Wednesday, January 25, 2012

Year-End Holiday 2011 @ Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Alhamdulillah... Puas aku dok plan dan mengira2 bajet untuk ber-family holiday, akhirnya termakbul jua impian anak2 untuk bercuti. Ada la beberapa lokasi percutian yang masuk dalam list. Cameron, Genting, Pangkor, Colmar Tropical, A Famosa. Aku nak je gi Cameron tapi musim hujan, takut pulak... Lagipun si abang kan tak leh sejuk2 ni. Genting pulak aku rasa tak sesuai sangat coz matlamat aku adalah nak bagi anak2 enjoy n have fun, dan dalam masa yang sama boleh masukkan sikit elemen2 nilai2 murni, cewahhh gitu. Kalo genting, kat mana nak diterapkan emelen tu? Dengan suasana bingit, sume buat pening kepala je..... A famosa lak, kalo villa ok la tapi corumn tak cukup so rasa macam tak best. Colmar lak.. tak happening sangat la, sesuai utk org honeymoon je rasanye...


Finally, aku pilih Avillion Admiral Cove. Mujur masa aku booking tu masih ada room yang available. So since aku nak bawak mak dan anak buah sorang, booking la pekej 2nite stay @ Premium room. Harga mmg affordable.

Dan yang lagi best tu.... masa check-in, kami dapat 1 Premium room, dan 1 Executive Studio. Dorang upgrade kan yang satu tu coz bilik premium dah penuh. Alhamdulillah memang rezeki la kan dapat bilik besar, seaview, dan king-sized bed. Happy sangat2........



Jom tengok aktiviti kami di sana :~


1. Hari Pertama - Arrival 24th Dec 2011




















2. Hari kedua 25th Dec 2011


Turun nak breakfast dalam kul 8.30am. Perghhhh gile happening la coz kena beratur sampai ke bawah tangga. Tunggu gak dalam 10minit, tengok Q tak gerak2 pun maka kami pegi je breakfast kat luar. Sian kat mak sebab kena jalan jauh....






Balik dari breakfast Zasssssss tukar baju n swimming!!!






Masa ni jugak la baru kami dapat tengok damia swimming. Ok, good girl. Tak la membazir yuran bulanan coz at least damia da boleh swim...








Malam tu kami gi makan2 kat Mutiara Ikan Bakar. Memang sedap esp sotong bakar! Perghhh rasa nak repeat lagi la makan situ. Dan harga pun memang berbaloi.


3. Hari ketiga 26th Dec 2011


Aktiviti lepas sarapan adalah...... swimming lagi. Kali ni ayah n anak2 je la. coz aku kena berkemas utk pulang... si kecik pun merengek tak sedap badan. Atau masa ni dia da tau yang bibik sudah meninggalkan dia... ciannn cayang ibu.





Aku bawa mak.. sebab aku tak mau mak runsing memikirkan hal di sekeliling. Aku tak mau mak jatuh sakit. Aku nak mak happy. Aku nak fikiran mak tenang. Aku tak mau jadi anak yang mengabaikan mak, yang buat mak kecil hati, yang buat mak menangis. Sungguh!! Dan aku pun berharap agar suami sebagai anak sulung, semoga satu hari nanti tidak akan mengabaikan mak nya. Sebab tanggungjawab anak lelaki yang sulung ni amat besar. Allah berikan amanat yang besar terhadap anak lelaki sulung. Dan sebagai seorang isteri - dan sebagai lumrah seorang wanita, samada boleh membawa suami ke syurga atau neraka. Kalau aku sebagai isteri, menundukkan suami dan membawa dia jauhhhhh dari ibunya, maka aku membawa suami ke neraka!! Masyaallah.......... Semoga ianya takkan berlaku! Insyaallah....

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

suke tgk gmbar sue ngan anak2 tuh..sume comei2 sokmo..esp khalif..gerammmmm tgk die..hehehe..

sue nmpak makin kurus dah..jelessss..=p..n gud girl damia dh pndai swim..berbaloi2 ibu bwk pi holiday..=D

suria lekatlekit said...

cukup khasiat anak2 ko sue. geram aku tgk. dah la putih melepak mcm mak dia jugak