Friday, July 29, 2011

Bagok The Warrior

Ehh jangan konpius dengan tajuk. Bukan nak citer pasal movie terbaru atau hero terkini. Tapi.....










Bagok dalam kenangan :`(




Dulu my bro suke beli anak2 ayam kat pasar pudu. Pastu bela sampai besar dan bole le sembelih.. Tapi rasanye tak de la sembelih pun, cuma ada yang mati kena hujan je kot. Tapi setiap batch.. means kalo beli tu mesti beli 4 ekor anak ayam. Bila da besar, sekor mesti dibelai2.. buat manja2 punye ayam. Pastu nama mesti BAGOK. Bila bagok no.1 mati... my bro beli lagi satu batch anak ayam. Pun nanti mesti ada Bagok jugak..


Bagok no.1 dulu.. nakal sangat! Suke kejar orang... pastu suke patuk orang. Suke makan kat tangan orang. Lama2 dia pun mati....


Yang gambar tu tak ingat la bagok siri ke berapa, tapi itu yang paling last. Bagok yang ni manja sangat.. melampau-lampau tahap manjanye. Mana tak nye.. pantang pintu rumah terbukak, mesti dia masuk dalam rumah. Masuk pastu pusing2 satu rumah lak tu.. Nanti dia duduk la kat pintu dapur. Masuk kat depan, lepak kat dapur belakang okehhh...


Pernah satu hari tu aku kuar gi kedai. Pintu mmg biar terbukak pasal mak ade kat rumah. Alaa kedai dekat je ngan rumah. Bila masuk aku menonong gi ke dapur. Pastu nak tgk tv aku ke depan. Elok je nak duduk kat sofa tetiba aku dengar bunyi 'kokokokoko'- bunyik ayam membebel. Boleeee ekkk Bagok lepak atas sofa tgk tv. Geram aku!


Pastu satu hari Bagok hilang. Puas kitorang carik, tak jumpa. Sedih gile wo0ohhh... seminggu lebih tak jumpa, rasa rinduu nak dengar dia berkokok tiap pagi. ahh dia berkokok tak kira waktu. Sukati dia je.... da la suara garauu.. hahahha...


Pastu satu hari tu, tengahari kot, aku dengar sayup-sayuppppp suara dia berkokok. Excited gile dapat dgr suara bagok. Penat pasang2 telinga nak carik dari mana suara dia. Dengar sayup2 dari belakang rumah. belakang rumah adalah bukit (rumah aku atas bukit) dan bawah tu ada lagi rumah2 lain. Ok dah dapat detect dia kat mana. So aku ngan mak naik kete pegi kat rumah bawah bukit tu. Sebab nak gi situ kena pusing jauh. Sampai lokasi, misi memanggil bagok pun bermula. Orang pun pelik sape laaaa yang kitorang carik. Mujur je laa orang2 situ kenal mak aku kan. Hehe...


Kitorang carik la dalam longkang, celah rumah orang.. oh situ kawasan tanah lot, rumah kg sebijik-sebijik. So kena la carik celah2 rumah orang.. celah2 pokok.. tiap kali panggil nama bagok, dengar dia bebel 'kokokokokokokokokooo..' Jenuh cari tak jumpa. Sekali rupanya dia dok atas bumbung rumah orang, bole? Tah bila masaaa la dia pandai terbang ni? Setau aku dia penakut. Dah la bumbung tinggi. Aku try panjat pun tak bole. last2 call anak buah suh datang panjat bumbung orang. Hahahaa... Akhirnya bagok balik rumah naik ketee..


Sejak kes tu, bagok jadi berani. kalau dulu, dengan ayam kampung pun asyik kena perambattt je la dia. Pas tu, dia lak dok perambattt ayam2 lain. Ye la, dulu dia paling besar tapi paling penakut. Ayam serama pun lagi kuat dr dia.. Aihhh rinduu kat bagok. Skang da tak de. Da mati lama dahhh..


Ok tu je nak cite. Sebenarnye tadi kelebet folder gambar lama2 dlm komp ni. sekali jumpa gambar bagok. tu yang nak citer kat sini...... ok bye...

Thursday, July 21, 2011

Khalif @ 3mos

Ini antara aksi si comellll... Lagi beberapa hari nak masuk usia 4bulan. Waaaa..sungguh pantas masa berlalu. Cerita bersalinkan si comel masih meniti dibibir ku (cewah ayatt).

Apa milestone si comel ni yek? Ermmm macam biasa mulut memang bising. Skang dah pandai mengiring dan sesekali meniarap. Pastu menjerit-jerit sebab tak pandai nak kalih tangan lagi. Hehe comel!! Lagi.. minum susu dah 4oz tiap sesi. Tapi mujur bibik dah pandai skang ni sebab ada masa dia minum sikit. Pas tido kejap, bangun balik dan nak susu lagi. So bibik dah pandai la kalau si comel ngantuk2 nanges2 nak susu n tido, bibik bagi dalam 2-3oz dulu. Takde la membazir. Opss takat ni tak membazir susu pun lagi. Sume habis!

Emmm.. skang ni pun si comel ni mengada lelebih. Haa tu laa.. aku selalu bising pasal bibik asyik laaaa nak mendokong dan meriba si comel. Dah di ajar, jadi mengada la dia. Kalau aku, dah siap minum susu, aku baringkan aje atau letak dalam bouncer. Toksah nak ngengada..nanti langsung ibu tak leh buat keje tau! Si comel skang ni pun sukee la sangat kalau orang pegang dia. pastu suka melonjak/berdiri walaupun kaki tu belum kuat nak memijak. Pastu nanti gelak mengekek-ngekek... comellllll...!!


























Dia da nangesss wo0o!! Cian kena buli dek ibu ngan kakak. Hehe.. Ermm bila nanges muka macam abang dia masa kekecik. Ada lekuk kat dahi tu... nape ekkk? Oh tapi bila abang da besar ni tak nampak dah lekuk tu..


Sana-sini orang cite pasal baju raya. Sadis sekali tahun ni pasal tailor da tak nak amek tempahan aku coz kain sume nak kena lining. Ayooo... Mujur ada 2 pasang tak yah lining, dapat gak tempah. Tapi angan ku musnah nak sedondon dengan Damia. Nampaknye tempah untuk raya haji je la nanti..


So untuk raya nanti, ready-made je la. Tapi sedih gak pasal nak carik saiz aku ni susah skettt. Mujur gak la Hajaba ade saiz aku. Tapi tak tengok lagi stok baju raya dia. Jubah memang tak boleh la.. kang susah pulak nak selak time bfeed nanti kan. Hehe... ade kang raya orang berbaju kurung moden bagai, aku pakai blouseeee je. huhuhu..


p/s: bang.. dapat tak nak soping raya before puasa? malas la nk soping time puasa. Ayang doa sangat payment abg sumeee masuk before puasa/raya. Baru la 'mantapppppp!!' ekekkekekeke...

Wednesday, July 20, 2011

Kid's Clarks Shoes for sale!!!

Aku sebenarnye sayanggg sangatt kat kasut budak2 ni. Rasa nak buat koleksi je tapi kasut ni kalau disimpan lama2 pun tak elok sangat. Maknanya, biar lusuh dek dipakai, bukan lusuh sebab terperap tersimpan dalam kotak.

Kasut ni tak silap aku ada la pakai dalam 3 kali je. Pastu masing2 punye kaki tembam, lagi2 budak Khalish punye kaki. Dobot. Hehe... So rasa2nya kalau nak letgo, ada tak yang minat nak beli...? Kasut masih cantik n nampak baru...







1. Kasut Damia - RESERVED!



Saiz : UK 11


Retail price : RM 148.00

































2. kasut Khalish



Saiz 8


Retail Price : Rm (tak ingat, kotak da ilang, tapi lebih kurang harga kasut kakak dia)





























KALAU ADA SAPE2 YANG BERMINAT, SILA LA EMAIL YEA...






HARGA KITA BINCANG DALAM EMAIL OK!!



sue.qaisara@gmail.com

YB melawat kawasan



Malas nak taip. Wordless lah yea...

Thursday, July 14, 2011

Mendaki Gunung Nuang -poyos-

Sabtu lepas, aku kena join program ofis. Mendaki Gunung Nuang. Gituuu la tajuk program. Bila dapat surat, rasa alahhhaaiii.. semputttt..!!! Apakah... baru je lepas beranak wehhhh.. Rahim pun tak kuat lagi. Baru 3bulan. Jangan memain tau.. Nak panjat tangga opis pun bercinta inikan pulak nak mendaki.

Tapi nak tak nak, aku pegi jugak la. Dalam hati ni, alahh pegi je.. try je. Sampai ke tak belakang cerita. Sampai mana, pun belakang cerita. Ok.. rupanya bukanlah dia suruh mendaki sampai puncak! Gile gak la kalo nak mendaki ke puncak dalam sehari. At least kena bermalam kat situ kan.

Memula cam biasa la, masuk dalam kumpulan masing2. Dah siap2 ada grup. Aku grup no.2. Dalam grup aku tu, aku kenal orgnye cuma tak penah la nak bertegur sapa. eh ada la jugak.. :p
Pastu cam biasa kalau da ada grup, kena la pulak buat bendera kumpulan, nama kumpulan, moto dan sebagainye...

Semput jugak la nak mendaki bukit tu. Walaupun ikut jalan 4wd, tapi tetap mengah. Bila penat tu mata aku pun kuyu macam nak tertido. Aku dah pikir nak buat U-turn je. hehehe.. tapi mujur la ketua grup sporting n sanggup bantu aku meneruskan pendakian... Akhirnya sampai jugak ke Kem LOLO. Stop kat situ. Lepas berehat n ada la sikit acara team-building, turun la bawah balik. Semputttttttttt....................

Jom la tengok gambar.







































Wednesday, July 13, 2011

Sayu...

Tadi jengah blog kak mieja. Terus klik pada link satu blog lagi. Sayu. Sedih.

Mawarnafastari

Sayu rasa hati bila baca blog pn.mawarnafastari.
Sayu bila lihat gambar anak2 beliau yang masih kecil.
Sayu bila tengok gambar keluarganya.
Sayu bila tengok gambar anak2 dgn ayah mereka.

Sayu.

Syahdu.





dan air mata ku laju memanaskan pipi. aduhaii.. semoga pn.mawar dan anak2 tabah.



Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir




Dan aku masih membaca satu persatu entry dalam blog beliau.......

Thursday, July 7, 2011

Sila 'LIKE' calon Imam muda dan ustazah pilihan

Pagi Jumaat yang mulia ni, aku memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memurahkan rezeki anak ku.. Alhamdulillah.. Pagi tadi baru aku dapat mengira berapa jumlah susu yang telah terkumpul. Ok sebenarnya aku ada sediakan buku catatan untuk rekod setiap kali aku pam. Bila susu dah digunakan, nanti aku potong balik. Sehingga ke hari ini, Khalif masih minum susu ebm bulan 4 punye, sehari dalam satu @ dua bungkus. Setiap hari aku bekalkan fresh ebm 3 pek, dgn thawed ebm 1-2 pek. Dan sekarang ni Khalif dah minum 3.5oz ke 4oz setiap sesi.


Total ebm yang terkumpul sekarang dah ada sebanyak .......... 720 oz. Syukurr..



Gambar atas ni stock frozen ebm bulan 6, dapat simpan dalam 2 plastik beg.


Yang comelnye aku ada assistant yang tolong masa nak pindahkan susu ebm tu ke dalam plastik beg. Berlumba-lumba tangan aku dgn tangan dia nak amek ebm tu. Seronok sangat.. Walaupun susu ebm ni utk Khalif, tapi abang Khalish tetap excited!





Tengok la tu... muka penuh kasihsayang sebab nak mengepam susu kan kena berfikiran senang n perasaan mesti penuh kasih sayang, baru boleh hasilkan susu yang banyak!



Semenjak masuk kerja ni jarang dapat pam ikut jadual. Walaupun aku cuba pam 3 kali kat opis, kadang2 je dapat. Tapi kalau kat opis dapat pam 2 kali je, kat rumah nanti mesti pam sekali. At least sehari pam 3 kali. Aku belum segigih k.mieja yang bangun malam2 utk pam. Huuuu salute betul la kt k.mieja.


Minggu ni da 2 hari aku rasa susu tak lancar. Sebab pam tak ikut timing. Dah ketul2 bengkak pun bila pam tak mau keluar. Nak perah tangan alahaii lenguh gile. Pastu side kiri tu aku mmg tak pandai nak kosongkan dgn tangan. Kalo belah kanan, ok lagi la. So semalam petang kat opis pam, tapi tak banyak yang kuar. Perah tangan da lenguh. Pastu time's up, nak kena balik sebab tumpang orang. Bila kat rumah, khalif baru lepas menyusu. So aku mandi2.. lepas siap, aku amek pam n start pam skali lagi. Tapi susu malu2 nak kuar. Try gak urut2 sebab rasa ada ketulan susu kan..


Pastu sambil pam sambil tengok Dewa Cinta. Tetiba abang Khalish dok main bola depan aku. Haaa apa lagi... aku rasa daripada aku urut2 tapi tak kuar, baik aku offer kat si abang ni ha. Masa aku tanya 'abang, nak tekkkk...?' dia macam 'huh????' -diam sbb tetiba dpt offer- pastu senyum n datang kat aku 'nakkkkkkkkk..' Pastu tak sabar2 lak tu. Hahaha... Aku pun amik bantal, baring n bagi dia tekk. Sampai terlena la budak tu. Elok sangat la tu. Lega segala urat side kiri aku tu. Pagi ni pam, lancar je.. alhamdulillah..



Karenah anak2 yang menghiburkan hati...:


1. IMAM MUDA














2. USTAZAH PILIHAN











huhuhu.. yang no.1 tu ok lagi la... yang no.2 ni boleh ke jadi ustazah pilihan kalo dah gitu gayanyee??


masa tu damia baru lepas mandi, n dia sikat rambut elok2 n lawa2. Skang nak melawa jeee.. pastu aku pulak amik tudung coz nak gi kedai. Dia pun sibuk nak pakai tudung jugak. Bila aku suruh tukar suar panjang, dia kata tak payah. Sukati la. Sekali nak kuar baru aku perasan. Bukan takat seluar pendek.. tapi siap berambu2 kat dahi. Astagaa.........


p/s: esok nak naik gunung nuang. Hahaha da lama gile tinggalkan aktiviti mcm ni. tetiba kena naik gunung dgn eksesais takde.. yang penting pegi tick nama. Ini xtvt opis.





Eh laaa ada satu lagi gambar rupenye. Hee... ni no.3 pulak la.. TOKEY KEDAI. Mau risauu tuan kedai ni bila budak 2 org ni dtg mengerjakan ikan keli. Adoii... sampaikan budak kedai tu amek sekor, masukkan dlm plastik berisi air n suruh bawak balik. Tu yang damia pegang tu.... balik rumah ada la dia bela dekat seminggu. Pastu aku takut bebudak ni main kang kena sengat pulak, so aku pujuk damia utk 'matikan' je ikan tu n bole goreng....... ehehhe