjat sana sini sampai tergolek dog, dan nangis. hehehe..
Aku? Biasa order Fish n Chip. Sbb fikir khalish bole makan fries. Bila da order, sekali nampak ni:


melelehhh air liur. Terus tukar order. Sedapppp sangat2. Ikan pun lembut la kan compare fish n chip punye...
Waaa terliur lagi la..... sape mau belanja pulak ni?
Ajan ke? eehehhe

Monday, May 24, 2010

Shrek Forever & After


Dah tonton movie ini???







Kami sudahhh..... :D


Al-kisahnya, setiap hari on d way balik kerja lalu depan Plaza Phoenix, Cheras. Depan sikit ada billboard yang iklankan movie ni. Maka aku pun telah meracun Damia tentang nak tengok wayang. Sebelum ni tak pernah kami berjaya tonton wayang bersama2. Dah penah jadi 2-3 kes, dah beli tiket..last2 damia meraung tak nak masuk cinema sebab gelap. Tiket tu burn macam tu je....


Aku da lama sangat tak tengok wayang. Serius!! Last rasanya masa damia masih baby dulu.. bole la ditinggalkan kejap dgn opahnya kan. Jadi bila hari2 lalu depan billboard tu, hari2 aku tanya damia nak tengok wayang tak. Mulanya keluar la teori dia yang wayang tu gelap.. nanti mia takut. Tapi kena pandai psycho jugak la kan. Lepas tu, hari2 pulak dia tanya bila nak bawak dia pegi tengok wayang. Huhu..


Sabtu semalam, kami bawa damia dan adik pegi Cheras Leisure Mall. Tu yg paling dekat. Excited walau ada rasa takut2 dia. Belum apa2 lagi, dia da termuntah kat queue orang nak beli popcorn. Sabo je la.. heheeh...


Sape yang tak tengok lagi cerita ni, pegi la.. Memang best. Bawak budak2 lagi best. Enjoy. Khalish pulak start je movie dia lak nak tido. Lepas sejam kot baru dia bangun. Pastu sibuk je mulut dia 'UUhh...Eehhh..' sambil tunjuk kat Shrek.. Donkey.. Puss..


Abes je movie, ayah bawak ke tempat game pulak. Bagi damia n khalish main2 kejap.. ayah dan mia sempat karaoke lagi dlm karaoke jamban tu. Jam masa tu da pukul 8pm kot. Ayah ajak balik. Katanya masak n makan kat rumah. Ibu tak kisah (tak kisah la sangat...) sbb kalau malas+penat kang masak je telor ngan sardin. :D tapi damia macam da bole baca pulak fikiran ibu. Like Mother Like Daughter la kan.....


Damia beriya-iya nak makan kat kedai. Last2 masuk Kenny Rogers. Nyummm nyummm... Aku order mango juice (no ice), makan mcm biasa la; quarter meal original, side dish : macaroni cheese, rice n potato salad. Senang nak suap2 khalish. Damia punye share dgn ayah. Tapi air, dia order Strawberry Yogurt Smoothies. Sbb tertarik dgn gambar strawberry tu. Yea.. Damia mmg fanatik strawberry skang ni. Tapi yg perabihkan sape lagi kalo bukan aku? Hehe sbb itu pun my fav drink. Thx Mia.. sbb tlg orderkan ;)



Memang weekend yang best. Akhirnya dapat tgk wayang semula. Pasni takde masalah lagi la hendaknya. Untuk ayah, tima kasih byk2... seronok kan dpt luang masa sama2 dgn anak2. Walaupun sekejap sbb ayah kena balik ke Pahang atas urusan kerja. Tima kasih sbb belanja kami - isteri & anak2.

Friday, May 21, 2010

Photography di wetland, putrajaya

Ahad lepas gi ke Putrajaya. Plan mengejut je ni. Ingatkan nak gi Jom Heboh tapi lokasi pun tatau. Main redah je. Park keta, pastu terus naik ikut Cruise Putrajaya tu, terus kuar kat Dataran depan masjid. Rupanya kat situ sambutan hari belia. Ok la.. tak kisah. Nasib baik ade Upin & Ipin. Walaupun panas, sanggup tunggu disebabkan anak dara nan sorang nak jumpa U&I.

Sebenarnya, en.suami nak jumpa client dia kat Wetland. Tu yang kitorng pun ikut sekali. petang dalam kul 3 lebih, baru pegi wetland. Mulanya aku tunggu dalam kereta je, dengan Khalish & Damia. Tapi bila da sejam menunggu... kaki pon naik lenguh2.. perut lapar, tekak haus.. maka aku pun bawak la anak2 turun.

Sekali bila sampai kat coffee house tu (coffee house ke? kantin ke?) tengok en.suami tgh borak2 dgn client dia. Ok la..aku da tau sangat..dia selagi orang tak halau suh balik, selagi tu dok bertenggek kat situ cerita pung pang tah ape tah.. So pas minum2 n makan pisang goreng, boring2.. turun lah ke tepi tasik. Last2 dapat idea nak snap pic budak2 ni... Tada.....





Ok. Kini baru aku tau kat sini laaaa lokasi kak zubye selalu buat photography budak2 tu.
Memang cantik tempat ni. Kesian aku kan... 1st time turun wetland ni. ehhe


Kakak & Adik
Love both of u, very strong!!!




Dua-dua da masyamm.. da macam nak pengsan tapi tetap main




Satu2 nye pic yang damia camera-friendly





Gambar di edit guna photoshop. Skill main belasah.
Gambar asal, muka khalish gelap sbb background cerah.





Merenung masa depan kah?
Ok.. masa nak balik ke kereta, aku perasan ada kelisa pink comel je park kat situ. Terus tunjuk kat mia n dia nak amek gambar ngan kete tu. Yang bestnye, damia kata;
'nanti ibu beli kete mia macam ni tauu....'
Insyaallah...

Ini aksi gedix yang membuat ibu tergezut sebab kata2 damia :
'ibu..cepatt.. amek gamba montot mia'
Awwww... bakal jadi model kereta kahh kamuu wahai anak?
Ok.. ni saje je nak tanya kekawan. Kelab B*auhinia kat ofis ni buat pertandingan seiras wajah sempena Hari Ibu. So saje je la masuk dengan damia ni.



Seiras kah kami??