Monday, September 24, 2012

Bila maid request nak balik cuti

Kesian si Sahra, my pinoy maid. Emaknya baru meninggal dunia. Tapi dia lambat tahu. Tak tau lah kenapa kakak2 dia kat sana tak call n inform. Mulanya masa nak raya ari tu, aku pun rasa pelik gak..dia ni tanak wish selamat hari raya ke kat mak n family dia kan.. Sampai malam raya dan lepas raya pun dia tak call. Owh dia takde handphone. Memang syarat dia tak bole ade hp. Selamat aku di situ :)

Kalau dia nak call, dia akan minta izin aku utk guna fon aku. Hp damia actually. Nanti tolak je gaji bila bil sampai. Malam raya tu kat pahang. Da terdetik dalam hati aku, sahra ni taknak call ke mak dia? Tapi tak terluah pulak.. Terus je aku diam. Pikir aku biar lah..lagipun banyak keje kan nak raya ni.. sok2 balik rumah nanti baru lah dia call agaknye...

Seminggu berlalu. Balik dari Cameron lepas raya tu, hp nokia aku habis bateri. Aku tak caj pun. Hp damia pun sama... aku banyak guna galaxy note je. Bila dah caj n on hp aku n damia, tgk ade beberapa misscalled hari semalamnya. Pastu ade 1 sms minta sahra call kakak dia yg kat Melaka. So aku panggil n minta dia call.....

Innalillah.. baru lah dia dapat tahu yang emak dia dah kembali ke Rahmatullah. Kesian gak dia. Menangis-nangis..... Rupanya emak dia meninggal pada 19hb, hari raya pertama selepas takbir... 

Then start hari itu, seminggu dua gak hati dia sayu. Kerja tu kerja la..bole buat.. tapi bila budak2 buat perangai esp damia yg kadang2 ikut angin dia je.. menangis jugak la sahra tu.. heee.. 

Baru2 ni dia request nak balik cuti sekejap. nak ziarah kubur emak dia. Dia cite kat mak aku, dia da beberapa kali mimpi mak dia datang jumpa dia. Mak aku cuma pesan suruh solat n baca yaasin sedekahkan... Dia kata tak sanggup la nak tunggu habis kontrak 2 tahun baru nak balik sana. Dia nak balik sekejap..... 

Aku takut. Takut kena tipu pun yea.... Bawak dia jumpa agent. Agent  mulanya tak bagi. Kena tunggu habis kontrak. Tapi lepas berbincang, last2 kitorang bagi la dia balik.. tapi lepas aku habis pantang nanti..dalam bulan 3. So dia pun happy..... kadang2 aku tanya jugak, nanti dtg sini balik tak.. dia promise akan balik sini. Sebab kat sana takde keje..dia nak keje.. even kat sabah keje jaga kedai pun gaji cuma 300 je... Dan lagi dia sayang sangat kat anak aku esp khalif... Lega rasanya... 

Tapi utk secure jugak..aku akan simpan gaji dia 2 atau 3bulan. 

Ni gambar kat kampung dia. Cantik. Teringin aku nak pegi satu hari nanti....



Sitangkai, Tawi-Tawi, Mindanao...








Best kan? Apa pun.. aku harap sangat dia pegang janji dia. Lagipun bulan 11 ni nak renew permit dia coz tamat bulan 1...... Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini...



Tuesday, September 11, 2012

Cuti-cuti raya


Masa raya ari tu kan raya kat Pahang. Memandangkan aku amik cuti seminggu sampai isnin tu..so lebih bagus kalau gi bercuti jugak di hari raya... Sempat booking hotel thru Agoda. Hari Raya ke-4 kami naik ke Cameron Highlands. Dari Bentong ke Raub ke Sg.Koyan sampai la ke CH. 

Plan aku nak bergerak pagi lepas breakfast. Tengahari dah sampai CH n nak lunch kat sana je..tak pun sampai kat Raub lunch dulu. Tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan atau disengajakan oleh bigboss, maka jam 1pm baru kuar rumah. Sampai raub singgah lunch kat Marrybrown.. dan sempat pulak beraya rumah sedare mare bigboss kat raub tu.. Last2 kul 6.30pm baru gerak kuar dari raub. 

Aku dah membebel dalam kereta. Bukan ape.. dah la nak naik CH tu berbukit2 kan.. Pastu kalau dah malam ni aku takut le jugak sebab bukannya byk kereta pun. Maghrib kat Sg.Koyan, terus shoot naik CH. Mujur jugak agaknye musim2 raya so ramai yang dari Utara guna jalan pintas CH ni utk balik ke pahang.... So hala kami ni sebijik je kereta kami.. tapi yang menurun laluan sebelah tu berduyun jugak la.. so tak la scared sangat kan? Cuma ada satu lokasi tu kabus mak aiiiihh tebal gile... tak nampak jalan.. guna lampu kecik baru bole nampak jalan... Apa pun alhamdulillah lepas 2 jam sampai kami di CH. Hujan pulak time on d way tu kan.... 

Apa pun, ni aku taruk sikit je gambar yg ada dlm hp.. pilih2 je.. hheheh... gambar yg lain dalam kamera. Tak sempat nak caj bateri...




Cam tak cayaaa je dah jadik anak bujang da si khalif ni ekkk...




Gambar bertiga je.. si abang susah sangat nak bergambar skang ni







Gambar family yang tak menjadi. Jenuhh nak bergambar. Tangan aku tgh lap airmata si abang sebab dia terjatuh langgar tunggul kayu. Berdarah lutut.. tapi aku nak jugakkk bergambar.. Sambil lap airmata n pujuk si abang, aku pun cakap la SMILEEE...SMILEEEE.... yang si adik lak ingatkan SMELL.... apa lagi, buat muka muncung pastu tangan dia tarik muka aku suh tengok dia... geram tak?? heheheh comelll budak ni!







Gambar lain nanti upload kemudian ok!



Now aku dah 5 months pregnant.... Still minum shake herbalife 3-4 kali sehari. Kat opis tak ramai lagi yang perasan aku tgh pregnant sbb baju2 kurung still loose... N muka pun belum kembang semangkuk.. Tapi better la kali ni. Coz last2 time punye pregnancy, by 5months je habis semua kembang termasuk la kaki aku siap macam kaki gajah. Sampaikan orang ingat dah 8-9bulan... hehehehheh... Alhamdulillah mungkin berkat minum herbalife ni kan... perut pun sbnrnye kecik, tapi doc kata baby sihat...









Ramai yang email tanya pasal program herbalife.. Alhamdulillah.. seronok bila dpt tolong bagi makanan sihat kpd semua orang! Promosi September masih berlangsung.. Cepat, jangan ketinggalan!!!




Wednesday, September 5, 2012

VISCERAL FAT - APA YG PATUT ANDA KETAHUI?


Belly Fat - Korang tau tak yang Belly Fat ni bukan sekadar diukur melalui saiz pinggang?

Fat atau Lemak terbahagi kepada 2:

  • Di bawah lapisan kulit di bahagian2 badan seperti perut, peha, pinggul etc yang mana lemak2 ini kita ketahui tentangnya... di kenali sebagai SUBCUTANEOUS FAT (macam lemak2 di kulit ayam, kan?)

  • Yang berada di dalam badan, iaitu yang menyelaputi organ2 dalaman seperti hati, jantung, paru-paru etc yang mana berada di bahagian dada, abdomen dan pelvis. Ini dikenali sbg VISCERAL FAT - yang mana tidak ramai orang yang concern berkenaan dgn lemak ini. 







Ramai dikalangan kita yang sangat2 concern dgn lemak di bawah lapisan kulit. Tapi berapa ramai yang sangat2 concern berkenaan lemak di dalam abdomen -yang menyelaputi jantung, hati dan organ dalaman yang lain? Sebenarnya Visceral Fat yang tidak diketahui ramai ini lah yang sangat2 perlu diambil perhatian - kerana lemak yang jauh tersorok ini lah bakal menyebabkan masalah kesihatan yang besar dalam diri kita - walaupun anda sebenarnye seorang yang kurus (slim)




Bayangkanlah apa yang bakal terjadi bila organ dalaman kita telah diselaputi dengan lemak yang makin hari makin tebal? Orang perempuan biasa tengok pedal, hati dan jantung ayam kan? Pasti ada juga lemak2 yg menyelaputi bahagian tersebut. Bayangkan lah jantung dan hati kita begitu - dan yang pasti lebih tebal dari lemak ayam tu! 



Visceral Fat yang tinggi akan menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes type 2. Penurunan kadar Visceral Fat akan membantu untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit2 lain. 

Bagaimana mahu mengukur tahap Visceral Fat anda? 

Jika anda seorang yang serius dengan kesihatan diri, ambil tindakan segera! Hubungi saya untuk  Consultation dan health screen percuma. Apa yang anda akan tahu selepas membuat health screen? 

  1. Peratus kadar lemak di dalam badan
  2. Peratus kadar air di dalam badan
  3. Level of VISCERAL FAT
  4. dan lain-lain

Dan ISTIMEWA PADA BULAN SEPTEMBER INI:

BAGI ANDA YANG BENAR-BENAR SERIUS DGN KESIHATAN TUBUH BADAN - MAHU MENURUNKAN BERAT BADAN - MAHU MENURUNKAN LEVEL OF VISCERAL FAT ANDA:


PERCUMA  - PENDAFTARAN KEAHLIAN BERNILAI RM98.00

DENGAN SETIAP PEMBELIAN PROGRAM KESIHATAN 3 BULAN  






PROGRAM 3 BULAN AKAN MEMBANTU ANDA MENURUNKAN 
BERAT BADAN 2KG - 5KG

HUBUNGI SEKARANG!

CALL/SMS/WHATSAPP : 019-228 9693
EMAIL : sue.qaisara@gmail.com




Tuesday, August 28, 2012

Raya kami..


Salam Aidilfitri...

Tahun ni kami beraya di Lurah Bilut, Pahang. Seronokkkknyee nak merasa sesak2 jalan kat highway Karak tu. Balik kg hari Sabtu, mulanya nak balik sebelum tengahari. Tapi pagi tu laa baru aku nak mengemas kain baju masuk dalam beg bagai. Bigboss lak tido lambat bangun. Ok laaa... i tak kesah. Kul 2pm da ready nak kuar..sekali citer hindi best lak tu.. Kabhi Kushi Kabhi Gham.. Layan la setengah jam... 

Masuk tol Gombak, ehh line clearrr jee.. tak jammed pon. Karak pun clear. Masuk Bentong sampai la ke kg pun clear... Ok la tu kan.. 

Tema kami tahun lepas adalah Grey. Sume pakai Grey - plain. Bile bergambar macam kurang berseri lak. So tahun ni, tukar tema lain.....



BIRU + PINK








Baju semuanya readymade. Suami dan anak2 lelaki punye baju melayu  beli kat D'Khair je.. kat Tesco Kajang. Suke sbb kain dan jahitan cantik.. Pastu yang lagi suke bila badan berpeluh tapi baju tak basahhhhhh... Sumenye aku pilihkan baju melayu teluk belanga.. Senang.. bigboss lagi kemas kalau pakai baju melayu camni, kalau cekak musang tu agak merimaskan aku tengok sbb dia tak kan nak nye pin sampai tercekak leherr.. hehe

Baju aku ngan damia adalah jubah. Baju damia tu..baru raya pertama dah terkoyak sebab terjatuh.. nasib baik kat kaki, tak perasan sangat... tahun lepas baju melayu khalish berlubang kat lutut. Sabooo je laa.... nasib si adik baru pandai berjalan kan, belum melasak lagi... tengok tahun depan lak baju sape bocor...


Lepas bersiap2 tu, sesi salam bermaaf-maafan kami sekeluarga la pulak.. Family yang lain kat bawah (dapur)... Style bersalam2 kat sini tak macam aku kat KL.. Kat sini aku tengok dorang salam 'Selamat hari raya, maaf zahir batin...' gitu ajeeee... Kalau family aku, salam tu ade gak la feeling2nye kan... baru la salam raya...











Ni damia ngan Oyang... awwww ayu nyeeee damiaa.. sukeee gambar ni..



Bawah ni konon nak gi beraya.. Aku sarung je selipar.. dalam kereta baru tukar kasut. Hehehe...






Encemmnyee anak bujang ni... Geramm tengok dia!!




 Khalif Uqail





Lepas raya... hari Rabu kami bercuti-cuti Malaysia.. Seronoknye...!!!

Salam Aidilfitri...



Monday, August 13, 2012

Salam Aidilfitri :: Opss ade kasut nak letgo ni!


Lagi beberapa hari je lagi Ramadhan akan pergi..... Kat blog dan fesbuk dah meriah pasal raya. Baju raya..kasut raya.. siap ade yang cerita dah beli berpuluh helai baju raya anak sampai terlupa nak beli baju raya sendiri dan suami. Excited punye pasal... itu bagi yang berduit lah.. rezeki atas usaha masing-masing. Kan? 

Pagi ni baca surat khabar.. Allahu Akbar! Kesiannye penduduk Iran yang mengalami gempa bumi. Ramai terkorban. Paling kesian dan rasa nak menitis air mata bila tgk gambar seorang pakcik yang mendokong anak saudara yang rasa-rasa macam baya khalif.. anak kecil tu meninggal dunia dalam kejadian gempa. Tgk mayat umat Islam yang bergelimpangan termasuk kanak-kanak... Tengok pulak kediaman yang dah runtuh.. kesiannnnn sangat.. Terus terasa insaf dalam diri... 

Mujur lah anak-anak tak merengek nak baju baru..nak kasut baru... walaupun sebenarnye dah beli pun beberapa helai kan tapi nampak diorang tak kisah sangat pun. Beli pun sebab yang ada dah makin ketat esp seluar khalish. Pastu beli baju melayu biru gelap sedondon utk 3 beranak lelaki. Aku dan damia sedondon jubah pink. Agak susah nak cari baju readymade utk aku... Suke nak beli baju kurung cotton yang matching dgn anak. Tapi bila try XL alamak aiii ketat kat perut. Bila try XXL aduhaiii gedobos la pulak! Last2 aku beli la jubah, agak loose jugak la walopun kat perut tu muat2 je.. janji lepas bersalin nanti bole pakai lagi. Damia pulak aku belikan baju kurung.. pastu masa beli jubah tu ternampak pulak ade jubah utk budak. Ade pulak yang matching dgn jubah aku. Beli jugak la...sebab damia pun request nak baju sama dgn ibu...

Tahun ni malas nak g shopping sebenarnye. Nak gi weekend mesti ramai orang. Aku dah la pening-pening ni.. Nak g weekdays lak, kalo lepas berbuka n maghrib tu  mata mcm da tak bole bukak dah... yang dpt beli2 baju tu pun sebab dapat la curi sikit masa weekend yang lepas2. Itu pun pergi tempat yang rasa2 tak ramai orang dan tak sesak. Kul 9.30am da kuar.. heheh by the time org mula ramai, kami pun dah nak beredar. Gi yang dekat2 je.. PKNS Bangi. Baju ampeh... Tak beli apa pun. Pastu ke Metropoint Kajang. Tu yg dpt beli baju n jubah tu.. Baju melayu beli kat kedai dalam tesco kajang. Memang tiap tahun beli situ kecuali thn lepas je.. Tapi kalo nk beli kena awal2 puasa la..sbb cantik2 lagi...




Comel tak lukisan damia? Tergelak aku tgk... macam family tikus kan?



Pagi ahad semalam damia bergurau2 dgn adik. Kemain  terkekek2 lagi si adik ni ha... Damia da makin bam bam balik... maybe sebab maid kali ni rajin melayan dia makan..





Malam pulak sempat main bunga api.. Adik pun seronok sebab ni 1st time adik dapat pegang bunga api....






Owh by the way... aku nak let go kasut Clarks damia ni ha.. Saiz 11G. Muat la kot utk yang ade anak umur 4-6thn... Damia sebab kaki dia tembam n panjang so da tak muat dah... Ramai yang sms tanya.. tapi kesian pulak sebab masing2 ade anak yg 3 thn, kaki kecik.. pastu anak yang 6 thn kaki panjang pulak. Ukuran dalam kasut ni 7inci. So kalau ade yang berkenan tu korang ukur la kaki anak dari hujung ibu jari kaki sampai belakang tumit. Kalau 6inci (atau 6inci lebih sikit) tu ok kot..

Ni retail price RM148 tau. Price tag pun ade lagi kat kotak. Aku letgo RM80 je dah la.. Lagipun kasut ni ade la 2-3kali je pakai.. Damia kaki lebar.. pakai kasut bersarung camni mula la sakit la ape la.. hiii sama macam ibu dia! hhehehe

So kalo ade yg bminat leh la sms 019-2289693. 





Jumaat ni dah apply cuti. Nak merendang awal sikit n buat ketupat palas. Teringin tetiba. Sabtu nak balik ke Pahang raya kat sana....

Salam Aidilfitri...

Tuesday, July 31, 2012

My Spiderman & little pie in the oven ;)

Jalan2 kat Penang ari tu nampak baju spiderman kat area chowrasta.. Tapi dah la mahal.. kain jenis kasar lak tu. konfemm panas kalau pakai..

Pastu malam tu round nite market kat feringghi.... terjumpa lak baju spiderman.. kain kapas lembut je.. harga jauh lebih murah dr chowrasta.. apa lagi.. grab la utk sorang satu... 

kemain hepi lagi budak2 ni haaa..






Comeyllll kan??? 






Lagi satu... dah lama nak kongsi cerita ni. Tapi kejap rasa nak citer.. kejap rasa malas... 




































16th Week already!! 

Alhamdulillah..... Gambar ni masa check up 14weeks. Bila dah ada 2 lelaki, sorang perempuan ni.. dah tentu lah tak kisah anak apa pun kan... tapi damia harap sangat baby girl. Mudah2an.... kalau baby girl boleh tutup production terus la lepas ni... huhuhu...











Walaupun pregnant, aku tetap berpuasa.. Kali ni berpuasa dan pregnant dengan herbalife. Sahur cuma minum 1-2-3 Shake herbalife. Memandangkan aku pregnant (org pregnant kan asyik lapar) so aku amik jugak nasi dalam 2-3 sudu dan lauk sikit. Minum separuh gelas shake, pastu  makan nasi n lauk sikit then habiskan shake. Kenyangg gile. Dan yang penting memang bertenaga! 

Dulu2 kalau sahur nasi, kul 10am perut dah bernyanyi2.. kali ni alhamdulillah.. jam 5pm baru terasa lapar... hari ke 4 berpuasa, berat aku turun 600gram. Terbaru ni belum timbang lagi... 

Kelmarin gi carik baju raya... Tahun lepas beli ready made jugak.. saiz 50 tak silap aku...  tahun ni tak sangka yea walaupun pregnant 4bulan tapi aku muat saiz 46 oke!!!!!! Lepas bersalin nanti nak kuatkan azam cuti berpantang 3 bulan nak bagi berat turun kaw-kaw walaupun breastfeed. Insyaallah.......

**edited: dah check baju raya thn lepas rupenye saiz 52 wo0o0... da lama tak pakai sbb baju tu dah gedobos.. nk kena kecikkan la pulak.. 



Monday, July 23, 2012

Resepi dan menu sahur kami...


Alhamdulillah dah hari ke-3 kita umat Islam berpuasa. Sahur dan berbuka ape korang.. ? Macam2 menu yang keluar kat merata blog. Ade yang bersahur telur dadar dgn kicap, ade yang sahur lauk lebih semalam..... ade gak yang bersahur kat kedai mamak. 24hrs katanyeee.. hihihihi

Aku dah  masuk sahur yang ke-3 ni kekal bersahur dengan shake herbalife. Macam amazing je rasanye sbb just minum shake je tapi badan kekal cergas dan tak de rasa lapar.. Memang kenyanggggggg sgt. Sampai rasa nak muntah - mana tak nye sahur last2 minit..kena la abiskan segera sebelum imsak. Hehehe...

Produk herbalife ni bukan utk turunkan berat badan semata-mata. Sebenarnye herbalife ni makanan yang lengkap. Sebabnye....:





Lengkap segala2nya.....



Kalau ade yang was-was pasal produk herbalife ni... ye la maybe ade yang kata tak pernah dengar, tak nampak orang minum, takde iklan kat tv... tapi cuba tgk ni:




Herbalife dah berada di 83 buah negara tau!! Bukan calang-calang.... Doktor pun ramai yang amik herbalife. Sebab doktor tau ubat bukan penawar penyakit sebenarnye. Lagi banyak kita makan ubat sebenarnye lagi berisiko hidup kita ni....


So macamana berpuasa dengan herbalife?  Tak susah.. semua orang boleh ikut. Bawah ni saranan pengambilan utk yang mahu turunkan berat badan. Utk ibu2 mengandung, menyusukan anak, atau nak menaikkan berat badan... sila tanya coach anda. Kalau nak tanye saye pun bolehhhhhhhhhhh :)






Kenapa? Tak percaya ke hanya minum shake je boleh kenyang?? Cuba  tgk ni... sedapp sangat tauuu... Nak resepi buat shake paling sedap pun kita boleh ajarkan. Yang penting, keinginan utk beri khasiat kpd badan. Tu je...







SO TUNGGU APA LAGI..... MEH CALLING2 @ SMS...

PROMOSI MASIH BERLANGSUNG...

017-2768818 / 019- 2289693
sue.qaisara@gmail.com

Wednesday, July 18, 2012

Turun berat badan berganda di bulan puasa. Nak tau caranya?


Wahhh lagi berapa hari je lagi dah nak puasa. Kejap je rasanye... Tiba-tiba muncul lagi Ramadhan. Apa pun Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang berjumpa Ramadhan kali ni... 

Apa persediaan korang utk menghadapi bulan Ramadhan? Survey yang aku buat.. merata-rata lah, di facebook, di blog semuanya dah buat persediaan. Tapi kebanyakannya buat persediaan untuk menyambut Aidilfitri :)  betul tak.......? Mana  tak nya, baru2 ni Sogo Sales kan? Dgr cite sampai bersesak2 la kat sogo tu.. masing2 berebut2 membeli baju raya anak2.. Nak pergi bulan puasa nanti kang ade pulak yang curik2 minum air kat botol air anak kang.. hahahaha...

As for me, aku tak de buat persediaan raya langsung! Sehelai pun aku tak beli lagi.. kain yang dah beli awal2 dulu pun tak gi tempah pun. Kain utk baju kurung Damia ade 3 pasang pun tak gi tempah... 

Tapi.... aku dah buat persediaan utk berpuasa! Nak tau ape dia....? Stok herbalife laaaaa....


Herbalife ni kan produk nutrisi yang sangat baik lagi2 kalau di ambil sempena bulan yang mulia ini. Bulan yang baik harus diisi dengan pengisian yang baik. Baik dari perilaku dan pemakanan.

Shake herbalife akan memberikan tubuh kita nutrien yang mencukupi untuk kita sihat dan kekal bertenaga sepanjang hari. Bila badan sihat dan bertenaga, kita dapat menjalankan tanggungjawab dan amal ibadat dengan lebih baik. Suke takkkk????


Dengan Shake danTeamix Herbalife juga kita dapat mangawal hawa nafsu terutamanya nafsu makan. Mengambil hidangan shake herbalife di sepertiga malam memberikan tenaga untuk badan menjalankan amal ibadat seperti solat sunat terawih dan mengaji di waktu malam. 

Walaupun tahun ini tahun pertama aku bersama Herbalife, tapi aku dapat info bahawa bila kita bersahur dengan Shake Herbalife yang cukup nutriennya dan tinggi kandungan protein, ia akan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan berbanding dengan mengambil karbohidrat (nasi). Lagi pun produk ni sesuai untuk semua golongan, orang tua, dewasa, kanak-kanak dan ibu mengandung. Badan pasti akan lebih bertenaga dan sihat!

Macamana cara nak minum herbalife masa berpuasa? Tak susah........ Company dah sediakan pun jadualnya... kita ikut je...  



Sesuai untuk sape2 yang target nak turunkan berat badan di bulan puasa ni.... Alaaa macam aku jugak dulu2.. Asal puasa je mula la pasang niat nak turun 5kilo... tapi rupa2nya naik 5kilo. Sebabnya asal sahur..asal berbuka..makan tak hengattttt.. lepas tu nak maghrib, nak terawih punye laaa senakk!!! 

Ok sape2 yang nak order masih sempat lagi ni... Utk persediaan puasa ni aku ada PROMO ISTIMEWA. Nak tau apa dia?? Sila contact:



call/sms : 017-2768818 atau 019-2289693 

email: sue.qaisara@gmail.com