Tuesday, January 20, 2015

Goodbye 2014. Welcome 2015. Someone just turning 2!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah tahun baru 2015 kita yea.. Tahun lepas, 2014 banyak bagi kenangan pada kita semua. SEMUA. Bermula dengan misteri kehilangan MH370... kemudian kejadian MH17 yang di tembak jatuh. Musibah banjir di beberapa negeri di Malaysia.. Sadis sangat this time. Tu semua Allah bagi tunjuk Kekuasaan-Nya. Baru sikit.. cuma kita perlu ambil iktibar. Allah nak bagi kita kesedaran. Alhamdulillah...

Bagi diri aku sendiri dan keluarga.. tahun 2014 adalah tahun yang memilukan. Masa raya haji, menantu kakak aku kena stroke dan terlantar koma di ICU. Allahu Akbar. Tamparan hebat sungguh... anakbuah aku tak bekerja. Anak2 masih kecik seramai 6 orang. Urusan bank dan segala2 berkaitan gaji suaminya yg strok tu macam2 ujian... password/no,pin hanya suami(pesakit) je yg tahu. Tapi alhamdulillah, majikan sangat prihatin bantu keluarga ni.. dan alhamdulillah menantu akak aku sekarang dah sedar, dah boleh bergerak..

Bulan 11 gitu,.... rupanya ada lagi satu berita. Menantu kakak ku (kakak no.1) pula sakit. dan doktor dah sahkan dia menghidap cancer. Allahu Akbar... Aku renung anak2nya satu persatu. Sedih teramat tapi aku cuba tak bersedih depan mereka. Anak buah aku pun aku tau, raut wajah senyum tapi dalam hati sakit teramat. Alhamdulillah dah jalankan 1st chemo treatment. Semoga kembali sihat dan dpt membesarkan anak2...

Sepanjang 2014 juga.. 1st time dlm sejarah perkhidmatan aku, cuti rehat habis digunakan. Anak-anak bergilir2 sakitnya... awal2 tahun lagi dah separuh cuti habis... Dengan urusan persekolahan damia yg  masuk darjah 1/2014. Masalah culture shocked maybe?... yg akhirnya lepas 2 bulan aku tukarkan damia ke sekolah lain atas permintaannya sendiri. Dan juga atas nasihat cikgu2 yang dah usaha utk pujuk damia masuk kelas dan belajar. Di sekolah baru pulak.. semua ok cuma masalah damia takut dengan guru lelaki. Mujur guru lelaki kelas dia hanya subjek muzik. Setiap kali subjek muzik.. damia akan lari menyorok kat tandas/tangga... Lepas aku discuss dgn cikgu, so cikgu advise damia supaya tak menyorok kat toilet.. tapi duduk kelas sebelah yg kosong.. lepak la situ sampai habis time muzik.

Berbulan2 masalah berlarutan. Akhirnya aku rujuk masalah ni kat pakar kaunseling kanak-kanak. Alhamdulillah after a few times counselling session... even counsellor pon tak leh nak rungkai ape masalah dia takutkan cikgu lelaki,,cuma aku rasa dia trauma sbb pernah kena marah dgn cikgu lelaki kat sekolah lama.. masa tu dia baru baik chicken pox, mc 2minggu, hanya sempat orientasi 1wk b4 demam...dtg2 sekolah kena jerkah.. terus lemah semangat budak tu... tapi counsellor tu bantu juga utk bagi dia motivasi.. semangat utk ke sekolah.

Alhamdulillah tahun 2015 bagi permulaan yang baik. Tahun ni damia sendiri request nk pergi sekolah agama. Last year belajar sek agama tapi tak lama.. damia tak boleh commit dgn sesi sekolah yg panjang. So stop. This year alhamdulillah masuk minggu ke-2 ni segalanya smooth n clear. Syukur sgt2.....



Dan alhamdulillah 12hb Januari yang lepas, Izzara genap berusia 2 tahun. How times flies...... Cepatnye anak membesar. Mulut semakin petah bercakap. Suka menyanyi.. comel sangat... Dan alhamdulillah.. Izzara masih breastfeed. Walaupun siang kat taska minum susu botol je.. kat rumah memang fully bfeed tau!















N i am planning to throw a party. Just a small, simple yet memorable birthday party... Since damia's birthday bulan March... kita buat in advance la sebab nak buat theme .....





Of course la kannnnn... gurls always be a gurls.. even izzara sendiri pandai nyanyi 'eyi go0o0...' hahahah

So cute... 



Lots of Loves....

-ibu-