Thursday, June 19, 2014

Makan bersepah






Salam. 

Baru-baru ni ada sorang kawan up gambar kat fb. Dia up pasal kisah dia tak berkenan dgn orang-orang yang pergi kedai makan, pastu bila orang tu blah, tengok keadaan meja tu serabut gila.. actually tak la serabut sampai kerusi naik meja gitu.. just like pinggan cawan sume bersepah (sape je yg rajin nk susun pinggan cawan kat restoran ni? Dan makan, bayar, balik laa...) dan dia pun ada cakap pasal makanan berterabur kat lantai, kat atas meja... dan lagi best dia cakap  pasal orang tu tak reti nak didik anak2 makan elok2.. sebab anak2 dia makan elok2 tak tumpah tak terabur makanan....

Hmmmmm... well... aku terasa jugak. Sentap? Tak laaa kehkhekhehh.... 

Aku terasa jugak sebab biasanya kalau gi makan kat restoran ni, menda macam ni memang susahhh sangat nak elak! tak pernah la fries tak jatuh... lagi bawak budak2.. air tertumpah tu da biasa sangatttt.. sometimes aku rasa malas nak bwk anak2 gi makan kat luar. sebab aku rasa segan, makan bersepah2... basah2 meja... nasi kadang berterabur kat lantai... 

Nak kata tak didik anak.. aku ni tiap kali nak makan memang itu la aku pesan. Makan elok2.. jangan terabur... jangan tumpah... jangan gelojoh... siap ajar lagi macamana cara makan yg elok... Damia dah 7yrs.. alhamdulillah dah takde masalah makan tumpah2. Aku pun tak ingat umur berapa dia boleh makan elok. 

Khalish. 5tahun. Ni la yg selalu makan bersepah.. makan nak cepat. guna sudu pun tumpah. guna tangan lagiii tumpah nasi. Khalif, 3thn.. yg ni aku peratikan memang makan bersopan. Alhamdulillah sangat aku takde masalah sgt, dari kecik dia ni jenis makan tak bersepah.. compare dgn Damia kecik2 dulu, memang babywalker pon makan nasik la senang kata!

So now aku sangat concern dengan Khalish. Pikir macamana nak didik sebaiknya. Takkan tiap kali makan aku nak marah, marah dan marah... aku pun bosan. Budak lagii la bosan kena marah selalu. Nanti down pulak dia. Sometimes aku pikir kenapa anak aku tak macam anak orang tu, meja makan bersih aje... tapi bila teringat konsep BrainyBunch (tadika mia dulu)... aku cool sikit. 

Follow the child's fitrah... 

Hmm.. fitrah kanak-kanak. Time makan bersepah. Time makan tu la nak main... Kadang time tu juga nak bergasak... 

Tadi aku baca sini : http://www.mamapedia.com/article/my-6-dash-year-dash-old-is-a-messy-eater

Rasa lega sikit... omputih punye pemikiran ni bagus juga lagi2 hal child development. Diorang sgt concern dan  tak kontrol anak2 sgt. Let the child explore. haa gitu. Ada yg komen situ kata.. umur 6tahun tu sebenarnya terlalu kecil kalau kita nak expect dia makan sgt beradab! Ok now aku lega sangat2.. khalish 5thn.. baruuuuu 5tahun beb!!! Baru 5tahun kenal dunia. Kita pun yg umur dah nak 35thn pun kadang penah je tersinggung gelas air, habis tertumpah.. ini kan budak!! 

So let them enjoy the food. N let us enjoy the moment. Sometime yg buat aku cepat cool bila tgk diorang makan bersepah ni is bila aku fikir yang lepas ni aku da tak dpt tgk diorang makan camni, pasni mesti semua da besar, makan pun taknak disuap dah.... so nanti mesti aku rindu moment2 begini... just let them follow the fitrah...



Berbalik pada komen kawan aku tadi... aku rasa camni la.. setiap anak tu berbeza. Anak aku lain, anak kau lain... macamana kau sanjung pun adab anak kau tu, belum tentu cucu kau nanti akan sama adab dia dgn adab anak kau. tu keturunan tu... belum tentu sama... ok bai... :p







Baaa cakkk!!!!

 dah makan kenyang, amik mangkuk telangkup atas kepala.. bila nak bergambar pandai pulak pose begini.. haihh la izzara... mengulang kenangan kak damia kekecik dulu la yg sorang ni...



2 comments:

aIEn said...

salam singgah petang ....

hihi comei je pic izzara yg last tu =)

gee ryder said...

Bagi aku budak2 biasala makan sepah. Nak buat camne dah.
aku kalau kat kedai airis makan sendiri mmg dia la yg selalu sepah.
aqeel n afeef ok jer. Cuma dua orang ni kadang tertumpah kan air