Thursday, March 10, 2011
Geliga jugak otak budak ni...
Pas mandi, damia request nugget. So aku ke dapur n bancuh tepung sebab tetiba teringin nak makan cekodok ikan bilis. Aku kuarkan nugget jugak tapi tak goreng. Biar bibik goreng ahhhh *aku kata dlm hati je..* Bila da siap menggoreng, aku ke bilik bersiap2. Jam da kul 8am. Aku bajet sempat la makan cekodok sambil minum susu anmum sebelum kuar gi keje. Tetiba plakkkk la anak dara sorang ni cakap:
Ibuuu.. tunggu kejap tau. Jangan pergi lagi. Mia nak ikut gi beli kuetiow
Adehhhh.. rosak plan aku! Tak sempat la breakfast kat rumah, suh bibik tapaukan aje cekodok tu. So nak tak nak bawak jugak la Mia ngan adik gi beli kuetiow. Gerai akak tu bukan yang dekat dengan rumah. Pergi balik amek masa 10minit jugak. Tapi nasib baik takde orang kat gerai tadi, so cepat la sket.. Sampai opis ngam-ngam ho je... Hmmmm...
Eh tapi kan ni nak cerita sebenarnye. Masa damia ajak gi beli kuetiow tu aku macam malas sket sebab.. hehehe sebab aku tatau la bape sen yang ada dalam purse. Semalam tak sempat gi atm machine. Nak draw kat mesin atm depan opis ni, mesin tu bengong tak bley nak baca kad aku. Nyampahhh.. terpaksa gi maybank besar kat kajang ni kalo nk draw. Ni perbualan aku dengan damia:
ibu, nak beli kuetiow..
Alamak, ibu tak cukup duit la.. tak tau ade bape inggit. camane? Mia ada duit?
Ermm.. beg duit mia mana ekkk?
Ada dalam kereta.
Ohhh..nasib ada, ingatkan takde :D *dia sengih*
Ok, pakai duit mia la ye...
aaaa.. kalau mia tak de duit pun tak pe la, buuu...................... kita bayar je pakai batu
BATUUUU????
wakakakkakaka..... ingat ni zaman Neolitik ke mende? Sabooo je la anak aku ni!
Oh btw, esok Damia celebrate birthday kat sekolah dia. Kelmarin call teacher dia tanya la kot2 ada budak2 lain yang nak buat birthday bulan ni so boleh join skali. Coz teacher da pesan awal2 dulu, sape nak buat bday anak boleh buat sekali la.. so tak yah la nk buat tiap2 minggu. Ermm kebetulan ada yang buat birthday tapi budak tu morning session. So damia kan afternoon session, dia sorang je la.
Just prepare cake dgn goodies bag je la. Itu punnnnnnnnnnnnnn haiihh!! Lebur jugak rm200. Takde la sepp bajet sangat kan? Ingatkan tak sampai seratus pun, eehhehe.. Pastu kalau bajet ada nanti nak gak buat yg best2, invite close fren, n jiran2 sket... tapi itu tunggu pas abes pantang la. Uiihhh teringat masa bday dia yg ke-2 tahun dulu. Time tu sarat peknenkan si khalish. Bajet nak goreng mihun je, takde la aku penat. Sekaliiii... mihun pun aku tak tergoreng. Hahahahhaa... Sibbaek la akak aku dtg dari semenyih awal sket, so dia la tukang masak. Thx datin. hehhe... Pas acara je aku terbaring dalam bilik. Penat sangat!
Malam ni nk preparekan goodies bag dia. Hope damia tido awal la yea. Sebab nak surprisekan dia esok kat sekolah. Heheh....
Wednesday, March 9, 2011
Happy birthday to SweetHeart & SweetiePie
*********************
2008
*********************
3 years
and
NOT TO FORGET;
My Special Wishes to :
A lot of things have change through the years...
Friday, March 4, 2011
Wishlist sebelum bersalin (lagi..)
1. Deep freezer
Dari peknenkan khalish kot nak sangat deep freezer tapi bila dah ada duitnya, malas pulak nak membeli, macam rasa tak perlu. Sebab masa tu kat rumah mak ada 2 peti ais. So satu peti ais yang 2 pintu tu bahagian freezernye mmg aku conquer la utk isi stock ebm. Bila da penuh n tak muat bole pulak aku malas2 nak buat stok. Itu la kesilapan terbesarrr penah aku buat! Tobat dahhh... Sebab dari situ la production jadi drop.
So kali ni memang target nak beli DF sebelum deliver. Kelmarin siap pesan kat opismate yang pergi ke kedai brg2 letrik ni, suh tengok2kan kot2 ada DF jenis drawer. Ehh sekali ada la! Harga katanya rm850 paling kurang after discount. Tapi aku tak sure la bape liter.. cuma dia kata sebijik macam dalam gambar bawah ni:
*pic dari blog ini
Nanti aku nak pegi tengok pulak. Kalau boleh nak carik yang drawer besar2 sket sebab rasa macam tak muattt je. Cewahh!!! Alang2 beli biar puas hati, betul tak? Insyaallah akan aku usahakan utk dapat sebelum deliver ni. Sebab kali ni aku target hari ke 3 lepas deliver terus nak buat stock. Macam k.mieja.
2. Nursing bra
Takat ni nursing bra yang aku ada brand apa tah.. audrey atau triumph la kot. Tapi yang takde wire tu, beli masa bsalin damia. Pastu ada satu yang ade wire punye, tapi baru2 ni dah terpatah pulak wire tu. Bibik masuk dlm mesin kottt. *eh tapi dulu aku pun masuk dlm mesin gak kalo basuh. hehehheheh*
Semalam pi parkson carik nursing bra. Hapaaa pun takde. Sume kata stock abes. Nyampahh!! Pastu audrey pulak katanya dah tak kuarkan yang ada wire ke.. atau stock abes jugak. Tak ingat dah. Tapi kan.. lunch hour tadi sempat gi Metropoint n masuk kat Precious Love. Kedai brg2 baby. Bestt gile la kedai tu aku rasa. Pastu tiap kali beli dapat 5% discount sebab ada membership. Sekali aku belek2 la nursing bra yang ada..
Ada nursing bra brand Fabulousmom. Cantik. Tak caya cuba tengok gambar ni:
Selalunya nursing bra jarang yang ada lace2 ni. Pastu tengok pulak ada saiz besar. Aku siap test2 lagi cup dia. Hahahhaaaa.. sebab kadang saiz tu besar tapi sebenarnye kecik. kebetulan ada pulak saiz 42DD. Double di situ...... :p Mula2 aku acukan saiz 40D. Ngam2 je cup dia tu. Bila try 42DD tu aku rasa ok la, coz bila ada susu nnt kan B jadi besar sket. Kebetulan tinggal satu je. So nak tak nak, grab je la... Eh lupa plak nk pesan kat SA tu kalau ada stock lagi inform aku.Harganya cuma rm35.90 and after less jadi rm34.10. Kalau larat nak berjalan lagi, aku ingat nak pi Modernmum nak tengok nursing bra situ pulak. My fren kata ada saiz besar. kalau larat nk berjalan laaaaa....
3. Medela Softfit Breastshield
Ni corong pam medela freestyle. Aku punye tah kenapa tah macam dah terkemot-kemot. Macam da senget2. Agaknye da lama tak guna kot... pastu da kuning2 sket. So nak ganti yang baru la. Baru berselera nak mengepam n buat stok. aahahaha... Ni order online je.

4. Medela Breast Shells
Dulu aku guna breastpad utk cover dari baju basah kena susu. Tapi itu pun masa khalish dulu walau pakai pad, tetap lencun baju aku esp masa tengah susukan khalish. Konfem sebelah lagi lencun. Masa tu tak tau lagi kegunaan shells ni ha. Tapi skang ni da tau. So taknak membazirkan susu yang kuar tu. Baik aku guna shells ni utk cover susu yang turun then boleh masuk dlm botol. Tak la membazir buat basah baju je...... Ni pun order online.

Okeh nak citer apa lagi? Esok pagi kena gi klinik untuk check up BP. Isnin ada appointment kat Hosp Serdang untuk check up. Belasahhh je la. Bila cakap ngan husband, dia kata 'kat mana nk bersalin ni? kejap serdang.. kejap ampang?' Heeheheheeee... nyampah i tauuu! Kang i kata nak bersalin kat Gleneagles kang nanges uuuu!
Aku nak gi serdang sbb dah ada rekod beranakkan damia ngan khalish dulu. Tapi skang ni serdang dah tak cover area Kajang/BBB. Dorang kata kalau ward full, dorang tolak ke Kajang. Tapi aku cakap ngan husband, kalo dorang tolak, kita gi Ampang la. Lagipun aku dah kol Ampang, dorang kata kalo sakit terus datang je! Tapi aku rasa Serdang takkan tolak patient dari gomen. Sebab ada opismate ni wife dia dah admit je situ utk bersalin.
Eh teringat pulak masa beli lauk basah pagi tadi. Ehemm pagi tadii? Tak keje ke...? Bukan gitu.. aku sakit2 perut pagi tadi. Tapi masa nak gi keje sempat la gi beli lauk dulu since lauk pun dah abes. Tinggal udang/ketam/siakap yang aku plan nak masak sabtu ahad ni. So bawak la damia gi kedai. Masa aku pikir2 n carik2 barang nak dibeli, aku dah belek dah satu benda ni. Boleh masak sambal tumis ngan udang, nk wat nasi lemak sok pagi. Tapi aku letak la balik sbb rasa macam malas pulak takut aku sakit perut. Benda angin kan...
Tetiba masa aku nak amek bawang, damia panggil n cakap: 'Ibu.... beli la TOPAIII ni. Mia sukee makan TOPAI.' Aku toleh. Erkkk... aku dah pegang tadi tu. So aku pun pergi la dan belek2 TOPAI tadi..... Pastu damia tanya: Ibu, ni TOPAI ke? Aku jawab: Bukan....
Cuba teka apakah itu?
PETAI laaaa... kekekkeke.. pastu damia pun tergelak n cakap 'ehehe mia cakap TOPAI pulak', cover malu la tu!!!! Ceittt....
Mia makan petai, u ols... Ibu dulu... umur da masuk 20-an baruu la belajar2 makan petai ni. Umur da masuk 30 baruuuuuu belajar2 makan jering. Itu pun jering yang muda2 sebab tak terasa pahit, cuma rasa lemak2 kelat je. Tapi damia tu aku kontrol gak dia dari makan petai banyak2. Selalu tak la banyak pun takat 2-3 biji je dia makan. Heee... Sebab aku marah, aku kata nanti kencing busuk!!
Ok nak balik dulu. Bye...
Tuesday, March 1, 2011
Alamanda-Metropoint
Bila da masuk 36wks ni terasa penat sangatt. Berjalan pun rasa macam tak larat sangat2. Masa damia dulu, bila da masuk 36wks, pegi keje berantar n balik pun berjemput. Anak sulung kan... Tapi masa khalish, steady je drive sampai la tiba masanya. Pegi/balik bertemankan damia. Masa tu duduk rumah mak lagi, dari kajang drive la ke Cheras (ampang). Kali ni dah pindah dekat dengan opis. Tapi rasa tak larat sangat dah nak drive. Hmmm...
Hari ni rasa tak larat sangat2. Nak jalan pun tak larat. Sampai sakit belakang badan ni sebab berjalan perut ke depan. Hahaha.. Dulu bila tengok org peknen bole terpikir napee la dia jalan macam ni. Tak leh ke jalan tegak2? Bila dah alaminya, baru la tauu.. Nak bawak perut ni pun bukannya mudah. Lagi2 bila kaki dah bengkak2 sangat. Since peknen masuk 5bulan dah start bengkak dah. Maybe kembar air kot. Sbb yang lepas2 camtu la. Elok je lepas bersalin kaki pun slim.
Dalam pada tak larat2 tu pun, Sabtu lepas sampai la jugak ke Alamanda. Sampai2 je masuk Butik Hajaba. Cantik la baju2 baru kat Hajaba. Dulu aku tak suke sangat... skang ni dah suka dah! Tapi harga mak oihh.. macam aku ni kena pikir banyak kali jugak la kalo nk beli. Memang la murah2 pun cecah rm169 jugak. Tapi aku ni kalo bole nak yang harga rm50 je tapi kualiti terbaek. Ada? hehehhee... Tapi sekali skala beli wat collection apa salahnya kan? Penat bekerja tiap2 hari.. apasalahnya belanja untuk diri sendiri. Lepas Hajaba, damia dah sibuk lapar. Sebab pagi tu dia tak breakfast. So kami ke Noodles Station sebab aku teringin nak makan Tomyam noodle. Pastu bagi budak2 main kat playground pulak. Kul 4pm sampai rumah, pengsan! ehhehe...

Dah naik escalator, jumpa pulak kereta/motor mainan ni. Budak2 ni apa lagi... Nasib ayah nak melayan. Aku just duduk je la kat bangku menunggu diorang main. Yang comelnya, khalish nampak aku babai dia, pastu dia babai balik n tepuk2 seat sebelah dia. Macam suruh aku masuk naik kete tu sekali. Hahah comellll....

Damia dalam gambar atas ni nampak kebudak-budakan dia. Eh memang la budak.. Tapi bile bergambar suke buat mulut camtu. ala malu2 gitu. Ermmm. minggu depan dia dah masuk 4 tahun! Kejapnyeeeeee :( sedih sebab anak dah membesar dgn cepat!
Aku due 25 mac ni. Tapi tarikh tu based on scan punye. Sebab tarikh period tak ingat. Tapi rasa macam dah tak larat sangat ni. 14hb ada majlis apc kat marriot putrajaya. Walaupun aku konfemmmm aku tak dapat apc, tapi aku tetap pegi jugak. Hahahah.. sebab aku kan ajk jamuan. Kena la pegi. Hope aku bersalin lepas apc nanti je la. Ermm dan rasa macam nak cuti awal la. Cuti seminggu sebelum due. Tapi kena pikir balik, sebab kalau duduk rumah pun bukan leh rest sangat. Budak2 ni, kalau kita ada depan mata tu yang asyik buat perangai. Pening kepala dibuatnya. Nak wat cemana... Kalau dengan orang lain dia pandai la behave jugak. Tapi bila ada ibu/ayah, memang ngada2!
Sebab tu aku tak suke bila ada orang yang kata dia lebih pandai jaga anak kita sbb anak kite dengar cakap dia. Tapi bila kita ada, anak terus jadi nakal. Helloo.. itu anak kita ok. Memang la dia berani sbb dia tau segarang mana ibu/ayah dia pun, dia tetap disayangi, dimanjai... tapi bukan bererti kita tak mengajar anak kan? Dengan org lain memang la budak2 tak komplen apa sebab takut kena marah, lagipun kalau komplen gak ada orang tu kesah? Kalau dgn ibu/ayah, bila anak komplen sikit mesti la kita akan protect n jaga dia.. senang kata, kalau anak kata 'panas'.. sure kita sbg ibu/ayah berusaha utk protect dia dari panas. Tak kisah la panas matahari ke... panas dapur ke.. ape ke.. Macam tu la cara kita tunjuk sayang pada anak2. Betul tak?
p/s: ops... jangan ada yang terasa hati! peace, no war!
Friday, February 25, 2011
Baby keluar kat mana yea, buu??
Khalish kerap jugak muntah kalau dia batuk2 ni.. lagi2 waktu malam lepas menyusu konfeemmmmmmm keluar balik. Aku ni kalo da baring, nak bangun balik tu yang payah sket tu. Berat segala2nya. Hahhahah!! Bila bangun mendadak tu terus senak rasa perut. Pernah gak dia muntah kul 2 pagi, time tu jugak laa habiss cadar kena muntah. nanges2 gak arr aku nak kena tukar cadar kul 2 pagi tu. Tukar cadar, tukar sarung bantal, tukar baju n suar dia... aduuhhh... kadang rasa nak naik angin je. Ye la mana taknye, da bangun buatkan susu, pastu mata baru nak lelap balik dia dah batuk2 n terus muntah. Tapi kesian jugak kat dia.. hehhehe.. sebab dia pun tak boleh nak tido kalu asyik batuk2.. Ciann budak tote!!
Semalam gi Giant beli barang sikit termasuk pampers. Pastu beli sekali pampers saiz newborn, brand petpet. Selalu khalish punye pampers brand Drypers. Sekali dalam trolley ada petpet pulak. Mula laa damia soal macam tak puas hati. Bila cakap pampers tu untuk baby, baru dia ok. Dan mula la dia excited 'Baby dah nak kuar ke, bu? dah nak kuar ekkk....' sambil sengih2. Heeee...
Nak tau tak.... tak silap dalam 3-4 minggu lepas damia ada tanya satu soalan bonus!! Masa tu aku duduk kat tepi katil, baru lepas mandi n nak pakai seluar. Damia datang n tepuk2 perut aku.. pastu dia tanya ni:
'ibu.... baby nanti kuar kat mana?'
Terkedu. Apa nak jawab? Takkan nak tipu dia.. Tak berani nak kata baby kuar kat perut, takut pulak kalau betul2 kuar kat 'tingkap' tu kan.. Hihihi.. Pastu aku pun kata:
'Emmm.. baby kuar kat kaki la'
'kaki..? kat mana?' sambil tunjuk kaki aku.
'ermmm? kat tengah2 la...' jawab aku.
pastu nak tau damia kata apa????
'Heeeeeee.. kat c*pap yea!! ahahhaaha... '
Comelll je dia gelak. Aku pun tergelak sama :) Pastu aku rasa lega sebab kerana 2 perkara. Pertama; aku tak tipu dia yang bukan-bukan. Kedua; jawapan aku tu tak menakutkan dia. Lepas beberapa hari aku teringat balik soalan damia tu. Pastu baru aku teringat yang dalam banyak2 buku Grolier 'I wonder why..' dia tu ada part soalan dia tanya. Tapi aku tak sempat nak belek n carik lagi. Ermm esok lusa la. Boleh tunjuk kat dia macamana baby terjadi.. n macam mana baby keluar dari kandungan ibu. Tapi kena bersedia la dengan macam2 soalan dia nanti.
Damia ni jenis yang suka bertanya. Macam-macam dia akan tanya sampai aku naik rimas. Kadang nak drive pun tak concentrate sebab kalau dia soal tu, time tu jugak dia nak kita jawab. Kalau kita diam 2 saat, nanti dia sound 'ibuuuu.. kalau mia tanya tu ibu cakap lah!' adehhh kadang aku sound dia balik 'bole diam kejap tak?' hahahahah kesian dia. Mana taknya, aku nak reverse kete atau nak masuk simpang dia tanya soalan yg macam2.. yang otak aku nak kena pikir jawapannya. Mana satu aku nak concentrate ni...?
Tapi aku suka sebenarnya bila dia banyak bertanya ni.. So macam2 yang dia nak tau. Bagus untuk dia jugak... dan bagus untuk aku jugak sebab kadang2 tu soalan dia macam aku sendiri tak tau apa jawapan dia. Tapi otak tetap bekerja keras mencari jawapan supaya dia puas hati! Hehhee...
Okee.. esok misi mencari baju kaler pink/hitam akan bermula sebab APC tahun ni bertemakan HITAM & PINK. Cehhh.. da la aku tadek baju kaler pink. Tapi risau jugak sebab APC 14hb ni, risau aku bersalin awal pulak. Rugi la nak makan chinese cuisine yang aku pilih tu.. hehehhehehe... Memang tepat la dorang letak aku jaga bab makanan. Memang aku sukaaa...!!! Hehehe..
Selamat berhujung minggu!!! Daa~~
Thursday, February 24, 2011
Sape nak tengok damia nyanyi?
Best tak? Tu lagu faveret dia.. tapi malu2 la pulak bila aku record dia nyanyi. Hehehe... da besar anak ibu ni rupenye.. Oh ada lagi satu lagu feveret yang dia selalu mintak aku on kan kat hp. Dia tak tau tajuk lagu tapi dia akan cakap camni:
ibu, nak lagu 'nobadi nobadi tocu'...
agak2 korang lagu apa kah itu? ehehe mesti semua dapat teka punye lahhhh!!!
Tuesday, February 22, 2011
Progress Damia @ BBIIM
FYI, BBIIM (brainy bunch international islamic montessori) ada a few branches. Yang aku ingat, kat saujana impian *of course*, pelangi semenyih, shah alam dan kota damansara. Principal yang sama iaitu Pn. Ladyana yang sangat soft spoken dan sangat fluent english sampai aku yang dengar dia bagi talk pun rasa lidah aku yang terbelit2. Heeee... BBIIM ni dulu namanya Nuh's Ark Islamic Montessori.
Baru-baru ni teacher ada bagi calendar 2011. Yang aku ingat, tiap 3 bulan sekali akan ada 'progress day' di mana ibubapa akan berjumpa dgn teacher n time tu la nanti teacher akan inform pasal progress anak2 kat sekolah. Aku belum ada experience ni lagi, insyaallah dalam jadual tu, 12 mac nanti ada 'progress day'. Cuma awal2 dulu Principal dah pesan, setiap anak adalah tak sama progress diorang. So jangan membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setakat mana pencapaian anak kita tu, itu yang perlu kita prihatin. So tak yah nak compare anak org lain pandai, anak kita lagi terror atau pa pe je la...
Berkenaan dengan pertanyaan Pn.Azwa... kat BBIIM ni ada 2 sessi - pagi dan petang. Biasanya sessi pagi untuk student lama, rata2 umur 5 dan 6 tahun. Sessi petang (kat saujana impian ni) baru start this year sbb byk permintaan. So pagi dah penuh. Petang pun ada umur 4-6thn jugak.
Gambar rawak!
Aku pun tido jugakkk.. hahahah.. penat laaaa. Tah ape yang penat tah. Keje rumah sume bibik buatkan. Oh.. aku memasak lunch tu. Masak tomyam je pun. Tapi nak jalan dari depan ke dapur pun da termengah2.. Kul 7pm baru gerak gi rumah mak, jalan pulak jammed lak tu. Kul 8 baru sampai.....
Ni tadek ape nk cite pun. Just nk taruk gambar je, lagipun da bape entry ni tadek gambar kan?
Sabtu gi Giant beli barang sikit. Tengok la dalam trolley tu, eh hari sabtu kan hari tanpa beg plastik. Dari nak bayar 20sen setiap plastik, baik aku longgok je dalam trolley tu ha.. kat rumah pun da penuh 2 drawer dgn beg plastik.
Budak tote ni skang takde keje lain. Asyikk nak mengerjakan bedak. Geram aku! kakak dia dulu pon camni gak. Sabarr je la. Tapi yg geramnya, bedak kakak jugak yang dia nak main. Mana laa kakak dia tak mengamuk! Sorok dalam beg pun adik dia bongkar keluarkan bedak. Time ni kakak da tido. So aku pun tak larat nk marah, buat deekk je la. hehehhe... ok.. nak kira bajet pulak. Hehehhehe...bye!



