Tuesday, December 4, 2012

Hikmah menyayangi dan mencium anak ;)



Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

·         ·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
·         ·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 
·         ·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
·         ·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 
  ·         ·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.”
·         ·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
·         ·     Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
·         ·     Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”


credit to : nadiaerman

Antara Damia, Khalish dengan Khalif... aku lebih lembut hati kpd Khalish. Mungkin sebab dia menyusu badan paling lama... sehingga umur 3 tahun pun masih mahu melepaskan gian dia.. so bonding antara ibu dan anak tu lebih kuat antara kami. Walaupun Khalif, si adik tu pun menyusu badan jugak sehingga umur setahun lebih, tapi tak macam si abang. 

Adik, lepas je aku pregnant balik n susu drop, terus dia taknak... Khalish tu sepanjang  aku mengandungkan Khalif pun dia masih nak nenen. Time melawat aku kat hosp lepas bersalin pun sempat dia baring kat sebelah n lepaskan gian. Time aku mengalami bengkak susu, dia lah penyelamat..hehehe.... 

Tapi seboleh2nya aku tak mahu bezakan kasih sayang antara anak-anak. Semoga aku mampu jadi ibu yang terbaik untuk mereka...... Amin..

1 comment:

mamaarifakeemaisy said...

Thanks for info..

Teringin betul nk anak perempuan :-)