Thursday, January 19, 2012

Sayu hati bila tgk si anak kesakitan...







Woo0o0pps!!! Ini bukan kes dera anak ok... Sorry, Insyaallah aku takkan buat benda2 keji begitu. Sape tak sayang anak oiiiiiii...... Setiap ibu pasti akan sayang anak. Tak kisah la berapa orang anak pun yang ada, 1,2, hatta 20 org sekali pun, seorang ibu pasti akan mengasihi dan menyayangi setiap anak yang dia ada. Cuma seorang anak belum tentu akan memenangi dan mengasihi ibu sehingga akhir hayat seorang ibu. Nauzubillah.. semoga anak2 ku menjadi anak yang soleh dan solehah...


Kejadian ni berlaku sabtu lepas. Masa tu kat rumah cuma aku dan anak2. Lepas mengemas rumah, aku siap2kan bakul utk bawak ke rumah mak. Masa tu plan nak gi amik mak, bawak dtg rumah aku. So dalam bakul tu ada baju n pampers, tupperware berisi baby's cereal (balance gi holiday ari tu) n thermos (air panas utk bancuh cereal). Pastu tgk jam dah kul 1 lebih. Kang lapar lak bebudak tu... so aku bagi dorang makan nasik goreng balance breakfast punye. Dah sibuk mengemas, so tak daya nak memasak... Pastu khalif aku bagi cereal je la.

Dah habis makan sume, aku bawak budak2 gi dapur. Basuh tangan n mulut. Sambil tu aku tutup2 tingkap etc takut balik da malam ke kan.. coz plan nak gi rumah kakak kat semenyih plak pastu. Sekali aku nampak damia datang dapur, dengan tak berbaju.

Mana baju... kan da tau nak gi rumah opah nape bukak baju?

Masa tu dia tunduk sambil tangan tutup muka. Bila dia angkat muka, aku tgk kat kiri kanan dagu da ade kaler2 coklat..

Nape ibu taruk air panas dalam tu....? Uwaaaaaa...

Aku pun.. Ya Allah... nape la tak tanya dulu? Aduhh nak salahkan dia pun tak boleh. So nak salahkan diri sendiri ke? Aku pun tak sangka dia nak minum air dalam thermos tu. Selalunya nak minum memang gi dapur amik air masak. Agaknye damia pegang thermos tu tak rasa panas so dia nak minum je la... Aku pun panik, sebab sure rasa sakit pedih2 kan... So aku bagi chiller. Supaya sejuk n kebas. Tah mana dtg idea bagi chiller pun aku tatau. Chiller tu berguna bila diorang terhantuk kat memana, ada benjol2 ke..lebam2 ke.. salu mmg aku bagi chiller je esp bila bibir pecah akibat terhantuk.


Masuk dalam kete, aku ingat nak g klinik panel je kat Az-zahrah, tapi kena amik mak dulu la.. tapi sebab kesian tgk damia, dah mengadu2 sakit.. dan tambah kesian bila dia request gi klinik dulu. So aku pergi je klinik yang dekat dgn rumah, bukan panel dan ni kali ke 2 gi klinik tu. Doc check, n doc sure yang damia tak minum pun air tu coz dia masih boleh bukak mulut n bercakap. Kalau da terminum, sure dalam mulut pun melecur. Doctor tak bagi apa2 cream pun coz katanya budak lagi, takut cream tu akan efect kat kulit muka, nanti jadi hitam kesan lecur tu. So doc bagi ubat tahan sakit, antibiotik, dan ubat elak gelembung. Dalam kete, tertidur dah damia.. kesiann sungguh!


Kesan lecur tu doc suh sapu calamine lotion sbb sejuk dan tak efek kulit. Lepas 2 hari, tah cemana kulit tu tersiat, so nampak la kulit pink. Aku pun tak de la sapu calamine lagi takut dia rasa pedih. Selasa, masa g jumpa paed Khalif kat KPJ, aku tunjuk kan damia kat doc. So dr.Asmunni bagi satu cream -Ceradan - Skin repairing cream. Doc kata even baby pun bole pakai cream tu dan takde masalah kalo termakan sekali pun. Lepas sapu cream tu baru nampak lecur tu mula mengering.......


Gambar tu gambar malam tadi. Kesian tgk dia... Hari isnin tu aku tanya gak, ada tak auntie (teacher kat sekolah) tanya n mia kata apa..... 'ada, mia cakap minum air panas'
Waduhhh.. dalam hati aku - kesian anak aku. Jangan auntie pikir aku dera anak, sudahhhh...

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Alahai..siannya damia..kena air panas rupenye ek..harap cpt sembuh k parut melecur tuh..

mamaarifakeemaisy said...

Ya Allah kesiannye damia..nasib la dia tak terus minum kan..ishh benda2 cenggini, kena beringt selalu kan..issh sian betul..huu~