Wednesday, December 3, 2014

Boleh ke ambil INSURANS lepas disahkan sakit?


Assalamualaikum...

Korang biasa dengar INSURANS? Biasa kan.. tapi mostly orang biasa anggap agen insurans ni sebagai salesperson. Sebenarnye agen insurans ni tak jual insurans.. sebab konsep jualan ni mesti target untung. Sebenarnye kan insurans ni bagi perlindungan kat kita.. perlindungan yg macamana tu?

Meh nak citer... 

1. PLAN SIMPANAN
  • Berlandaskan syariah
  • DIVIDEN yang tinggi
  • Boleh dikeluarkan bila-bila masa
  • Plan simpanan pendidikan - Jumlah simpanan mencecah RM25K pada umur anak 18 tahun
2. PROTECTION
  • Pampasan kematian
  • Pampasan 36 jenis penyakit kritikal
  • Pampasan kemalangan
  • Kecemasan
  • Pampasan apabila hilang upaya kekal
3. MEDICAL CARD
  • Bilik wad RM200/hari
  • Elaun wad RM100/hari
  • Kos rawatan RM600K (sepanjang hayat)
  • Cover semua jenis pembedahan
  • Mudah claim
4. ANUGERAH KECEMERLANGAN *untuk plan PRU SMARTLINK
  • UPSR 5A (rm600)
  • PMR/PT3 7A (RM1,200)
  • SPM 8A (RM1,800)
  • STPM 4A (RM1,800)
  • DIP/IJAZAH CGPA 3.5 @ kelas pertama (RM2,400)


Dengan Serendah RM100, kita boleh dapat manfaat yang saya ceritakan di atas ni... best takkkk?






Well.. ramaiii sangat orang di luar yang macam dalam gambar atas ni. Saya pada satu ketika dulu pun macam tu juga. Pandang pun tak kalau hal-hal melibatkan insurans ni. Apatah lagi kalau agen sendiri yang datang.. Dulu saya duduk menyewa masa belajar, housemate sorang tu dah kerja dan part time agen insurans. Depan mata dan hari2 jumpa, hati sangat kuat menyatakan saya tak perlukan insurans. 

Sampai satu ketika di mana mak saya sakit dan masuk ke hospital kerajaan. Tak payah cakap pasal layanan kasar atau kekurangan fasiliti bila semua orang nak yang murah tanpa keluarkan duit poket. Nak hantar ke hospital swasta memang tak mampu la masa tu... Nak tak nak hadap je la.. berjiran katil dengan banduan.. dengan macam-macam ragam manusia.. wad kelas 3.. paham2 sudah...






Dan satu lagi.. kita ni selagi kita belum benar2 sakit, selagi kita belum betul2 perlukan rawatan, memang macam2 alasan kita bagi pada diri sendiri supaya tak ambil insurans. Tapi untuk makluman kawan-kawan yea.. INSURANS PERLU DIAMBIL KETIKA SIHAT SUPAYA APABILA SAKIT, KOS PERUBATAN DAPAT DIBIAYA OLEH INSURER. 

Macam mana tu? Cuba baca ni....





Bila kita dah disahkan menghidapi sebarang penyakit, masa tu sudah terlewat untuk kita ambil insurans utk cover penyakit tu tadi... 


Apa yang penting.. bayaran insurans ni ikut kemampuan kita sendiri. Bayar minimum, dapat lah perlindungan minimum.. Kalau bayar lebih, lebih besar pulak perlindungannya.. apa pun, ikut poket sendiri... 

Khidmat nasihat dan quotation PERCUMA?????

HUBUNGI:

SUE 019-228 9693 [CALL/WA]

PRUBSN TAKAFUL AGENT

Friday, October 24, 2014

Zoo Negara

Salam

Weekend lepas bawak anak2 pergi Zoo Negara. Memang dah lama sangat tak datang sini. Last visit pun masa Khalish umur belum setahun lagi... 

Kali ni pergi memang banyak perubahan. Makin cantik. Mujur juga cuaca tak panas sangat dan memang berharap sangat tak hujan. Alhamdulillah.. Dari jam 12 masuk.. dekat jam 6 petang baru keluar. Suke tengok anak2 happy dapat tengok animals depan mata.

Tengok tiger..elephant..giraffe.. paling diorang suka tengok ialah hyppo.. ahaha sebab hyppo tu asyik berendammmm je tiga2 ekor dalam air sampai tak nampak kepala. Bila sekor keluar, masing-masing berkejaran nak tengok rupa hyppo. Kelakar! 

Animals show pon ade kelainan sikit.. Dulu, pergi bawak damia sorang masa umur setahun.. dgn masa bawak khalish sekali, show yg sama jeee.. kali ni mmg lain. 

Tapi gambar dapat upload sikit je ni.. nanti rajin up lagi la yea.. :)






Masuk tengok Panda. Tapi panda is boring laaaa.. dia tidooo je tergolek macam tu. Macam masuk sebab nak dpt aircond je rasanya hahahaha... 

Pastu kat mana-mana spot mesti ade photobooth dgn photographer. Diorang akan offer amik gambar. Nanti dia bagi kupon. Kita boleh tengok gambar diorang amik tadi kat kaunter gambar. Sekeping Rm20 tak silap. Pilih mana yang cantik. Rasa2 tak cantik.. tak yah beli hahah...Kitorang tak beli punnn



Thursday, October 16, 2014

JEANS FOR MEN

Salam...
Mostly orang lelaki dengan Jeans memang tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti wanita dan aksesori. Lazimnya, jeans merupakan pakaian asas yang dipakai oleh setiap lelaki dan kini turut menjadi pilihan utama para wanita. Selain selesa dipakai, jeans merupakan jenis seluar yang paling versatile iaitu mudah dipadankan dengan apa jua pakaian. Tak kisah lah samada T-shirt, kemeja mahupun singlet, segalanya tampak sesuai untuk digayakan bersama sepasang jeans.

Kalau uols pun memang type yang suka pakai jeans, pasti uols tahu serba sedikit tentang jenis-jenis jeans for men. So kali ini aku buat entri pasal jeans untuk lelaki, mana lah tahu kalau dapat membantu uols untuk mendapatkan sedikit informasi mengenai jenis jeans yang bersesuaian dengan tubuh badan seseorang lelaki. Kot-kot nak belikan jeans buat hadiah untuk yang tersayang ke kan… Tak boleh main beli je. Kena tahu jugak sesuai ke tak dengan badan orang tu.


Seperti wanita, lelaki juga harus mengenalpasti tubuh badan mereka sebelum memakai sesuatu pakaian. Dalam konteks ini, pemakaian seluar yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membataskan aktiviti si pemakai. Oleh itu, jom kita lihat jenis-jenis seluar jeans untuk lelaki!

#Slim Fit
Slim Fit adalah jenis potongan jeans untuk lelaki yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Potongan jeans jenis ini amat digemari oleh kaum lelaki khususnya golongan muda ini kerana, ia amat sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan sepasang sneakers.




#Straight Leg
Straight Leg jeans pula adalah alternative untuk lelaki yang kurang menggemari slim fit jeans kerana potongan yang lebih loose dibahagian kaki. Jeans jenis ini juga sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan kemeja.


#Loose Fit
Yang ni pula merupakan loose fit jeans yang berpotongan agak longgar atau loose dan memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai. Jeans jenis ini amat selesa dipakai sepanjang hari serta boleh dipakai untuk melakukan apa jua aktiviti. Perasan tak kalau budak-budak lelaki yang suka main skateboard, tengok jeans diorang kan jenis macam ni. Baru lah selesa untuk diorang beraksi dengan skateboard dan skill masing-masing.


Haaa.. kan.. bukan suka-suka je kalau nak beli jeans. Mesti pilih yang sesuai dengan tubuh badan.

Jadi, apa jeans pilihan uols? Untuk pilihan jeans lelaki yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat dengan tawaran harga yang amat berpatutan, uols boleh layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Alami pengalaman membeli-belah secara online yang begitu menakjubkan bersama ZALORA.

Tuesday, October 14, 2014

'Malaikat' by Hazama




Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

*Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu





Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu

Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga



Friday, September 19, 2014

Makanan dan kiraan kalorinye..

Salam. 

Ok, hari ni aku up kan pulak jenis-jenis makanan beserta dengan kalori sekali. Untuk aku, sepatutnya amik lebih kurang 2000 kcal sehari, tu untuk maintain berat.. kalau nak kurangkan berat, mesti makan kurang dari 2000kcal sehari yea.

Meh tengok contoh yg biasa2 kita makan seharian, andaikan menu kita makan:

*Sumber rujukan dari blogger, tak ingat siapa*

Sarapan: 
Nasi lemak + Telur Mata Kerbau + Teh tarik = 541 kalori

Minum Pagi Jam 10  
Kuih karipap (3 biji) + Teh O = 410 kalori

Makan Tengahari :
Nasi (3 cawan) + Ayam kari + Dalca sayur + Air Tembikai = 900

Minum Petang :
Kopi susu + Popiah goreng (3 biji) = 510 kalori


Haaa total dah 2361kcal.. max aku patut amik adalah 2000kcal. Maka lagi 361kcal tu yg akan bertukar menjadi lemak.. nangis wehhh

****

Kategori:Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

Kategori: Lauk Pauk



1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori

 Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

 Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
2.minuman kotak 250g – 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
5.aiskrim 2 skop- 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
8.mentega 2 sudu teh – 75 kal
9.keju chedar 1 keping -58 kal

Lain-lain

Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Tteh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)
Air kacang soya segelas = 60 kalori
Air tebu segelas = 184 kalori
Ais krim sehidangan = 335 kalori
Apam balik sepotong = 300 kalori
Ayam goreng kepak = 102 kalori
Ayam goreng peha = 120 kalori
Ayam kari seketul = 250 kalori
Ayam tandoori sepotong = 220 kalori
Bakso semangkuk = 320 kalori
Bihun sup semangkuk = 350 kalori
Bijirin sarapan coklat 2 cawan = 266 kalori
Biskut cip coklat sekeping = 30 kalori
Biskut sayur 6 keping = 264 kalori
Biskut susu 2 keping = 34 kalori
Black coffee = 3.5 kalori
Bubur ayam semangkuk = 275 kalori
Bubur caca semangkuk = 300 kalori
Bubur kacang semangkuk = 100 kalori
Nasi ayam kosong sepinggan = 300 kalori
Nasi ayam sepinggan = 600 kalori
Nasi Briyani = 448 kalori
Nasi briyani berayam sepinggan = 880 kalori
Nasi briyani kambing sepinggan = 587 kalori
Nasi campur + 3 jenis lauk sepinggan = 620 kalori
Nasi claypot semangkuk = 898 kalori
Nasi goreng bertelur sepinggan = 635 kalori
Nasi goreng biasa sepinggan = 637 kalori
Nasi lemak ayam goreng = 644 kalori
Nasi lemak bersambal sepinggan = 400 kalori
Nasi minyak + rendang daging sepinggan = 664 kalori
Nasi minyak kosong sepinggan = 445 kalori
Nasi putih satu setengah cawan = 260 kalori
Pasembor sepinggan = 752 kalori
Pie epal sepotong = 260 kalori
Popia basah seketul = 94 kalori
Popia goreng = 130 kalori
Puding coklat & sos vanilla 2 potong = 300 kalori
Pulut panggang 2 keping = 250 kalori
Rojak buah sepiring = 443 kalori
Roti bakar coklat sekeping = 275 kalori
Roti Naan sekeping = 308 kalori
Roti pita sekeping = 124 kalori
Roti telur sekeping & kuah dal 1/2 mangkuk = 414 kalori
Roti telur sekeping = 356 kalori
Sambal sotong setengah cawan = 55 kalori
Sambal udang setengah cawan = 70 kalori
Sandwich isi daging bakar & mayonis sepotong= 270 kalori
Sandwich sardin sepotong = 70 kalori
Sate ayam 10 cucuk = 365 kalori
Sayur campur goreng = 43 kalori
Seri muka sepotong = 144 kalori
Sotong goreng tepung seketul kecil = 630 kalori
Sundae chocolate secawan = 380 kalori
Sup berkrim semangkuk kecil = 375 kalori
Susu coklat rendah lemak 2 kotak = 200 kalori
Susu pekat 1 sudu besar = 71 kalori
Taukua goreng sekeping = 110 kalori
Teh tarik segelas = 83 kalori
Telur goreng sebiji = 110 kalori
Wafer coklat sekeping= 100 kalori
Yogurt 125ml 2 cawan = 228 kalori 

Kategori Buah-Buahan




Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42  kalori 
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori 

*******

Ni aku print n kena tampal kat peti ais utk ingatan selalu. hahahaha

Thursday, September 18, 2014

Diet kalori

Salam... 

Aku pernah turunkan berat badan dgn produk Herbalife. Tak dinafikan laa produk tu memang sedap. Dan aku berjaya turunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan. Amazing sgt dah tu aku rasa! Tup-tup, lepas tu aku pregnantkan Izzara... terasa impian terbantut je. Tapi sebab lebih sayangkan kandungan, aku mengalah dengan niat nak kurus tu...


Tapi sepanjang pregnant tu aku still consume produk ni. Yang aku boleh cakap, memang bagus la sebab kwn2 kata aku tak bloated sgt masa pregnant tu. Muka pun tak kembang setaman. Tapi masalahnye bila bajet tight ni kan.. produk mahal pulak tu.. hehehe.. maka terus stop dah. Bukan niat nak stop terus, kalau ade bajet memang besar harapan aku la nak start balik... 


Berat badan skang ni dah makin naik. Sebelum disahkan pregnant, berat aku 89kg. Now 97kg. Nanges??? Hampir2 la... tapi sebelum aku start herbalife dulu, masa tu khalif umur 7 bulan, berat aku 104kg tauu!! Kira masih success lagi la aku ni hahahhahahaha... so now aku kena usaha utk turunkan berat balik. Gym da pernah pegi tapi tak berapa turun pun. 


Ikut blog kevin zahri. Katanya nak success lose weight ni senang  je. 80% jaga makan. 20% exercise. Phewwww.. patut la aku gi gym hari2 pun tak turun berat. Makan tak jaga!!! Bila tak jaga makan ni, akan sampai satu tahap yg aku sentiasa rasa lapar. Nasi sepinggan penuh pun rasa tak cukup je lagi... Pastu sendiri komplen perut buncit macam orang pregnant 5 bulan. Asal berdiri depan cermin je, nak komplen diri sendiri. Tapi usaha nye takde! 


Now dah seminggu aku try control makan. Aku kurangkan nasi. Budak ofis aku ni nak kawen, 2-3 bulan dia diet tak makan nasi, now slim je..cantik je.. aku pon nak jugak slim. Tapi tak leh la nak stop nasi terus. lagipun aku masih breasfeed izzara. Bawah ni sekadar perkongsian utk kita. Aku kena buat diet kalori. 


Macamana nak kira kalori?



kena kira berapa Basal Metabolic rate (BMR) untuk keperluan badan dulu, dimana kalau kalori yg diambil redah dari BMR, badan akan sakit kerana ia keperluan basic untuk jantung dan organ dalaman berfungsi dengan baik. selepas itu kira Daily Calorie requirement(DCR).kalau nk kekalkan badan ambil ckalori bersamaan DCR, jika nk kurangkan berat , ambil kalori kurang dari DCR tetapi jangan lebih rendah dari BMR....




formula kiraan BMR
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

formula kiraan DCR
• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) • BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) • BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu) • BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu) • BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton) 

BMR aku : 1723.4
DCR aku : 2068.08

Tapi sebab aku masih breastfeed, perlu tambah 100 kalori sehari. So aku decide utk max kalori intake sebanyak 1850-1900. CUba.... cuba dulu...


Next entry aku akan up pasal jumlah kalori dalam makanan kita... huhuhu.. bole nangis wooo.. tabah ke tak.. ke buat cara sendiri ke asalkan berat turun hahah.. tengok la cemana nanti


Wednesday, September 17, 2014

Art atau seni..


Salam. Simple update, just nak galakkan mood sebelum masuk meeting ;)

Now aku dah mulakan project art untuk anak2 masa hari cuti. Target aku nak buat art at least sekali seminggu. Cuti weekend la kan. Start dengan sabtu lepas, kitorang buat art guna water color. Ikut suke budak2 la nak buat cemana pun kan. damia n khalish nak kaler gambar spiderman. Ok sukati la...

Khalif pulak.. since berus lukisan pun ade 1-2 je.. aku ajak dia mewarna guna jari je sudahhhh... kami berjaya hasilkan lukisan pokok. Very the easy peasy! Hahahah... Tapi lupa nak snap gambar la pulak...



N now, aku tengah kumpulkan kulit telur. 

Damia asyik tanya - nak buat ape...

Aku jawab - ade la..surprise! Haha

Sebab tak leh bagitau awal2. Nanti selang 5 minit dia tanya sampai aku fed up pulak nanti.. Dah cukup bahan, baru aku annouce. Next, nak carik art board ke hape namanya. Aku nak buat cam dalam gambar ni:








Masukkan paint dalam telur.. then bagi anak2 baling. pastu da kering nanti bole la gantung kat wall. hahaha... 

Semalam cuti Hari Malaysia pun, dah buat satu benda dah. 3D snowflakes ala2 frozen. Damia excited pulak nak letak kat wall bilik dia. theme frozen katanye... sukati la nak....

Cuma satu masalahnye bila nk buat art kaler2 ni, skang ni barang2 art sume pakai damia punye. So berebut, dan ada yang bergaduh2, nampaknye kena beli sorang satu set nanti ni... 

Ok till then.. bye

Friday, September 12, 2014

terkena...

Salam..

Tadi dapat notification FB. Kawan aku tag nama aku kat satu gambar dalam wall 1 page ni.. Amboi suke hati je cilok gambar orang  masuk fb dia eh... kuahajo nama nye tu. Aku pulak dpt online fb kat hp kecik je. Tak puas hati sbb tak dapat nak report ke ape ke.. gambar tu aku up kat blog je rasanya. gambar masa pregnantkan izzara lak tu.... rasa macam batu jatuh atas kepala!

Tapi yang aku rasa tak boleh blah bila page tu tajuk nye : wanita hamil seksi

Hahahaha.. kot ye pon ko amik laaa gambar org lain yg lebih seksi. So lepas ni kena extra carefull nak upload gambar kat mana2 pon... APTB!!!