Friday, December 10, 2010

Balik kg, ho yeahhhh

Actually tak plan pun nak ke majlis perkahwinan tu. Memandangkan lokasi adalah sangat jauh.. dengan keadaan diri yang memboyot, dengan bajet yang tak berapa nak ada.. so bila mak call tanya pergi ke tak? Aku cuma jawab 'tak tau la.. tak pegi kot...'

Memang tak plan! Tapi dalam hati memberontak jugak sebab da lamaa sangat tak pergi situ. last time pergi pun masa peknenkan khalish 7bulan. Actually lokasi tu adalah kampung saya. Eh kampung mak saya.. eh.. cemana ek? Atok nenek moyang dulu asalnya dari daerah Pattani, Thailand. Dorang datang ke Malaya dan duduk kat kg tu la.... Mak cite kan.. dulu2, orang situ nak gi pekan naik gajah wo0o0o0.... Cam tak caya je kan? Pastu arwah atok adalah orang buruan. Eh bukan orang jahat, tapi menjadi orang yang dikehendaki dek komunis sebab arwah atok adalah orang yang berpengaruh kat situ.

Ermm kat rumah lama mak dulu, ntah bape orang komunis tah mati kat situ kena tembak dek arwah atok. Mak cite lagi, tengah2 malam masa dia anak dara sunti, komunis dtg ketuk rumah cari atok. Arwah nenek suh mak menyorok diam2 tak berbunyi takut komunis bawak lari pulak anak dara sunti atok. Kagum gak laa aku dengar citer2 mak tu. Kawasan situ memang black-area la..kalau askar2, polis2 sume tau daerah situ mmg kawasan hitam penuh dgn komunis.





Ok berbalik pada citer asal. Hari Ahad tu aku kemas2 kete ala kadar je. Nak g carwash macam membazir je coz musim ujan. So masa aku kemas2, anak2 pun sama sibuk. last2 nampak gambar macam diorang je yang tukang lap kete. hehe...
Pastu call2 en.suami. Cakap la ala2 bodek2 gitu, tapi takut ni.. takut kena sergah sebab isnin kan dia keje.... kot2 la dia da ada projek kat mana2 tempat. Payah gak. So takde la mengharap sangat. Sampai la dia balik malam tu, dok bodek2 lagi.... Pagi isnin, dari kul 8am sampai kul 10am dok membodek.. gaya dia macam tak pergi kerja. Tu yang gagah jugak aku membodek. Last2 kul 10 lebih tu, dia tak kata 'Ya' atau 'okeh..' tapi aku sendiri paham la.... Sukati je! Aku terus packing2 baju... hehehehhe nasib arr kan!


6mos pregnant

Ok..ni gambar damia yang snap tau!!! Dia pantang pegang kamera skang, tah pa pe jee dia snap. Tapi pandai kan dia snap ni. Actually aku tgh sibuk2 pack barang2. Tengok dia snap tah pa pe, aku suh la dia snap gambo aku....




Haaa nampak tak bersepah? Sepah gile..... last minit punya plan kan. Mujur takde apa yang tertinggal. Kuar dari umah kul 12.30pm. Hubby kena gi Mardi dulu nak setelkan ape tah yg problem kat situ. Lama gak.. perut da lapar. Kul 3pm baru setel n makan2...



Ok.. masuk Tol Jalan Duta jam 4.15ptg. Kalau terus gerak dari rumah, time2 ni mesti da nak sampai...














Sepanjang perjalanan bole kata hujan agak lebat. Kadang2 lebat sampai tak nampak jalan! Risau aku... Lepas 2 jam perjalanan, singgah di RnR Sg.Perak, maghrib n minum2 kopi kat situ.. Gambar atas tu lepas exit Kuala Kangsar.
Masa ni, family abg yg sulung dgn mak n abang no.2 dah sampai dah.. Mujur diorang called n kata diorang menginap kat Rest house. Aku ingatkan dorang tido umah sedare. Terus suh abg booking 1 rumah utk kitorang, tu pun tinggal 1 je.. nasib baik.






Kami bermalam di Chalet Sri Tasek kot nama dia. Stay kat rumah yang ada 2 bilik. Harga rm110/malam. Ok la.. bersih. 1 bilik besar ada 2 queen bed size. lagi 1 bilik, single bed. Tido malam sejuk je.. Walaupun pasang aircond, damia n khalish tetap tak mau selimut. Sabo je la budak2 ni..




Eh cemana leh terUpload pic ni? hehee ni saje test eye shadow baru, kaler light n dark purple. Nak gak mata nampak lebammm... Tapi tak pandai la nk buat2 lebam. hahahhaha... *gelak ada makna ni*





Pagi tu kami kuar pi minum kopi. Damia masa ni kuar bekpes ngan opah n pakciknye.


Sepinggan kue tiow habis dimakan dek budak kecik ni. Tak padan kecik, ayam goreng ayahnye pun dia sebat! Badan dah bam-bam, sedapp je gomol2 dia. Tak larat nak dokong dah.





Heaven oke! Dapat minum nescafe panas kampung punye. Cuma aku tak sempat nk rasa kopi piawww kampung punye, fuhhhh makan dgn ubi kayu time2 hujan renyai.. wallaahh..

Lepas minum, balik ke resthouse utk check-out siap2. Pastu family lain terus ke rumah kenduri. Kami pulak sempat berjalan2 lagi ke sempadan Thai. Masuk kompleks bebas cukai, borong coklatssss....



Damia tak tau nak pilih coklat ape. Dia bukan minat pun coklat2 ni.. Saje je tuu









Selain coklat, ada gak jual pinggan mangkuk kat sini. Macam corningware, Luminarc, vision. Tapi takde la aku beli.. lagipun aku bukan terrer sgt pasal harga pinggan mangkuk ni. Tak tau kat sini murah ke tak compare tempat lain..




Tapi aku minat design ni. Cantik... Harga satu set ni Rm275.



Tapi macam aku dah kata, aku tak terer harga2 pinggan mangkuk ni. So takde la beli.. hehe..




Gula2 besar dabak ni harganya tak silap aku RM19.90. Murah ke.. yang aku pernah jumpa kat airport dulu macam rm15.oo je harganya.. Tapi ini lollipop disney..











Lepas kuar dari kompleks ni, kami jalan ke depan sket kat sempadan Betong, ada jual2 barangan Thailand. Aku beli mangga, pastu kopok2 la.. tah pa pe ...Lupa pulak nak beli narita.





Tu mak aku.. pakai spek itam. Aku cakap kat sedare mare.. ni pelakon veteran. Ahahahah....
Yang nak jadi citernye.. kampung aku ni tanahnye jenis tanah liat tu. Sekali hubby reverse termasuk lak tayar kat tanah tu. Jenuh nak kuarkan. Kena la bubuh pasir batu bagai baru lepas.. Takpe.. aku suke je sbb itu la pengalaman bestt balik kg.
Yang damia pulak lain citernye. Kat kenduri tu, becak2 sebab hujan.. So da tentu la kain seluar sume kena lumpur2. Aku pun sentengkan suar.. Mujur damia pakai gown so tak kena kotor. Tapi kejap2 dia nak basuh kaki sebab kena lumpur. Siap nangis lagi... geli katanya. Nakk je aku cubit, mengada2. Cewah.. tapi pikir balik, bagus jugak dia gitu. At least dia tau kotor dan geli. So dia kan budak pompuan, mana leh kotor2.. kena jaga imej gitu... Last2 selipar dia pun yang da dibasuh, dia suh letak atas kusi. Sabo je la. Pastu nak berdokong aje tanak jejak tanah. Nasib baik ayah ko ade... heheheh...
Yang anak buah aku sorang tu pulak, menggelupur menangis2 sebab kena gigit pacat. hahahahah..... baru la thrill balik kg kena gigit pacat.. kena kotor selut... Kalu nak bersih2 dok KL je la....

Ni makngah aku. Gambar candid oleh miss photographer of the day, damia. heee...

pastu damia amek gambar ibu & ayahnye. Nak tengok?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAA!!!





aku tatau le dia nk amek gambar kami ke gambar pokok tu??? sabo je la.




Tapi ada satu gambar lagi, tak sure damia yg snap ke atau ayah dia snap sendiri. Tapi aku nak bubuh kat FB ayah dia....










SENGALLL!! ke spastik? ahahhahah...

*jgn marah laling... i lap u*

Gatal sangatt la tu!

Sumpah... Lillahi Taala...

Aku tak faham perangai manusia sekarang ni. Pangkat dah besar2.. dihormati masyarakat.. title jawatan kemain gempak lagi. Mengadili kes2 melibatkan agama Islam. Tapi perangai... nauzubillah... Bila da kena tangkap, siap nak gunakan pangkat yang ada. Orang macam ni, macam mana laaaa nk mengadili kes orang lain, sedangkan diri sendiri pun punya kes yang sama? Ishhh ish...

Sekarang ni, yang bini orang ke.. laki orang ke.. dah tak sedar diri dah. Tak sedar kaki berpijak dibumi yang mana. Pastu jadikan kesunyian sebagai alasan. Pooodahh!!! Kalau yang bini orang, dah tau tak keje... dok rumah jaga anak.. kalau sunyi, pergi la keluar cari kerja. Ini tak... dok rumah on FB berjam-jam. Pastu cari kawan2 lama.. chat.

Takat chat je ape nak kesah.. Chat je la dgn kawan laki ke ppuan ke.. Tapi yang aku tak paham tu, ada pulak nak chat dgn kawan lama... katanya kawan biasa je.. tapi siap deal dulu bila bole online. Bila suaminya kerja.. bila suaminya cuti. Kalo suami ada kat rumah, tak leh chat. Camtu ehh? Kata suami da tauuuu... tapi nape nak kena chat time suami keje je?? Kalo suami keje siang, malam tak bole chat sbb suami ade kat rumah. Heeeee pompuan ape la ni...

Yang laki pulak, percaya sangattttttt kat bini. Tapi tak pe la... org laki da kawen pun quota masih kosong 3! ehehe.. yang bini tu sedar2 la sikit.

Ermm kes macam ni da banyak kali kuar paper. Tah pa pe. Kalo gatal sangat, mintak je cerai ngan laki masing2.. pastu menggelupur kat laki/jantan kat luar sana mintak kahwin. gersang ke?

Semoga kes2 macam ni tak terjadi kat aku/family/sedare-mara/sahabat-handai... aminn...

Wednesday, December 8, 2010

KUL-PRK-PHG

Penat...!

Saje nak update ringkas je ni. Gambar dalam kamera lagi. Kabel kat rumah la pulak. Rite now berada di Bentong, Pahang. Jap lagi baru balik KL...

Isnin, lebih kurang jam 4.15ptg kami masuk hiway jalan Duta menuju ke satu destinasi iaitu....






Gambar atas ni waktu senja. Cantik. Suka tempat ni sebab sejjuukk... Tapi kami bermalam di Chalet Sri Tasek. Kalau kat rumah kg, lagii la sejuk.. Actually ada majlis perkahwinan. Nak dtg sini pun bertahunn baru sampai. Maklum la... perjalanan dari KL lebih kurang 6 jam jugak la kan. Sampaikan damia asyik tanya bila nak sampai... Gerak kul 4.15ptg (kira dari tol jalan duta) sampai tempatnya kul 10malam. Pitstop ada la dalam 2 kali je.. yang lama sket kat Sg. Perak, maghrib kat situ.

Semalam petang lepas kenduri, kami terus balik. Tapi tetiba je kepala hotak aku ni terlintas, baik singgah cameron n overnite kat sana, since pagi rabu hubby kena gi Pej Daerah Raub. So exit Sg. Pulai... merasa gak la naik CH ikut jalan baru. Kalau ikut Tapah jangan harap la... lagi2 waktu malam.




Pagi2 da bangun n kejutkan anak2. Sebab nak kejar masa. Kitorang sempat gi petik strawberry je... erm nasib baik masa sampai malam tadi dapat singgah kat pasar malam.


Cuma kali ni tak puas ati sebab batery camera da weak sgt2. tak dpt amek gmbar. Guna henfon je... sedih. Aku nak gak ade gambar strawberry mcm atas ni ha.. tapi tak pe... masuk dalam list family holiday next yr! ehhe..
arghhh.. skang masih kat bentong, pahang. Lepak2 jap kat kg suami, sementara tunggu dia setel keje2 kat Pej daerah tu.. ok now dia da balik. N bagi dia rest kejap. Lepas maghrib, chow chin chauuu balik KL. Wehuuuuuuuuuuuuu......
p/s: credit to pakcik google atas gambar2 di atas. TQ

Monday, December 6, 2010

I heart u, faizal tahir!

Sabtu semalam aku berpeluang ke Stadium Malawati sempena Hari Ulang Tahun Hai-O ke 18. Tak sangka, hampir penuh juga la stadium tu.. dan paling bestt boleh kata semuanya.. SEMUANYA adalah orang MELAYU!

Sape kata melayu tak boleh berjaya?



Congrats to CDM Hanis di atas penganugerahan pangkat tertinggi dalam bisnes Hai-O. Insyaallah, aku akan menyusul tak lama lagi :)




CDM Hanis di atas stage
Sorry la yea, gambar berterabur. Malas nk susun balik. Ermm apa yang best masa ni adalah.......

FAIZAL TAHIR !!!!
Terus rasa jatuh cinta. Hahahaaa.. tiap perkataan yang dia cakap, menusuk terus dalam jiwa aku ni. Setiap lagu yang dia nyanyi, memang gempak habis arr.. gelak senyum dia.. wallahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak tauu ar nk cakap cemana dah. Angah, frust la ko...hehehehheh




Tengok atas stage tu, lebih 300 orang anak melayu berjaya capai pangkat tertinggi dalam hai-o. Income sebulan berpuluh ribu. Best kan? Kereta masing2 ade yang pakai beemer, merc, harrier.. macam2 la. Nak harap gaji, kereta 2nd jenama gitu pun belum tentu mampu beb!


Naahh.. lagi satu show yang aku suke! No body no body but youuuu.. nyanyi sket. Mula2 tu pompuan gediks yang joget lagu ni. Ok la.. cuma meluat pulak tengok gaya diorang ngajar tarian tu kat audience. Nak ajar tarian ke nak tunjuk bentuk badan? Tetiba datang pulak orang2 pakai skirt bulat ni..
masa kat skrin, dia focus sorang2.. baru la kita tauu.. rupanya bukan amoi, tapi awwwwww gitu. Hehehehe.. siap sorang tu kangkang je lebihhh masa menari. Tapi memang gempak arr kan. Ko nak harap ade show gini masa hari APC? Jangan harappp la beb!
Bila berkumpul ramai2 gini, memang bagi aku semangat betul untuk teruskan perjuangan. Bila tengok ramai anak melayu yang boleh berjaya, aku jadi lebih2 bersemangat. Sampai bila nak makan gaji? Duit gaji bulanan yang kita dpt pun cuma cukup nak cover loan la.. nk bayar kete la.. rumah la.. tapi kalau kata nk harap gaji utk shopping mewah2, nan ado...


Nah.. amek ni. Aku bagi utk korang lagi. Spesel untuk ANGAH DZI. heheh..








I HEART U LAAAA FAIZAL TAHIR!
Sib baik ada orang sanggup turun ke depan stage nk amekkan gambo. Kalo tak kang kempunan aku. SOk anak kuar meleleh2 pulak air liur sebab tak dapat tengok gambar faizal tahir. hehehe


AKhir kata : Hai-o, My Choice For Life...
Eh ada lagi... ada satu produk baru dari Hai-o. Bio zone. Memang superb. Nanti da dapat info yang clear aku cite sini ok. Tapi masa tgk video komersial pasal produk ni, rasa geli la pulak daging ayam yang telah dinyah toksin. Punye la berbuih2 toksin tu, dibakar pun tak lut. Tu pasal la badan kita ni kalo pegi gym pun takmau susut.. pasal lemak2 toksin tu tak bole dibakar langsung! eh tu nanti la cite......
Ermm.. esok cuti........ saje je apply. Plan nak balik kg. Tapi tengok la... ermm...


Wednesday, December 1, 2010

Kedai gunting rambut

Rambut kakak & adik sama naik panjangnye. Aku pun da naik rimas. Rambut kakak pun dah mencucuk2 biji mata. Tapi itu pun dia taknak potong. Kalau nak bercekak atau rambut tu berikat tak pe la jugak. Ni kejap je la.. lepas tu abis serabai balik. Adik pulak dah kerap berpeluh2 tak selesa sebab rambut dah panjang.

So ahad lepas, pagi2 tak la pagi sangat kan.. agak2 kedai da bukak la. Aku pun pergi cari kedai gunting rambut kat k*jang ni. Aku penah gi satu kedai. So aku terus je la ke situ nak tengok bukak ke tak. Sekali mmg da bukak, dah ada orang tunggu turn pun. Hmmm... Apa lagi....


SEBELUM


Sweet pulak aku tgk anak dara sorang ni. Senyum skang kena tutup mulut gitu.
Nampak tak rambut dah cucuk mata tu?




Adik pulak rambutnya makin panjang sampai dia pun da rimas
Ok. Nampak kan nama kedai tu. HAIRAZONE. Ada professional cut. Ada senior cut. Ada junior cut. Pilih la nak yang mana. Aku amik professional cut, harap2 dorang pun profesional la melayan karenah budak kecik kan....



Adik duduk dlm kereta ni. Tu pun berpusing2 kepala dia nak tengok orang tu gunting.




Muka monyokk je. Sian. Hehe..






Comel kan? Eh aku tak cakap anak aku comel. Aku cakap amoi gunting rambut tu yang comel. Hihihi... tapi anak aku pun comel jugak!






Adik - kat kereta da nangis2. Pindah kat kerusi pulak. macam kena paksaaa je. hheheh memang pun!







Tadaaa......
Haiyaa amoi kicik.. manyak comellll la!
Pastu tengok jam da 11 lebih. Perut da lapar balik. Jawabnye.. singgah MCD kat sebelah tu je la.

p/s: kalau la aku terer gunting rambut, nak je potong rambut dorang sendiri. Tapi.... harapan je la!

Saya ada tiket free untuk kawan-kawan..

*sticky post*


Salam kawan-kawan..

Ni nak buat GIVEAWAY yang pertama. Tak reti la nak buat2 GA ni. Tapi memandangkan ada sesuatu yang saya nak beri kepada kawan-kawan sebagai menghargai masa2 yang anda luangkan untuk singgah di blog saya, tetapi benda tu terhad, maka saya buatlah GA ni. Ikutkan hati nakkk je bagi kat semua orang. Tapi harap maklum je la ye. Dah nama pun terhad.

Syarat² untuk menyertai giveaway ini adalah:

1. Tak perlu jadi follower.. tak yah susah payah, sape2 pun bole join
2. Cuma tinggalkan komen 'Saya Nak Tiket Ituuu' di ruangan komen entry ini
3. Pastikan dalam komen anda menyatakan nama dan email anda untuk dihubungi



Senang je kan?? Tak payah nak kira biji kacang dalam balang. Tak payah nk kira berat seekor kibas. Tak payah nak agak2 harga sebiji pesawat Qatar Air. Hehehhehehhehhhhhhee....

Tarikh tutup adalah pada hari Rabu 1hb Disember 2010.

Yang bertuah akan memenangi :







1 @ 2 tiket masuk ke Sambutan Ulang Tahun Hai-o
Tempat : Stadium Tertutup Shah Alam
Masa: 12pm - 7pm
Tarikh: 4 Disember 2010
Artis jemputan : Faizal Tahir & Adibah Noor
Yang bertuah bakal membawa pulang Suzuki Swift, barangan kemas Habib Jewels & etc..

Tuesday, November 30, 2010

Musim apa sekarang ni?

Sekarang ni, bukan hanya musim hujan dan musim orang kahwen serta musim mengawan, tapi ada lagi satu musim yang menimpa orang2 kita..

Musim batuk + selsema + demam

Pergi klinik, queue kemain lagi. Boleh kata semua yang datang tu bawa anak masing2. Kalau antar anak kat nursery, ntah macamana la agaknye ye. Sorang kena, abis virus merebak ke budak2 yang lain. Kesian..

Damia & Khalish pun tak terkecuali. Aku rasakan.. aku memang ada instinct la kalau time diorang hampir2 tak sihat tu. Sebab dah 2-3 kali aku perasan. Nanti tetiba perasaan aku atau aku akan terpikir yang 'bila last diorang demam?' Lepas tu aku akan perhatikan je diorang main sambil dalam kepala dok ligat memikir bila kali terakhir diorang sakit.

Tup-tup, 2 hari lepas tu dah start dah.. mula dengan kakak. Batuk² dan selsema. Tapi kakak ok lagi.. cuma yang letih time dia asyik muntah je la. Mujur dah besar dan dah pandai cakap. Bila nak muntah cepat2 dia bagitau dan pergi ke toilet. Lepas tu, adik pulak. Si adik ni pulak kalau batuk, memang pekej sekali la. Dah tau dah.. tiap kali kena batuk, memang berulang ke klinik amik neb. Sabtu lepas, 2 kali amik neb. Tengahari & malam. Pastu selsema pun memang lambat nak baik. Kalau bagi ubat selsema biasa tu... jawabnye sebotol abis pun selsema tak hilang. So kalau doctor yang dah biasa dengan kami tu da tau dah.. mesti dia bagi SINGULAIR. Konfem cepat kering selsema tu.

Pagi ni, tengok adik boleh main sana sini. Lari sana sini. Walaupun nafas agak kasar.. sekali sekala batuk.. as long as dia aktif, aku rasa tak perlu la neb. Terdetik jugak nak bawa ke klinik amik neb. Tapi tak perlulah kot.. tengok keadaan dia lepas bagi ubat nanti. Kalau makin teruk atau dia nampak letih.. baru bawa ke klinik. Aku da pesan siap2 dengan pengasuh dia. Dia pun tau la keadaan mana yang perlu dibawa ke klinik sebab anak dia pun ada lelah jugak.

Actually ada gambar nak dimasukkan dalam entry ni. Tapi kabel tah mana tahh.. kena cari dulu la nampaknye. Da jumpa nanti aku edit balik yea..


Okey da dpt upload masuk komputer da itu gambars... Cekidauddd!!




Adik dengan Opah yang kena pakai spek itam walau tengah2 malam sbb kena kurangkan cahaya masuk mata.


Style bergambar si kakak skang ni asyik pegang botol. Tah pa pe.. eehehhehe




Adik pulak, mesti nak cangkung.




Masa amik neb. Ni 1st time yang dia tak nangis2 n cranky.




Sebab, aku suh dia buat bunyi ayam. Corong neb tu utk children, nmpk tak macam ayam? hehe

Ok tu je. Lain2 gambar utk entry akan dtg ok

Btw, untuk GA tu aku tak publish kan komen yea.. Saje je. Hehehee..