Thursday, April 28, 2016

Allah sebaik-baik Perencana

Assalamualaikum.

Seriously, dah setengah tahun sejak entry terakhir. Mood nak tekan keyboard nak bercerita tu dah kurang. lebih suka scroll gambar dan baca cerita orang. Lebih banyak online FB daripada blog. Sebenarnya terlalu banyak nak cerita. Terlalu banyak nak diluahkan. Tapi tak terluah dek kata-kata..gitu... 


Sekarang ni nak citer apa pun jadi takut. Takut di salah anggap. Takpe lah nak buat macamana kan... Alhamdulillah kami anak beranak sihat walafiat. Walaupun ada episod duka dalam hidup. Macamanapun hidup mesti diteruskan. 


Damia dah darjah 3. Khalish dah darjah 1. Khalif dah masuk tadika. Izzara masih di taska, dah 3 tahun umur dia. Cepat sungguh masa berlalu. Terkenang saat aku susah payah menjaga anak-anak. Aku seorang dengan anak 4 orang. Mujur masa tu ada maid. Tapi sejak izzara lahir, maid dah balik. Alhamdulillah aku survive dah 3 tahun tanpa maid. Rumah bersepah tak payah cerita la. baru kemas 5minit, dah bersepah balik. Kadang aku naik stress. Tapi bila aku cool down, aku pikir kenapa aku nak rumah yg perfect - bersih giler.. tapi nanti anak aku yg stress sebab tak dapat nak main dlm rumah. End up anak-anak akan keluar bermain dgn kawan-kawan. Sedangkan syurga itu ada dalam rumah sendiri. Sejak tu, bila ada mood baru aku kemas. Tapi bukan la kata sebulan sekali baru nk pegang penyapu. Teruk sangat tu.


Soal jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Setiap yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Dia yang sebaik-baik Perencana. Jangan disalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Aku redha. Mungkin juga kerana doa ku. Alhamdulillah... Aku syukur segala-galanya dipermudahkan. Mungkin kerana selama ini aku sudah terlalu terbeban. Menjaga 4 orang anak seorang diri. Bawak 4 orang anak ke mana-mana umpama tiada suami. Masa dalam pantang bersalin khalif dan izzara, aku sudah beberapa ke tesco, giant beli barang rumah -seorang diri siap berstokin. Semua itu ujian untuk ku. Hanya dengan bantuan Allah sahaja aku mampu tempuh setiap ujian. Tapi dengan bantuan Allah juga aku mampu pergi hingga ke puncak kesabaran. Allah Maha Mendengar. Selepas bertahun aku berdoa, akhirnya Allah bukakan jalan untuk ku. Alhamdulillah aku rasa lega dari bebanan. Selama ini pun anak-anak jadi mangsa kemarahan bila aku stress. Tapi alhamdulillah sekarang ni sejak tahun lepas, aku kurang baran. Beban aku dah hilang. In shaa Allah mungkin Allah nak beri ganti yang lain. Mana tahu........ 


Cukup sampai sini saja dulu. Ada masa kita cerita lagi. Aku nak hidupkan balik blog ni. In shaa Allah... 

No comments: