Monday, September 12, 2011

Kotak inai tapi bukan inai

First of all, aku nak bagitau yang apa yang bakal aku ceritakan dalam entry ini tidak bermaksud lucah atau apa2... walaupun _______ (isi tempat kosong). Just nak share sesuatu yang buat aku tergelak bila teringatkan kisah malam tadi.

Malam tadi kitorang kuar, cadang nak gi tesco beli pampers ngan susu. Tapi hsbd nak jumpa customer dia dulu kat rumah orang tu. Wahh teruja aku tgk rumah baru dia. Belakang hospital kajang je..... tak mampu dee aku nak beli rumah kat situ. Lepas hsbd setel dia punye hal, jam dah kul 11pm. Tesco pun da tutup. So singgah je la ka KK Supermart. Aku tunggu dalam van. Kami naik van company hsbd, budak2 yang beriya-iya sangat nak naik van. Aku ok je..lagipun ada ekon. Hehe...

Sampai kat KK, budak2 sibuk nak turun gi kedai tu jugak. AKu da ngantuk. So ayah dia la layan anak 2 orang tu. Baby tinggal kat rumah, da tido.. Bila da setel membayar dan masuk dalam van, damia excited sangat bagi tau aku:

'Ibu... ayah beli inaiii.......' - laki aku da sengih-sengih pandang aku. Apa hal plak ni. Dalam hati aku kata sejak bila dia pandai nak pakai2 inai ni...? Aku cuma pikir inai serbuk buat bancuh sapu kat rambut tu je..

'Mia nak pakai inai jugak... bole tak bu?' - laki aku sengih-sengih lagi. Pastu dia korek2 dalam plastik, jumpa, terus dia pass kat tangan aku suh simpan dalam henbeg. Aku pikir ape hallll la plak inai pun nak sorok2? Pastu aku tengok...............











Tau takk ape tu?






Nak konfem lagi? Nak lebih jelas?







































































































Ampeh! Patut la anak kata kotak inai. Gambar kat depan pun gambar jari kaler pink. Sabarr je la bapak diorang ni. Balik rumah aku simpan dalam almari aku. Tinggi. Tapi kalau mia panjat memang bole bukak.


So pagi tadi aku nak gi keje, kelam kabut damia nak bukak almari tu, nak pakai inai.... terus aku amek bawak masuk dalam henbeg gi keje..... Haaa kan tak pepasal jadi entry blog hari ni. Hahahahhahahahahaaaa!!!!!!!

Friday, September 9, 2011

Raya kami...

Tahun ni kami beraya di sini dulu. Turn family aku la gitu. Dulu masa duduk dgn mak, kira raya rumah mak la.. tapi since dah move out, so decide nak raya rumah sendiri dulu. Then baru raya rumah mak. Tapi plan dah bertukar since lepas mak operate mata bulan puasa ari tu dia terus duduk kat rumah aku. So raya pun dia raya dgn kami. Seronok sikit. Macam-macam cerita la raya kali ni. Maklumla....

Dulu tiap kali raya, nak buat rendang mesti mak la ketuanya. Bila kat rumah sendiri, dengan kuali besar pun takde.. haru la sikit kan. Time tu la baru nak gi beli kuali bagai. Sekali kuali yg nak dibeli tu, takde... yang ada kuali pesen lain pulak. Husband kata itu kuali utk menggoreng. Ahh da beli, belasah je la. Ahad malam tu dah start merendang. Nak buat awal.. Masa merendang tu, habis berasap satu rumah. Pelik la aku rasa. Selalu buat rendang tak pernah pulak sampai satu rumah berasap! Rendang tu sendiri kuar asap berkepuk2 macam kawah gunung berapi. Bila da siap, aku pun nak merasa la rendang tu... sekali, bukan rasa rendang, tapi macam makan asap!!!! Pahit kemainnnn lagi. Mak aku pun pelik pesal rendang rasa asap. Bibik kata maybe sebab kuali baru. Sedihh wehh... aku rasa macam, ahhh.. sayangg nye ayam2 tu.

Esok pagi bangun, tengok2 kat dapur rupenye bibik dah kerjakan rendang aku. Dia kata rendang tu hangittt dan berkerak. Patut la pon... kacau tak betul. Kuali tu pulak 'ke dalam' so nak menggaul rendang tu susah sikit. So bibik ngan mak aku buat bumbu yang baru, ayam tu basuh balik... merendang la semula. Jadik la elok sikit walau ada rasa pahit2. Tapi ini lah pengalaman kan? Heeeeee.................

Ermm nak cite banyak2 pon mood tak 'mari', so biar lah gambar je berbicara sambil aku menyampuk sikit2...

















Pagi raya........




Takde orang lain utk diharapkan mengambil gambar yang proper.. cik damia pun jadik la!! Ok whattt....













Sian aku tengok yang tetengah tu.. terkepittt je dia!


















Petang tu family kakak dari Kuala Kubu Bharu datang segerombolan. Meriahh pulak tengok rumah aku penuh gitu. Yang kecik2 tu sume pangkat cucu aku dah... Maknye anak kakak aku, sebaya je dgn aku tapi anak dah 5. erkk telan air liur... (memikirkan tahun2 akan datang.. yuran sekolah, duit belanja sekolah, yuran tuisyen, baju sekolah..arghhhh 3 org da cukup lah bang!)





Khalif 1st time jumpa makteh... tapi masa ni dia rimas coz dah time mandi. Bole pulak air takde time2 raya ni.. ampeh betul. Ni masalahnye kawasan rumah aku, bila sume orang ada kat rumah, bila sume orang byk pakai air paip, nanti terputus lah bekalan air. Khalif dapat mandi segayung je air.. jadik la buat basah2..





Kemudian kami beramai2 ke Semenyih, rumah kakak pulak.....







Carca-marba kan gambar ni. Bukan yang tengah posing tapi yang kat belakang nu... Yang duduk kat sofa rambut pjg tu anak buah ku yg sebaya dgn ku, yg anak dah 5 org. Sila tgk yang bergosip atas tangga tu. Khalish dgn anak buah dia.... kemain lagi!

Mujur jugak masa kat rumah kakak ni ha perut aku buat hal. 4 kali ulang alik gi toilet.. memang aku kasi buang habis2 punye supaya balik rumah takde kes nak gi toilet lagi... Sekali balik rumah memang air pun tadak! Nak wee wee pun cebok dgn air mineral yg hsbd beli sekotak besar. hehe...



Esoknya bangun pagi nasib la dah ada air. Basuh sume pinggan mangkuk... kemas2.. dan pack2 baju utk balik kg. Oh lupa nak habaq, bibik pun bercuti gak sehari sblm raya. Lepas dia siapkan rendang, dia pun zasss bercuti. Tu yg payah gak kalo bibik ada suami kat Msia ni ha. Sibuk la dia pun nak beraya dgn laki dia... Tahun depan, siap la ko bik.. aku akan bagi jadual kau bercuti supaya aku tak sengsara kat rumah time raya! huhuhuhu....







Celamat Aghi Ghayeeeeee!!!!



Tuesday, September 6, 2011

Sume orang citer pasal raya. Aku?

Hari ni mula kerja. Macam biasa kalau cuti panjang mesti aku siap2 drag cuti sampai Isnin. Hehehe.. sebab tak nak rasa Monday Blues..

Hari ni baru dan nak usya blog2 orang. Rupenye memasing dah update citer raya yea.. Seronok pulak aku membacanya. Lagi2 blog Little Parlour. Asyik cerita makannn je. Jeles haku... seronok kan orang balik kg, dapat makan macam2. Kalau aku balik kg kat Perak tu pun, sure macam2 makanan aku jumpa.. seronokknyeeeeeeeee....

Raya pertama kami just beraya kat Kajang. Pastu gi Semenyih rumah kakak. Raya ke-2 sempat la beraya rumah kawan yang dekat je ngan umah tu. Pastu terus shoot balik pahang. Ok takde nak update apa sangat. Jam dah 5.30pm ni. Nak balik dah.. perut pun da lapar, silap la pulak tak bawak kerepek2 yang ada kat rumah dtg ke opis ni. Plan nak berpuasa.. konon nak terus berpuasa sebab boleh turunkan berat badan. Tapi memandangkan keperluan susu badan untuk si kecik, jadi untuk minggu ni aku tak jadi puasa pasal nak up kan production dulu.

Ok. gambar belum donlod masuk pc. kendian2 ok..... bye

Wednesday, August 24, 2011

Malam 7 Likur

Eh terajin pulak update. Dah ujung-ujung puasa ni kan, duk kat opis pun dah mood raya. Baru abes meeting fullboard. Dalam meeting pun sempat gak la lelap mata, tapi telinga tetap mendengar apa yang dibincangkan. so tak bape nak lena sangat la.. Mau tak ngantuk, bangun kul 4.30am, lepas sahur terus tak tidur2.

Owh nak citer pasal Malam 7 Likur. Korang masih kekal kan tak tradisi malam 7 likur ni? Biasanya lagi 7 hari nak raya, orang akan pasang pelita keliling rumah. Baru suasana nak beraya tu seronok sikit. Teringat masa kecik2 dulu, time berbuka pun tak sabar2 nak abis makan. Nak pasang pelita. pastu dapat main bunga api.

Cerita pasal bunga api pulak, masa kekecik dulu suke bunga api merah berbelang2 putih tu, murah. Dengan bunga api merah kuning, yang bila dinyalakan apinye meriahhh kemain kaler. Ada ijau, merah, biru, kuning..... Pastu bunga api dulu2 nyala nya lamaaa.. tak macam sekarang, baru nak rasa seronok dah padam. Cess... pastu pulak ada yang lemau lak tu.. bakar pun tak mau idup. Sabo je la...

Ari tu ayahnya beli bunga api tiger tu. Yang jenis besi. Itu je la yang aku percaya skang ni sebab bunga api tu cantik percikannya, dan tak banyak asap! Itu penting esp untuk budak-budak macam khalish yang mudah lelah. Cuma bahaya sikit coz takut terpegang besi yang terbakar tu je, memang nanges tak tido malam dibuatnya lah!

Masa gi giant kelmarin, aku sempat beli pelita plastik. Usaha nak bagi meriah malam 7 likur kan.. So malam tadi operasi memasang pelita pun dijalankan.. seronok tengok damia ngan khalish yang excited. Khalif yang kecik tu pun excited jugak. Penat aku asyik nak berdokong je. Pastu dokong kalau kita duduk je, pandai tanak pulak tu.. Nak kita bangun n jenjalan... ngengada!










Haiihhh.. aku tatau la apa nak jadi ngan budak dobot sorang tu. Makan kemain selera lagi. Sampai pipi pun da labuh. Skang ni makan nasi kena catu. Kalau dia mintak tmbah nasi padahal da makan sepinggan, memang kena catu. Aku kasi dia minum air atau makan sup je dah.. takut kecik2 kena macam2 penyakit pulak. Ni la masalahnye kalau bibik yang jaga. Asyik la suap selagi budak tak pengsan. eh.. tak la gitu.. agaknye bibik pun takut 'nak bagi ke tak, tak bagi takut mem marah. bagi kang takut mem marah jugak' hehehh sian bibik. Tapi agak2 la kan.. da bulat sangat da tu. risau aku!



Lepas sesi bergambar dengan pelita, khalish conquer hphone aku. Amik gambar opah la.. gambar dinding la. Jenuh aku nak delete satu-satu. Tapi yang paling menarik, aku jumpa gambar ni....







Jenuh aku pikir, gambar apa ni?????? kat rumah mana ada menatang ni. Apa ni?



Tuesday, August 23, 2011

Gadis dan bunga Van

Salam... alhamdulillah dah ke penghujung Ramadhan.. Alhamdulillah juga ramadhan kali ini aku dapat berpuasa.. tak macam tahun-tahun lepas, bila pregnant yang sepatutnya boleh berpuasa penuh, tapi aku tidak... sebab puasa aku mesti terbatal coz setiap hari akan muntah waktu pagi. Padahal masa tu bukan tempoh morning sickness pun. Pernah tahun lepas, aku dah termuntah pagi time mandi, bertahan juga untuk berpuasa tapi pukul 10am badan dah menggigil. Aku ada tanya ustaz dan ustaz tu pun cakap yang puasa aku memang da terbatal.... so nak wat cemana..

Time breastfeed pun ada orang boleh berpuasa penuh, tapi aku tidak.. sebab Khalish dulu akan meragam, menangis je sebab perut kembung. Sian dia.. Tu yang aku terpaksa tidak berpuasa. Tapi kali ni alhamdulillah.... cuma mula2 je, sabtu weekend pertama berpuasa, bila breastfeed khalif akan termuntah sikit.. muntah susu yang berketul2 macam masuk angin. Tapi lepas tu setiap kali sahur aku akan minum satu mug air kopi 'o'. Bak kata bibik, kopi 'o' elok utk elak susu basi... tapi alhamdulillah la...

Cumaaaaaaa.. ada jugak tinggal 3 hari. Sayanggnyeeeeeeeeee!!! Itu pun sebab aku demam. Mulanya takat demam malas nk tinggal puasa. Tapi demam tu sebab aku sakit gigi. Tak tertahan sakit sampai demam dibuatnye. Sakit gigi sampai menangkap2 urat mata, telinga, leher... sakit gile ah!! Sebab nak makan ubat tahan sakit punye pasal... rugi 3 hari.

Ok.. meh la nak tepek gambar aksi anak2 terkini :









Budak tecik kat atas ni sibuk buat aksi akrobatik skang ni.. Pastu bila tak dapat nak capai kaki mula la merengek2... nangis pun skang dah berbunyik 'nyennnn nyennnnn' kelakar! Tapi jangan isap jari kaki ye dik.. bahaya!! hehehe...





Ini gelagat si abang pulak. Kat kelas ballet kakak....















Abang skang ni, kalau boleh siang malam nak pakai baju bola! Fanatik sungguh laa... Sampai kena tunjuk baju bola tengah basah kat jemuran, baru dia nak pakai baju lain. Nasib laaa baju bola ada 2 pasang je!




Kakak pulak susah nak amik gambar dia. Pemalu la kononnn...












Awww.. aksi terbaik gadis yang memandu van kerja ayahnye. Hehe.....








p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri..... (wish awal dulu takut pasni malas nak update lagi)




Friday, August 12, 2011

Breastfeeding : susah atau mudah?



Sumber : Sinar 12/8/2011



Teringat soalan aku kpd anak buah yg tengah sarat mengandung 7 bulan. Nak masuk 8 bulan dah...... Sambil aku bfeed kan Khalif, Aku tanya :


'nak breastfeed ke tak nanti ni?', dan jawapan dia.....

'entah ekk.. tak tau arr.. macam susah je baca kat internet pasal bfeed ni'

'Ermm.. tak pe la.. org ada duit.. bole la beli susu tin.. hehehe', balas ku.



Aku salute minah2 omputih yang gigih menyusukan anak mereka... Antara mereka adalah artis2 Hollywood yang glamer... Sejak terjebak dalam breastfeeding ni, aku rasa happy. Nak pergi mana2 pun tak perlu pikir tentang air panas, tin susu, botol susu, sabun n berus botol... Cuma bawak badan dan bawak baby. Senang kan? At anytime, anywhere boleh menyusukan.


Kalau malam, bangun, angkat baby dan selak baju. Tak payah turun katil pun.... Susah ke? Aku rasa, bagi susu formula lagi susah.. sebab nak bangun, tuang air panas, tuang pulak air sejuk, pastu nak test pulak tahap kesuaman air, baru nak cedok susu masuk dalam botol, pastu suapkan baby. Lagiii banyak prosedurnye.


Kalau tak bekerja, tak perlu lah keluarkan duit beli breastpump. Jimat di situ... Cuma kalau ibu bekerja kena la invest sikit beli breastpump. Alaaaaa.. Spectra3 punye baru 3++. Time pregnant bole start kumpul sebulan rm50 ke...


Tapi kalau nak breastfeed anak, kena rajin. Seriously, terutama di bulan2 awal kelahiran, memang la anak kerap sangat menyusu. Ada yang sejam sekali. Ada yang setiap 2 atau 3 jam sekali. Badan memang letih. Silap2 boleh give up. Tapi itu la pengalaman paling manis dalam hidup seorang yang bergelar ibu. Itu la cara yang terbaik untuk eratkan hubungan antara ibu dan anak.



Ini petikan drp Kitab Anakku Hebat Anakku Saleh Terbitan Telaga Biruby Ustaz Zahazan Mohamed :



Hak anak untuk menyusu :


Menjadi tanggungjawab bapa menyediakan penyusu bagi si anak dalam tempoh 2 tahun.


Firman Allah : (وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ[5] لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ)


Maksud: Dan ibu-ibu yang melahirkan anak-anak, menyusukan anak-anak mereka 2 tahun bagi yang ingin menyusukan.


Walaupun jumhur ulama' berpendapat ibu tidak wajib menyusukan anaknya secara hukuman tetapi perbuatan itu dianggap berdosa jika ditinggalkan. Penyusuan ibu anak itu sendiri lebih memberi faedah pada anaknya berbanding dengan perempuan yang lain. Saya cenderung untuk menghukum ibu wajib menyusukan anaknya.



Tuesday, August 9, 2011

Dah beranak baru dapat apa di idamkan..

Teringat bulan lepas, masa gi check up Khalif, nurse tu tegur pesalll laaa budak Khalif ni air liur melelehhhh aje? So aku pun jawab, nak buat cemana nurse. Masa ngandungkan dia dok nak sangattt makan ikan kelah tapi tak dapat2. Tu yang keluar, air liur melelehh je ni ha..

Nurse pun gelak. 'Laaaa.. takda ikan lain ka nak ngidam. Hat susah nak dapat tuuu.. kena masuk utan pahang dulu baru dapat tuu..'

Hehehe.. tah la. Nak buat cemana kan. Dah takde rezeki. Pernah baca dalam internet, kat Langat ada cafe sg.Lui, ada sediakan ikan bakar. Yg femes kat situ, kelah bakar. Pergh excited aku masa tu. Lagi bape hari nak beranak tuu. Cakap dgn husband, then dia suh call tokei kedai tanya pasal kelah. Sekali dia kata 'adaaa..datang la cafe. besar ada, kecik pun ada'. 'ok..sekilo bape kak?' 'Sekilo rm400' Perghhhhhhhhhhhhhhhh... terkujat aku. Kenselllll laaaaaa.. Dok la pujuk2 anak (anak dlm perut ke anak tekak ke tatau la) hehe.. tapi nampaknye memang dia nak jugak la, tu pasal air liur melelehh manjang....

Baru2 ni tah cemana, ada kawan husbd pi mancing kelah. So husbd pun da pesan, dapat seko utk dia pun jadik la........






Alhamdulillah.. rezeki. Sekor pun jadik la. Buat goreng garing2 dengan sisik tu, makan panas2. Ermmmmmm sedappnyee!! Daging dia, wallahhhh... sedap sangat. Putih, bersih... memang bersih la ikan ni. Takde bau hanyir macam ikan sungai yg lain tu. Pastu petua org tua-tua, bagi budak yg meleleh air liur tu rasa sikit. So aku amik la sikit isi ikan tu, buat sapu2 je kat lidah dia. Terkemam2 dia merasa kesedapan ikan agaknye. Comel... hihihihi....





Ni pagi tadi bawak g check up 4 bulan. berat 6.4kg. Tak banyak naik.. budak tengah lasak asyik meniarappp je kejenye. Lagipun baru baik demam.


Ehh rasanya khalif nak ikan kelah lagi la, bang.... sebab air liur dia still meleleh lagi. hahahhahahahahahhahahah (ibu yg nak lagiiiiii.. sedap!)




Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan & photography si kecik!

Salam Ramadhan... Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan ini. Hari pertama, setakat tengahari ini alhamdulillah production susu macam biasa. Semoga dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan lancar.... Tapi tengok jugak reaksi si kecik dalam seminggu ni.

Sebab berdasarkan pengalaman yang lepas, kalau puasa 4 hari, alamatnya budak kecik akan mengalami kembung perut selama paling kurang 4 hari jugak. Masa menyusukan Khalish dulu, puasa memang banyak skip. Berdasarkan pembacaan, puasa atau makanan tertentu bukan penyebab kembung perut. Tapi berdasarkan pengalaman, ya.. mungkin kebetulan atau apa, tak tau lah. Mungkin jugak badan aku jenis berangin. Harap Khalif tak meragam nanti....

Tak tau la kalau ada petua untuk elak anak kembung kalau ibu berpuasa. Ermmm.. tapi bibik ada cakap, minum kopi masa sahur untuk elak susu basi. Katanya la... tapi mana ada susu basi. :) Mungkin boleh dipraktikkan.. ermm kena gi kedai beli kopi la pulak. Ohhhhh sedapnye kalau dapat kopi kampung. Minum panas2 waktu hujan, dengan ubi rebus cicah sambal. Waaaaa merembessss air liur di kala puasa ni. Hahhahha........

Ok la.. sambil menaip, sambil bercakap dalam hati, penat.. So jom tengok gambar si kecik. Try untuk buat photography si kecik, kelmarin. Seronok... Kejap je dia dah 4 bulan. Owh berat masa 3bulan lebih ari tu dah 6.2kg. Nampaknye tak dobot sangat macam abang dia dulu. Janji sihat dan ceria, itu yang penting!

















































XOXO!!!!








p/s: Alhamdulillah.. stock susu terkumpul sehingga 31 Julai 2011 adalah sebanyak... = 839.5 oz Hoooreyy!!!