Salam Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah dah lebih separuh bulan kita berpuasa. Dalam keadaan yang aman dan tenang di bumi Malaysia. Dalam fesbuk pun da mula ramai yang update pasal persiapan hari raya. Masing-masing melaporkan dekorasi rumah, baju raya, kuih muih dan sebagainya. Semuanya dah ready. Tunggu hari raya je...
Aku? Since tahun ni pertama kali nak beraya di rumah baru, rumah sendiri, perancangan utk hias rumah tu memang ada. Bajet ciput tapi nak juga buat ala kadar. Bagi berseri sikit.. Sebab aku sendiri pun da naik letih mata tengok keadaan rumah. Heee... Tapi takde la excited bagai.
Sebab hati aku amat sedih dan pilu. Setiap hari aku buka fb nak tau perkembangan saudara kita di Palestin. Ya Allah.. besar sungguh dugaan mereka di bulan mulia ni. Sungguh ramai yang mati syahid. Sungguh ramai yang cedera. Tengok anak-anak yang mati.. yang cedera... berjujuran air mata aku. *paused: aku teramat sedih. Bergenang air mata ni....
Anak-anak yg tidak berdosa menjadi mangsa. Isteri menjanda kematian suami. Ayah kehilangan anak-anak. Anak-anak menjadi piatu kematian org tua nya. Ya Allah... Kau bantu lah para mujahidin di bumi Palestin. Kau berilah kemenangan kepada Islam. Kau hancurkanlah tentera Israel Laknatullah selumat-lumatnya..
Bila menjengah ke fb si Laknatullah, hati menjadi geram, sakit dan terhiris2.. Bermacam fitnah dilemparkan kepada Al-Qassam. Memutarbelitkan fakta. Kononnya tentera israel hanya melindungi negara dan rakyatnya daripada serangan Al-Qassam. Kononnya tentera Al-Qassam mensasarkan untuk membunuh seluruh rakyatnya. Sedangkan hakikatnya mereka sendiri adalah pendatang yang menakluk keseluruhan bumi Palestine. Ya Allah...
Apa dosa anak-anak ini? Aku terbayangkan anak2 sendiri.. Ya Allah.. Israeli Laknatullah memang mensasarkan untuk memusnahkan semua wanita dan kanak2 Palestin. Sebab tak mahu wanita melahirkan lebih ramai anak-anak Palaestin dan Israel tidak mahu anak2 ini membesar menjadi mujahidin yang akan berperang demi Islam.
tata cara membaca doa qunut nazilah
Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
*****
DOA QUNUT NAZILAH DAN MAKNANYA
اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
1 comment:
kalo diberi kesempatan nak amik 5-6 orang beraya sama2 dgn mereka ....
ya Allah berilah kemenangan kepada Gaza.... hapuskan zionis laknatullah....amin...
Post a Comment