Friday, January 27, 2012

Diam aku selama ini telah disalahertikan. Ya Allah, Kau tunjukkan lah KekuasaanMu Ya Allah....

‎Petikan dari Facebook Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:

.:: RENUNGAN HARi INI ::.

Kadang-kala kita akan mengalami perselisihan faham antara makhlukNYA,sama ada keluarga, sahabat, guru mahupun orang-orang yang kita tidak dikenali.Malah kadang-kala ada juga yang berburuk sangka pada makhlukNYA yang laen.

Pabila tibanya saat itu, ramai yang akan mencari solusinya,pandangan untuk mengatasi serta menghadapi masalah ini dari orang-orang bijaksana. Tetapi, tidakkah kita sedar,bahwa Yang Maha Bijaksana telah memberi jawapannya lebih 1400 tahun dahulu lagi?

Tatkala kita meminta nasihat dari pelbagai pihak,terlalu banyak pula cadangan untuk menghadapi orang-orang sebegini,sampai kita pun tak pasti yang mana kita patut lakukan dahulu.Tetapi sedarkah kita, Yang Maha Mengatur telah memberi kita cara yang mudah tetapi lengkap dan merangkumi semua nasihat dan cadangan yang diberi oleh makhlukNYA itu?

"Maka disebabkan rahmat dari Allah, engkau berlakulah lemah-lembut terhadap mereka,Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Kerana itu,maafkanlah mereka,mohon keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ituKemudian apabila kamu membulatkan tekad ( dalam melakukan sesuatu),maka bertawakallah pada Allah.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakal padaNya."
[SURAH AL-IMRAN AYAT-159]

+++ Bacalah,renungkan,dalami dan kaji kataNYA dalam kitab yang terpelihara itu. Bukankah itu adalah cara yang terbaik untuk menghadapi masalah perselisihan faham? Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang+++



*******************

Ok skarang ni aku memang berada dalam situasi perselisihan faham. Dah setahun jugak la... Dah datang ke rumah mereka dan cuba utk selesaikan tapi pihak satu lagi benar-benar menafikan dan tidak beri peluang untuk penyelesaian. Yang mana akhirnya kami melangkah keluar dari rumah mereka selepas diarahkan keluar. Dalam erti kata lain, dihalau. Setiap bukti yang kami cuba tunjukkan pada seseorang telah diperlekeh oleh orang terdekat dengannya, dalam rumah itu. Setiap kali cuba membuktikan sesuatu, orang itu dihalang daripada melihat bukti yg kami ada. Lalu apabila di halau keluar, maka kami melangkah keluar. Dan kami yang merasa sakit hati kerana usaha utk membetulkan keadaan tidak mendatangkan sebarang hasil, dan rasa terkilan yg amat apabila orang yg tidak sepatutnya telah mengarahkan keluar, maka sebab itu terdetik dihati utk tidak mahu ada hubungan lagi dgn mereka, kecuali seorang itu, kerana pertalian yang ada dengannya.


Dan setiap apa yang berlaku selepas itu, aku hanya mendiamkan diri. Diam... Setiap cerita yang aku dengar, aku cuma diam. Sehingga hari ini, yang mana aku tak sangka ianya terjadi. Hari ini ada ceramah tentang fitnah, di adakan di dewan pejabat. Dan aku memetik kata2 Ustaz tersebut berkenaan dosa fitnah dan azab Allah kepada orang yang memfitnah. Aku sms kpd orang yang berada dalam contact list hp aku. Niat yang satu, cuma sekadar berkongsi. Tak sangka ada yang terasa hati lalu terungkailah misteri yang selama ini aku mencari-cari.


Aku sendiri tak percaya, bahawa nama aku dikaitkan. Yea... aku telah difitnah! Maha Suci Allah yang telah menunjukkan jalan.. Dan mereka dengan rasa takabbur telah mengajak aku ke masjid untuk membuat sumpahan bahawa aku tidak menganiaya keluarga mereka. Masya Allah!!!! Sungguh besar ujian Allah kepada aku.


Diam aku selama ini telah disalahertikan. Diam aku selama ini umpama telah membenarkan tuduhan mereka. Diam aku selama ini sebenarnya telah menguatkan tuduhan mereka!!! Ya Allah.. Saat aku membaca sms mereka, hati berdegup kencang, muka ku merah menahan rasa yang berbalam. Sesal, sedih, marah... semua ada!


Aku tidak takut. Kerana aku tahu siapa diri ku. Aku tahu apa yang aku lakukan. Dan aku sendiri tahu apa yang aku tidak lakukan. Aku tidak takut untuk mengangkat sumpah, kerana apa yang dituduh itu adalah tidak benar!! Aku tahu, tidak baik untuk kita mendoakan sesuatu yang buruk kpd orang lain, tetapi aku cuma berharap agar Allah tunjukkan kekuasaan-Nya kepada orang yang telah menabur fitnah ke atas diri ku.


Berikut adalah kandungan sms yg aku send kpd orang di dalam contact list aku, yang mana aku membuat salinan drp nota Ustaz yang bagi ceramah:


Dosa yang sukar ditebus, mungkin tertanggung hingga ke hari Qiamat. Dosa disebabkan:

1. Memutuskan silaturrahim antara muslim
2. Mencetuskan permusuhan & boleh membawa kpd pembunuhan
3. Mengaibkan orang lain
4. Menebalkan sangkaan buruk sesama sendiri

Allah telah menjanjikan azab kpd orang yang memfitnah adalah seburuk2 azab iaitu api neraka. (diambil dari ceramah Ustaz Zaharom Ridzwan, Pensyarah Fakulti Bahasa & Linguistik, UKM)

'Renung2kan dan selamat beramal'

Wednesday, January 25, 2012

Year-End Holiday 2011 @ Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Alhamdulillah... Puas aku dok plan dan mengira2 bajet untuk ber-family holiday, akhirnya termakbul jua impian anak2 untuk bercuti. Ada la beberapa lokasi percutian yang masuk dalam list. Cameron, Genting, Pangkor, Colmar Tropical, A Famosa. Aku nak je gi Cameron tapi musim hujan, takut pulak... Lagipun si abang kan tak leh sejuk2 ni. Genting pulak aku rasa tak sesuai sangat coz matlamat aku adalah nak bagi anak2 enjoy n have fun, dan dalam masa yang sama boleh masukkan sikit elemen2 nilai2 murni, cewahhh gitu. Kalo genting, kat mana nak diterapkan emelen tu? Dengan suasana bingit, sume buat pening kepala je..... A famosa lak, kalo villa ok la tapi corumn tak cukup so rasa macam tak best. Colmar lak.. tak happening sangat la, sesuai utk org honeymoon je rasanye...


Finally, aku pilih Avillion Admiral Cove. Mujur masa aku booking tu masih ada room yang available. So since aku nak bawak mak dan anak buah sorang, booking la pekej 2nite stay @ Premium room. Harga mmg affordable.

Dan yang lagi best tu.... masa check-in, kami dapat 1 Premium room, dan 1 Executive Studio. Dorang upgrade kan yang satu tu coz bilik premium dah penuh. Alhamdulillah memang rezeki la kan dapat bilik besar, seaview, dan king-sized bed. Happy sangat2........



Jom tengok aktiviti kami di sana :~


1. Hari Pertama - Arrival 24th Dec 2011



















2. Hari kedua 25th Dec 2011


Turun nak breakfast dalam kul 8.30am. Perghhhh gile happening la coz kena beratur sampai ke bawah tangga. Tunggu gak dalam 10minit, tengok Q tak gerak2 pun maka kami pegi je breakfast kat luar. Sian kat mak sebab kena jalan jauh....






Balik dari breakfast Zasssssss tukar baju n swimming!!!






Masa ni jugak la baru kami dapat tengok damia swimming. Ok, good girl. Tak la membazir yuran bulanan coz at least damia da boleh swim...








Malam tu kami gi makan2 kat Mutiara Ikan Bakar. Memang sedap esp sotong bakar! Perghhh rasa nak repeat lagi la makan situ. Dan harga pun memang berbaloi.


3. Hari ketiga 26th Dec 2011


Aktiviti lepas sarapan adalah...... swimming lagi. Kali ni ayah n anak2 je la. coz aku kena berkemas utk pulang... si kecik pun merengek tak sedap badan. Atau masa ni dia da tau yang bibik sudah meninggalkan dia... ciannn cayang ibu.






Aku bawa mak.. sebab aku tak mau mak runsing memikirkan hal di sekeliling. Aku tak mau mak jatuh sakit. Aku nak mak happy. Aku nak fikiran mak tenang. Aku tak mau jadi anak yang mengabaikan mak, yang buat mak kecil hati, yang buat mak menangis. Sungguh!! Dan aku pun berharap agar suami sebagai anak sulung, semoga satu hari nanti tidak akan mengabaikan mak nya. Sebab tanggungjawab anak lelaki yang sulung ni amat besar. Allah berikan amanat yang besar terhadap anak lelaki sulung. Dan sebagai seorang isteri - dan sebagai lumrah seorang wanita, samada boleh membawa suami ke syurga atau neraka. Kalau aku sebagai isteri, menundukkan suami dan membawa dia jauhhhhh dari ibunya, maka aku membawa suami ke neraka!! Masyaallah.......... Semoga ianya takkan berlaku! Insyaallah....

Thursday, January 19, 2012

Sayu hati bila tgk si anak kesakitan...







Woo0o0pps!!! Ini bukan kes dera anak ok... Sorry, Insyaallah aku takkan buat benda2 keji begitu. Sape tak sayang anak oiiiiiii...... Setiap ibu pasti akan sayang anak. Tak kisah la berapa orang anak pun yang ada, 1,2, hatta 20 org sekali pun, seorang ibu pasti akan mengasihi dan menyayangi setiap anak yang dia ada. Cuma seorang anak belum tentu akan memenangi dan mengasihi ibu sehingga akhir hayat seorang ibu. Nauzubillah.. semoga anak2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah...


Kejadian ni berlaku sabtu lepas. Masa tu kat rumah cuma aku dan anak2. Lepas mengemas rumah, aku siap2kan bakul utk bawak ke rumah mak. Masa tu plan nak gi amik mak, bawak dtg rumah aku. So dalam bakul tu ada baju n pampers, tupperware berisi baby's cereal (balance gi holiday ari tu) n thermos (air panas utk bancuh cereal). Pastu tgk jam dah kul 1 lebih. Kang lapar lak bebudak tu... so aku bagi dorang makan nasik goreng balance breakfast punye. Dah sibuk mengemas, so tak daya nak memasak... Pastu khalif aku bagi cereal je la.

Dah habis makan sume, aku bawak budak2 gi dapur. Basuh tangan n mulut. Sambil tu aku tutup2 tingkap etc takut balik da malam ke kan.. coz plan nak gi rumah kakak kat semenyih plak pastu. Sekali aku nampak damia datang dapur, dengan tak berbaju.

Mana baju... kan da tau nak gi rumah opah nape bukak baju?

Masa tu dia tunduk sambil tangan tutup muka. Bila dia angkat muka, aku tgk kat kiri kanan dagu da ade kaler2 coklat..

Nape ibu taruk air panas dalam tu....? Uwaaaaaa...

Aku pun.. Ya Allah... nape la tak tanya dulu? Aduhh nak salahkan dia pun tak boleh. So nak salahkan diri sendiri ke? Aku pun tak sangka dia nak minum air dalam thermos tu. Selalunya nak minum memang gi dapur amik air masak. Agaknye damia pegang thermos tu tak rasa panas so dia nak minum je la... Aku pun panik, sebab sure rasa sakit pedih2 kan... So aku bagi chiller. Supaya sejuk n kebas. Tah mana dtg idea bagi chiller pun aku tatau. Chiller tu berguna bila diorang terhantuk kat memana, ada benjol2 ke..lebam2 ke.. salu mmg aku bagi chiller je esp bila bibir pecah akibat terhantuk.


Masuk dalam kete, aku ingat nak g klinik panel je kat Az-zahrah, tapi kena amik mak dulu la.. tapi sebab kesian tgk damia, dah mengadu2 sakit.. dan tambah kesian bila dia request gi klinik dulu. So aku pergi je klinik yang dekat dgn rumah, bukan panel dan ni kali ke 2 gi klinik tu. Doc check, n doc sure yang damia tak minum pun air tu coz dia masih boleh bukak mulut n bercakap. Kalau da terminum, sure dalam mulut pun melecur. Doctor tak bagi apa2 cream pun coz katanya budak lagi, takut cream tu akan efect kat kulit muka, nanti jadi hitam kesan lecur tu. So doc bagi ubat tahan sakit, antibiotik, dan ubat elak gelembung. Dalam kete, tertidur dah damia.. kesiann sungguh!


Kesan lecur tu doc suh sapu calamine lotion sbb sejuk dan tak efek kulit. Lepas 2 hari, tah cemana kulit tu tersiat, so nampak la kulit pink. Aku pun tak de la sapu calamine lagi takut dia rasa pedih. Selasa, masa g jumpa paed Khalif kat KPJ, aku tunjuk kan damia kat doc. So dr.Asmunni bagi satu cream -Ceradan - Skin repairing cream. Doc kata even baby pun bole pakai cream tu dan takde masalah kalo termakan sekali pun. Lepas sapu cream tu baru nampak lecur tu mula mengering.......


Gambar tu gambar malam tadi. Kesian tgk dia... Hari isnin tu aku tanya gak, ada tak auntie (teacher kat sekolah) tanya n mia kata apa..... 'ada, mia cakap minum air panas'
Waduhhh.. dalam hati aku - kesian anak aku. Jangan auntie pikir aku dera anak, sudahhhh...

Thursday, January 12, 2012

Year-End Holiday 2011



Just A Teaser...

















Will Update Later :)



Wednesday, January 11, 2012

Treat a maid like part of the family? O-owhhh it's a MISTAKE!!

What is a good employer ?


As an employer, I have learned my lesson that there is no use treating a maid like part of the family, or give her a lot of freedom. Many employers make this mistake, thinking that their maids will be grateful and try their best to perform well. The fact is that the maid will think that since you treat her so well, that means you cannot do without her. The maid believes that she can do anything, and you will not send her away. Treating the maid like part of the family, sharing your expensive food with her, etc, is NOT going to change a bad maid into a good maid !

Whether you get a good maid or not, depends entirely on your luck. I believe that as employers, it is important to treat maids in the same way as our employers treat us. In a company, if a person performs badly on his/her job, or has a very bad attitude, he/she will be fired. When a person works for a company, he/she must follow all the instructions strictly. No company will employ you and let you do anything you like. For maids, it should work the same way. At home, house rules are equivalent to job requirements and work instructions when we work in a company. If the maid does not like the job requirements, she can always ask to leave. If the maid finds a better employer and asks to leave, we should just let her go. If you resign, can your boss refuse to let you go ?
As employers, we should always keep our conscience clear.

1. Salary

If the maid is very hardworking, and performs very well, then please pay her the salary that she deserves. I am paying my maid $500 a month now, because she is a very good maid. She used to earn only $300 when she first started to work for me. I slowly increased her salary over 3 years when she has proven herself as a very good maid. My maid also understands that it is impossible for her to find a job that pays so high, so she really treasures working for me.
Many people think that Singaporean employers are paying their maids a salary which is too low. The fact is the initial salary is agreed between the maid and the maid agency ! Employers DO NOT set the salary when we employ a new maid from the maid agency. All employers are free to pay their maids any salary. I know there are many maids who are paid above $450 in Singapore.
However, I think there are many employers of FDW who earns only about $2000 – $3000 every month. The government makes us pay $170 levy every month. The total cost of employing a maid can take up a large portion of the employer’s salary. For employers who cannot afford to pay their maid a high salary, then please be fair to the maid and consider giving her a reasonable work load and off days.


2. Work Load

Look at the work that you ask your maid to do everyday. Ask yourself whether you can do all those work if you were to stay at home. If you cannot do it, then don’t expect your maid to be able to do it !
What is a reasonable work load ? This is my personal opinion :
If a maid is taking care of a baby below one year old, and/or a toddler below 3 years old, without any help from grandparents, then the maid cannot be expected to do the full load of housework. She should be able to cook for herself and the children under her care, and probably only mop the floor once a day while the children are sleeping. It is NOT reasonable to expect her to do anything else. She should be allowed to do other housework during weekends when parents take over the kids.
If a maid is taking care of 3 kids all below the age of 3 or 4, without any help, then it is NOT reasonable to ask her to do any housework except to cook for herself and the kids.
If the maid is taking care of 2 or 3 kids, all above the age of 3, without any help, she should be able to cook for herself and the whole family, mop the floor, and perhaps do laundry when the kids are attending kindergarten/nursery.
However, if grandparents are helping to look after the kids, then the maid should be able to do more.
Parents should understand that their kids are the most important people in their lives. You don’t want a tired and overworked maid looking after you kids, anything can happen !


3. Sufficient Rest

Can you work everyday of the year without any rest ? If you are unable to do so, then don’t expect that from a maid ! I know maids who developed mental problems after working for 2 years or more without any off day. Now with the changes to the Security Bond, employers do not need to lose their Security Bond when the maid gets pregnant. Please click the following for more information :
For employers who are afraid that the maid will be badly influenced by other maids, do remember that you only pay the maid a salary to work for you. You have no right to control the friends she likes to mix with. You have no right to cut off her communication. If the maid wants to turn bad, she will turn bad no matter what you do. My maid has one off day every alternate Sunday, she is still a good maid after working for me for 3 years.

Every one of us will be happy to have a job that pays well, has a very reasonable workload, and sufficient rest for us. High pay and reasonable workload will NOT change a bad maid to a good maid. But these conditions will certainly retain a maid who is willing to work hard.


Info di ambil dari web Muslimahmaid.com. Thx for sharing :) ada juga betul kata dia.... memang tak guna pun buat baik dengan maid ni. Tapi aku rasa mostly maid Indon yang banyak buat hal. Depan cakap lain , belakang cakap lain. Very pretending! So skang aku tengah kumpul info sepatutnya yang boleh digunakan untuk berdepan dengan next maid. Haiiihhh.. harap2 maid tu sampai sebelum hujung bulan. Lagi bagus kalo dpt sebelum raya cina...


Monday, January 9, 2012

Ballerinas Show Time @ School Holiday Carnival, Southgate City

Actually carnival ni dah sebulan berlalu. Tapi macam biasa la.. mana dapat nak update suka-sukati. Kat opis - keje. Kat rumah - tugas. Heheheh boleh gitu? Best jugak gi carnival ni walau pagi-pagi dah keluar rumah coz diorang ada rehearsal pagi tu kul 8.30am. Show pukul 11am. Owh rasa nak pergi situ lagi la pasal Nichii dah pindah situ. Masa pergi tu sempat gak lalu kat nichii tu, scan sekali imbas, cantik2 gak baju dia compare dgn alamanda punye nichii.

Jom la tengok gambar.... bestnye pasal dah boleh upload gambar besar gabak. Puas mata memandang....









































Gambar masa damia punye show takde pasal aku amik guna video mode. Dari pagi santak ke petang kami kat situ. Ada inflatable playground lagi, ada facepainting, soccer, pastu ade jual-jual ape tah aku pun tak tau. Pas makan kat Sushi King, kami pun pulang.... o-owh bukan pulang ke rumah. Tapi pergi pulak Muzium Negara. Phewwww aku dah ngantuk dan penat bangetttt. Tapi demi anak dan bapaknye yang excited nak tengok Upin & Ipin kat Muzium, ikut je la...



*muka berlengas gileeee kan?*


Damia puas hati dapat bersalaman dengan Upin & Ipin. Walaupun diorang bagi 2 tempat utk U&I bertemu peminat, sorang kiri pentas, sorang kanan... demi anak dara nan seorang aku sanggup meneman menempuh orang yang ramai, janji dia dapat salam 2-2 sekali. Puas hati muka dia pastu.


Yang Khalish pulak boleh dia takuttttttt????? Adoyaiii anak bujang...






Woo0opps! Maid sudah tak de! Pandaiiiiiiiii dia ekk.. aku bagi cuti 5 hari, dia amik cuti teruss selama-lamanya. Menyusahkan orang betul. Dari aku amik annual leave seminggu, terus terpaksa tambah lagi seminggu semata-mata nak uruskan anak-anak dan carik nursery. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ku. So skang ni budak-budak dah kat nursery sejak 4hb Januari. Dan alhamdulillah jugak Allah bagi peluang dan permudahkan urusan untuk mendapat pengganti maid. Insyaallah beberapa hari lagi sampai la dia. Alhamdulillah... Allah sentiasa akan membantu orang yang teraniaya :)