Tuesday, April 17, 2012

A New Look of me!!!!




TQ Allah... TQ Herbalife

My Own Testimony:


Lose 5kg in the 1st month

BIG PROBLEM time nak beli kasut baru. Dulu bole masuk saiz 7-8. Lepas deliver damia, terus saiz 9 je. Lepas deliver khalish, bole muat saiz 10. Lepas deliver khalif...... 10 - 11 pulak. Now? Bole muat saiz 8 youuuuuu...... :)

Dulu kaki selalu bengkak. Time pregnant lagi macam kaki gajah! Now.. kaki sudah comel :)

Dulu kalau kena cucuk nak amik darah sure nurse @ doctor susah nak cari urat. Now.. sekali tengok je da bole terus cucuk ke urat :)

Dulu kalau t-shirt sure pakai saiz XXL... Kalau XL pun macam sarung nangka. Now.. L sudah bole masuk!!! Walaupun tang perut nmpk mcm nangka tapi still ok la kan? hehehe :p

Lengan dan tangan da makin kecik.

Spare tyre @ layer2 kat belakang badan da kurang...

Kulit cantik dan licinnnn je..

Yang penting, tak perlu dah jamu perapat ke manjakani ke... yang ni konfem RAPAT!!! agagagagaaaa....

Syukran.....




Sape2 yang berminat nak jadi lebih sihat, nak turunkan berat badan atau nak naikkan berat badan.. yang ada skin problem... Boleh contact saya.

017-276 8818

sue.qaisara@gmail.com




Kepada sape2 yang rasa ragu-ragu dengan keupayaan produk @ syarikat.... samada syarikat herbalife ni kukuh ke tak ke... apakata terjah website dibawah.


Bulan May nanti event terbesar herbalife akan di adakan di Singapore. DIanggarkan lebih 23ribu distributor dari 13 buah negara akan hadir. Speakers sangat2 hebat... Ada CEO Michael O.Johnson, Dr.Luigi... Chairman Club Member Stephen Gratziani (very handsome guy, kalah Anuar Zain). Konfem gempakk sebab ini event terbesar herbalife di RANTAU ASIA PASIFIK!!

Nak tau lagi kat mana event macam ni di adakan? KLIK link di bawah:




p/s: tatau pasai pa tak leh tukar color font... sape tau..sila tolong!!

Wednesday, April 4, 2012

Birthday party

1st of April, we had a small celebration. It's a BIRTHDAY PARTY!!! Alhamdulillah, the celebration goes very well. In less than 2 weeks time of preparation.. looking here and there.. sms, email, call..... which is a very last minute i think becoz all the suppliers ( i mean; food, balloons, etc) are all busy and already booked by others. I dont have much time, but yet i have to find anyone that can take my orders.. esp for helium balloons.. i need someone that can deliver the balloons to my doorstep. Pheww~~

It was not a very grand celebration. But i tried to make it a very memorable one esp for my children, and also my guest. I took 2-days of annual leave to settle everything.. went to ikea to buy kids colorfull cup, culinary set etc... went to shah alam to collect the halal marshmallow (have delivery service but sure they will arrive after the party hahaha), went to bakery shop to order a cake, went to tesco to buy candy etc...

And on 31st of March got my niece's wedding ceremony. So from friday nite we already fully occupied. Help to prepare the goodies bag etc at the hall. I will update the story n pic in my next entry okey... So let's the pic do the job! hahahaha.... actually want to hire a photographer but then my fren got another job - to shoot a wedding. So i ask a newly-wed to snap the pictures... Thx anyway...









































thanks to:

jasmeen - for angry bird n timmy time bday cake
mypinkvanilla - for a yummy creampuff, ladybugs muffin and fancy cookies
newzealand cake house - for khalif's bday cake
cikmin - for a very wonderful and sweet macaroon
zita - sand art

Thx everybody!!!!!



Tuesday, March 20, 2012

Random on weekend


Apa nak cerita? Nak update pun malas sebab tah cemana tah window dalam blogspot ni jadi kecik. Nak menaip pun susah..... kecik cinonet da jadiknye... tak caya? meh aku print screen....



Haaaa... kecik giler. Tapi sebab aku da takde tempat lain nak membebel maka ku gagahkan jugak la. Bulan lepas gi SKT kat Corus pun tak sempat nak masuk gambar dlm blog ni. Ada video damia swimming.

Eh last weekend kan ada Matta Fair. Dulu aku tak tau pun ape matta fair ni yg orang dok heboh sangat. Cuma baru tahun lepas la kot baru aku tau apa.. hehe.. So sabtu lepas aku gi program mega fastrack herbalife kat TM Audtitorium. Tak sempat nak tunggu habis pun sebab taknak balik lambat sangat.. 4.30 chow gi Matta. ni la first time aku pegi...best jugak tp mahal pun mahal jugak. Pukul 9 lebih baru kitorang kuar dari matta, nasib baik la budak2 memang tak bawak. Senang sikit nak berpimpin2 tgn dgn laki i...dengan orang ramai, sempit2... pheww...

Ce tengok budak ni. Lagi bape hariii je lagi nak setahun. Apa yg dia pandai skang? Pandai buat2 nangis.. comel gileeee ngan gigi kapak yg besar. Tak sempat snap pic lagi. Tapi memang kelakar bila dia buat2 nangis tu.... pastu pandai dah nak mengajuk orang bercakap. Pantang tengok abang dia bergolek..mesti dia datang n cium2 abang.. tepuk2 abang. Aku tengok khalif ni lebih rapat dengan abang dia la. Sebab tengok dia punye mesra dgn abang tu beza dgn kakak. Ye la..abang pun jenis lembut hati. Aku nak marah abang pun bole jadi kesian.. hihih



Hari ahad, keje aku makan..makan..makan...! Dinner aku just buat Fish N Chips. Huhuhu..sedap jugak yea. Ni 1st time aku try. Bole tahan..senang gile! Ni pun pasal tengahari tu gi tesco, Dory Fillet tu sepeket tak sampai rm8 pun. Beli 2 peket sebab tamak. Tapi malam tu masak sepeket je, cukup anak beranak + maid makan sekali......eh tak cukup sebenarnye sbb damia request nak lagi. Tapi fillet dah beku, leceh nak thaw.... so goreng fries je..




Jumaat lepas, 16hb genap usia khalish 3 tahun. Dah besar anak ibu. Dah nak gi sekolah dah tahun depan. Tapi ibu rasa macam nak tunggu dia 5yrs la kot. Sebab abang ni pelat2 lagi..nanti cikgu tak paham.. pampers pun pakai lagi. Ibu punye la malas nak train si abang ni. Nanti2 la.. damia dulu dia sendiri yang taknak... tp si abg ni da try bape kali potty training tapi asyik failed. Bole tak ada satu hari tu, auntie dia dah cebokkan budak debab ni, dgn bogelnye baru kuar toilet dia pun berdiri tepi freezer tgk ibu buat shake herbalife. sambil2 berborak sekali aku tengok lajuuuuu je air kencing terpancut kat freezer aku. Kuang asamm betul!!! Haa kan da kena cubit.



Friday, March 16, 2012

happy birthday! sudah besar kamu.....

Opss terlambat sikit nak buat entry besday - 9 mAC 2012

HAPPY BIRTHDAY TO MY ONE & ONLY DAUGHTER

Sudah 5tahun kamu.... kejap sungguh masa berlalu. Dari anak yang kecil, yang tembam2..sampai la da tinggi dan slim.. cewah. Tahun ni besday jatuh pada hari jumaat, hari last sekolah sebelum cuti. So celebrate kat sekolah juga, macam tahun2 lepas. Last minit preparation. Apa pun, damia sangat happy.....











Dan tak lupa juga, HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAREST HUSBAND ;)

rasanya dah 3tahun pada tarikh 9 Mac, cuma celebrate bday damia je.. sian ayahnye. 3tahun sebab dikira dari damia usia 1tahun, 2 tahun dan 3 tahun, 4 tahun jugak. Eh so dah 4 tahun ibu teruja dgn bday anak je.. sian ayahnye...

So kali ni kita celebrate jugak bday ayah!









Kebetulan pakngah n makngah diorang datang, so kira celebration jugak la ni kan? heheheh...


Dan hari ni, 16 Mac adalah besday si abang.......

Gambar abang takde yg terkini ler... dia je asyik jadi photographer sampai gambar dia takde..


Dan minggu depan besday budak ni pulak...



Mac - penuh dengan sambutan hari jadi!!!!

Planning utk buat small party. just for close frens n family member..... rasa last buat party masa khalish umur 1yr... hihih siannnn dorang!

HAPPY BIRTHDAY!!!!

Monday, March 12, 2012

Semangat baru :)


If mom is away from baby during the day, baby may take just enough milk (by bottle or cup) to "take the edge off" his hunger, then wait for mom to return to get the bulk of his calories. Baby will typically nurse more often and/or longer than usual once mom returns. ... Reverse cycling is common for breastfed babies who are away from mom part of the day, especially those just starting out with the bottle.
Sumber: Kellymom.com

*********

Alhamdulillah sekurang2nya dengan quote di atas tu telah mengembalikan semangat aku. Stock frozen ebm dah habis langsung. Bila pam pun susu segan2 nak kuar. Pam 25minit, yg dapat cuma 0.5oz.. guna kaedah mermet pulak dapat la lagi 0.5oz... next session harap2 dapat la 2oz, bagi cukup utk 1 feeding. Phewwwwww....

Khalif baru nak menginjak usia 1 tahun, 2 minggu lagi... aku perasan bila direct feeding memang banyak susu kuar. ALhamdulillah... cuma mulai sekarang kena 'reverse cycling' pulak... Mudah-mudahan dapat menyusukan khalif sehingga sekurang2nya umur dia 2tahun. Aminnn....

Kat rumah kalau hari cuti tu memang nak sangat buat stock. Tapi baruuuu nak pasang gadget, si abangnya pulak dah mengendeng2... siap nangis2 manja.. siap selak2 kan baju.. siap cium2 B ibu.. aduhaiiii...... kesian, maka ibu pun landing sama sampai tertidur. Huhuhuhu... abang, Jumaat ni genap 3tahun dah bang.. udah le tu.. hihihihihi.... bagi chance kat adik pulak. Tapi apa2 pun, adik akan diutamakan dulu. Lepas tu kalo abg nak baru bagi kt abg pulak side yg adik minum tu. biar betul2 kosong. Lagi 1side, simpan utk sesi mengepam.


*try upload video khalif, tapi 2x try tetap ERROR... ok la next time je la... esok akan berkursus 3 hari di Morib. Ikutkan kena menginap sbb malam pun ada course jugak. Tapi terpaksa la burn je yg malam punye tu sbb anak perlu diutamakan.. :)

Friday, March 2, 2012

Phishing






Dear MR. oliver_a@fortlewis.edu

Thanks for your kind of remind me to update my bank account details.
You are very kind-hearted (betul ke wording ni?) :) You know that my CIMB Clicks Account is not regularly active. Yes... you are right.
But may i ask u a question?
How do you detected my CIMB Clicks account is irregularly activate?
Because fyi, until now I have never open an account with CIMB....
So can u tell me, how i can have CIMB Clicks account if i am not a client of CIMB Bank?

BINGO!!!!

********

Korang sure ada yg penah dapat phishing email mcm ni kan? Apa yg korang buat? Dulu aku penah dapat dari Maybank Phishing account
gitu la.... then aku report kat MAYBANK via email. Sebab aku baca kat web M2u, kalo sape2 ade dpt phishing email cam ni
bole buat report. Tapi until now aku tatau ape terjadi kat report aku tu.... so buang masa. Maka bila dpt email begini, sila cllick X sahaja. heheheh

Friday, February 24, 2012

Pesanan Abah Arwah Adik Faris - This is related to previous post

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.



Insyallah .... Al-Fatihah buat Adik Faris Nur Daniel, Semoga rohnya dicucuri rahmat

(bila baca kisah yg sedih, terus terbayang kalau aku di situasi ibubapa adik faris, kalau adik faris itu adalah anakku, aduhaiiiiiiii... mohon Allah beri kesempatan kpd aku untuk menyayangi, mendidik dan membesarkan anak2 dgn penuh kasih dan sayang, Amin...)

Anak mendidik kita bersabar




Sabar itu tercermin melalui tiga kategori iaitu sabar dalam berkata, perbuatan dan hati. Sabar dalam berkata ialah tidak mengucapkan kata – kata kesat dan kasar. Sabar dalam perbuatan ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik kepada orang atau objek di sekeliling kerana marah. Sedangkan sabar dalam hati ialah bersangka baik dengan setiap yang berlaku.

Saat anak baru dilahirkan, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan segalanya tanpa batas waktu dan keadaan. Terkadang sang ibu terutamanya yang baru menimang cahaya mata merasa rimas dan kurang sabar dengan tangisan yang belum dapat dipastikan apakah solusi terbaik untuk bayinya. Lapar, sakit, tidak selesa atau inginkan perhatian ? Rasa letih, mengantuk dan kesibukan dengan kerja rumah yang ada sekurang – kurangnya akan menimbulkan rasa kurang senang di hati seorang ibu sehingga meleteri anaknya bahkan mungkin kurang sabar dalam perlakuannya.

Saat anak telah mencecah usia kanak – kanak. Dia makin lincah, memanjat, menconteng dinding, memecahkan gelas dan meneroka setiap inci dunia yang berada di depan matanya. Jatuh bangun, adalah rencah kehidupannya. Si ibu sekali lagi kepenatan melayan kerenah anak – anaknya, apa yang pasti sebolehnya digari anak kecil itu agar dunia si ibu kembali aman.

Masa terus berlalu, zaman remaja dan dewasa terus ditempuhi oleh si anak dengan kerenahnya sendiri. Walaupun sudah lanjut usia, si ibu semakin kurang sabar dengan perangai anak – anaknya. Lisannya selalu menyatakan kesalahan anak – anaknya. Ingin dipukul, semuanya sudah pun dewasa.


Sedar atau tidak, anak itu menjadi sebahagian ujian Allah untuk kita yang bergelar ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam hal – hal yang tidak kita senangi. Sedangkan Allah beserta orang – orang yang sabar dalam mengharungi segala musibah yang melanda hidup mereka. Saat kita menghadapi situasi yang kurang menyenangkan, cubalah untuk berbaik sangka terhadap apa yang terjadi. Cukuplah yang keluar dari lisan kita ialah doa – doa kebaikan dan kejayaan untuk si anak. Cukuplah pukulan sekadar menginsafkan dan peluk cium dengan penuh kasih sayang.

Anak kita adalah cerminan peribadi kita. Saat anak kelihatan menderhakai kita, semaklah kembali kederhakaan kita kepada perintahNya. Saat anak mulai enggan untuk mentaati kita, ukurlah kembali nilaian ketaatan kita kepadaNya. Kerana anak bukan sekadar diberi makan untuk terus hidup tapi perlu juga diberi didikan dunia dan agama untuk menjadi insan yang berbakti ketika di dunia dan penyelamat kita di akhirat sana
********

Sharing is caring, rite?

Anak2 memang menguji kesabaran. Bila mood aku ok, aku biarkan aje apa diorang nak buat. Nak sepahkan toys...nak panjat sofa buat macam slide pun ada..nak main bola sampai nak jatuh frame gambar kat wall tu..nak main2 air paip kat bathroom @ luar (aiseyyy naik la bil air aku)..

Bila mood aku tetiba nak strict, sume tak bole. Cepat sungguh naik angin. Mood berubah2. Lepas 5minit rasa sangat kesian kat anak2. Pastu rasa menyesal dan bersalah. Aku gembira bila tengok anak2 gembira. Rasa bahagia...

Walaupun kadang2...




.... habis bedak berbotol-botol, lantai yg bersih dah jadi kaler putih, tikar dah bertompok2... muka anak da macam antu cina...


... ibu tetap sayang. Sebab itu lah budak2.. nak menerokai dunia. nak cuba apa saja. Ada masa aku biarkan aje.. biar dia rasa macamana sakitnya. Kalau cakap je, dia tak faham :) bila dah terjatuh, nangis, lebam sana sini..baru la dia tau kenapa ibu tak bagi panjat2... bila da terluka jari, berdarah, baru lah dia tau kenapa tak bole main pisau....





Yang kecik pun da pandai buat perangai sekarang. Tapi sebab dia kecik..so nampak comellll sangat. Tampar2 muka ibu.. tarik rambut kakak.. cium2 abang... pastu jerit2 tak puas hati.. nasib baik kecik so nampak comel je..





Tapi dalam diam, aku salute pada suami. Sabar melayan karenah anak2. Anak meragam macamana pun tetap layan. Tapi kalau da dilayan makin buat perangai... hati2 ya wahai anak. Ngehngehngehhhhh.... bila ayah naik angin, baru korang tau, angin ayah lagi hebat dr ibu. Kwang Kwang Kwang... :p


ALhamdulillah..damia dah mula ikut aku bersolat. Terharu rasanya tengok damia ambil wuduk. Basic dah ada..cuma perlu guidance saja lagi. SOlat, tak pandai baca tak pe.. ikut aje dulu apa yg ibu buat. Sambil ibu bersolat, damia meraba2 tangan ibu, just nak pastikan kedudukan tangan macamana... masa tahiyat akhir pun damia raba2 tangan ibu. Nak tengok tapi tak nampak sebab pakai telekung kan... so raba je la.. ALhamdulillah syukur..