Wednesday, December 26, 2012

Besday yg ke 74 & testimoni BBPLUS KOLAGEN

Sekejap je dah hujung tahun. Cuti sekolah kali ni memang tak kemana-mana pun. Sebab sepanjang tahun ni pun da banyak kali berjalan... Damia pun tak sibuk nak gi mana-mana. Takat gi Tesco dapat beli toys pun dia da happy sangat dah. Dalam pada taknak belikan apa2 toys lagi.. dalam pada nak mengajar supaya tak semua request dia dpt ditunaikan... sbg ibu, tetap tewas bila anak memujuk rayu. Phewwwwwww.. Tak pe la.. itu rezeki anak2 la kan. 

Khamis 20.12.2012 tu besday mak yang ke 74 tahun. Cuma dapat celebrate pd hari jumaat je. Tu pun tak plan pun. Tetiba je rasa nak celebrate. Balik keje dah lambat, singgah gerai sate dkt dgn rumah, order dulu. Lepas maghrib baru dtg amik. Malam tu sempat gi Secret Recipe beli kek. Yang excited dah tentu la cucu2nya... berebut2 nak potong. Yang kecik tu pun sibuk....




Weekend, just gi tesco, mydin... tu je la. Aku teringin nak makan ikan bakar kat Bagan Lalang. Tapi hsbd kata dia ade keje..so redha je la.. tup tup tengok dia tak gi keje pon. sakit je ati.... nasib baik la tak mengidam sangat pon. Tapi kalau baby kuar nanti air liur meleleh je, siap la ayah!




Budak ni makin manja la lately ni. Geram dgn dia. Nakal pulak tu. Garang pon yea. Panggil damia as 'kak...'  tapi panggil abg dia as 'ish..' je... tak tau nak panggil dia ape. Selama ni panggil adik je.. last2 just kerapkan panggil dia as 'abg cik' (abg kecik) je.... bole je la...





Rajin gosok2 tummy aku, n kiss baby... bila ada iklan tv kuar gambar baby, cepat2 panggil aku suh tengok. Asal dlm paper or mag or fb yg ade gambar baby pun sama... Skang ni tiap kali nak gi keje, kena bawak dia naik kete round dulu... sabar je la..kalo ayah ade kan senang..suh ayah bawak...

Owh, last thursday order barang dgn ajasu. friday da sampai. Cepatnye.. effisien sungguh!! Set nonaroguy je belum sampai2 lagi.. eh baru je call rumah, damia kata da sampai. Kiranya ajasu lagi efisien la kan...



Ni la dia 3 barang yang aku order. Harap sangat berjaya bfeeding selama mungkin kali ni....


Ni nak citer pasal BBPLUS KOLAGEN. Dapat whatsapp testimoni from my customer aka my fren yang baru habis pantang dan masih dalam cuti lagi...



*sms no.1 tu actually dia suh aku download LINE -free calls & sms. Hehe.. so kalau call nnt tak kena charge la..jgn salah faham pulak yea*


Dia baru minum sekotak lebih. Tu pun skip2 jugak katanya... Daripada gambar yg dia bagi, aku mmg nampak beza yang ketara.


  • Dia lebih cerah
  • Dia lebih gebu
Yang lain2 aku tak tau sebab belum jumpa... tapi 2 kesan ni aku nampak dr gambar latest yg dia bagi. Dia selalu bagi gambar, so aku bole nmpk beza b4 n after...



Sape lagi nak BBPLUS KOLAGEN? 

Call/sms/whatsapp : 019-2289693 / 017-2768818



Friday, December 21, 2012

Persediaan berpantang - set bersalin & breastpump

Now 37 weeks. Menunggu hari je ni. Damia ngan Khalish da tiap2 hari berzikir kat telinga aku.. bila baby nak kuar.. Kalau dgn damia, aku ckp tunggu sekolah bukak nanti baru baby kuar.. jawapannya.. mia taknak g sekolah la camtu. Nak tengok baby kuar kat hospital. Heh. Kalau khalish lak..dgn selamba dia akan kata 'gi la kinik.. suh doter tu kuarkan baby ni cepat'

kalau la semudah itu. heheh

Tadi gi check up. Now da start check up seminggu sekali. Bila timbang, mak aih.. kali ni naik 2kg dalam seminggu. Dokter da gelak2kan aku dah.. asik naikkk jee.. melebih2 lak tu. Aku siap ckp 'doktor..ni konfem pasal malam tadi ade dinner, so makan byk' hahahahah... 

Dan tadi dapat gift.. isi nya dlm gambar:







Best la pulak bila check up kat klinik tu. Sebelum ni aku gi check up kat Az-zahrah pon tak penah dpt. Eh tapi ye la kan.. aku bukan gi azzahrah yg O&G tu.. hehehehhe... kalau klinik kesihatan lagi la tak dpt apa2. yg dpt bila da hujung2 nak bersalin atau masa check up baby umur 1 bulan tu.. nurse offer kaedah merancang je.. heheh offer samada ko nak pil atau nak kondom. Ha pilih..pilih.... aku tak penah amik pon. Ahkak natural planning sudahhhh.. tu yg kuar tiap 2 tahun tu. wakakakkakak..... semuanya tak rancang. sperm berdating dgn ovum pun secara eksiden. tau-tau dah ada hasil. Pasni memang kena jugak la planning. IUD atau implan? Mana bagus....? Pil2 ni aku taknak...sebab aku bukan jenis disiplin makan ubat. Alangkan mengandung ni pon pramilet tu seminggu 3-4kali je aku makan...

Ok. Berbalik citer pasal nak bersalin. Barang-barang baby semua da prepare, Bag nak bawak gi spital pon da siap. Barang aku utk tempoh berpantang pon da order. Antaranya:

1. Set bersalin Nonaroguy





Ni biasanya harga satu set RM365. Paling murah yang aku jumpa seller offer is RM290. Dan kebetulan aku adalah ahli maya utk website nr4u.com.my. Selalu dpt sms dan email dr web tu kalau ade promosi ke ape... dan tuah aku, bila ada promosi diskaun 20% sehingga 31 Disember 2012. Bila ahli, dpt harga ahli RM300 satu set. Promosi pulak ada diskaun 20% lagi dari harga ahli. So aku dapat beli dgn harga RM240 je sekotak. Postage RM10. Untung sangat2 kan.. berbaloi-baloiii..



2. Breastpump accessories

Aku pakai medela Freestyle. Pam je dah mahal masa mula2 beli. Beribu harganya. Tapi nak ganti accessories nye pon mahall.. nangeesss!!!!!! Masa ni baru la teringat balik spectra aku dulu. Da letgo pon dah... uwaaaa!!!

Motor breastpump tu elok lagi, cuma nak kena caj n bagi kawan aku test ok ke tak. Sebab last time pakai masa khalif dulu, penah berlaku motor tetiba stop masa tgh pam. Tak tau pesal. So harap2 elok la lagi. Kalau nak ganti moto je da 1k wehhh... rasa nak beli spectra je balik tp leceh nak bwk g opis or kursus kat luar. bulky.

So antara accessories yg aku beli sebab yg sedia ada da kotor/rosak:

Tubing 




Sparekits



Breastshield Personalfit




Accessories ni aku beli dgn AJA (www.mybreastpumpshop.com) Rasanya dgn aja, harga lagi murah compared to other seller...

Owh lagi satu terlupa nak buat. Baruuu teringat ha. Nak defrost kan deep freezer la. Skang ni dlm tu ade kelapa la..ada nugget..aiskrim etc... Semua tu kena keluarkan, nak defrost dan standby utk kegunaan ebm nanti. So esok bole start punggah deep freezer. Semoga Allah permudahkan urusan aku utk menyusukan anak nanti.

Last week, sempat lagi berurut. Heeee... Sedapnyeeee..lega segala urat yg tegang2 tu. Bila da urut, time tido pun senang nak tukar posisi. Kalau tak rasa cramp je kat urat peha tu. Actually ni pun aku nak test akak urut ni. Sebab bersalin sok plan nak urut dgn dia. Ni kira 1st time dia urut aku. Ok pass. sedap. Konfem amik dgn dia nanti. Heheheheh...

Ok jumaat. byk plan. nak g modernmum beli nursing bra. Wehuuuu.. pastu nak jumpa customer pulak, nak pakai PB. Ok chow..

Wednesday, December 19, 2012

Tips dan doa mudah bersalin

This week dah nak masuk 37 minggu dah. Mild contraction atau braxton hicks da terasa. Kadang2 terbangun malam tu, pegang2 gak perut nak rasa ade sakit ke tak.. hehhe.. Walaupun ni anak yg ke 4, tapi masih rasa berdebar-debar menantikan tanda-tanda bersalin. Sebab pengalaman yg lepas2 tak sama...

Eh, masa damia ngan khalish lebih kurang sama je.. Ingat lagi, masa tu hari utk check up. Masa check up, nurse amik BP. 2-3 kali amik walaupun lepas rehat sekejap selang masa tu, still BP tak stabil. Makin naik seingat aku la.. So terus kena refer hosp. Sampai hosp, doctor check da buka 4cm. Masa damia tu, sehari sebelum tu, rasa perut mengeras sangat2. Sakit. Tapi lepas tu ok je. Masa khalish takde rasa apa langsung. Tau2 da bukak 4cm..... 2-2 kes Doc pecahkan air ketuban dan tolak ke labour room... Masa damia, masuk labour room kul 5pm. Bersalin 12.21am. Masa Khalish, masuk labour room around 2.30pm. Bersalin lepas maghrib dlm 7.48pm tak silap.

Masa khalif..sepanjang peknen, aku mmg la berdoa supaya dpt merasa detik2 sakit bersalin. Bole ehh doa begitu? Orang nk cepat bsalin n kalo bole taknak sakit lama2. Tapi aku mmg berharap aku merasa detik bukak 1cm ke 1cm. Perghhhhhhhh!!!! Memang dapat. Allah mmg makbulkan. Hari aku admit patutnya kena induce, sbb last pregnancy kan sbb BP tak stabil. So this time pon doc takbagi lebih dari duedate. Mujur masa kat PAC tu, doc check da bukak 2cm. Tak yah induce. masa tu 7pm. So bermula la detik2 kesakitan dan menunggu jalan bukak. Kul 4am baru bukak 3cm. Kul 9am pun masih 3cm. Kul 7pm dalam labour room baru 5cm. Perghhh..Nasib baik kul 9.20pm da bersalin. Cukup la pengalaman tu........

Kali ni, aku hanya mendoakan supaya mudah dan mudah bersalin, kurang kesakitan dan taknak lama-lama dalam labour room. Kalau boleh, kat rumah rasa sakit, sampai hospital dok kejap sampai doc n nurse da standby everything utk sambut baby, aku pun da deliver..... harap2 begitu la.. So tadi saje gugel2..terjumpa lak kat satu blog ni. Sorry da ter 'X' blog tadi, so tak dapat nak link kan......

Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:


  • 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 
  • Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 
  • Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
  • Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
  • Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
  • Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
  • Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
  • Makan kurma dalam bilangan ganjil
  • Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
  • Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
  • Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  • Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)
  • Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
  • Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
  • Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
  • Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
  • Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)



BAHAN-BAHAN
1. Air (jika air zam-zam lagi baik)


DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah

2. Selawat Syifa’





3. Al-Hasyr : 21-24





4. Doa Selusuh



Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".



5. Doa Pemudah


"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


CARA-CARA

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran anak.





Kali ni aku belum lagi dapatkan air selusuh. Ermm da ada doa2 ni rasa2 nya baik mintak suami buatkan, kan? Takpun suruh emak.. berkat tu... heheheheh... Lagi satu aku dapat doa ni:

Ya Dzal Jalaali Wal Ikram  - Yang Maha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan

Antara Fadilatnya : 
Perempuan  yang ingin agar sentiasa tidak merasa sakit ketika hamil, ucapkanlah dzikir ini sebanyak 11 kali setiap hari, tiupkan ke dalam air kemudian air itu diminum, Insyallah dia tidak akan sakit dan akan senang ketika melahirkan bayi...Insyallah.



Tuesday, December 18, 2012

Pentingnya Kolagen!!

Kolagen ialah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam badan. 
Ia menyokong sebahagian besar sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalam kulit serta tisu badan.
Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi,  gigi, hati, tulang sumsum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfa.
Terdapat 29 jenis kolagen, namun 90% adalah daripada jenis kolagen I, II, III dan IV. 
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. 
Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45 hingga 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosklerosis selain kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 

**Dipetik daripada Seksyen Glosari - Sinar Harian  







BBPLUS KOLAGEN adalah dari jenis kolagen II, terhasil daripada sumber ikan laut dalam terhidrolisis. Selain dari bahan utama (kolagen ikan paling tinggi iaitu 5000mg per serving), BBPLUS KOLAGEN juga mengandungi :


  • Serat epal 
  • Inulin (dietary fiber)
  • Jus Blackcurrant
  • Extract biji anggur
  • Jus Roselle
  • Vitamin C


*Serat epal dan inulin - baik untuk pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi

*Jus blackcurrant - mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas

*Ekstrak biji anggur dengan OPC (Oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit

* Jus roselle dan VItamin C menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis.


Naaaahhh... terbukti BBPLUS KOLAGEN bukan semata-mata untuk kecantikan sahaja!! Sebenarnya pengambilan kolagen sendiri boleh membantu mengurangkan masalah sakit sendi, osteoporosis dan sebagainya bila usia semakin lanjut nanti..

Peluang untuk sihat dah ada depan mata. So kenapa nak tunggu lagi...? Kenapa nak tunggu sehingga kita sendiri mengalami sakit sendi, tulang rapuh dan sebagainya baru nak bertindak? Tidakkah masa itu nanti, agak2 terlewat...... :)

Sementara usia masih muda, sementara badan masih kuat, kita perlu jaga dari sekarang... sekurang-kurangnya menjelang usia 45 - 50 tahun nanti, sendi2 kita masih kuat, tulang masih kuat dan tak perlu makan bermacam-macam ubat... sekurang-kurangnya kita berusaha untuk melewatkan sedikit proses penuaan itu nanti... Bukan kah itu lebih baik daripada kita hanya duduk menunggu penyakit datang tanpa sebarang tindakan????


Jangan segan-segan untuk call atau sms utk bertanya lanjut mengenai produk ini. Kepada customer saya yang tak segan silu untuk call dan bertanya lanjut, walaupun kita tidak pernah kenal sebelum ini... terima kasih atas sokongan kalian......... ada yang dari Pahang, Selangor, Perak dan dari Kelantan pun ada!!! Terima kasih kalian.... Walaupun hanya dari membaca blog ni, dan call/sms...terus dapat produk kolagen. Siap ada yang dah 2-3 kali re-order... Semua dapat kesan yang positive dari minuman kolagen. Tahniah u olsss.......


Korang yang segan2 tu.. tak yah segan2.. ahkak minum kolagen, so muka sentiasa manissssss gitu. Toksah takut. hehehehehehehhe

CALL / SMS now!!

SUE
017- 276 8818 





Monday, December 10, 2012

Persediaan berpantang


Pheww.. dah tak lama je lagi nak bersalin ni. Jumaat ni masuk 36minggu dah. Sekarang pun dah start rasa braxton hicks. Ape tu? Google je la kan senang... Lately ni pulak, kalau salah makan ke..makan banyak ke.. memang cepat je nak membuang. Tapi sebelum tu, dia punye angin bergulung2 dalam perut da macam kontraksi pulak. Cramp jadiknye perut aku... Tapi tu bukan braxton hicks la..heheh konpius pulak kang..

Kenapa aku kata da rasa braxton hicks? Sebab kadang2 perut aku mengeras semacam, tapi kurang seminit je la.. dan takde ritma. Maksudnya takde selang masa yang tetap. Dan kadang2 rasa sakit di bahagian pinggang. Tapi ikut pengalaman2 yang lepas, dah 3x bersalin pada minggu ke 39. So this time pun agaknye begitu lah kot... tak cepat, tak lewat. Dah masuk minggu ke 35 ni pun, beg hospital tak prepare pun lagi. Masih ada barang yang belum complete. Malas nak packing lagi.. Baju baby dah complete dah, insyaallah.. cuma toiletteries, wet tissue, changing mat, pampers je yang belum beli. Kain bedung pun ade 2-3 helai je ni..ingat nak buat lagi 2 helai jadik la kan. 

Barang-barang aku pulak.... setakat sweater dgn stoking tu ade la. Set bersalin belum beli. Bengkung ade.. yang macam tali kasut tu. Beli masa bersalinkan damia dulu. Satu je yang tebal. Ade 1 helai lagi tu dapat free masa beli set Amway masa bersalin khalif. Tapi nipis. Tak sedap langsung pakainye... 

Tapi this time rasanya nak berpantang dengan PREMIUM BEAUTIFUL. 






Sebab apa? 

Kalau pakai bengkung je.. cuma bengkung dari perut ke pinggul. Tapi kalau dengan PB, pakai satu set dapat khasiatnye dari atas sampai bawah. 

Pengalaman sendiri, pakai bengkung elok ketat, tapi tang dada tak jaga. Hehehe.. dulu lagi selesa pakai nursing bra yang longgar2, sebab senang nk bukak time menyusu baby. Kesannya? Sendiri mau ingat la kan... Tapi itu dulu, masa belum ada PB. Tapi bila dah ada PB mesti lah nak pakai..kan?

PB ada infra red, yang boleh membantu memecahkan lelemak di badan.. dan boleh shape satu badan... sape tak nak kan? 

Infra red ni juga bole melancarkan dan membanyakkan susu badan. Satu bonus di situ...!! 

So secara kesimpulannya,

KEBAIKAN PREMIUM BEAUTIFUL KEPADA IBU YANG BERPANTANG ADALAH:

  1. Melancarkan pengeluaran darah kotor
  2. Mengemaskan kembali dan mengecutkan rahim agar berada pada kedudukan yang betul
  3. Memperbanyakkan air susu
  4. Memudarkan strechtmark selepas bersalin
  5. Merapatkan semula tulang pinggul yang mengembang semasa proses bersalin dan membentuk posture badan yang menarik
  6. Menaikkan aset wanita (payudara dan punggung)
  7. Meningkatkan metabolisma badan dan menurunkan berat badan dengan cepat



Kalau nak tau lanjut pasal PB ni.. atau nak try PB (tengok perubahan sebelum dan selepas memakai PB), boleh la call/sms : 017-276 8818. Kami akan datang ke tempat anda. Tanpa sebarang caj!!!! 

Thursday, December 6, 2012

BBIM : persoalan dan progress

Got this comment...



Anonymous 
11:13 PM (12 hours ago)
to me
Anonymous has left a new comment on your post "Confirm dah... Montessori Islam!":
So, my question now, Brainy Bunch dgn Nuh's Ark adalah MOntessori yg sama atau tidak? apa beza antara Nuh's Ark dan BBIM?? kelihatan dua2 pun montessori tp adakah syllabus anda sama?
Publish
Delete
Mark as spam
Moderate comments for this blog. 

and this is replied from someone...



Anonymous 
12:13 AM (11 hours ago)
to me
Anonymous has left a new comment on your post "Confirm dah... Montessori Islam!":
Nuh's Ark said...
Salaam to All, to get your record straight. Nuh's Ark Islamic Montessori School has been running in Shah Alam for the past 18 years and is still running at 2A, Jalan Jasper , Seksyen 7, Shah Alam.
We have NEVER change name to any others.
Thank you.
Nuh's Ark IS NOT BBIM


Publish
Delete
Mark as spam 



********************

Okey.. to that anon reader yang bertanyakan samada BBIM dgn Nuh's Ark ni adakah montessori yg sama atau tidak??

Aku nak jawab pon aku tak tau. Sebab aku tak berapa faham soalannye. Kenapa cik anon tak tanya sekali samada BBIM, Nuh's Ark, UIAM Montessori School, dan apa2 lagi montessori school yang ada kat Msia ni, samada diorang sama ke tidak? Ngeeeeeee.....

FYI, montessori ni adalah konsep pembelajaran. bukan nama tadika. bukan franchise. yang nak dipersoalkan sama ke tidak. Mungkin kalau soalan dia berbunyi : Adakah BBIM Kajang dgn BBIM Kota Dsara ni adalah montessori yg sama ke tidak. Dah tentu aku jawab YA. Sebab Foundernya orang yang sama. Dan syllabus nye pun sama... Get it?

Mungkin orang konfius masa baca entry tu. Sebab aku ada kata, dulu BBIM Kajang ni namanya Nuh's Ark. Lepas setahun beroperasi, nama ditukar. Mungkin..pada hemat aku, mula2 dia sebagai cawangan/franchise Nuh's Ark. Later on, dia nak ada branding sendiri. So dia stop franchise dgn Nuh's Ark...dan register baru sbg BBIM. Tak salah kan, kalau begitu... So Nuh's Ark is Nuh's Ark. Dan BBIM is BBIM.

Tapi tak silap aku, masa tahun 2010 aku survey pasal tadika montessori and found out pasal Nuh's Ark kat satu forum. Forumer ada cakap yg someone (founder ke ape tah) Nuh's Ark tu is Pn.Ladyana Zoraya. But now, she is someone (CEO? ke ape tah..) kat BBIM. So maybe dulu dia keje dgn admin Nuh's Ark. Later on dia bukak montessori sendiri. Gitu... tu pandangan aku je yea.

Heeeee.. korang ni kan nak persoalkan macam-macam.. macam lah aku ni owner mana-mana BBIM. Padahal aku ni cuma parents yg antar anak kat bbim tu je... bukan sape2 pun.

Lagi satu, ade reader tanya pasal progress Damia sepanjang kat BBIM. Secara ringkasnya:



  • Dah boleh harap cuci pinggan, kemas katil, lipat kain yg kecil2... 
  • dah boleh ikat tali kasut.. ikat reben... 
  • dah hafal surah-surah lazim... doa dhuha, cara ambil wudu'
  • speaking in english da kira terror.. (terror la sbb aku dulu form 3 pun tak pandai speaking)
  • reading 2 suku kata, in english.. BM punye belum ajar lagi..biasa diorang mahirkan english dulu tp masuk umur 6thn diorang ajar in BM punye
Ermm lain-lain  tu aku tak tau nak citer ape progress nye. Senang camni la.. korang yg nak tau progress damia kat BBIM b4 korang register anak korang kan? Korang bagi soalan, aku jawab. 

Contoh: 

  • Damia da 2 thn kat BBIM ni da pandai buat matematik tambahan tak? 
ataupun...
  • Parents bayar yuran BBIM mahal2 sebulan, anak yg belajar kat situ da pandai buat accounting ke? 

Haaaa..ce straight to the point je soklan korang. Senang sikit aku nak menjawabnye. Kalau nak bgtau progress secara umumnya.. Bagi aku yang tak cerewet* sangat ni, pada aku semuanya bagus. Sebab better than before. Dan selalu jugak kami makbapak ni kena sound dgn anak esp pasal adab2 ni.. contohnya masa nak makan. damia cakap 'ibu, dont put ur elbow on the table pls...' dan lepas makan nak letak pinggan atau basuh tgn kat sink 'ayah, please queue on the line'. hahaha... ko nak berdiri sebelah2 dia tunggu dia basuh tgn mmg kena sound la kan. Sebab itu lah yg dia belajar kat sekolah. montessori method kan begitu. Semua yg basic, yg daily routine.....bukan akademik semata2. 

Kalau anak kau pandai akademik sekalipun, tapi adab takde... kalau anak kau pandai matematik sampai umur 6thn pun teror hafal sifir 12, tapi kalau tak hormat orang tua,  tak tau hormat rakan sebaya.. what for???

Ok tu je. Sekian...

*cerewet = aku bukanlah ibu yg expect anak umur 3thn da pandai baca.. atau umur 5tahun mesti pandai buat calculation matematik (tambah, tolak,bahagi, darab)... pada aku, kepandaian anak pada sesuatu perkara tu biarlah sama level dgn umur dia. Kalau umur 5thn ko expect dia tak melompat2 atau dah pandai masak kek..itu hilang akal namanye. Budak-budak is budak-budak. 

Sebab tu FALSAFAH BBIM:

FOLLOW YOUR CHILD FITRAH AND YOU'LL FIND YOURS.... (something like this la..aku lupa)







Tuesday, December 4, 2012

Hikmah menyayangi dan mencium anak ;)



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

·         ·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
·         ·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 
·         ·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
·         ·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 
  ·         ·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.”
·         ·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
·         ·     Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
·         ·     Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”


credit to : nadiaerman

Antara Damia, Khalish dengan Khalif... aku lebih lembut hati kpd Khalish. Mungkin sebab dia menyusu badan paling lama... sehingga umur 3 tahun pun masih mahu melepaskan gian dia.. so bonding antara ibu dan anak tu lebih kuat antara kami. Walaupun Khalif, si adik tu pun menyusu badan jugak sehingga umur setahun lebih, tapi tak macam si abang. 

Adik, lepas je aku pregnant balik n susu drop, terus dia taknak... Khalish tu sepanjang  aku mengandungkan Khalif pun dia masih nak nenen. Time melawat aku kat hosp lepas bersalin pun sempat dia baring kat sebelah n lepaskan gian. Time aku mengalami bengkak susu, dia lah penyelamat..hehehe.... 

Tapi seboleh2nya aku tak mahu bezakan kasih sayang antara anak-anak. Semoga aku mampu jadi ibu yang terbaik untuk mereka...... Amin..

Monday, December 3, 2012

Checklist bersalin...

Alhamdulillah dah masuk minggu ke 34. Sabtu lepas gi check up. Berat baby dah 2.5kg gitu anggaran doktor. Lagi 2 minggu check up lagi. Masa tu insyaallah da masuk 36 minggu. Pejam celik pejam celik dah hampir tiba masanya... Persiapan ala kadar je. Rata-ratanya dah ada.. recycle balik mana yang boleh...

So kat sini saje2 nak letak check list persiapan newborn baby jugak. Heeee...

1. Newborn checklist:


  • Barut baby - Khalif punye dulu aku buat banyak. Tapi taktau mana simpan. So this time pinjam ex-staff punye je. 10helai. Cukup sangat2. 
  • kain bedung - Ada 2-3 helai je, yg lain x tau mana simpan. Nak buat lagi 2-3 helai..
  • baby mitten &  booties - Recycle yang lama2 mana yg elok. Tapi gatal jugak nak yg baru. Ade la dlm 5 pair yg baru da siap beli. Sebab comel :)
  • Baju short/longsleeve - Recycle yang lama jugak. Dan tambah sikit2 dalam 5-6 pasang. Sebab comel jugak ;)
  • bakul baju baby - Beli kat Mydin. Jenis ada tutup, so baju tak kena habuk.
  • tilam kekabu, bantal & bolster - Pakai khalif punye je. Sharing is caring hahaha ;) 
  • The First Years:Close & Secure Sleeper - Kalau perlu baru beli
  • Bath tub accessories (bole baringkan baby dlm tub tanpa di ampu)  - da habis pantang baru beli pun tak pe. Just utk maid guna masa mandikan baby.
  • pampers
  • changing mat
  • Wet tissue
  • Water Spray bottle - nak cuci poo poo
  • Set sarung tilam, bantal & bolster - nak tempah, tgh survey mana yang cantik..
  • baby cot - dah ada dari Damia lagi.  Tinggal nak cat balik je rasanya kasik lawa...


2. Ibu's checklist

  • Maternity pad - asyik jumpa yg Pureen nye je. Aku nak carik yg lain (masa khalif ade pakai) tp tak ingat  brand apa. Samada intimate, atau kotex? Lagi better than pureen
  • Nursing bra  - nak beli kat Modernmum
  • Bengkung - ada dari bersalin damia lagi. Tapi 1 helai ni je yg best. tebal. Yang lain nipis...
  • Stoking - Dah ada. nak beli lagi dalam 2 pasang cukup la. 
  • Sweater - Ade dah
  • Set bersalin - Samada NonaRoguy atau Tanamera......
  • Breastpump - Aku punye Medela FS dah ada. Nak tukar accessories saje...
  • Tilam kekabu Queen Size (letak depan tv boleh landing anak beranak) - berapa harganye yea?
  • Makcik urut - tgh survey lagi pakej yg terbaekkkk... 


Cite pasal berurut ni, aku suke urut pagi2.. masa urat tengah lembut. Ade la aku call beberapa orang yang aku dpt dari internet.. rata2nya siap mengurut bagai dalam tempoh 1 jam. Kejapnyeeee?????? Teringat masa bersalin khalish dulu. Urut dengan makcik eda kat rumah mak tu. Dari kul 8.30am sampai la ke pukul 11am, baru siap semua! Best gileeeerrrr.. Tapi la ni dia sibuk jaga cucu. So tak dan nak pergi mengurut.... Lagi satu makcik eda urut susu memang sedap. Lega segala urat susu dan ketul2 susu... 

Ade baca review pasal kak suzi urut. Macam best. Kalau datang kajang, 3 hari dia caj RM330. Tapi tak tau la best ke tak. Aku nak urut lama2. Takat 1 jam da siap urut bertungku bagai ape kes... Maybe aku amik kak ina, yg penah urut anak buah aku baru2 ni.. cuma jadual dia padat. Harap2 dapat la urut pagi.... 




Friday, November 30, 2012

Tinggal seminggu je promosi Buy 4, Free 1 box. Cepat!!!




*STICKY POST*

MINGGU AKHIR UNTUK PROMOSI BBPLUS KOLAGEN

(sehingga 30hb Nov 2012)






HARGA:

1 KOTAK BBPLUS KOLAGEN (20sachet) = RM180.00



HARGA PROMOSI:

BELI 4 KOTAK,
PERCUMA 1 KOTAK BBPLUS + TUMBLER (tumbler sementara stock masih ada)

hanya

RM600.00




CALL/SMS :     017-276 8818 / 019-228 9693
EMAIL : sue.qaisara@gmail.com


p/s: korang.. sementara tgh promosi ni.. cepat2 buat order. Kumpul2 kawan ofis tu.. share beli ramai2 4-5 orang.. so sama-sama dapat rasa kehebatan produk ni.. betul tak?

Wednesday, November 28, 2012

33 minggu.... tinggal kurang 7 minggu lagi


Alhamdulillah sudah masuk minggu ke 33. Last check up, baby sihat dan kepala dah pusing ke bawah. Doc cakap kalau baby da pusing ni maknanya memang kat situ jugak la..takde pusing2 lagi dah. Syukur... 

Last week sempat gi bengkel perjawatan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Tahun lepas 1st time datang sini bercuti dengan anak-anak. Kali ni datang sorang2. Lagipun Damia sekolah lagi selagi belum year end concert dia.. 





Sementara tunggu my fren setelkan check in semua, aku berehat2 kat lobi. Sedapnyeee..lega kaki aku lepas penat drive dari Kajang. Fuh....tengok kaki, bengkak kan? memang gitu.. normal dah kalo orang tegur pasal kaki bengkak. Dulu2 lagi la, masuk 5 bln je konfem bengkak setiap hari. This time da 7bln baru bengkak, agaknye sebab minum teamix herbalife kot..





Cantik sangat view dgn bot-bot yang berlabuh. Tenang rasanya. Tapi kat sini, bilik kat building lain. Dining n bengkel kat building lain. Penatnye berjalan n naik tangga. Sampai senak perut aku tau... mudah-mudahan nanti senang la bersalin.








Besar kan perut aku? huhuhu... tapi badan aku tak sebesar masa pregnant yang lepas2 esp masa pregnant khalif. Masa tu baju maternity yg aku pakai dari mengandungkan damia memang terasa ketat semacam. Sampai nak tertetas benang. Tapi kali ni aku pakai baju yg sama balik (bukan baju dlm gmbr ni tau) tp alhamdulillah still rasa loose. Dah 8 bulan pun masih bole pakai baju kurung. 





Kasi chance nak feeling2 retis kejap. Hahahah...




Tuesday, November 20, 2012

Kegilaan terbaru : Apam polkadot / angrybird / ladybird / bee/ Strawberry

 Last week aku cuti seminggu. Sebab malas aku nak pegi keje selang2 hari. Cuti deepavali dgn Awal Muharram kan... Cadang amik cuti sebab nak kemas barang2 n baju2.. Nak suruh maid buat, dia tak paham kalau aku takde. kang lain di suruh lain dibuat kang. Lagi aku hangin....

Sekali tetiba datang perasaan yang meluap2 nak try buat apam comel2 gambar angrybird la..ladybird la.. tak penah2 aku nak try. Terus gugel resepi n cara2. Haaaa... seronok la pulak. Pastu sedap dan gebu. Tima kasih la yang rajin bagi resepi tu. Aku main saukk je resepi ape yg keluar. Lupa dah tokey yang up resepi tu.. Heeeeeeee :)





Si anak bujang pun sibuk nak buat. Ni memang Masterchef Junior. Asal aku kat dapur nak masak je..mesti dia datang pastu sibuk tanya ibu buat apa.. nak tolong bagai. Pening aku. Dapur da la sempit, mak ngan anak sama je debab lak tu... heeee.. Kalau damia datang dapur aku tak risau sangat sebab dia tak peduli pon. Tapi kalau Khalish da jengah tu..letih nak suruh dia gi main kat depan. Sampai ke sudah dia dok sibuk tengok aku masak....









Tak la susah mana pon nak buat. Tapi kena spend time betul2 la kan.. suke pulak aku melukis2 guna piping beg ni. Walaupun kadang2 menguji kesabaran time memasak tu.. macam2 hal bole jadi. Kejap apam naik gebuss..kejap kang berlubang2 sbb kena titis air walopun da balut tuala kat tudung periuk tu... pernah jugak apam naik gebusss semacam sampai merekah tengah2 kat keliling dia. Konpius aku... ni mesti terlebih pukul sampai kembang semangkuk! hehehe..










Dari hari isnin sampai sabtu tu, tiap2 hari aku buat. Sekali buat dpt la 50biji. Sehari je habis. Pastu diorang nak lagi. Damia kata sedappppp.. kembang ibu..hahahha...

Pastu hari jumaat tu Damia ada jamuan akhir tahun. Kena bawak makanan as a potluck. Damia request nak bawak apam angrybird biru dgn strawberry..




 Pastu aku saje2 post kat whatsapp dgn kawan2 lama.. Group Melorian.. skali kawan aku order 100 biji. Masa ni laaa macam2 dugaannya. Sabar je la...





Tapi aku macam tak caye je aku leh buat apam comel ni. Sebab aku tak pernah nak buat kuih2 atau kek. Tapi memang sedap la kan.. haha mati laa puji kuih sendiri. :p

Kalau ade sape2 yang teringin nak rasa kegebuan apam ni.. boleh la order.

Apam polkadot dgn filling :
  50 biji = RM15
100 biji = RM28

Apam angrybird / ladybird / bee / strawberry dgn filling:
  50 biji = RM20
100 biji = RM38


*Boleh datang amik kat rumah di kajang..
*Utk delivery, ada caj yea bergantung pada lokasi anda..
*FREE DELIVERY for KAJANG AREA

SMS/CALL/WHATSAPP : 019-2289693 [ Sue ]



Wednesday, November 7, 2012

Marine kolagen : BBPLUS selamat utk wanita mengandung :)

Sekarang ni rata-rata kaum perempuan minum kolagen untuk kecantikan. Macam-macam jenis kolagen ada di pasaran. Yang murah.. yang mahal. semua ada! Aku pernah nak try satu kolagen yang agak famous jugak.. tapi since aku pregnant so kolagen tu kata yang tukang jual tu macam tak sesuai..kena tanya gynae dulu kalau nak minum. So tak jadi la aku beli.... 

Sampai la satu hari, kawan aku memperkenalkan BBPLUS KOLAGEN. Cantiknyeee packaging dia. kaler purple pink gitu. Aku baca ingredient everything pasal BBPLUS ni. So aku rasa selamat disitu kalau aku nak cuba. Why not, kan? Alhamdulillah hampir sekotak dah aku minum. Rasanya sedap, macam ribena..... cukup vitamin C segala.. fiber pun ada iaitu inulin (dietary fiber). 





Lepas a few times aku minum BBPLUS, rasanya tak sampai 10 sachet pon kan.. aku noticed yang kedut2 dan garisan kasar di jari aku dah menjadi halus dan lembab... Dulu aku segannn je nak tunjuk jari jemari kat orang. Sebab kasar ya amat! Mengalahkan bibik dah jari aku ni ha.. ye la aku dah la pemalas nak berlotion bagaiii.. maid aku lagi rajin sapu lotion kat badan dia.

Lagi satu aku noticed jugak, kulit semakin lembab.. biasanya lepas mandi aku sapu toner n moisturiser kat muka sebelum mekap. Tapi hari tu khalif main moisturiser aku, sampai skang tak jumpa2 mana pegi. Aku pulak malas nk beli yg baru.. mula2 tu even da sapu toner pun still ade kulit2 kering macam mengelupas... now dah takde!! So aku just guna toner, n terus sapu compact powder. No more moisturiser cream lagi dah! Dan satu lagi, tumit kaki yang pecah2 tu dah mula berkurangan. Wehuuuu bestnyeeeeee......





Kenapa kita perlukan kolagen? - Sebab proses penuaan merosakkan kolagen semulajadi dan akhirnya menyebabkan kulit rosak.

Aging damages collagen that leads to skin damage 
Collagen accounts for 70% of the dermal layer of our skin. It is the basic building block of skin, bones, cartilage and other connective tissues in our body. Collagen assists in the regeneration of skin and works to maintain the skin’s suppleness. In the cartilage of the joints, it functions as a cushion to reduce the burden on structural system, especially the hips, joints and knees. 

External and internal ageing factors can damage protein fibres, fibroblasts and vitamins needed to stimulate collagen production. These result in aging of skin.






Kenapa perlu pilih BBPLUS KOLAGEN?

BBPLUS diperbuat daripada kolagen ikan yang tinggi kualitinya. Kolagen ikan adalah Kolagen Type 2, yang dikatakan mempunyai struktur rantaian asid amino  yang hampir menyamai kolagen manusia. Memandangkan habitat semulajadi ikan (dasar laut), kolagen daripada sumber marine ini mempunyai asid amino yang sangat mencukupi iaitu Proline & Glycine di dalam tubuh ikan yang bersuhu rendah, menyamai kolagen manusia. Proline & Glycine adalah dua jenis asid amino yang bertanggungjawab membentuk kolagen, mengekalkan kelembapan kulit.  





Bagaimana BBPLUS berfungsi?



Adakah ianya mengandungi perlindungan antioxidant?

Ya. Jus Blackcurrant mengandungi anthocyanins untuk melindungi wajah dan badan terhadap sinaran UV dan bebas daripada radical damage. Extract biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit dan boleh menyembuhkan. Vitamin C dan jus roselle menguatkan lagi rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel kolagen yang baru.


Bagaimana BBPLUS meningkatkan pertumbuhan kulit?

Serat epal dan inulin (dietary fiber) akan menggalakkan pertumbuhan sel kulit melalui proses detoxification.


Apakah 7 kesan kecantikan yang bakal diperolehi dengan BBPLUS?

7 Beauty Effects:

1. Radiant & Brighter complexion 
2. Improves skin firmness and elasticity
3. Promotes smoothness and suppleness
4. Improves moisture content of skin
5. Reduces visibility of fine lines and wrinkles
6. Promotes healing & repair
7. Reduces effect from sun damage


HARGA SEKOTAK (20 SACHET X 15G) = RM180.00

BERMINAT UNTUK MENCUBA?

BOLEH HUBUNGI : SMS/ CALL/WHATSAPP : 019-2289693

ATAU EMAIL : sue.qaisara@gmail.com


NAK BELI DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH???????

HUBUNGI SAYA DAN KITA AKAN BINCANG UNTUK DAPATKAN HARGA YANG PALING MURAH....!

Monday, November 5, 2012

Macam-macam ada...


Kesian tengok blog aku ni. Dulu agak rajin gak mengapdate. Tapi sekarang  ni sepiiii manjang. Bole pulak bukak blog sendiri pastu cakap 'eh cite lama je..tak update ke?' malas... heeee

Sejak ade fesbuk ni, blog macam terabai. Padahal kat fesbuk pun takde apa pun. Asik baca status orang je... Cuma sekarang suka gugel pasal grill, pasal awning, pasal kitchen cabinet.. ye la...orang nak masuk rumah baru katakan.. gugel dulu sebab nak tengok bajetnye cemana.. Insyaallah februari nanti dapat CF. So lepas tu baru dapat kunci.. buat persediaan menggugel segala2 dulu. Pastu baru boleh tick mana yang wajib berdasarkan bajet yang ada. Kita slow2 buat.. baru lah rasa peluh dan duit yang keluar tu sangat2 berharga.. bole dikenang sampai ke anak cucu nanti..

Dan sekarang ni aku pun dah masuk 30 minggu!




Alhamdulillah... Baby pun sangat aktif. Khalif pun da belajar dan faham dan suke dengan baby. Setiap kali tanya mana baby? dia akan tepuk dan usap perut. Siap cium lagiii... sukee sangat.. eii tak tau la camana rasanye nanti sebab khalif sangat2 macam baby. Manja. Nakal. Suke buat muka kelakar. Garang pulak tu! 

Persediaan menyambut orang baru.. setakat ni belum buat apa2 pun. Bedung dan barut masa khalif dulu pun aku tak tahu mana perginye.. Baju baby mana yang elok lagi tu bole recycle.. belum pilih2 lagi.. next week aku cuti seminggu sempena deepavali dan awal muharam. masa tu baru nak punggah n pilih2. Jantina baby.......? Tak kisah la lelaki ke perempuan. Asalkan sihat dan cukup sifatnya... 

Last friday sempat gi visit Linda, my fren kat opis. Semangatnyeee baby dia, Qarl. Nak menyebut pun terbelit lidah melayu ahkak..... kang ahkak panggil Hannan jek kanggg senang.. heheheh.. Tapi ralat sikit sebab ai tak sempat nak kendong Qarl. Ramai sangat yang berebut so i kata biarlahhhh... lagipun mata ai dah tertumpu kat Pavlova jeeee..hahahahahhahahaha... Akhirnya dpt gak aku merasa dan menikmati Pavlova. Sedap sungguh! Menu lunch pun sedappp, memang sesuai dengan cuaca sekarang ni... nanti sempena diwali i try masak ye. heheheh




*nasib ai duduk belakang.. so nampak macam kecik di dalam gambar. takde la godang sangatttt*


Pastu malam tu kakak ku datang dgn anak serta cucu. Yang dalam pantang pun datang jugak. Ye la..kang duduk rumah sorang2 boring. Lagipun datang hantar sup kaki lembu kan.. sedapnyeee... Yang best ade Wafiy. Tapi Wafiy taknak kat orang. Nasib baik ade Rifky. Hehehehhehehehe..






 Yang paling excited tengok Rifky dah tentu la Khalif. Sukeeee sangat. Tak lepas2.. nasib la dia tak pernah ramas dak kenit tu.. lembut je kalau touch baby... Sejuk ati aku.. tak la risau sangat nanti. heheheh..


Pastu nak citer lagi.. dah 3 hari khalish (abang) mengidam nak makan kek. Nak potong kek sebenarnye... last2 hari sabtu pegi la jugak beli kek.. Aku bajet beli je slice cake tu, letak lilin. Takmo ok... nak sebijik bulat tu... baru la hepi beday to u... So nasib baik ayah baik hati gi kat Tesco beli kek. Tak minta pendapat aku lak tu.. bajet kek punye harga dalam rm30 jek (ikut sangat standard harga kek bentong hahaha)... sekali aku sampai kat kedai kek tengok si ayah tengah kat kaunter. Sekali cashier punch amik.. RM69.00. Haa tu la tak tengok/tanya lagi harga kek, main amik je... Balik rumah aku tengok kek tu .. alahaiiiiiiiiiiiiiii.... Aku sanggup tambah lgik RM20 utk dapat kek chocolate indulgance kat Secret Recipe tauuu!!!! Tapi tak pe laa.. rezeki anak la tu ye bang.. hihihihihi




Siap nyanyi heppi besday to u khalish... sampai 3x nyanyi - english, melayu,melayu lama (Allah selamatkan kamu..)

Pastu Damia punye la sayang adik... nak jugak suapkan besday boy. Katanya, kalau besday kena suapkan kek laa.. haaa paksa rela gitu. Malu2 kucing si abang..hehehehhehe....



Love u! Muah....