Monday, February 21, 2011

Mimpi bersalin

Sejak kandungan masuk 32 weeks, dah 3 kali aku mimpi nak bersalin. Phewww~! 1st mimpi tu, aku masuk labour room. Tapi bole pulak ada husband, damia ngan khalish dok tunggu kat luar labour room.

2nd mimpi, kat labour room jugak. Aku macam nak meneran la... bila bangun aku rasa perut sakit n rasa berat ke bawah je.. n aku noticed jugak, perut aku dah turun sket masa bangun tido tu. Adakah aku betul2 meneran masa tido tu? Erkkk risauunyeeeeeee!!!

3rd mimpi adalah sabtu malam. Aku mimpi gi wedding ke ape tah, mcm kenduri kat Port Dickson ke Melaka tah... Lepas aku makan tu, bila bangun someone panggil aku n dia cakap air ketuban aku dah pecah. Ehh bole aku tak perasan? Bila aku tengok, memang basah la kain aku masa tu *dalam mimpi yea*.. pastu ckp kt hubby, doc pesan kalo air ketuban da kuar kena cepat2 gi spital. Pastu bole pulak terpikir takkan nk g spital PD tu kot... pastu ada plak mak aku dlm mimpi tu cakap ni takde pa pe... balik je KL dulu. Heeeee.. Pastu aku pon terjaga!

Ni agaknya pasal aku berdebar2 nak bersalin kot. 2 experience aku yang lepas, masa check up BP naik turun n terus refer ke hosp. by that time masa kat spital, bukaan dah 4cm. 2-2 exp sama je....... So kali ni aku tak sure adakah bakal ke hosp dlm keadaan yg sama, atau mengalami tanda2 bersalin mcm org lain... Anyway harap masa tu hubby ada di sisi.. Kalo tak sape nak antar aku gi spital?? Mau aku drive sesorang gamaknyee... isk isk iskkk *lap air mata awal2*

Friday, February 18, 2011

It's a BOY or GIRL??

Since aku dah ada sorang anak perempuan dan sorang anak lelaki, kali ni aku tak kisah samada lelaki atau perempuan. Tapiii still berharap ia adalah ______ (isi tempat kosong; lelaki @ perempuan). heheheheee...

Gender dah tau dah.. dah bape kali scan pun ituu yang dia tunjuk. Bila tanya damia pasal nama baby, damia kata:

'kalau girl - balqis' <--sebab nama besfren kat skolah dia..
'kalau boy - farish' <-- sebab nama baby yg ex-babysitter jaga.

Tapi tanya lagi skali seminggu kemudian, nama tu dah bertukar pulak. Sukati laaaaaaa... yang penting ibu dah ada nama. Ngehngehngehhh...

Cerita pasal pilih nama anak ni kan, kedua-dua anak aku tu, nama diorang aku yang pilihkan. Nak suh hubby? Alamatnya nama yang oldschool je la yang dia letak. Saboo je la. Kali ni katanya nak pilih nama untuk anak. Tapi aku dah reject awal2.. hahahahha.. tolongggg la jangan letak nama like 'abu bakar', 'abu kasim'.. Eiiiiiii.. nama tu glamer masa aku skolah rendah je.. memang old-fashion betul la laki i ni..

Nak pilih nama anak biar la yang nampak up-to-date.. nampak moden *cewah* tapi makna yang terbaekkk!!! Masih bercirikan nama islam. Sebab nama ni budak tu nak bawak selama-lamanya.. Sebab aku ada kawan nama abu kasim dulu. Tapi dia 'Awwwwwww' gitu. So tanak la nnt anak aku pulak jadi gitu. Psiko gile.. Kalo abu bakar lak, aku dah membayangkan mantan ketua kg aku dulu.. pakcik bakar.. gemok, pendek dan boroi!! Erghhhhh....!!!!

Nama damia dulu, aku dah standby 2 nama. Samada nur damia zafirah atau nur damia qaisara. Tak tau nk pilih yang mana satu.. sampailah masa aku selamat lahirkan dia, dan nurse letak kat sebelah aku. Aku tengok budak tu comel, putih gebu... memang pulih melepak la. Terus cakap kt hubby 'nama dia nur damia qaisara'. Hehehhe..

Masa Khalish lak, tak pandai la nk pilih nama baby boy. Penat dok padankan 2 nama... Masa dalam NICU pun dok diskas lagi dgn hubby nak letak nama apa. Tapi aku dok tekankan nama 'khalish amsyar'. Sedappp je bunyik bila di bin kan dgn khairul akbar. Tapi before bersalin tu aku berkenan sangat dgn nama 'muhammad aisy hafiy' cuma bila di bin kan dgn khairul akbar, aku rasa mcm tak terbawak pulak.. hehehe.. Lagipun masa tu ramai gak forumer kat satu web ni, rata2 anak lelaki dorang letak nama tu. Then konfem la nak letak 'khalish amsyar' cuma tak sure nak letak 'muhammad' ke tak...... Aku tak nak. Alasannya nanti kat sekolah ramai gile nama 'muhammad', penat nak tunggu turn. Lagipun tak 'masuk' dgn nama bapaknye. Hehhehe.. Last2 amek je 'khalish amsyar'.

Hmmmmmm kali ni aku dah standby dah 2 nama ; nama boy ngan girl. Cuma tak konfem lagi la. Kalau boy, nak 2 suku kata. Sama macam khalish. Kalau girl, nak 3 suku kata, sama macam damia. Tapi nama boy tu macam susah sket nak sebut la... tengah pikir2 nama lain lagi ni. Girl pulak.. ermm.. lebih kurang nama damia jugak :)

Tadi pagi gi hospital serdang, bawak surat referral n nak booking tarikh appointment coz aku plan nk bersalin situ je since dah ada rekod kat sana. Tapi skang ni diorang dah strict la. Sebab pack sangat kot.. kalo rumah area BBB ke kajang tu diorang tak amek dah. Nurse tu bagi gak la tarikh appointment n dia kata nnt kena tanya doc la.. even kalau emergency nak bersalin pun, kalau wad penuh diorang tolak ke hosp kajang jugak. Cisssssss!!!

Nak gi private? Aku jenis sayanggg duit. Sebab sakit bersalin ni kat mana2 pun sama je.. bagi aku la kan. :D Kalau org yg nak servis terbaek, go for private la.. sediakan ongkosnye aje.. Tapi mana tau kot2 hubby kata 'gi je beranak kat private, abg bayar' wahhhh dgn rela hati sekarang jugak aku gi daftar. heheheh.. tapi sayang ar duit. Pas beranak macam2 leh buat dgn duit tu tau.

Ermm.... pening pulak nk pk beranak kat mana ni. Dah la sepanjang pregnant ni tak pernah buat check up kat KKIA. Sebab tak sanggup nk tunggu berjam2... Ehh.. hari ni genap 35minggu. Aku tengok perut da turun sikit. Opismate pun kata perut aku da turun. Adakah aku bersalin sebelum minggu ke 39???? Tapi pa pe pun biarlah lepas minggu ke 37. Minggu yang selamat untuk bersalin. oh.. keje banyak nk setelkan dulu. 2 report menanti untuk tindakan aku. Arghhhh........

Wednesday, February 16, 2011

Bila da senang, memang terasa bila tiada dia

Last weekend adalah hujung minggu yang bole aku katakan sebagai minggu naik darah tinggi. Hahaha.. sebab apa? Meh nak citer...

Bibik mintak cuti, so lepas kerja hari jumaat tu aku hantar bibik kat bus stop Kajang ni. Dia nk g rumah abang dia kat Semenyih. So far da 2 kali bibik cuti. Ok la tu.. So balik dari tu maka bermula la episod huru hara dalam hidup aku anak beranak. Plan asal aku nak gi rumah kakak tapi tak jadi pulak pasal husband kata nk balik malam tu. Mulanya memang aku mintak dia balik weekend ni tapi dia ada kerja nak kena setel hari sabtu ahad tu jugak kat bentong. Hmmm...

Lepas antar bibik tu, aku pun balik dgn anak dara n anak teruna. Mulanya ok la.. aku mandi, budak2 pulak main2. Pastu uruskan budak tote tu berak la.. kalau dalam toilet tu memang aku cepat hangin la. Dia sibuk nak main air. Aku pulak termengah2 dok mencebokkan dia. Perghhhh bole hilang sabau!! Pastu time nak masak pulak, bibik pulak petang tu tak sempat masak sebab aku pun last minit baru inform dia yg aku tak jadi gi rumah kakak. So terpaksa la masak sendiri.

Sementara aku ketang-ketung kat dapur, sambil tu mulut pot pet lagi dengan budak2 yang tak reti duduk diam. Kejap2 panggil aku.. kejap2 kang gaduh.. Waaaa mau nangis tau!!! Aku pulak kalo da berdiri lebih 5minit mula la pergerakan terbatas. Nak angkat kaki pun tak larat, apa lagi nk ke hulu hilir. Tapi alhamdulillah setel jugak akhirnya. Malam tu ayah balik baru laa lega sikit rasanya.

Sabtu tu rilex sket sbb ayah diorang ada. Tapi tengahari pas lunch ayah dah balik bentong setelkan keje. so bermula lagi la huru hara kt rumah tu. Aku terbaring dah kat sofa, biar kan je diorang main ke gaduh ke.. sukati korang la!! Suruh tido, tanak! Tapi penat arr aku ni, kejap2 bangun buat susu.. kang sorang ni berak nk kena cebok.. pastu mandikan dorang, aku pulak termengah2 bermandi peluh. Baru nak duduk, dah nak susu lagi. Gawat sungguh!! Bila da petang sikit dalam kul 6 tu, baru la lega... sebabnya :







Syahdu rasa hati ni dapat tengok dorang tido dengan aman. Aku lagiiiiii la aman. Lega sikit badan dan segala sendi2 aku ni ha. Dapat jugak aku berehat - mandi - makan dengan aman. Dalam kul 8 lebih khalish pun bangun.. Bagi makan n layan la dia main bola. Damia still tido sebab dia tido kemudian dr khalish. Bila terjaga kul 10 tu pun dia tanak makan, nk sambung tido je.. Malam tu aku rilex sket n dapat la tengok tv dengan aman.

Tapi pagi ahad sekali lagi aku diuji. Cewah... Since malam tu aku da masukkan baju kotor dlm mesin, pagi tu just nk jemur je la. Tapi budak2 ni, kalo aku bangun awal time tu jugak la dorang bangun. Kalo aku bangun lambat pun dorang bangun saing aku. Lepas aku mandi, kena mandikan diorang pulak. Pastu nak goreng bihun pun aku da termengah2. Tengah sedap dok tumbuk cili n bawang, khalish datang bawak telur sebiji. Aku tengok da pecah... Uwaaaaaaaaaa... tengok lantai habis bercicir putih telur atas lantai.. Sape nak mengemopppp ni?? Aku tak larattt!!!! Sedih gile aarr masa ni. Perut da la lapar. Tengok rumah bersepah tak berkemas tak disapu lagi.. ada pulak putih telur.. aku memang da nangis2 arrr mengenang nasib diri.

Damia dok tanya nape.. nape... dia tu kalo aku sedih ke meng aduh ke.. menangis ke, dia yg risau lelebih.. So damia la terpaksa mengelap putih telor tu.. huhu nk wat cemana. Nasib dia nak tolong, tu pun tak la bersih sangat. Habis lantai melekit2.. Lepas breakfast, aku suh diorang main kat hall sementara aku p jemur baju n basuh pinggan. Lepas tu terus aku terbongkang depan tv. Penat gile......... Masa tu jam da kul 10am. 2 jam aku kat dapur rupanya..... Baru rasa nak sedap sikit badan ni dah terpaksa bangun balik, 10.30am. kena siapkan diorang ni sebab nak bawak damia g kelas ballet.


Aku tukar baju, khalish aku tak tukar pun baju dia.. pastu siap2kan damia. Itu pun berperang gak tu sebab segala benda dia nak bawak.. dari baju sampaii la bedak dia nk masukkan dlm beg. Padahal aku suh bawak baju nk tukar, botol air dgn ballet shoes je. Balik dari kelas ballet, singgah mcd n tapau je. Sebab aku da tak larat nk balik memasak lagi, perut pun da lapar. Dah kul 1 lebih.. mau tak lapar! Tengah dok makan mcd kat rumah, bibik kol. Katanya dah sampai komuter kajang.. Aku tengok dlm kul 12 lebih ada dia miskol, tapi agaknye masa tu aku tgh layan khalish tengok kakak dia ballet. So makan cepat2 n terus kuar gi jemput bibik.
Masa tu aku dah hepi gilee!!! Hehehhe... Bibik sampai je kat rumah, aku pon dengan senang hatinya dapat lah merehatkan badan. Lega sikit. Susahnyee kalau dah biasa ada orang tolong kita kat rumah, sekali org tu takde, perghhh memang terasa sangat2. Lagi2 dgn keadaan diri yang tengah sarat ni.



Budak ni nakal jugak tau. Suka tengok kenakalan dia. Pandai gaduh dengan kakak da skang ni. Tu yang menambahkan pening kepala aku. Kadang malas nak layan... heheh



Gedix kan? Gewammmmmmmnye kat budak tote ni tau! Pas amek gambar pastu sibuk nk tgk balik gmbr dia. Hehe..




2 orang yang baru bangun tido. Tapi si kecik pun sibuk nak tudung time aku bersiap g kerja. Pastu siap salam n kiss aku lak tu. Kuar bilik terus menuju ke pintu.. ehhhh jangan berangan yea. Ibu nak gi kerja.. bukan nk g jalan2. Hehhe.. Si khalish ni, taknak kalau takat anak tudung je, mesti nk complete ngan tudung. Sabo je la...
Cuti Maulidur Rasul semalam tak kemana pun. Dok rumah menghabiskan masa atas katil. Aku kena banyakkan bed-rest la.. sebab kaki da bengkak macam kaki gajah. Hahaha... sok pas bersalin sure kurussss je kaki aku ni. Orang kata, kembar air. Hmm...




Masa ni nyanyi lagu 1-1 menjadi gunung... 2-2 menjadi spek mata.. *ayah diorang yg ajar*





Malam ayah balik kejap. Sempat layan diorang gi funfair. Balik kul 12 mlm. Waaa khalish tanak balik... sibuk nak main. Heheh lainkali kita dtg lagi ok!!!

Monday, February 14, 2011

Macam2 hal bila jadi panel temuduga

Baru masuk opis tengahari ni, setelah setengah hari duk kat dewan interview. Sampai pening n sakit kepala aku ni ha.. Hari ni ada interview untuk jawatan pembantu juruaudit. Lebih kurang 20 orang jugak la yang masuk interview hari ni. Macam-macam gelagat. hehehhe...

Aku sarankan sangat2 kalau korang ke sedare mare ke yang dipanggil interview ni, sila lahhh baca tip2 temuduga dulu. Google je la.. berderet2 kuar. Buat preparation awal pasal organisasi, pasal jawatan yang korang mohon, etc... So sini aku nak share sikit apa yang terjadi dalam interview tadi untuk panduan korang dan bahan ketawa hahahhaa



1. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini..

ada la few calon yang rasa gemuruh, berdebar-debar.. ada yang suka goyangkan kaki kiri kanan. ada pulak sorang ni siap silang panggung. Pastu cas macam bagus la.. walau tak tau nak jawap tapi muka konfiden je. Itu memang aku puji. Tapi kalau dlm interview, kau silang panggung sambil goyangkan kaki, minta maaf la ye. Panel pun tak duduk silang panggung ok.


2. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu

Kau datang temuduga untuk jawatan apa? Takkan suka-suka nak apply kerja apa-apa pun boleh asal keje kerajaan? at least ko study la dulu pasal jawatan yang di mohon.. apa itu audit. apa ciri2 auditor.. Ada pulak yang bila ditanya pasal 'apa yg tau tentang jawatan yg dipohon?'. Bole plak tergelak2 pastu geleng2... pastu cakap tak tau. Saya apply sebab nak cari pengalaman. Sukatiii ko jee!! Pastu aku pun gelak2 la pasal ko pakai baju kurung da cantek, kaler itam putih, tudung itam, tapi kasut style kotak2 kaler merahhhhh kauuu!!! Hahahhaha.. gile out!!


3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh.

ni kena jaga! rata2 yang datang interview hari ni aku tengok, lepas masuk n bagi folder sijil, terus je duduk. Memang la nampak mcm tak kesah tapi itu personaliti tau. tunggu la panel suruh duduk, maka duduk la dengan sopan dan badan tegak. 1st impression kena jaga ok!


4. Pakaian yang sopan

Nak keje dgn kerajaan, pakaian masa interview pun kena jaga ok. Kalau perempuan pakai lah sopan. Contohnya baju kurung dgn tudung n kasut sarung. Tutup la jari2 kaki tu... Takpun pakai la blouse dgn skirt labuh, atau kemeja dgn slack. Tapi kasut pakai la yg bertutup. Kalau yang bukan Islam tu, pakai la proper.. kemeja ngan slack/long skirt. Yang lelaki, pakai la kemeja ngan slack jugak.. kasut formal, bukan sport shoes. Tadi yg sorang ppuan ni pakai kemeja dgn skirt pendek paras lutut. Kalau duduk tu konfem la skirt jadi atas lutut. Yang lelaki pulak, pakai kemeja da hensem tapi nmpk pulak shirt kt dlm tu, then seluar plak pakai ala khakis hitam, tak sesuaiiiii... pastu dgn sport shoes. Sabo je la.. mintak maaf je la yea. kita bagi 2 minit utk dia intro n terus minta keluar. Hehehe...


5. Jika panel bagi peluang untuk tanyakan soalan, sila la bertanya..

ni aku dah bukak peluang kat sorang calon, dia bole jawab soalan2 dgn baik walaupun nevesssssssss beb. Bila tanya ada pa pe soklan tak, dia tanya gini : ' saya nak tau apa tugas2 sbg seorang pembantu juruaudit' Korang rasa apa jwpn aku sbg panel? Aku cuma jawab:
Saya takkan jawab soalan awak. Sebab patutnya awak sendiri tau apa tugas2 sbg pembantu juruaudit, dan sepatutnya soalan tu saya yang tanyakan pd awak.
heheh terkulat2 budak tu... ko agak2 la sikit.... ni peluang untuk korang. Tanya la samada ada peluang untuk lanjutkan pelajaran sambil kerja ke.. ada ke organisasi tu bagi peluang utk taja pekerja sambung belajar, atau tanya samada kalau dia bekerja, boleh ke dia di beri pelepasan kalau perlu wakil negara dlm bolasepak ke...?
6. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
Bila disoal, calon siap jawab dia adalah seorang yang teliti dalam buat kerja, seorang yang pentingkan kesempurnaan, seorang yang cerewet dalam soal kerja... tapiiiiiiiii borang permohonan kau pun tak isi sepenuhnya. pastu kau bole plak tersilap tulis nama mak dlm ruangan 'bapa' n nama bapa dalam ruangan 'ibu'. Teliti ke tu?? please la jgn buat kesilapan kecil yang boleh menjejaskan imej korang.
Itu sikit je aku bagi. So ingat la.. sebelum hadir ke temuduga sila la tido awal. Tadi ada sorang yang masuk dlm bilik tu muka terpisat2 je.. bila di tanya, dia kata semalam tido lambat sebab gi main futsal. Pastu pakai talipinggang 'superman' siap ada logo S lagi. Siap bgtau tali pinggang tu pinjam adik punye. ahhaha jadik bahan je la ko. Sib baik tak pakai spender kat luar. Muahahhaaaa...
Eh ada lagi satu.. kot ye gelabah pun jangan la tunjuk sangat korang menggelabah. Tadi bila aku tanya kat sorang calon ni, dlm soalan aku tu ada ayat 'bos atau pegawai awak...' so dia punye gelabah bole plak ckp camni : ohhh pegawai awak yea?' aahahahha sabo je la..
sakit pale aku dibuatnya.. macam2 gelagat la dorang ni. Ada yang suka2 apply sbb nak keje kerajaan. Orang kat luar tu ramaiiii lagi yg berharap jwatan dlm kerajaan ni, so baik la bagi peluang kat dorang yang betul2 berminat.
Sila laaa gugel dulu tips temuduga sebelum korang pegi temuduga okeh!!

Thursday, February 10, 2011

Korang nak search apa sebenarnye?

Aku jarang bukak nuffnang nye web. Skali sekala je.. nak tengok duit memang takde la kan. So tengok la keywords yang membawa pembaca ke blog ni ha.. dulu-dulu ade gak yang kelakar. Tah pa pe je... Tapi takde la sampai nak buat entry. Hari ni jumpa lagi yg aku rasa, tah pa pe jee la yang di search nya.

Pastu, bole la buat modal nak buat entry baru. Muahahahaaaaa....



*kalau tensen kerja, buat la blog.. bole gak melepaskan tensen, betul tak?
* ape hal la pulak sampai nak search 'doktor tengok nipple' tuuu??? nak tengok nipple sape punye sebenarnye ni? hehehehe...
Pagi2 da buat aku gelak. Elok sangat la tu. Hari ni pun meeting pagi-petang. Takde la muka ketat sangat masuk meeting, pagi2 da buat senaman regangan urat2 senyum semua! Heee...

Tuesday, February 8, 2011

Nuts in a nutshelll..N,N,N...

Ramai diisytihar muflis kerana jadi penjamin

"KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pada 2003 semasa Chan sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura, pegawai imigresen di Johor Bahru menahan pasportnya.Pelukis grafik itu diarah pergi ke ibu pejabat
imigresen di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa dia telah diisytihar sebagai
seorang muflis pada 2001 disebabkan satu pinjaman tidak berbayar. Chan kemudian
dirujuk kepada Jabatan Insolvensi di Jabatan Perdana Menteri.Dia merupakan
seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana menjadi
penjamin sama ada kepada kawan, anggota keluarga atau rakan perniagaan.``Kami
mempunyai 150,000 fail dan separuh daripada mereka yang diisytihar muflis
terdiri daripada penjamin,'' kata jurucakap Jabatan Insolvensi kepada
Bernama.Kebanyakan penjamin ini tidak tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat dan boleh diisytihar muflis. "



"Saya ada kawan yang ngadu jadi penjamin kepada anak jiran yang belajar di UiTM. Dia jadi penjamin pinjaman pelajaran MARA. Jumlah pinjaman yang terkumpul dan tak dibayar ialah hampir mencecah RM28 ribu. Baru baru ini dia dapat salinan peringatan 14 hari kepada peminjam untuk bayar pinjaman. Sebagai penjamin dia dapat satu salinan. Apa hak sesorang itu kalau pemimjam tak bayar. Peminjam sengaja tak mau bayar. Dia buat dont know je. Sesiapa ada pengetahuan sila respon."



Aku nak highlight kan ni :


Kebanyakan penjamin ini tidak tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap pinjaman yang dibuat dan boleh diisytihar muflis.



Memang betul pun.. kebanyakkan orang kita main sainnnn je borang. Nk tolong kawan.. nak tolong sedara.. Niat tu dah murni dah.. Niat tu dah baik sangat dah.. Nak tolong jiran, maka jadi lah penjamin loan anak jiran tu. Tapi akhirnya, anak jiran tu hargai tak tandatangan jiran dia tadi? Silap2 jadi kacang lupakan kulit. Jangan kata ucapan terima kasih, sebaliknya makian agaknya yang di beri. Agaknya anak jiran tadi pandang si penjamin tadi dengan muka yang lagak sombong dan bodoh. Agaknya............



Aku pun dikategorikan sebagai penjamin jugak. Dengan tak pikir apa akibatnya nanti, aku sainnn je borang tu. Ye la kan.. kita ni bukan jenis kacang. Kita masih ingat jasa orang di keliling kita. Orang yang banyak tolong kita. Ni salah satu cara kita nak balas jasa orang la kan. Tapi yang sedihnya kalau masih ada orang yang kata kita tak kenang jasa dia. Aduhai.. hanya Allah je lah yang tahu pedih tak pedih, sakit tak sakit hati kita. Kita bukannya jenis yang berkira sangat. Orang buat baik, kita buat baik.. malah lebih daripada tu. Tapi kalau ada pihak ke 3 pulak yang lebih sudu dari kuah, tu yang rasa nak penampor je. Hehehe....



Tak pe la.. walaupun takde ucapan 'terima kasih', malah boleh pulak kata 'apa sangattttt takat jadi penjamin aku?' 'ek elehhhh..penjamin je, bukan ape pun'



Insyaallah, Allah akan bagi orang2 macam ni petunjuk. Bila orang berkira, kita pun kena berkira jugak, kan? Sedar-sedar lah diri tu di mana... aku pun, cukup2 lah nak tolong orang macam ni. Bukan kata terima kasih, malah hati kita pulak disakitinya.


So perkara macam ni buat aku tersedar. Tak banyak, sikit pun aku kena simpan buat bekalan pelajaran anak2 aku nanti. Supaya bila tiba masanya, tak payah nak susah payah minta bantuan saudara-mara pulak untuk jadi penjamin loan anak aku nak sambung belajar. Guna je lah savings yang ada. Insyaallah.. seboleh-bolehnya kita elak. Tapi kalau ada rezeki anak2 sambung belajar ke luar negeri, nak apply scholarship pun kena ada penjamin. Harap2 masa tu Allah mudahkan lah urusan ku...


Dan anak2 ku pulak, jangan jadi KACANG LUPAKAN KULIT.





Tuesday, February 1, 2011

Khalish atau khalishah ni???

Sabtu lepas aku sempat ke rumah mak. Plan gi sana sebab nak amek bengkung dengan sweater, nak dipakai dalam pantang nanti. Tapi cari punye cari ntah mana pegi aku nye sweater. Alamatnya kena la beli yang lain (hehehhee memang itu pun yang aku mahu!) Pergi sana, husband hantar. Tapi balik dengan kakak aku coz hubby ade keje pulak, balik lambat. Kebetulan pulak akak ajak mak ikut balik rumah dia. Pastu dalam kete penuh pulak dengan barang2 anak buah aku yang baru kawen tu, nak antar ke rumah sewa dia kat Equine. Maka bersesak2 la kami anak beranak. Muahahahhaaaa.. tak pe, tahan napas kejap je!

Tapi nak cramp jugak la kaki aku dok meriba si damia yg tertidur dalam kete. Adik dok depan, atas riba opah.

Masa diorang antar kami balik rumah, mak sepatutnya gi rumah akak. Bila khalish dah turun n masuk dalam rumah, dia boleh lari2 patah balik kat kete sambil ketuk2 pintu kereta. Ingatkan ape hal coz dia da start nak menangis. Rupa2nya dia suruh opahnya turun. Bibik amek dokong khalish, meronta2 dia sambil menangis2.. tunjuk kat arah opah.. Siannn dia. Maka terpaksa la opah turun kat rumah aku. Cepat2 si khalish turun dari dokongan bibik, n amek pulak tongkat opah. Sabar je la... rindu sangat kot kat opahnye.

So drpd nak lepak2 kat rumah akak aku, maka mak aku pun terpaksa rela melepak kat rumah aku. Hehehe.. yang kelakarnya pulak, malam tu jugak masa opah gi toilet, khalish mencari2 opah satu rumah! Bising mulut dia.. aku ingat kan ape hal.. tanya dia nape? Dia tunjuk isyarat tapak tangan seolah2 tanya 'opah mana?' so aku jawab : opah dalam toilet laaaa...

Khalish pun dok ketuk2 pintu toilet tapi opahnya diammm je. Tak tentu arah dia mencari sambil menangis2 masuk dlm bilik. Bila aku datang, dia pegang botol susu n tunjuk arah pintu keluar. Agaknya dia kata 'cari opah kat luar... opah da balik..' sambil nangis2. Huhuhu siannn budak kecik ni. Bila opah kuar dari toilet, baru lah dia tergelak2... kelakar betul la.





Malam tadi bawak opah gi klinik coz since dia operate mata, opah mengalami sakit perut n selalu cherry berry. Maybe sebab kat rumah takde orang waktu siang, so makan pun tak ikut waktu. Selalu biarkan perut kosong. Jenuh aku ajak gi klinik, dia tanak. Alasannya dah makan ubat poh chai (pil chi kit tek aun). Bising la mulut aku kan.. dah makan ubat tu sebulan pun tak elok2, lagi tamauu gi klinik! cewahhh.. maka dengan terpaksa, opah pun salin baju bersiap gi klinik.
Aku pon salin baju gak. Tapi ada gak budak kecik sibuk amek baju dia, nak tukar jugak. Sabar je la.. tapi aku malas nak layan. Pasal baju dia tak kotor pun. Heeee... bila aku pakai tudung, budak ni pun sibuk nak tudung yang tersangkut2 kat hanger tudung belakang pintu. Bila aku kata 'tak payah.. boy mana leh pakai tudung', marah lak dia kat aku... Sampai tak bagi aku kuar bilik. last2 terpaksa gak arr bagi anak tudung syria ni, ada la ala2 snowcap . ahahhahahahahha!!!!!





Tengok la aksi dia. Kemain eksaiteddd lagi main2 dgn tudung tu.



Bila suruh bukak, tanak pulak tu. Pakaikan elok2 balik.. masuk lam kete terus gi klinik. Masa ni damia dah tido dah...

Ok ahad lepas macam biasa lah.. damia gi class ballet dia. Kali ni Zara tak datang pulak coz ada kenduri. So aku biar je damia bawak diri. Pandai lak tu berkawan2 dengan budak yang lain. Tapi aku sempat gak record dia ber-ballet. Jom layan.........
*sila abaikan suara budak kecik dok 'Baaa...baaaaaaa' itu coz record dari luar pintu. So ter-record le skali dgn suara budak kecik yg dok tunggu kakak dia. Hee...



Teacher Wendy kata 'damia is a good girl. She's soo0oo excited doing a tiger blablablabla....' aku tak dengar sangat coz budak2 bising. Kira ok la tu.. sekolah antar ke islamic school. Extra co-cu antar ke ballet class. So ada la kawan non-malay.


p/s: aiihh bila laaaaa nk merasa ikan kelah ni? Sempat ke sebelum deliver nanti? Kalo tak alamatnya baby main air liur lagi la jawabnye!!
p/s: tekak nak makan durian. Tapi takut BP naik... huhu cemana ekk? Sedapnye makan roti cicah serawa durian.. takpun makan pulut kukus dgn durian, tuang santan pekat n tabur gula melaka. Perghhhhh meleleh air liur!!!
p/s: lagi, apa plan for CNY? Ermmm my fren ajak buat slumber party utk kids. So parents boleh chit chat sambil2 bakar sausages etc. Kids boleh mandi manda dlm pool budak2 tu... Not bad huh???

Semalam pegi klinik pakar surgical...

Salam kawan-kawan..

Entry ni cuma nak menjawab komen2 dalam entry yg lepas. sebab rasanya daripada nak jawab 2-3 kali, baik buat new entry je. hehehe...

Ok pasal problem dlm entry yg lepas tu, jumaat petang lepas kerja dah gi jumpa doctor kat klinik Az-Zahrah Bdr Tek. Doc ada try picit gak n ada kuar sikit darah. Sikit je.. Macam susu baru2 nak kuar tu... So doctor bagi surat refer ke hospital. Since esok tu dah cuti sabtu ahad, maka hari isnin semalam baru la pergi ke hospital.

Ok tapi sebelum tu nak citer, masa hari sabtu, dah tak rasa bengkak or sakit2 urat susu. Dah try picit pun tak de apa yang kuar. Cuma masih risau kalau kat dalam tu ada something sebenarnya. Pastu pulak malam tu Khalish request nenen. Punya laaaa risauu!!! Offer yang belah kanan. Dia tanak! Dia nak yang belah kiri jugak... Perasaan berbelah bagi, takut pun ada. Sebab mana laa tau kan kot masa dia nenen tu terkeluar pulak any discharge selain susu, tak pasal2 dia pulak jatuh sakit.

Tapi bila tengok Khalish dah merengek2 nak jugak, maka dengan nama Allah, aku sua kan juga. Tapi kejap2 aku suruh dia stop n tengok nipple kot2 ada kuar pa pe ke.. Tapi alhamdulillah, takde apa yang keluar. Susu pun memang tak kuar. Khalish dapat lah menetek sampai dia terlena....... dan aku pun rasa lega sangat, at least breast da selesa sikit umpama selesai menyusukan anak dgn breast yg penuh susu pd mulanya. eh paham ke...?

Isnin semalam aku dah pun ke hospital. Tapi paham je la yea kalau dah namanya hospital kerajaan. Dapat surat refer pun nak kena tunggu dalam seminggu, untuk tau tarikh appointment. Pastu ntah bila pulak appointment tu berlaku, nak jumpa doctor. Ntah2 time tu aku dah pun bersalin. Lepas gi klinik pakar surgical.. oh berdebar-debar rasanya ok bila masuk pintu bertanda 'KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN AM'. orang pun macam tertengok2 je apesal pulak pompuan mengandung masuk klinik ni, patutnye gi klinik O&G. Hehehe...

Orang kaunter tu kata kalau nk jumpa doctor jugak hari ni, kena gi kat bahagian kecemasan. Time tu pulak husband aku just drop je aku kat spital then dia gi wat keje kat Mardi. Takkan la baru 10minit dia antar, aku nak kol kata nak balik. Jadi aku pun pegi la ke bhgn kecemasan. Dari jam 10.30am (lebih kurang) tunggu, masuk bilik secondary triage (tapisan dulu).. pastu register kat kaunter jam 11.27am (lebih kurang sejam) pastu tunggu pulak turn nak jumpa doctor. Lenguh2 dah kaki n punggung aku menunggu. Fed up rasa nak balik je!! Last2 jam 1.45ptg baru sampai turn aku. Gileeeee!! Kat hospital Ampang pun takde la lamaa sangat camni.

Doctor just bagi antibiotik je dulu. Sebab dia tekan sana sini pun takde apa2 benjolan. So dia advice kalau ada discharge lagi terus datang hospital so boleh diorang tengok apakah jenis discharge itu.

Seharian aku kat hospital. Tensen. Balik pulak singgah bank nak masukkan duit bibik utk anak dia. Sejam menunggu. Aku dah nak nangis dah rasanya....... Tensen nye satu hari hidup aku menunggu turn!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Dah la. Hari ni bizi. ehehhehe... babai..