.:: RENUNGAN HARi INI ::.
Kadang-kala kita akan mengalami perselisihan faham antara makhlukNYA,sama ada keluarga, sahabat, guru mahupun orang-orang yang kita tidak dikenali.Malah kadang-kala ada juga yang berburuk sangka pada makhlukNYA yang laen.
Pabila tibanya saat itu, ramai yang akan mencari solusinya,pandangan untuk mengatasi serta menghadapi masalah ini dari orang-orang bijaksana. Tetapi, tidakkah kita sedar,bahwa Yang Maha Bijaksana telah memberi jawapannya lebih 1400 tahun dahulu lagi?
Tatkala kita meminta nasihat dari pelbagai pihak,terlalu banyak pula cadangan untuk menghadapi orang-orang sebegini,sampai kita pun tak pasti yang mana kita patut lakukan dahulu.Tetapi sedarkah kita, Yang Maha Mengatur telah memberi kita cara yang mudah tetapi lengkap dan merangkumi semua nasihat dan cadangan yang diberi oleh makhlukNYA itu?
"Maka disebabkan rahmat dari Allah, engkau berlakulah lemah-lembut terhadap mereka,Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Kerana itu,maafkanlah mereka,mohon keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ituKemudian apabila kamu membulatkan tekad ( dalam melakukan sesuatu),maka bertawakallah pada Allah.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakal padaNya."
[SURAH AL-IMRAN AYAT-159]
+++ Bacalah,renungkan,dalami dan kaji kataNYA dalam kitab yang terpelihara itu. Bukankah itu adalah cara yang terbaik untuk menghadapi masalah perselisihan faham? Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang+++
*******************
Ok skarang ni aku memang berada dalam situasi perselisihan faham. Dah setahun jugak la... Dah datang ke rumah mereka dan cuba utk selesaikan tapi pihak satu lagi benar-benar menafikan dan tidak beri peluang untuk penyelesaian. Yang mana akhirnya kami melangkah keluar dari rumah mereka selepas diarahkan keluar. Dalam erti kata lain, dihalau. Setiap bukti yang kami cuba tunjukkan pada seseorang telah diperlekeh oleh orang terdekat dengannya, dalam rumah itu. Setiap kali cuba membuktikan sesuatu, orang itu dihalang daripada melihat bukti yg kami ada. Lalu apabila di halau keluar, maka kami melangkah keluar. Dan kami yang merasa sakit hati kerana usaha utk membetulkan keadaan tidak mendatangkan sebarang hasil, dan rasa terkilan yg amat apabila orang yg tidak sepatutnya telah mengarahkan keluar, maka sebab itu terdetik dihati utk tidak mahu ada hubungan lagi dgn mereka, kecuali seorang itu, kerana pertalian yang ada dengannya.
Dan setiap apa yang berlaku selepas itu, aku hanya mendiamkan diri. Diam... Setiap cerita yang aku dengar, aku cuma diam. Sehingga hari ini, yang mana aku tak sangka ianya terjadi. Hari ini ada ceramah tentang fitnah, di adakan di dewan pejabat. Dan aku memetik kata2 Ustaz tersebut berkenaan dosa fitnah dan azab Allah kepada orang yang memfitnah. Aku sms kpd orang yang berada dalam contact list hp aku. Niat yang satu, cuma sekadar berkongsi. Tak sangka ada yang terasa hati lalu terungkailah misteri yang selama ini aku mencari-cari.
Aku sendiri tak percaya, bahawa nama aku dikaitkan. Yea... aku telah difitnah! Maha Suci Allah yang telah menunjukkan jalan.. Dan mereka dengan rasa takabbur telah mengajak aku ke masjid untuk membuat sumpahan bahawa aku tidak menganiaya keluarga mereka. Masya Allah!!!! Sungguh besar ujian Allah kepada aku.
Diam aku selama ini telah disalahertikan. Diam aku selama ini umpama telah membenarkan tuduhan mereka. Diam aku selama ini sebenarnya telah menguatkan tuduhan mereka!!! Ya Allah.. Saat aku membaca sms mereka, hati berdegup kencang, muka ku merah menahan rasa yang berbalam. Sesal, sedih, marah... semua ada!
Aku tidak takut. Kerana aku tahu siapa diri ku. Aku tahu apa yang aku lakukan. Dan aku sendiri tahu apa yang aku tidak lakukan. Aku tidak takut untuk mengangkat sumpah, kerana apa yang dituduh itu adalah tidak benar!! Aku tahu, tidak baik untuk kita mendoakan sesuatu yang buruk kpd orang lain, tetapi aku cuma berharap agar Allah tunjukkan kekuasaan-Nya kepada orang yang telah menabur fitnah ke atas diri ku.
Berikut adalah kandungan sms yg aku send kpd orang di dalam contact list aku, yang mana aku membuat salinan drp nota Ustaz yang bagi ceramah:
Dosa yang sukar ditebus, mungkin tertanggung hingga ke hari Qiamat. Dosa disebabkan:1. Memutuskan silaturrahim antara muslim2. Mencetuskan permusuhan & boleh membawa kpd pembunuhan3. Mengaibkan orang lain4. Menebalkan sangkaan buruk sesama sendiriAllah telah menjanjikan azab kpd orang yang memfitnah adalah seburuk2 azab iaitu api neraka. (diambil dari ceramah Ustaz Zaharom Ridzwan, Pensyarah Fakulti Bahasa & Linguistik, UKM)'Renung2kan dan selamat beramal'
No comments:
Post a Comment