Tuesday, June 24, 2014

Firdaus

Sejak aku terbaca pasal budak Firdaus OKU yg imigresen jumpa tinggal tulang tapi masih hidup tu, terus rasa putus selera makan. Besar sungguh kuasa Mu Ya Allah... walaupun tinggal tulang, memang lagi teruk dari mangsa kebuluran di somalia, tapi budak tu masih bernyawa dan mampu duduk. Syukur sangat2 pihak imigresen terjumpa budak ni masa buat operasi sepadu ke atas warga asing kat flat di Nilai. Kalau tak, aku rasa sampai ke sudah pun org takkan tahu pasal budak ni...

Pasal mak budak tu, aku no komen. mungkin betul kata dia, orang lain tak faham masalah dia. mungkin dia hanya fikir kerja, cari duit, kerja, dan mungkin ada masalah lain, masalah dgn famili, atau suami. hanya dia yg tahu.

Seharian semalam, aku rasa selera aku terbantut. Mujur je pagi tu aku breakfast dulu sebelum bukak blog kak di. Owh org lain dpt tau kat berita,, aku dpt tau kat blog. Sorry, bil astro tak bayo. Hahahaha... Malas aku nak bayo sbb nanti bukan aku yg dpt tgk... 24jam mmg channel kartun je la. nk tengok berita pon ada yg nangis2... sakit je jiwa taiko. ni dah 3bulan takde tv kat rumah. tp kena la bayo bulan ni. Tak kang naik court lak aku... tak kuasa!! dah bayo sok, konfem laaaa masing2 melekat mcm kena gam gajah kat depan tv tu..

pagi ni, baca kat paper pun aku da rasa sebek2 dah.. rasa bergenang je air mata mengenangkan budak tu. semoga cepat pulih dan semoga kehidupannya terbela.....

Dah tu je.. jom buat keje! kekekekkekekke....

2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

bukan apa sue.. aku bkn x nak positif dengan mak budak tu cuma tu la alasan kesempitan hidup sampai budak tu tak di mandikan.. tak di bersihkan budak tu. org jumpa bukan takat tinggal tulang.. badan dah lekat najis.. baju dah mereput kat badan.. tu yg aku paling tak boleh nak positif dgn mak dia

Sue said...

ikutkan mmg la tak bole terima alasan mak budak tu.. tapi aku ni nak fikir positif, lagi satu aku tak nak la bila kita fikir buruk, then keluar macam2 perkara yg silap2 bole menyebabkan fitnah, at d same time benda2 mcm ni bole saja2 bagi pahala free kat mak budak tu... better aku diam drpd komen tah pa pe. baik aku simpan pahala tu utk aku sendiri kkekekkekek