Thursday, January 19, 2012

Sayu hati bila tgk si anak kesakitan...







Woo0o0pps!!! Ini bukan kes dera anak ok... Sorry, Insyaallah aku takkan buat benda2 keji begitu. Sape tak sayang anak oiiiiiii...... Setiap ibu pasti akan sayang anak. Tak kisah la berapa orang anak pun yang ada, 1,2, hatta 20 org sekali pun, seorang ibu pasti akan mengasihi dan menyayangi setiap anak yang dia ada. Cuma seorang anak belum tentu akan memenangi dan mengasihi ibu sehingga akhir hayat seorang ibu. Nauzubillah.. semoga anak2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah...


Kejadian ni berlaku sabtu lepas. Masa tu kat rumah cuma aku dan anak2. Lepas mengemas rumah, aku siap2kan bakul utk bawak ke rumah mak. Masa tu plan nak gi amik mak, bawak dtg rumah aku. So dalam bakul tu ada baju n pampers, tupperware berisi baby's cereal (balance gi holiday ari tu) n thermos (air panas utk bancuh cereal). Pastu tgk jam dah kul 1 lebih. Kang lapar lak bebudak tu... so aku bagi dorang makan nasik goreng balance breakfast punye. Dah sibuk mengemas, so tak daya nak memasak... Pastu khalif aku bagi cereal je la.

Dah habis makan sume, aku bawak budak2 gi dapur. Basuh tangan n mulut. Sambil tu aku tutup2 tingkap etc takut balik da malam ke kan.. coz plan nak gi rumah kakak kat semenyih plak pastu. Sekali aku nampak damia datang dapur, dengan tak berbaju.

Mana baju... kan da tau nak gi rumah opah nape bukak baju?

Masa tu dia tunduk sambil tangan tutup muka. Bila dia angkat muka, aku tgk kat kiri kanan dagu da ade kaler2 coklat..

Nape ibu taruk air panas dalam tu....? Uwaaaaaa...

Aku pun.. Ya Allah... nape la tak tanya dulu? Aduhh nak salahkan dia pun tak boleh. So nak salahkan diri sendiri ke? Aku pun tak sangka dia nak minum air dalam thermos tu. Selalunya nak minum memang gi dapur amik air masak. Agaknye damia pegang thermos tu tak rasa panas so dia nak minum je la... Aku pun panik, sebab sure rasa sakit pedih2 kan... So aku bagi chiller. Supaya sejuk n kebas. Tah mana dtg idea bagi chiller pun aku tatau. Chiller tu berguna bila diorang terhantuk kat memana, ada benjol2 ke..lebam2 ke.. salu mmg aku bagi chiller je esp bila bibir pecah akibat terhantuk.


Masuk dalam kete, aku ingat nak g klinik panel je kat Az-zahrah, tapi kena amik mak dulu la.. tapi sebab kesian tgk damia, dah mengadu2 sakit.. dan tambah kesian bila dia request gi klinik dulu. So aku pergi je klinik yang dekat dgn rumah, bukan panel dan ni kali ke 2 gi klinik tu. Doc check, n doc sure yang damia tak minum pun air tu coz dia masih boleh bukak mulut n bercakap. Kalau da terminum, sure dalam mulut pun melecur. Doctor tak bagi apa2 cream pun coz katanya budak lagi, takut cream tu akan efect kat kulit muka, nanti jadi hitam kesan lecur tu. So doc bagi ubat tahan sakit, antibiotik, dan ubat elak gelembung. Dalam kete, tertidur dah damia.. kesiann sungguh!


Kesan lecur tu doc suh sapu calamine lotion sbb sejuk dan tak efek kulit. Lepas 2 hari, tah cemana kulit tu tersiat, so nampak la kulit pink. Aku pun tak de la sapu calamine lagi takut dia rasa pedih. Selasa, masa g jumpa paed Khalif kat KPJ, aku tunjuk kan damia kat doc. So dr.Asmunni bagi satu cream -Ceradan - Skin repairing cream. Doc kata even baby pun bole pakai cream tu dan takde masalah kalo termakan sekali pun. Lepas sapu cream tu baru nampak lecur tu mula mengering.......


Gambar tu gambar malam tadi. Kesian tgk dia... Hari isnin tu aku tanya gak, ada tak auntie (teacher kat sekolah) tanya n mia kata apa..... 'ada, mia cakap minum air panas'
Waduhhh.. dalam hati aku - kesian anak aku. Jangan auntie pikir aku dera anak, sudahhhh...

Thursday, January 12, 2012

Year-End Holiday 2011



Just A Teaser...

















Will Update Later :)



Wednesday, January 11, 2012

Treat a maid like part of the family? O-owhhh it's a MISTAKE!!

What is a good employer ?


As an employer, I have learned my lesson that there is no use treating a maid like part of the family, or give her a lot of freedom. Many employers make this mistake, thinking that their maids will be grateful and try their best to perform well. The fact is that the maid will think that since you treat her so well, that means you cannot do without her. The maid believes that she can do anything, and you will not send her away. Treating the maid like part of the family, sharing your expensive food with her, etc, is NOT going to change a bad maid into a good maid !

Whether you get a good maid or not, depends entirely on your luck. I believe that as employers, it is important to treat maids in the same way as our employers treat us. In a company, if a person performs badly on his/her job, or has a very bad attitude, he/she will be fired. When a person works for a company, he/she must follow all the instructions strictly. No company will employ you and let you do anything you like. For maids, it should work the same way. At home, house rules are equivalent to job requirements and work instructions when we work in a company. If the maid does not like the job requirements, she can always ask to leave. If the maid finds a better employer and asks to leave, we should just let her go. If you resign, can your boss refuse to let you go ?
As employers, we should always keep our conscience clear.

1. Salary

If the maid is very hardworking, and performs very well, then please pay her the salary that she deserves. I am paying my maid $500 a month now, because she is a very good maid. She used to earn only $300 when she first started to work for me. I slowly increased her salary over 3 years when she has proven herself as a very good maid. My maid also understands that it is impossible for her to find a job that pays so high, so she really treasures working for me.
Many people think that Singaporean employers are paying their maids a salary which is too low. The fact is the initial salary is agreed between the maid and the maid agency ! Employers DO NOT set the salary when we employ a new maid from the maid agency. All employers are free to pay their maids any salary. I know there are many maids who are paid above $450 in Singapore.
However, I think there are many employers of FDW who earns only about $2000 – $3000 every month. The government makes us pay $170 levy every month. The total cost of employing a maid can take up a large portion of the employer’s salary. For employers who cannot afford to pay their maid a high salary, then please be fair to the maid and consider giving her a reasonable work load and off days.


2. Work Load

Look at the work that you ask your maid to do everyday. Ask yourself whether you can do all those work if you were to stay at home. If you cannot do it, then don’t expect your maid to be able to do it !
What is a reasonable work load ? This is my personal opinion :
If a maid is taking care of a baby below one year old, and/or a toddler below 3 years old, without any help from grandparents, then the maid cannot be expected to do the full load of housework. She should be able to cook for herself and the children under her care, and probably only mop the floor once a day while the children are sleeping. It is NOT reasonable to expect her to do anything else. She should be allowed to do other housework during weekends when parents take over the kids.
If a maid is taking care of 3 kids all below the age of 3 or 4, without any help, then it is NOT reasonable to ask her to do any housework except to cook for herself and the kids.
If the maid is taking care of 2 or 3 kids, all above the age of 3, without any help, she should be able to cook for herself and the whole family, mop the floor, and perhaps do laundry when the kids are attending kindergarten/nursery.
However, if grandparents are helping to look after the kids, then the maid should be able to do more.
Parents should understand that their kids are the most important people in their lives. You don’t want a tired and overworked maid looking after you kids, anything can happen !


3. Sufficient Rest

Can you work everyday of the year without any rest ? If you are unable to do so, then don’t expect that from a maid ! I know maids who developed mental problems after working for 2 years or more without any off day. Now with the changes to the Security Bond, employers do not need to lose their Security Bond when the maid gets pregnant. Please click the following for more information :
For employers who are afraid that the maid will be badly influenced by other maids, do remember that you only pay the maid a salary to work for you. You have no right to control the friends she likes to mix with. You have no right to cut off her communication. If the maid wants to turn bad, she will turn bad no matter what you do. My maid has one off day every alternate Sunday, she is still a good maid after working for me for 3 years.

Every one of us will be happy to have a job that pays well, has a very reasonable workload, and sufficient rest for us. High pay and reasonable workload will NOT change a bad maid to a good maid. But these conditions will certainly retain a maid who is willing to work hard.


Info di ambil dari web Muslimahmaid.com. Thx for sharing :) ada juga betul kata dia.... memang tak guna pun buat baik dengan maid ni. Tapi aku rasa mostly maid Indon yang banyak buat hal. Depan cakap lain , belakang cakap lain. Very pretending! So skang aku tengah kumpul info sepatutnya yang boleh digunakan untuk berdepan dengan next maid. Haiiihhh.. harap2 maid tu sampai sebelum hujung bulan. Lagi bagus kalo dpt sebelum raya cina...


Monday, January 9, 2012

Ballerinas Show Time @ School Holiday Carnival, Southgate City

Actually carnival ni dah sebulan berlalu. Tapi macam biasa la.. mana dapat nak update suka-sukati. Kat opis - keje. Kat rumah - tugas. Heheheh boleh gitu? Best jugak gi carnival ni walau pagi-pagi dah keluar rumah coz diorang ada rehearsal pagi tu kul 8.30am. Show pukul 11am. Owh rasa nak pergi situ lagi la pasal Nichii dah pindah situ. Masa pergi tu sempat gak lalu kat nichii tu, scan sekali imbas, cantik2 gak baju dia compare dgn alamanda punye nichii.

Jom la tengok gambar.... bestnye pasal dah boleh upload gambar besar gabak. Puas mata memandang....










































Gambar masa damia punye show takde pasal aku amik guna video mode. Dari pagi santak ke petang kami kat situ. Ada inflatable playground lagi, ada facepainting, soccer, pastu ade jual-jual ape tah aku pun tak tau. Pas makan kat Sushi King, kami pun pulang.... o-owh bukan pulang ke rumah. Tapi pergi pulak Muzium Negara. Phewwww aku dah ngantuk dan penat bangetttt. Tapi demi anak dan bapaknye yang excited nak tengok Upin & Ipin kat Muzium, ikut je la...




*muka berlengas gileeee kan?*


Damia puas hati dapat bersalaman dengan Upin & Ipin. Walaupun diorang bagi 2 tempat utk U&I bertemu peminat, sorang kiri pentas, sorang kanan... demi anak dara nan seorang aku sanggup meneman menempuh orang yang ramai, janji dia dapat salam 2-2 sekali. Puas hati muka dia pastu.


Yang Khalish pulak boleh dia takuttttttt????? Adoyaiii anak bujang...





Woo0opps! Maid sudah tak de! Pandaiiiiiiiii dia ekk.. aku bagi cuti 5 hari, dia amik cuti teruss selama-lamanya. Menyusahkan orang betul. Dari aku amik annual leave seminggu, terus terpaksa tambah lagi seminggu semata-mata nak uruskan anak-anak dan carik nursery. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ku. So skang ni budak-budak dah kat nursery sejak 4hb Januari. Dan alhamdulillah jugak Allah bagi peluang dan permudahkan urusan untuk mendapat pengganti maid. Insyaallah beberapa hari lagi sampai la dia. Alhamdulillah... Allah sentiasa akan membantu orang yang teraniaya :)

Friday, December 16, 2011

Maid ni mula2 je baik, lepas tu ke laut!!!

Sekarang ni hati aku berbelah bagi. Ada maid, susah.. takde maid lagii susah. At least bila ada maid kat rumah, tak la aku keseorangan dgn anak2 je... Nak harap husband, payah la sikit bila PJJ ni kan. Walaupun seminggu sekali dia balik, tapi balik lepak sambil layan anak je la... nak tolong buat keje umah, payah sikit. Aku pun lagi rela dia dok main2 layan anak. Biar aku buat housechore sorang-sorang pun tak pe.


Maid aku ni dah setahun keje ngan aku. Mula-mula ok la... baik.. rajin.. pulak tu masa tu aku pregnant. Tapi aku perasan kalo dia ada prob sikit ngan laki dia, mesti sikit-sikit sentap. Aku cakap ape pun dia tak bole ingat. Dan lately ni pulak memang lagi banyak dia punye khayal. Maybe ingat anak2 kat indon kot. Tapi kalau nak kerja tu kerja je la kan.. sampai masa, ko balik la. Kalo tak, balik skang. Tak yah keje.

Tapi yang buat aku lagi sentap adalah dia asyikkkkkk nak marah damia. Dah la tu sorang je anak pompuan aku. Walaupun damia ni agak nakal sikit, tapi itu semua sebab dia nak perhatian. Damia ni kalau dia nak, time-time tu jugak dia nak. Tak macam khalish, lembut sikit hati dia. Boleh bersabar.. Pernah sekali aku tak ingat bila, aku balik keje tumpang kawan. Budak2 n bibik pun tak perasan aku dah ada depan rumah. Pastu aku dengar bibik dok carik kunci. Yang sakit hati nye dia boleh marah n tengking anak aku.

Masa mak aku ada kat umah aku pun, dia tetap marah2 anak aku. Tapi mak taknak la sound ke ape ke kan. Kang bibik lari susah pulak. Mak siap cakap, time aku balik bibik bertukar jadi baik. Wahhh ini sudah lebeyyy... Pastu pernah la mak aku cakap, dalam kul 4pm tu bibik siap2 masak utk malam. Damia balik sekolah sure lapar. So dia bukak tudung saji nampak pulak ikan bawal goreng. Memang feveret dia so dia meratah la ikan tu. Bole pulak si bibik ni sound n marah kata camni 'lepas ni aku tak nak masak lagi. Itu untuk malam tau tak..... aku malas nak masak lagi'

Wahh wahh wahhhh..kemain kau kan. Masalahnye bukan takde ikan lagi dalam freezer tu. Pernah ikan tu dah 2minggu tak masak2. Itu bab makan. Kalau bab mengemas pulak, kalau menyapu atau vacuum tu, sapu yang mana nampak je. Yang celah kerusi, bawah meja bila aku cek penuh dengan habuk. Kalau mengemas peti ais pulak, aku rasa baik damia yang kemas lagi bersih dan teratur. Bekas bawang pulak kalau aku tak cakap, sampai penuh dengan habuk la jawabnye...

Kalau aku cuti, memang aku la tukang masak. Aku tak kisah lagipun aku memang suke masak. Tapi bole tak aku ketung-ketang kat dapur, baby tido dalam buai, damia ngan khalish main-main.. bibik boleh plak duduk kat depan tengok t.v. Ampeh kan.... Asyik2 aku kena panggil bagi dia keje.. Kot ye da tau time masak, tolong2 la kupas bawang ke..ape ke..

Tapi yang paling paling palingggg aku sakit hati, Mak aku cite masa dia dalam kete nak balik.. damia kan nak main-main tapi gurau dia kasar sikit la.... sekali bibik cakap camni:

eh aku bukan budak-budak tau. Aku ni orang tua. Aku tak suka main dgn budak2. Aku pun ada anak tapi anak aku tak macam ini. Hati aku sakit... kalau aku tak kesian sama baby, sudah lama aku lari. Tinggal kau sorang biar mati di rumah.


Waaaaa.. melampau kan? Tak pe. Aku simpannn je dalam hati aku. Tapi baru ni dia sentap lagi dan dia pun aku rasa dia perasan yang aku tak macam dulu. Sabar aku pun ada limit deeerr... Ada satu malam tu, dalam kul 10pm. Semua da standby nak tido. Aku tgh breastfeed khalish (bukan khalif tau hehe).. damia pulak nak susu cepat. Khalish tak nak lepas tek dia. So aku cakap ngan mia, mintak bibik buatkan dulu. Siap pesan cakap elok2 dgn bibik.. Tak lama pastu mia lari masuk bilik sambil nangis2. Aku tanya apa hal... mia cakap:

Mia dah cakap elok-elok dgn bibik, mia nak susu....(sambil nangis2 ni cite)
tapi bibik cakap SUSU-SUSU-SUSU!!!


Waaa... kalau tak nak buat pun jangan lah nak sound anak aku gitu. Melampau sgt la kan. Aku suruh khalish stop bf, aku ckp dgn mia biar ibu yg buat. So mia dgn penuh kesedihan berlari2 gi dapur cakap nak suruh ibu buat susu. Sampai mak aku kat bilik sebelah pun terkejut apehal nangis2 macam hape je... Aku ape lagi.. sound terus kat bibik la, terus dia sentap masuk bilik.


Ok malam tadi dia sudah tanya bila aku nak buat permit dia. Kalau aku takbuat, dia nak buat sendiri. Aku cakap nanti tanya suami aku dulu. Tapi kalau dia perasan air muka aku masa tu.. memang air muka kata taknak buat la! Kesian memang kesian. Aku ni memang cepat kesian. Tapi aku lagi kesian kat anak2 aku esp damia yang dah faham ape yang orang buat kat dia. Damia asyik dipersalahkan. Bibik pun macam suka je kalau damia kena marah. Dulu apa2 bibik mengadu pasal damia, mesti aku marah damia. Tapi skang ni apa bibik cakap pasal damia pun, aku diam je. Macam pagi tadi, api bubur khalif dah tutup rupanya. Tapi bubur belum masak. Aku tanya la sape yg tutup. Terusss je bibik cakap damia yg tutup. Aku tanya damia kata tak. Sekali ada orang mengaku ..... ISH tupppp.... Haa kan. Bukan damia, tapi khalish. Ampeh tak sikit2 nak kata damia??? Aku pun tensen camni...


Skang ni tengah pikir cemana nak bentikan dia n carik ganti lain. Aduhh.. suma mau duit. Dah la kami baru je settlekan deposit rumah. adoyai.... pastu niat dihati nak amik filipino yg islam. Ok takk? ade sape2 leh bagi pendapat tak.. please...please....

Thursday, December 8, 2011

'Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dengan seorang yang jahil'

Imam Shafiee pernah berkata :




'Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh
berhujah dengan satu orang yang jahil'


*Thx kak diana ishak*




Aku ada pengalaman dengan sorang kawan sepejabat dulu. Tak payah nak cite panjang. Cuma masa tu, aku tau kalau aku menegakkan kebenaran pun, dia tetap akan tegakkan benang dia yang basah. Aku diamkan aje....... masa tu aku dan kawan aku yg sorang ni pun, layan je la perangai makhluk tuhan yg lagi sorang. Diamkan aje... Dan akhirnye lepas setahun macam tu, makhluk tuhan tu mengaku kalah. ALhamdulillah..

Sekarang aku berdepan dgn situasi yang sama. Bezanya orang yang lain, dan hubungan yang lain. Tak paham, tak pe... Aku cuma tak paham, mereka ni orang yang beragama. Beribadat tu memang jauh lebih baik daripada aku. Boleh kata, solat pun tak tinggal 5 waktu. Tapi sanggup mereka menuduh yang bukan-bukan..... tak tau ke dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh?

Yang lagi bestnya, ada pulak orang lain yang bagitau cerita tu pada kami. Oh rupanya cerita tu dah sampai jauhhhhh ke hulu perak. Tapi masalahnye kita yang kat Lembah Klang ni pulak yang tau kemudian. Pastu apa cerita tu pulak memang buatkan kami semua tergelak terbahak-bahak. Marah pun ada... tapi rasa, alahaiiiiiiii.. plisss la ehh. Kita tak main la bomoh-bomoh ni. Takde masa nak jumpa bomoh. Bomoh mana nak jumpa pun aku tak tau...... Entah-entah diorang yang jumpa bomoh. Tu pasal ada orang komen kat shoutbox masa entry aku pasal tanda terkena saka tu.................. dah makan cili la kot kan.

Tapi aku taknak cite banyak2 kat sini. Sebab macam Imam Shafiee kata tu la, buat ape aku nak cakap banyak kat orang yang jenis tak paham bahasa. Kalau dia percaya sangat yang dia dah kena bomoh, pergi lah jumpa mana-mana ustaz mintak bantuan.... Darussyifa' ke.. alhidayah ke... ruqyah ke... pergilah berubat utk lawan kuasa 'bomoh' tu. Jumpa ustaz yang boleh lawan kuasa jahat syaitan. Bukan jumpa bomoh. Sebab sama-sama ada kuasa syaitan, akibatnya nanti sakit tak baik, malah makin teruk pulak jadinye nanti...

Dengarlah nasihat aku ni. Kalau sakit, kalau rasa ada orang aniaya kita, pergilah berubat dgn ustaz bertauliah. Jangan takut.... sebab orang bersalah je takut. Takut pulak ustaz tau yang dalam badan tu ada penjaga. Kang terbocor rahsia..malu taw! Ngeeeeeeeeeeeeeee........

Owh lagi satu, aku ada baca satu artikel ni.. lebih kurang gini la bunyiknye:-



Setiap apa yang berlaku pada diri kita... setiap apa dugaan yang menimpa
diri kita.. Kita kaji dimana silapnya.. Tengok macamana hubungan kita dengan
Allah. Kalau semuanya baik.... kalau setiap suruhan-Nya kita buat,
alhamdulillah... Kemudian tengok pulak macamana hubungan dengan ibu, adakah
baik...adakah kita jalankan tanggungjawab sebagai anak/menantu?......

Gitu la yang aku ingat. So kita muhasabah diri kita. Adakah bila kita dah tua, umur 70 tahun, masa tu sentiasa sihat ke kita ni...? Kita boleh konfiden ke masa kita umur 70 tahun nanti, badan sihat dan takde apa2 penyakit? Sebenarnye sakit ni memang Allah bagi, nak tengok kesabaran kita macamana, nak mendekatkan lagi diri kita dengan Allah........ Kita konfiden ke masa kita umur 70 tahun nanti, anak-anak akan jaga? Tengok balik apa yang kita lakukan dulu dan sekarang........ kalau masa bujang kita dah mengata orang yang sakit, insyaallah masa kita sakit nanti ada je orang akan mengata kita. Tu kena hati-hati............ :)

Renung-renungkan, dan selamat beramalllll...

Tuesday, December 6, 2011

Saya suke bawang putih jeruk




Anonymous noreply-comment@blogger.com to me

show details 9:24 AM (3 hours ago)
Anonymous has left a new comment on
your post "Desert hujung minggu":

salam. saya nk mintak tolong ni...kt mana nk beli asam boi utk buat
ikan stim? thanks!


Publish Delete Mark as spam
Moderate comments for
this blog.





*************************************



Saya dah reply kat komen box tapi kot2 cik anon tak jumpe...... so saya up satu entry. hehehhe...


Asam boi yg biasa aku gune dulu adalah asam boi kaler putih, besar2 ibu jari (lebih kurang la..) yang dijual kat kedai runcit je. Sepeket ada la dalam 2-3 biji. Jangan beli yang sepeket 5-6 biji coz yg tu tak sedap, takde isi dia n masin sgt. Asam boi tu just dihiris2 pastu campak dalam pinggan ikan stim tu. lagi banyak lagi sedap. tapi jangan la plak sampai 10 biji ko campakkan...





Kalo nak asam boi yang jeruk punye gi carik kat kedai jual jeruk. Asam boi tu bulat2 (tak kecut) kaler coklat... bole tanye terus kat toke kedai... tapi aku penah guna tu, tak sedap sgt la sbb tak pandai masak kot......



Eh skang ni, aku suke guna bawang putih jeruk buat masak ikan stim. Lagii mavelles... Masukkan bawang tu 3-4 biji ikut saiz la n ikut suke.. jirus sket kuah jeruk dia.. mmg sedap. Terasa masam-masam manis dia...... waaa terliur sudahhh... minggu ni buat ikan stim pun sedap jugak kan? hehhe



Monday, December 5, 2011

BBIM's Annual COncert & Convo

Dah hampir sebulan event ni berlalu tapi baru ni dapat upload. Ni 1st time aku gi BBIM punye annual event, lagipun ni kan baru tahun pertama damia.


Eh Mia Sara Nasuha pun sekolah BBIM jugak kan, tapi branch KD rasanya.. Dorang punye event lebih awal. Event ni ikut branch jugak la... Yang aku pegi ni, Kajang dgn Semenyih punye...



Damia with her class-mates.

Eh mia sara pun pakai baju ni jugak masa performance class dia tau...

Kira ok la kan coz my daMIA qaiSARA pun pakai yg sama... ngehngehngehhh





Ada pakaian beragam utk budak2 yg playschool, comel2 je tengok!




Ni class damia. Tapi spoil la pulak damia ternampak aku.
Terus dia taknak buat performance...






Ni budak2 yang 6yrs...







Sepatutnye damia ada dlm gmbr di atas... Punye la aku standby depan stage nak record vid. Sekali tengok..mana anak aku??? Lepas je budak2 ni perform aku terus gi belakang, tengok damia tgh layan perasaan. Aduhai....







ada silat..





'Ok itu dia persembahan silat telah berakhir' -Khalish







'Yeahhhh.. pastu i pulak bersilat'






Lepas silat kita minum dulu!!!!!








Budak2 yang convo, tahun depan masuk Darjah 1..

Damia ada lagi 2tahun kat sekolah tu :)








Macam da lama je tak letak gambar dak kecik kan???















Alolololololooooooo.... Gewammmm.. tapi pesal senyum macam gugurllll ni???


*dia memang suke senyum gitu*






















Dan suke buat muke cenggitu. Comelll!!!


Nampak gigi 2 batang :)





p/s: Adakah perasan perubahan diri ku dalam gambar di atas.. owh terus terang saja, i nampak sedikit kurus kan?? ngehngehngehhhhhhhh... apakah rahsianya???? Nak tau?? Betul-betul nak tau??? Emel i ok. I akan bagitau rahsianya nanti....