Monday, April 18, 2011
cite bersalin lagi
Banyak benda nak di update sebenarnye. Tapi tak sempat2 lagi. Kat rumah asal bukak laptop je mula la ada je yang mengacau. Nak cek email pon tak bole. Kali ni masih nak cerita pasal bersalin Khalif. Masa Damia ngan Khalish dulu, takde rasa sakit bersalin atau kuar tanda2 bersalin pun. Cuma masa check up BP naik & tak stabil so doctor refer ke hospital. Masa tu sehari dua sebelum duedate. Sampai hospital dah bukak 4cm, doc pecahkan ketuban n terus masuk labour room. Tapi masa mengandungkan khalif, aku selalu berdoa supaya aku dapat merasa sakit contraction atau kuar tanda2 bersalin macam orang lain. Teringin nak rasa macamana sakit bersalin yang sikit2 datang tu... kuar ketuban ke.. kuar lendir berdarah ke.. Pastu aku pun selalu doa agar aku tak terlalu lama dalam labour room. Kalau boleh masuk labour room sejam dua terus bersalin. Dan alhamdulillah, Allah itu Maha Mendengar. Doa aku dikabulkan-Nya. Masa dalam wad tu aku dapat rasa sakit contraction yang sedap2 tu... pastu aku banyakkan berjalan supaya cepat buka laluannya. masa 3cm tu da rasa mild contraction... pastu kuar tanda lendir bercampur darah.... pastu contraction yang kuat.. dan alhamdulillah masa dalam labour room pun tak lama. Masuk pukul 7pm, pukul 9.25pm baby dah kuar. Alhamdulillah sangat2.... Tapi ada orang lagi bertuah daripada aku. Ada sorang kakak ni yg sama2 datang kat PAC, dia dtg sebab doc klinik refer BP tinggi. Pastu dia pun masuk wad jugak. Masa aku admit wad da bukak 2cm jam 10pm. Akak tu belum bukak pun lagi... masa jam 4.45am kitorang kena g bilik rawatan coz doctor nak cek bukaan. masa tunggu turn akak tu da rasa contraction kuat. dia kata kul 4am doc ada cek kat katil, bukak 1cm. so dia panggil nurse bagitau da tak tahan sakit, macam nak meneran katanya. kitorg yang lain ni suh akak tu masuk dulu tapi nurse tak bagi, suh ikut turn. lagipun dia kata baru je kul 4 cek 1cm je baru... tapi akak tu bgtau aku, dia memang jenis yang cepat beranak. bila sampai je turn akak tu, masa tu aku da sudah n masuk bilik aku. bilik aku depan bilik rawatan tu je. akak tu masuk je kejap pastu aku dengar kelam kabut.. rupanya memang baby da nak kuar. esok tu aku gi jumpa akak tu tanya khabar. dia kata memang masa doc nak cek tu da bukak 10cm, masa dorang tolak katil ke labour room tu akak tu kena mengiring sebab takut dia terteran.. fuhh.. senang je kan. dalam tak sampai sejam dah bukak 10cm... rezeki akak tu la kan. ok perkembangan khalif pulak, dia dah aktif pandang orang. bila panggil nama dia, laju je pusing n mencari suara kita. dah tak banyak ragam sangat dah. tapi ngada2 tetap ada. kalau ek-ek sikit je kita da angkat nak bagi susu.. dia bole tido balik. tu yg aku selalu biarkan je nangis puas2 baru aku angkat, pastu baru la dia bfeed betul2 sampai kenyang, hehhhhehe..... ok la nak bloghopping. jap lagi kul 2 nak tengok sejuta cinta marshanda. pastu marimar. hahahaha,,,, suke la Baim wong tu... ngeeee....
Sunday, April 10, 2011
Khalif jadi pelakon?
Kecik-kecik lagi dah dapat income pertama! Nak kata apa... dah rezeki dia kan. Citer nye bermula pada satu petang, tengah sedap2 aku nak luruskan badan tiba2 ada incoming called. Abang aku called n bagitau ada satu produksi nak shoot baby newborn. So nak ke tanak, dia tanya. Aku pun blur.. tetiba je kan. Tapi aku belasah je la cakap 'bole la..' n abang kata nanti tunggu somebody called. Pastu sorang talent agent ni called n inform suh gi klinik leelaratos kat jalan pudu jam 8pm. Gile ke? Dah la husband kat pahang.. mana ada transport. Malam lak tu... Pastu kiranya macam tak jadi la sebab takde transport n talent agent tu pon kat melaka (dgn abang aku le tu) so tak leh nk pick up aku n baby. Pastu jam 10mlm tetiba ada incoming called. RUpanya production manager yang called n bagitau shooting esok paginya kul 11. Aku pun called anak buah tanya samada dia leh tolong pick up ke tak. Aku upah la dia... Maka hari sabtu, 9/4/2011 di saat umur Khalif 16 hari, dia peroleh income pertama sebagai pelakon extra. Hahahaaa... Tapi yang lagi kelakarnya, tiba2 aku pun kena jadi xtra jugak. Watak doktor lak tu... tetiba jee... Diorang bagi skrip, hafal 2 minit sbb skrip pendek je, touch-up muka sket n terus shoot. Layan la jugak kan.... Dah siap shoot masuk balik bilik rehat, budak2 extra yg nak jadi nurse tu tanya da siap shoot ke sebab kejap sangat. Diorang kata semalamnya yg jadi doktor asal sampai 5 kali shoot tak jadi2 pasal dia tak hafal dialog. Sambung pagi tu tapi extra tu tak datang, tu yg aku ganti tu.. kira terer gak la aku kan, walau bidan terjun tapi successs!! Hahahah....
OK la tak leh lelama. Nak load gambar bapak lama ni. Nak blog hop pulak lagi. kang si kecik bangun nak nenen konfem 2-3 jam duduk ngan dia sampai lenguh2 badan. Kakak n abang dia da kuar dgn ayahnye, gi tengok movie HOP. huhuhu nanges akuuu sebab aku yg nak sangat tgk movie tu!! nampaknye beli dvd je la nanti. Apa nak buat da dalam pantang yg tak berapa nak pantang ni.... ok chiow!
Eh lupa lak.. drama tu bertajuk 'MAAFKAN AKU, MAMA'. Pelakon utama Riduan Hashim dgn Elie Suriati. Pelakon tambahan adalah aku & Khalif. Hahhaha.... Bakal ditayangkan di TV9, bila tu tatau......
OK la tak leh lelama. Nak load gambar bapak lama ni. Nak blog hop pulak lagi. kang si kecik bangun nak nenen konfem 2-3 jam duduk ngan dia sampai lenguh2 badan. Kakak n abang dia da kuar dgn ayahnye, gi tengok movie HOP. huhuhu nanges akuuu sebab aku yg nak sangat tgk movie tu!! nampaknye beli dvd je la nanti. Apa nak buat da dalam pantang yg tak berapa nak pantang ni.... ok chiow!
Tuesday, April 5, 2011
Dia Khalifah...
Salam. Alhamdulillah hari ni dah hari ke - 12. Jaundis baby pun dah berkurang. Hari Khamis kena cek darah lagi, harap terus berkurang la jaundis nya. Berpantang pun tak banyak masalah. Nak kata relax tu tak la jugak.. sebab ada 2 org lagi anak yg perlu perhatian. Takut ada yang kecil hati.. Tapi damia ok, dia excited dapat baby. Kelmarin aku tersenyum sorang2 sebab terdengar damia kata :
'tima kasiiiihhhh doktor sebab kuarkan baby akuuu' dengan nada gembira!
Happy sangat dia! Khalish pun happy jugak.. bangun pagi sure datang jenguk adik dia dulu. Tapi memang tak bole tinggal dia sorang2, nanti macam2 dia buat kat adik dia. Pagi tadi nasib baik bibik sempat masuk bilik, tengok2 khalish tengah ready nak dokong baby. Masa tu aku mandi. sabar je la.. nak marah pun tak bole sebab dia tak paham lagi. Sama macam masa aku bersalinkan dia dulu, masa tu damia baru 2tahun jugak. Damia pun tak paham lagi masa tu....
Ok pasal nama baby pulak. Nama tu dah cari masa mengandung lagi. Bila da bersalin n masa kat hospital - ohh aku admit seminggu jugak la..- baru la sibuk nak pikir nama anak dgn serius. Cewah... Last2 kami sepakat pilih nama yang aku cari tu. Cuma ejaan je lain sikit.
Mula2 aku nak letak 'Khalif Uqael' tapi bila google bersungguh2 *cewah* baru la jumpa ejaan yang sebenar dan sepatutnya. Maka jadi la...
'Khalif Uqail' bermaksud 'Khalifah Pintar dan Pandai'
Ejaan Uqail dalam bahasa arab : ain qaf ya lam
Boleh disebut 'oo-kyle' atau kalau slang arab biasanya diorang sebut 'oo-kil'. Insyaallah Khalif akan jadi seorang anak yang pintar dan pandai..
Alhamdulillah jugak sebab baby tak banyak ragam. Tapi masa kat hospital dia manja sikit la. Siang dia boleh je tido dalam cot. Tapi malam mesti nak tido sekatil. Sampai sakit2 la badan aku ni sebab katil da la kecik *aku da la besar*... Bila da balik rumah ni dia ok n bole tido dalam cot dia.
Ok nnt cite lagi yea. nak rest jap..... bye!
Saturday, April 2, 2011
Our new bundle of joy!!!
Syukur Alhamdulillah.. segalanya selamat :) Aku kongsikan sedikit pengalaman bersalin anak ke-3 di sini. Kali ni memang berbeza dari 2 pengalaman yang lepas. Kalau masa Damia ngan Khalish dulu, pengalaman bersalin lebih kurang sama, tapi kali ni aku merasa satu kelainan. Kelainan yang aku memang mohon daripada Allah untuk merasainya. Alhamdulillah.. Allah itu Maha Mendengar. 24/3/2011 Aku perlu admit ward untuk di induce atas sebab BP tak stabil. Jam 4 petang sampai kat hospital. Sepatutnyna kena datang tengahari, tapi aku sempat la jugak gi tesco beli barang2 dapur dan sempat temankan hubby gi beli barang untuk kerja dia. Sampai hospital, nurse cek BP = 149/97. Agak tinggi. Masa tu ada beberapa orang nak bersalin jugak la kot. SO tunggu la giliran untuk diperiksa oleh doktor pulak. Nurse pasang mesin CTG. Agak lama nak tunggu doktor. 2 kali gak aku turun katil gi toilet. Dalam pukul 5 lebih, doktor datang n cek bukaan. Dia kata belum bukak lagi. Ok fine... induce jugak la agaknye nanti. Jam 6 lebih scan baby pulak, doktor pakar estimate berat baby 3.5kg dan siap tanya samada nak bersalin normal atau operate. Huhu.. berdebar2 aku. Aku kata terpulang pada doktor. Gedebak gedebuk doktor tu pun bagitau la kalau baby besar ni risiko bersalin normal tu memang ada la. Macam ngeri la pulak sebab dia cakap tangan baby boleh terkehel la, macam2 la... Tapi aku kata try normal. Pastu doktor 1st tu request doktor pakar seluk n cek kepala baby sbb dia kata tak jumpa. Doktor tu pun seluk, n finally dia kata 'already 2cm. SO tak payah induce'. Alhamdulillahhhhhhh.. Malam tu aku tido di ward n berharap bukaan cepat berlaku. 25/3/2011 Jam 5pagi nurse kejut bangun n pergi ke bilik rawatan. Doktor cek bukaan, baru 3cm. Jam 9 pagi sekali lagi doktor seluk, still 3cm. Start jam 10pagi aku mula rasa sakit. Mild contraction tapi still boleh tahan n rasa takde pa pe pun. Aku kerapkan berjalan dalam ward. Bila penat aku tido. Hehe.. Jam 2.50pm gi toilet n ada spotting kat panties. Bila cek, konfem dah kuar lendir bercampur darah. Masa ni sakit dah mula kuat sikit. Contraction every 15-20minit. Lepas minum petang aku tido kejap. Jam 6.20pm aku bangun n tiba2 terasa contraction yang sakit sangat. Masa tu dinner dah di serve. SO aku pun bangun nak makan. Baru je nak suap nurse datang. Katanya lepas makan nanti pergi labour room n prepare baju baby siap2. Ok nurse.....! Aku pun makan walau sakit makin kuat. 2 suap je yang aku mampu sebab tak dapat nak tahan dah sakitnya. Dalam 10 minit tu contraction berlaku 2-3kali. Aku pun tutup makanan n bangun nak panggil nurse. Belum sempat kuar bilik aku dah tak leh jalan. Nasib baik ada pelawat katil sebelah tu, aku minta tekankan interkom panggil nurse. Nurse datang n aku cakap dah tak bole tahan sakit. Nurse gi amek wheelchair n aku kuarkan baju, pampers n kain bedung baby. Sempat gi toilet kencing dulu... Call hubby mintak datang labour room cepat. Masa ni dia kat puchong. SIb baik aku call cepat sbb dia dah nak ke Kota Kemuning.. Sampai labour room jam 7pm. Sekali lagi aku call hubby, dia on the way n aku informkan no.bilik labour room. Bilik no.14. Nurse pasang ctg n cek BP, agak tinggi jugak. Contraction makin kuat. Tak lama pastu aku nampak hubby masuk. Aku rasa da tak boleh bernafas dah. Sakit tak tau la nak cakap cemana. Doktor cek bukaan, baru 5cm tapi dia kata tak lama nak kena tunggu. Ok. AKu bajet 4-5 jam nak tunggu buka sampai 10cm. Tapi sakit tersangat2 kuat. Nurse suruh sedut gas kalau sakit tapi aku rasa makin sakit pulak kalau sedut. Aku prefer bernafas biasa. Nurse/doktor kerap masuk cek BP aku yang makin naik. Dorang nak pantau sebab kalau tinggi sangat maybe dorang akan bagi ubat. Jam 9 lebih terasa gerakan baby menurun. Tapi aku tak pikir da sampai masanya.. Tapi pastu aku terasa nak terberak. Kebetulan nurse masuk cek ctg n BP. AKu cakap 'nurse... nak terberak sangat da ni'. Nurse suruh angkat kaki n mintak hubby keluar kejap. Pastu aku terasa nurse cuba 'memudahkan' bukaan. Hehe.. dengar macam kelam kabut panggil nurse n doktor. N dengar dia panggil hubby masuk. Masa angkat punggung nurse nak letak pad alas tu aku terasa nak meneran sangat dah. Eh da teran sikit pun. Pastu aku rasa da tak bole tahan n terus teran. Tak sangka lak terus kuar kepala baby. Pastu aku pun terus teran sekali lagi n terasa badan baby kuar. Legaaa...... Hilang segala kesakitan. Alhamdulillah.... baby boy! Tapi sakit aku tak setakat itu. Doktor n nurse berusaha pulak kuarkan uri. Masa uri kuar, memang aku terasa sangat benda tu terkeluar. Doktor n nurse pun terkejut sbb dorang kata 'besarnye urii..' Hehe... Lagi satu seksa masa nurse jahit. Uihh rasa nak bagi sepakan kuda je! Eh lagi satu masa kuarkan darah beku. Sorang doktor ni mentang2 tangan dia kecik, selamba dia seluk 5 jari dia, nak patah pinggang aku dibuatnya! Tapi kalau tak buat camtu nanti aku gak yang seksa sebab darah beku banyak gile.......... Dan alhamdulillah........
Thursday, March 24, 2011
Time's up!!!
Kejap lagi nak pi hospital. Doakan semuanya selamat..... Penat berharap supaya turun tanda tapi tak turun2 pun.. DOctor suh admit ward hari ni, so malam ni ke esok pagi ke kena induce. Tapi aku masih berharappppp lagi agar sampai2 kat hospital kang laluan dah bukak. SO tak yah kena induce.
adoii khaliikjn js . v,,m
khalish mengacau!! doakan semuanya selamat ye kawan...... mohon maaf kalau ada salah silap. Insyaallah esok lusa boleh update dengan baby baru :)
adoii khaliikjn js . v,,m
khalish mengacau!! doakan semuanya selamat ye kawan...... mohon maaf kalau ada salah silap. Insyaallah esok lusa boleh update dengan baby baru :)
Friday, March 18, 2011
Happy Birthday, Khalish...
16 Mac 2011 adalah besday Khalish yang ke 2 tahun. Tapi kesian dia.. disebabkan hujan lebat hari Jumaat lepas (11hb) malam tu terus dia batuk2 kahak, selsema.. n demam. Sampaiii la hari ni, still batuk kahak n selsema. Hari selasa 15hb tu kebetulan aku gi check up kat Az-Zahrah. So mintak doc check dada dia, sekali kena amek neb. Lepas tu baru ok. Tapi kejap je la....
16 Mac tu jugak, aku gi hospital coz doc refer coz air ketuban kurang n aku kata baby punye movement tak terasa sangat. Tah la.. ke aku yang tak kira? Tapi dah 2-3 hari gak aku tak rasa baby kick kuat. Sekali kat hospital kena warded pulak... alahaiiii.. baru je plan balik spital nak gi beli kek celebrate bday khalish.
Damia ikut sekali gi hospital. Saje je bawak dia... Sekali bila aku nak masuk kat PAC tu Damia pun nak ikut sekali. Menangis2 dia bila ayahnye amek. Kesiann. hehehe.. Masa nak gi ward pun damia excited je.. ingatkan budak boleh naik sekali coz dah time melawat. Tapi tak bole la... rupanya budak2 cuma bole melawat sabtu ahad je. Dulu boleh je.... kesian damia. So barang2 aku just di kirim kat mak guard je la.


Boring gile nak makan nasik kat hospital. Aku asyik laparrrrr je. Mana tak nye, dah la makan ikut time, pastu boring2 aku tido. Bangun tido lapar balik tapi belum time makan. Nasib la ada biskut..

Masa nak admit ward tu, kelas 1 n 2 full... dia bagi kelas 3. Tapi nasib baik belum sempat naik ward, dorang tukar aku ke kelas 2. Kira ok la.... takde la dok bawah kipas. Masa tu kelas 3 pun ada gak katil2 yang kosong.. Tapi masa nak discaj tu, aku tengok kat ruang tv pun dah fully occupied. pastu siap ada bilik transit kat luar wad, just tutup dengan tirai je.. kesian sape dok situ. 
*penat pusingkan gambar ni tapi tetap mcm ni*

Birthday boys & birthday girl (bulan March)



Just a small celebration. Janji ada! Tunggu la nanti kita buat best2 yea dik.. tunggu baby da kuar :)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
16 Mac tu jugak, aku gi hospital coz doc refer coz air ketuban kurang n aku kata baby punye movement tak terasa sangat. Tah la.. ke aku yang tak kira? Tapi dah 2-3 hari gak aku tak rasa baby kick kuat. Sekali kat hospital kena warded pulak... alahaiiii.. baru je plan balik spital nak gi beli kek celebrate bday khalish.
Damia ikut sekali gi hospital. Saje je bawak dia... Sekali bila aku nak masuk kat PAC tu Damia pun nak ikut sekali. Menangis2 dia bila ayahnye amek. Kesiann. hehehe.. Masa nak gi ward pun damia excited je.. ingatkan budak boleh naik sekali coz dah time melawat. Tapi tak bole la... rupanya budak2 cuma bole melawat sabtu ahad je. Dulu boleh je.... kesian damia. So barang2 aku just di kirim kat mak guard je la.


Boring gile nak makan nasik kat hospital. Aku asyik laparrrrr je. Mana tak nye, dah la makan ikut time, pastu boring2 aku tido. Bangun tido lapar balik tapi belum time makan. Nasib la ada biskut..

Masa nak admit ward tu, kelas 1 n 2 full... dia bagi kelas 3. Tapi nasib baik belum sempat naik ward, dorang tukar aku ke kelas 2. Kira ok la.... takde la dok bawah kipas. Masa tu kelas 3 pun ada gak katil2 yang kosong.. Tapi masa nak discaj tu, aku tengok kat ruang tv pun dah fully occupied. pastu siap ada bilik transit kat luar wad, just tutup dengan tirai je.. kesian sape dok situ.
Kat PAC masa nak clearkan nama, husband kata penuhhhhh... ramai org nak bersalin sampaikan nurse situ terpaksa cakap kat brader sorang ni : ward dah penuh. Aku tatau la mana dia letak bini brader tu nanti. Aihhhh risau pulak. Jangan time aku sok penuh gak dah la.. Nangesss!!!
Balik tu dah kul 9pm. Call bibik tanya budak2 dah tido ke? Bibik kata belum..... so aku pun zasss ke kedai kek kat kajang. Beli kek sebijik dan balik..
*penat pusingkan gambar ni tapi tetap mcm ni*
Birthday boys & birthday girl (bulan March)
Just a small celebration. Janji ada! Tunggu la nanti kita buat best2 yea dik.. tunggu baby da kuar :)
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO KHALISH AMSYAR
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
Ibu sayangggg sangat kat adik. Sayangggg jugak kat kakak. :)
Adik, be a good son ok.
Jaga kakak baik2.
Dah nak jadik abang, kan?
Selalu panggil dia 'abang kecik'.. pastu nanti dia gelak2.. macam kelakar je..
hehehehe...
Khalish, dah 2 tahun.
Kejap je masa berlalu.
Hmmmmm *teringat masa peknenkan dia n masa bersalin*
Kejap lagi nak jadi abang dah.....
Dan paling ibu suka adalah... khalish masih mahukan nenen ibu.
Balik dari hospital, itu yang dia cari. Comelssss!!!!
p/s: Kalau dalam seminggu ni tiada tanda2 bersalin, maka 25hb (EDD) kena admit ke hospital untuk induce. Sebab BP tak stabil so doc tak bagi tunggu lama. Doakan saya selamat.
Friday, March 11, 2011
Celebrate Bday Damia kat Kindy
Alhamdulillah... Majlis sambutan hari jadi Damia kat sekolah berlangsung dengan lancar dan meriah. Cewahh... Semalam gigih jugak la aku gi Giant beli barang2 untuk party pack dia. Pastu ada lagi tak cukup. Petang pergi lagi kedai dekat2 Giant tu nak beli lagi barang sikit. Pastu takde party hat pulak... patah balik ke Kajang, gi kedai borong dekat ngan Maybank. Perghhh murah gile barang kat situ. Nyesal beli kat Giant.....

Ni untuk party pack dia. Asalnya dah beli party pack cap Giant kaler kuning. Pastu masa gi kedai borong tu jumpa plak Princess nye party pack ni ha. Murah gile kauuuu.. RM2.90 per pack. Dalam tu ada 12 pcs. Rembat la ape lagi. Giant punye boleh simpan.... hehe... Oh lupa nak letak party hat skali dlm gambar ni.

Kek pandan layer. Sedap gile. 1st time tempah kek kat kedai ni, kat dgn sg.chua. First time jugak kek beday damia lain dari tahun2 sebelum ni.
Waktu rehat bebudak ni kul 2.30pm. Aku sampai kat sekolah tadi 5 minit awal, tapi budak2 ni dah kuar dah... Nampak damia dok kat kerusi pandang2 luar arah aku. Tapi dah lama sket baruuu dia perasan ibu dia datang. Pastu excited sebab kawan aku bawakkan kek, aku pegang kotak party pack dia... So enjoy la gambar2 bday dia kat bawah ni yea:


Damia dengan teacher kelas dia

Nampak tak dia mengesat air mata? Syahdu sangattt... terharu agaknye. Kecik2 lagi dah feeling2 diva terharu. Mulanya aku tak perasan sebab aku kan kat belakang dia. Tapi teacher dia cakap kat aku - she's crying......... alolololololooooo....


Masa ni kawan2 dia cakap 'kek awak sedap la mia....'


Alhamdulillah.. yang penting aku tengok damia heppi sangat! Aku dah penah cakap kat dia kelmarin nak wat bday kat skolah dia. Agaknye dia pun tak expect nak celeb hari ni. Malam tadi masa pack barang2 party pack tu pun dia dah tido. Kiranya ni SURPRISE PARTY la untuk dia...
Tapi yang lagi best dan terharunya adalah masa nak potong kek tu, damia datang kat aku n peluk, dan dia cakap apa tau:

Ni untuk party pack dia. Asalnya dah beli party pack cap Giant kaler kuning. Pastu masa gi kedai borong tu jumpa plak Princess nye party pack ni ha. Murah gile kauuuu.. RM2.90 per pack. Dalam tu ada 12 pcs. Rembat la ape lagi. Giant punye boleh simpan.... hehe... Oh lupa nak letak party hat skali dlm gambar ni.

Kek pandan layer. Sedap gile. 1st time tempah kek kat kedai ni, kat dgn sg.chua. First time jugak kek beday damia lain dari tahun2 sebelum ni.
Waktu rehat bebudak ni kul 2.30pm. Aku sampai kat sekolah tadi 5 minit awal, tapi budak2 ni dah kuar dah... Nampak damia dok kat kerusi pandang2 luar arah aku. Tapi dah lama sket baruuu dia perasan ibu dia datang. Pastu excited sebab kawan aku bawakkan kek, aku pegang kotak party pack dia... So enjoy la gambar2 bday dia kat bawah ni yea:


Damia dengan teacher kelas dia

lepas aku suapkan je kek, nak tau ape terjadi:
Nampak tak dia mengesat air mata? Syahdu sangattt... terharu agaknye. Kecik2 lagi dah feeling2 diva terharu. Mulanya aku tak perasan sebab aku kan kat belakang dia. Tapi teacher dia cakap kat aku - she's crying......... alolololololooooo....

Masa ni kawan2 dia cakap 'kek awak sedap la mia....'

Alhamdulillah.. yang penting aku tengok damia heppi sangat! Aku dah penah cakap kat dia kelmarin nak wat bday kat skolah dia. Agaknye dia pun tak expect nak celeb hari ni. Malam tadi masa pack barang2 party pack tu pun dia dah tido. Kiranya ni SURPRISE PARTY la untuk dia...
Tapi yang lagi best dan terharunya adalah masa nak potong kek tu, damia datang kat aku n peluk, dan dia cakap apa tau:
'nanti baby kuar....kan?'
Hihi.. ari tu masa bagitau dia yang hari rabu 9hb tu bday dia, damia melonjak gembira. Tapi bukan gembira sebab nak sambut bday... dia gembira sebab baby nak kuar! Excited sungguh. Sebab dia kan asyik tanya bila baby nak kuar... dan jawapan aku : tunggu lepas bday mia.
Oh bila laa nk bersalin ni? Berdebar2... Tapi tunggu la lepas bday khalish pulak ;)
Desert hujung minggu
Last weekend excited sangat aku nak buat puding roti bakar. Resepi amek dari Kak Nani Rostam. Gigih jumaat tu balik kerja terus singgah Giant beli barang2. Heheeee...
Sabtu tu memang aku pun salute la diri sendiri. Pagi-pagi dah bangun, punyelah excited nak masak nasik lemak. Buat sambal ikan bilis dgn sambal udang, siap taruk petai lagi ha... Kalo nak buat nasik lemak, memang kena ada 2 sambal ni. Aku ngan damia suke sambal udang. Ayah dia pulak dah diharamkan memakan udang/seafood sebab gout. Kebetulan mak aku datang hari jumaat tu, so tu yang excited nak masak2 n makan ramai2.....
Tengahari masak simple2 je.. eh tapi best tauu. Sebab masak siakap stim taruk jeruk bawang putih. Selama ni tak pernah pakai pun jeruk bawang putih, selalu kalo masak siakap stim just guna asam boi je... Tapi bila tengok blog Lady of Leisure, wahh macam sedap je taruk bawang putih tu kan. Kebetulan bulan 12 hari tu kan balik kg, singgah kat sempadan Betong. Beli la jeruk bawang putih sebotol kecik. Sekali bila dah masakkk *punye la lama beli baru nak masak* mak oiiiii memang sedap gilerr!!!!!!!!! Memang sedap sangat ar buat masak siakap stim tu. menyesal tak beli yang botol besar.
Pastu petang tu tak sabar2 nak masak puding roti bakar. Resepi dah salin siap2 dah. Heheee...
Gambar atas ni setengah adunan yea. Carik la resepinya kat blog kak nani rostam. Cantikkkkk je kan.
Pastu bila dah dok dalam oven, tak lama pastu aku tengok pesalll la oven aku ni berasap2. Oven kecik je.. kecik sangat! Tu yang buat setengah adunan je. Sekali bila bukakkkkk.......
Puding tu naik punye laa gebu sampai terkena kat lampu dia. Hahahah tu yang hangus! Tapi itu tak mematahkan semangat aku. Kalau dulu2 aku try tengok tak jadi, mampus la sampai 10 tahun lagi belum tentu aku buat lagi. Kali ni, aku ejas baik2 dulu. Kuarkan dari oven n potong kerak2 yang hangus tu.......
SEDAP!!!!!
SEDAPPP sangattt tau!! Mulanya aku ingatkan manis sebab kat puding dah taruk gula. Kat susu tu pun tambah gula lagi.. Tapi agaknye tangan dah start nak menjadi masak2 desert ikut resepi kan, alhamdulillah.... rasanya memang enak skali ya! Tak manis sangat n tak tawar pun. Ngam-ngam ho!!
Tapi nak makan puding tu pun kena berebut strawberry dengan anak dara sorang ni! Hehehe... Dia makan strawberry je... feveret dia! Nasib la beli Korean Strawberry, memang tak masam langsung!
Pastu Ahadnye pulak, ini menu minum petang kami:
Nugget ayam Ramly dengan Pisang Bakar
Dalam blog kak nani tu pun ada resepi pisang bakar jugak. Aku dari kecik memang suke makan pisang, tak kira la pisang bakar ke tak ke....... Tapi kali ni nak la eksen2 macam kak nani punye. Tapi aiskrim tak de. Ganti dengan whipped cream. Belasah je la.... tapi gula karamel aku macam hitam la... nape ekk? Nak kena tanya kak nani nampaknye ni.. hehhehehheh...
Eh esok macam nak gi tengok wayangggg jeeee.. Hikayat Merong Mahawangsa. Best takkk? Opss teringat masa sarat peknenkan damia. 8/3/2007 tu adalah hari pertama filem Mohsein ditayangkan. Masa dok kat PAC Hosp Serdang, dah berangan2 lepas doc check up ni nak pegi tgk Mohsein..... Sekali, tengok Mohsein dalam labour room je la jawabnye. Hahahahhaha... Tak sangka pulak terus nak bersalin masa tu. Kali ni hope sempat la tengok HMM dan jugak sempat attend majlis APC, Isnin ni. Insyaallahhh......
Subscribe to:
Posts (Atom)






