Friday, December 21, 2012

Persediaan berpantang - set bersalin & breastpump

Now 37 weeks. Menunggu hari je ni. Damia ngan Khalish da tiap2 hari berzikir kat telinga aku.. bila baby nak kuar.. Kalau dgn damia, aku ckp tunggu sekolah bukak nanti baru baby kuar.. jawapannya.. mia taknak g sekolah la camtu. Nak tengok baby kuar kat hospital. Heh. Kalau khalish lak..dgn selamba dia akan kata 'gi la kinik.. suh doter tu kuarkan baby ni cepat'

kalau la semudah itu. heheh

Tadi gi check up. Now da start check up seminggu sekali. Bila timbang, mak aih.. kali ni naik 2kg dalam seminggu. Dokter da gelak2kan aku dah.. asik naikkk jee.. melebih2 lak tu. Aku siap ckp 'doktor..ni konfem pasal malam tadi ade dinner, so makan byk' hahahahah... 

Dan tadi dapat gift.. isi nya dlm gambar:







Best la pulak bila check up kat klinik tu. Sebelum ni aku gi check up kat Az-zahrah pon tak penah dpt. Eh tapi ye la kan.. aku bukan gi azzahrah yg O&G tu.. hehehehhe... kalau klinik kesihatan lagi la tak dpt apa2. yg dpt bila da hujung2 nak bersalin atau masa check up baby umur 1 bulan tu.. nurse offer kaedah merancang je.. heheh offer samada ko nak pil atau nak kondom. Ha pilih..pilih.... aku tak penah amik pon. Ahkak natural planning sudahhhh.. tu yg kuar tiap 2 tahun tu. wakakakkakak..... semuanya tak rancang. sperm berdating dgn ovum pun secara eksiden. tau-tau dah ada hasil. Pasni memang kena jugak la planning. IUD atau implan? Mana bagus....? Pil2 ni aku taknak...sebab aku bukan jenis disiplin makan ubat. Alangkan mengandung ni pon pramilet tu seminggu 3-4kali je aku makan...

Ok. Berbalik citer pasal nak bersalin. Barang-barang baby semua da prepare, Bag nak bawak gi spital pon da siap. Barang aku utk tempoh berpantang pon da order. Antaranya:

1. Set bersalin Nonaroguy





Ni biasanya harga satu set RM365. Paling murah yang aku jumpa seller offer is RM290. Dan kebetulan aku adalah ahli maya utk website nr4u.com.my. Selalu dpt sms dan email dr web tu kalau ade promosi ke ape... dan tuah aku, bila ada promosi diskaun 20% sehingga 31 Disember 2012. Bila ahli, dpt harga ahli RM300 satu set. Promosi pulak ada diskaun 20% lagi dari harga ahli. So aku dapat beli dgn harga RM240 je sekotak. Postage RM10. Untung sangat2 kan.. berbaloi-baloiii..



2. Breastpump accessories

Aku pakai medela Freestyle. Pam je dah mahal masa mula2 beli. Beribu harganya. Tapi nak ganti accessories nye pon mahall.. nangeesss!!!!!! Masa ni baru la teringat balik spectra aku dulu. Da letgo pon dah... uwaaaa!!!

Motor breastpump tu elok lagi, cuma nak kena caj n bagi kawan aku test ok ke tak. Sebab last time pakai masa khalif dulu, penah berlaku motor tetiba stop masa tgh pam. Tak tau pesal. So harap2 elok la lagi. Kalau nak ganti moto je da 1k wehhh... rasa nak beli spectra je balik tp leceh nak bwk g opis or kursus kat luar. bulky.

So antara accessories yg aku beli sebab yg sedia ada da kotor/rosak:

Tubing 




Sparekits



Breastshield Personalfit




Accessories ni aku beli dgn AJA (www.mybreastpumpshop.com) Rasanya dgn aja, harga lagi murah compared to other seller...

Owh lagi satu terlupa nak buat. Baruuu teringat ha. Nak defrost kan deep freezer la. Skang ni dlm tu ade kelapa la..ada nugget..aiskrim etc... Semua tu kena keluarkan, nak defrost dan standby utk kegunaan ebm nanti. So esok bole start punggah deep freezer. Semoga Allah permudahkan urusan aku utk menyusukan anak nanti.

Last week, sempat lagi berurut. Heeee... Sedapnyeeee..lega segala urat yg tegang2 tu. Bila da urut, time tido pun senang nak tukar posisi. Kalau tak rasa cramp je kat urat peha tu. Actually ni pun aku nak test akak urut ni. Sebab bersalin sok plan nak urut dgn dia. Ni kira 1st time dia urut aku. Ok pass. sedap. Konfem amik dgn dia nanti. Heheheheh...

Ok jumaat. byk plan. nak g modernmum beli nursing bra. Wehuuuu.. pastu nak jumpa customer pulak, nak pakai PB. Ok chow..

No comments: