Thursday, September 18, 2014

Diet kalori

Salam... 

Aku pernah turunkan berat badan dgn produk Herbalife. Tak dinafikan laa produk tu memang sedap. Dan aku berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan. Amazing sgt dah tu aku rasa! Tup-tup, lepas tu aku pregnantkan Izzara... terasa impian terbantut je. Tapi sebab lebih sayangkan kandungan, aku mengalah dengan niat nak kurus tu...


Tapi sepanjang pregnant tu aku still consume produk ni. Yang aku boleh cakap, memang bagus la sebab kwn2 kata aku tak bloated sgt masa pregnant tu. Muka pun tak kembang setaman. Tapi masalahnye bila bajet tight ni kan.. produk mahal pulak tu.. hehehe.. maka terus stop dah. Bukan niat nak stop terus, kalau ade bajet memang besar harapan aku la nak start balik... 


Berat badan skang ni dah makin naik. Sebelum disahkan pregnant, berat aku 89kg. Now 97kg. Nanges??? Hampir2 la... tapi sebelum aku start herbalife dulu, masa tu khalif umur 7 bulan, berat aku 104kg tauu!! Kira masih success lagi la aku ni hahahhahahaha... so now aku kena usaha utk turunkan berat balik. Gym da pernah pegi tapi tak berapa turun pun. 


Ikut blog kevin zahri. Katanya nak success lose weight ni senang  je. 80% jaga makan. 20% exercise. Phewwww.. patut la aku gi gym hari2 pun tak turun berat. Makan tak jaga!!! Bila tak jaga makan ni, akan sampai satu tahap yg aku sentiasa rasa lapar. Nasi sepinggan penuh pun rasa tak cukup je lagi... Pastu sendiri komplen perut buncit macam orang pregnant 5 bulan. Asal berdiri depan cermin je, nak komplen diri sendiri. Tapi usaha nye takde! 


Now dah seminggu aku try control makan. Aku kurangkan nasi. Budak ofis aku ni nak kawen, 2-3 bulan dia diet tak makan nasi, now slim je..cantik je.. aku pon nak jugak slim. Tapi tak leh la nak stop nasi terus. lagipun aku masih breasfeed izzara. Bawah ni sekadar perkongsian utk kita. Aku kena buat diet kalori. 


Macamana nak kira kalori?



kena kira berapa Basal Metabolic rate (BMR) untuk keperluan badan dulu, dimana kalau kalori yg diambil redah dari BMR, badan akan sakit kerana ia keperluan basic untuk jantung dan organ dalaman berfungsi dengan baik. selepas itu kira Daily Calorie requirement(DCR).kalau nk kekalkan badan ambil ckalori bersamaan DCR, jika nk kurangkan berat , ambil kalori kurang dari DCR tetapi jangan lebih rendah dari BMR....




formula kiraan BMR
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

formula kiraan DCR
• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) • BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) • BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu) • BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu) • BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton) 

BMR aku : 1723.4
DCR aku : 2068.08

Tapi sebab aku masih breastfeed, perlu tambah 100 kalori sehari. So aku decide utk max kalori intake sebanyak 1850-1900. CUba.... cuba dulu...


Next entry aku akan up pasal jumlah kalori dalam makanan kita... huhuhu.. bole nangis wooo.. tabah ke tak.. ke buat cara sendiri ke asalkan berat turun hahah.. tengok la cemana nanti


Wednesday, September 17, 2014

Art atau seni..


Salam. Simple update, just nak galakkan mood sebelum masuk meeting ;)

Now aku dah mulakan project art untuk anak2 masa hari cuti. Target aku nak buat art at least sekali seminggu. Cuti weekend la kan. Start dengan sabtu lepas, kitorang buat art guna water color. Ikut suke budak2 la nak buat cemana pun kan. damia n khalish nak kaler gambar spiderman. Ok sukati la...

Khalif pulak.. since berus lukisan pun ade 1-2 je.. aku ajak dia mewarna guna jari je sudahhhh... kami berjaya hasilkan lukisan pokok. Very the easy peasy! Hahahah... Tapi lupa nak snap gambar la pulak...



N now, aku tengah kumpulkan kulit telur. 

Damia asyik tanya - nak buat ape...

Aku jawab - ade la..surprise! Haha

Sebab tak leh bagitau awal2. Nanti selang 5 minit dia tanya sampai aku fed up pulak nanti.. Dah cukup bahan, baru aku annouce. Next, nak carik art board ke hape namanya. Aku nak buat cam dalam gambar ni:








Masukkan paint dalam telur.. then bagi anak2 baling. pastu da kering nanti bole la gantung kat wall. hahaha... 

Semalam cuti Hari Malaysia pun, dah buat satu benda dah. 3D snowflakes ala2 frozen. Damia excited pulak nak letak kat wall bilik dia. theme frozen katanye... sukati la nak....

Cuma satu masalahnye bila nk buat art kaler2 ni, skang ni barang2 art sume pakai damia punye. So berebut, dan ada yang bergaduh2, nampaknye kena beli sorang satu set nanti ni... 

Ok till then.. bye

Friday, September 12, 2014

terkena...

Salam..

Tadi dapat notification FB. Kawan aku tag nama aku kat satu gambar dalam wall 1 page ni.. Amboi suke hati je cilok gambar orang  masuk fb dia eh... kuahajo nama nye tu. Aku pulak dpt online fb kat hp kecik je. Tak puas hati sbb tak dapat nak report ke ape ke.. gambar tu aku up kat blog je rasanya. gambar masa pregnantkan izzara lak tu.... rasa macam batu jatuh atas kepala!

Tapi yang aku rasa tak boleh blah bila page tu tajuk nye : wanita hamil seksi

Hahahaha.. kot ye pon ko amik laaa gambar org lain yg lebih seksi. So lepas ni kena extra carefull nak upload gambar kat mana2 pon... APTB!!!

Monday, September 8, 2014

Good moms have...?



Assalamualaikum..

Tetiba pagi ni rasa nak berblogging pulak. Teringat dulu-dulu aku rajin juga update, walaupun sekadar cerita anak beranak.. tapi sejak setahun lepas aku dah jarang sangat blogging. Mungkin sebab sibuk sangat. Urusan keluarga, kerja.. seharian amat meletihkan weii.. 

Dan alhamdulillah sudah 1 tahun 7 bulan aku survive without maid! Walaupun kadang2 timbul perasaan yang nak maid time2 tu jugak... tapi lepas tu dah hilang perasaan tu. Perasaan tu timbul time aku tengok keadaan rumah macam di langgar garuda, dan time tu jugak aku kepenatan fizikal dan mental, time tu juga anak2 bercakar sesama sendiri (akibat kurang perhatian kot?).. pffttttttt.. menangis jiwa dan raga hanya Allah yang tahu. Husband memang membantu sangat. Contohnya bila minta tlg buangkan sampah. Dari petang aku cakap, sampai da nak tido sampah tak berusik. Kadang2 aku paksa.. kadang2 aku malas nak remind lagi maka aku bantu la diri sendiri. Kekekekkekke.. sorry bang i citer kat sini. Apa pun abg memang seorang yg rajin ;)

Seawal 5 pagi aku da mulakan tugas. Bangun, siapkan sarapan, iron baju  (just in case tak sempat iron malam2), mandi, solat, siapkan anak2 nak ke sekolah dan taska, bawak anak2 masuk kereta (masa ni pun kritikal sebab kadang ada yg buat perangai baik sangat taknak masuk kereta..aptb!)..... sampai je kat ofis badan aku da lembik! Selalu rasa tak adil sebab aku sorang2 je buat.. ayah diorang tak buat apa pun. hahah.. tapi kadang2 ade juga ayah diorang tolong pagi2 tu.. tapi pagi2 memang dia seloww sangat2. Mamai. Tak pasal2 bertambah sorang lagi yang aku nak uruskan bg arahan bagai... baik tak yah! 


Camni la.. bila dah kat ofis, badan da segar balik, hati da tenang.. ok.. aku pun dah cool.. petang nanti balik baru huru hara balik perasaan aku. ahahaha... 



SUPERWOMAN KAH AKU? 


Ade yang bagi kata-kata semangat kat aku..:


You are SUPERWOMAN!!!

Kadang2..biasanya selalu, aku cuba utk jadi SUPERMOM utk anak-anak aku.. cuba utk berjaya uruskan hal anak2 dari makan, pakai sampai la ke urusan kemas2 rumah. Aku cuba selagi terdaya.. tapi lepas aku baca artikel dlm paper baru2 ni.. Aku try to avoid. Aku tak nak jadi SUPERWOMAN dah.... sebab nanti anak2 aku terabai bila aku sibuk nak cuci pinggan kat dapur, sibuk nak kemas2 lepas dinner.. sampaikan anak2 tertido sendiri lepas bergaduh sesama sendiri. Sedih sangat... Sekarang ni aku cuba utk luang lebih byk masa dgn anak2. Lepas makan, pinggan mangkuk aku tak terus basuh. Aku spend time dulu dgn anak2, walaupun takde baca buku ke apa.. sebab masing2 da letih baik aku, baik damia.. jadi layan tv sampai tertido sama2 pun dah cukup baik. sambil2 aku menyusukan izzara, bergolek2 dgn diorang depan tv, sedar2 rupanya aku pon da terlelap. Terjaga tengah malam, syahdu je rasa tgk anak2.. lagi syahdu tgk sinki penuh dgn pinggan mangkuk... huhuhuhu.. maka baru lah aku bangun kemas dapur n siap beg taska masing2, then tido... Masa ni biasanya jam dah pukul 12 lebih. Dan aku harus bangun jam 5 pagi.... 







Macam tu lah rutin harian. Tu sebab blog ni macam terabai.. banyak nak di luahkan.. tapi bila aku nak taip, terus rasa blank. Letih sangat otak aku agaknye. Kadang kat ofis, dalam meeting pun aku boleh terlelap. Parahhhh...

Now, aku akan selalu ingatkan diri sendiri:





Yup.. tu belum masuk cerita keadaan rumah bila dilanggar garuda. Menangis dalam hati woo.. aku selalu jugak bising pasal rumah besepah, bising kat anak2 yang sepahkan barang mainan, sampaikan sofa tu pun diorang boleh angkat jadikan slide dan main beramai2... ni biasanya bujang 2 orang tu la, dan follower da tentu la izzara si kenit.. kalau damia pulak, biasanya duduk setempat, tapi keliling dia penuhhhh dengan anak patung! bukan anak patung je, siap dgn stroller adik dia pun dia rembat buat stroller babydoll. Bayangkan je la perasaan aku bila aku da kemas rumah bersih gile.. tak sampai 10minit dah sepah balik. End up aku biarkan diorang main puas2. Nanti2 bila hati aku da cool, biasanya petang2 or malam, aku kemas balik. Aku ni pikir, segan je kalau jiran tetiba datang singgah rumah.. macam pemalas sangat aku ni kan nak kemas2. :(

Tapi... sesungguhnya....




Sangat benar.. sebab anak-anak yg tengah membesar ni takde keje lain, mainnnn je.. dan itu lah memori yang diorang sedang cipta! - fuhhhhh ni aku tengah mempositifkan diri sendiri jugak ni...


Dan..






Tersenyum aku baca quote atas ni. Harap-harap aku berjaya jadi ibu yang baik utk anak-anak..... Insyaallah...




Friday, August 29, 2014

Bintang hati







Jatuh hati sangat2 dgn lagu ni... kalau orang lain jatuh cinta pasal asyik dengar lagu ni dalam drama, tapi aku kan jarang dpt tgk tv. So bila on radio on d way pegi dan balik kerja tu la nasib2 la dpt dengar kalau lagu ni kuar...



Adoii.. sedapnye lagu ni.. rasa nak makan2...



Anak2 pun layan bila ibu da kemaruk nyanyi lagu ni.. Kalau izzara tu, mula2 dia akan jerit aaaaa!! Aaaa!! suruh ibu diam.. tapi lepas tu dia pun sama follow nyanyi walau pelat2. hahahhaa.. comel sangatt....



Dah tu je nak bagi tau.... :p

Wednesday, August 27, 2014

Nothing to tell...

Salam Zulkaedah...

Cepatnye masa berlalu. Syawal pun dah berakhir. Nak tepek gambar raya pun macam tak banyak je gambar. Mood raya tahun ni tak seberapa. Biasanya aku yang excited nak cari baju raya anak-anak. Kali ni, aku senyap je.. Pemilihan kaler tema pun tak berapa ade.. 

Pergi Jakel, ayah dorang nak beli baju aaron aziz kononnya. Sekali saiz yg ade tu tak banyak kaler... huhuhu... Aku prefer kuning sebab belum pernah pakai. Tapi dia vote biru. So damia jadi juri.. ofkos la damia pilih biru. Tu pun sebab takde purple, fav kaler dia.. option dia  mmg biru je la yg dia suka...

Tahun ni juga aku tak buat baju raya. Dan tak beli yg readymade. Kebetulan kaler dorang pilih tu, aku dah ada sepasang yg da siap 2 tahun tp tak penah pakai. Sebab nak lace kan dulu... tp 2thn terperuk dlm lemari. Last2 nak raya tu last minit carik lace, mujur staff aku pandai menjahit. hehehe....

Raya kat Bilut tahun ni. Kali ni aku mampu bertahan lebih 5 hari... biasanya hari ke 2 kulit aku da naik ruam2 gatal. Puncanya biasa la.. air tak berapa bersih kot.. dgn cuaca yg panas juga... this time rupanya MIL da pasang masterfilter.. Mujur juga hari ke 6 baru naik ruam gatal. hari tu pun da nak balik... 



Anak ade 4 orang. Tapi lepas salam2 raya, damia dah ikut makcik2 dia beraya. Tak dan bergambar pun... sabar je la...


Comelllnye dorang ni... tapi sayang sbb tak cukup korum :(





Gambar ni dah print n framekan. Tapi buat saiz 3r jekkk sebab tak cukup korum. haiih la damia..

***
Seminggu dua lepas raya, khalish pulak terjatuh masa main monkey bar kat playground. Tulang kaki (atas tapak kaki) patah.. maka raya kat rumah la jawabnye kite.....

Thursday, July 17, 2014

mampukah kita sambut lebaran dgn sukaria sedangkan di Gaza berdukacita?

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah dah lebih separuh bulan kita berpuasa. Dalam keadaan yang aman dan tenang di bumi Malaysia. Dalam fesbuk pun da mula ramai yang update pasal persiapan hari raya. Masing-masing melaporkan dekorasi rumah, baju raya, kuih muih dan sebagainya. Semuanya dah ready. Tunggu hari raya je... 


Aku? Since tahun ni pertama kali nak beraya di rumah baru, rumah sendiri, perancangan utk hias rumah tu memang ada. Bajet ciput tapi nak juga buat ala kadar. Bagi berseri sikit.. Sebab aku sendiri pun da naik letih mata tengok keadaan rumah. Heee... Tapi takde la excited bagai. 


Sebab hati aku amat sedih dan pilu. Setiap hari aku buka fb nak tau perkembangan saudara kita di Palestin. Ya Allah.. besar sungguh dugaan mereka di bulan mulia ni. Sungguh ramai yang mati syahid. Sungguh ramai yang cedera. Tengok anak-anak yang mati.. yang cedera... berjujuran air mata aku. *paused: aku teramat sedih. Bergenang air mata ni....

Anak-anak yg tidak berdosa menjadi mangsa. Isteri menjanda kematian suami. Ayah kehilangan anak-anak. Anak-anak menjadi piatu kematian org tua nya. Ya Allah... Kau bantu lah para mujahidin di bumi Palestin. Kau berilah kemenangan kepada Islam. Kau hancurkanlah tentera Israel Laknatullah selumat-lumatnya..

Bila menjengah ke fb si Laknatullah, hati menjadi geram, sakit dan terhiris2.. Bermacam fitnah dilemparkan kepada Al-Qassam. Memutarbelitkan fakta. Kononnya tentera israel hanya melindungi negara dan rakyatnya daripada serangan Al-Qassam. Kononnya tentera Al-Qassam mensasarkan untuk membunuh seluruh rakyatnya. Sedangkan hakikatnya mereka sendiri adalah pendatang yang menakluk keseluruhan bumi Palestine. Ya Allah... 


Apa dosa anak-anak ini? Aku terbayangkan anak2 sendiri.. Ya Allah.. Israeli Laknatullah memang mensasarkan untuk memusnahkan semua wanita dan kanak2 Palestin. Sebab tak mahu wanita melahirkan lebih ramai anak-anak Palaestin dan Israel tidak mahu anak2 ini membesar menjadi mujahidin yang akan berperang demi Islam. 
















tata cara membaca doa qunut nazilah

Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
    Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
    (Hadis riwayat Imam Bukhari)

    Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

    Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
    (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
    (Hadis riwayat Imam Bukhari)

    Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
    Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

*****

DOA QUNUT NAZILAH DAN MAKNANYA

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!



اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.


Tuesday, June 24, 2014

Firdaus

Sejak aku terbaca pasal budak Firdaus OKU yg imigresen jumpa tinggal tulang tapi masih hidup tu, terus rasa putus selera makan. Besar sungguh kuasa Mu Ya Allah... walaupun tinggal tulang, memang lagi teruk dari mangsa kebuluran di somalia, tapi budak tu masih bernyawa dan mampu duduk. Syukur sangat2 pihak imigresen terjumpa budak ni masa buat operasi sepadu ke atas warga asing kat flat di Nilai. Kalau tak, aku rasa sampai ke sudah pun org takkan tahu pasal budak ni...

Pasal mak budak tu, aku no komen. mungkin betul kata dia, orang lain tak faham masalah dia. mungkin dia hanya fikir kerja, cari duit, kerja, dan mungkin ada masalah lain, masalah dgn famili, atau suami. hanya dia yg tahu.

Seharian semalam, aku rasa selera aku terbantut. Mujur je pagi tu aku breakfast dulu sebelum bukak blog kak di. Owh org lain dpt tau kat berita,, aku dpt tau kat blog. Sorry, bil astro tak bayo. Hahahaha... Malas aku nak bayo sbb nanti bukan aku yg dpt tgk... 24jam mmg channel kartun je la. nk tengok berita pon ada yg nangis2... sakit je jiwa taiko. ni dah 3bulan takde tv kat rumah. tp kena la bayo bulan ni. Tak kang naik court lak aku... tak kuasa!! dah bayo sok, konfem laaaa masing2 melekat mcm kena gam gajah kat depan tv tu..

pagi ni, baca kat paper pun aku da rasa sebek2 dah.. rasa bergenang je air mata mengenangkan budak tu. semoga cepat pulih dan semoga kehidupannya terbela.....

Dah tu je.. jom buat keje! kekekekkekekke....