Friday, October 24, 2014

Zoo Negara

Salam

Weekend lepas bawak anak2 pergi Zoo Negara. Memang dah lama sangat tak datang sini. Last visit pun masa Khalish umur belum setahun lagi... 

Kali ni pergi memang banyak perubahan. Makin cantik. Mujur juga cuaca tak panas sangat dan memang berharap sangat tak hujan. Alhamdulillah.. Dari jam 12 masuk.. dekat jam 6 petang baru keluar. Suke tengok anak2 happy dapat tengok animals depan mata.

Tengok tiger..elephant..giraffe.. paling diorang suka tengok ialah hyppo.. ahaha sebab hyppo tu asyik berendammmm je tiga2 ekor dalam air sampai tak nampak kepala. Bila sekor keluar, masing-masing berkejaran nak tengok rupa hyppo. Kelakar! 

Animals show pon ade kelainan sikit.. Dulu, pergi bawak damia sorang masa umur setahun.. dgn masa bawak khalish sekali, show yg sama jeee.. kali ni mmg lain. 

Tapi gambar dapat upload sikit je ni.. nanti rajin up lagi la yea.. :)






Masuk tengok Panda. Tapi panda is boring laaaa.. dia tidooo je tergolek macam tu. Macam masuk sebab nak dpt aircond je rasanya hahahaha... 

Pastu kat mana-mana spot mesti ade photobooth dgn photographer. Diorang akan offer amik gambar. Nanti dia bagi kupon. Kita boleh tengok gambar diorang amik tadi kat kaunter gambar. Sekeping Rm20 tak silap. Pilih mana yang cantik. Rasa2 tak cantik.. tak yah beli hahah...Kitorang tak beli punnn



Thursday, October 16, 2014

JEANS FOR MEN

Salam...
Mostly orang lelaki dengan Jeans memang tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti wanita dan aksesori. Lazimnya, jeans merupakan pakaian asas yang dipakai oleh setiap lelaki dan kini turut menjadi pilihan utama para wanita. Selain selesa dipakai, jeans merupakan jenis seluar yang paling versatile iaitu mudah dipadankan dengan apa jua pakaian. Tak kisah lah samada T-shirt, kemeja mahupun singlet, segalanya tampak sesuai untuk digayakan bersama sepasang jeans.

Kalau uols pun memang type yang suka pakai jeans, pasti uols tahu serba sedikit tentang jenis-jenis jeans for men. So kali ini aku buat entri pasal jeans untuk lelaki, mana lah tahu kalau dapat membantu uols untuk mendapatkan sedikit informasi mengenai jenis jeans yang bersesuaian dengan tubuh badan seseorang lelaki. Kot-kot nak belikan jeans buat hadiah untuk yang tersayang ke kan… Tak boleh main beli je. Kena tahu jugak sesuai ke tak dengan badan orang tu.


Seperti wanita, lelaki juga harus mengenalpasti tubuh badan mereka sebelum memakai sesuatu pakaian. Dalam konteks ini, pemakaian seluar yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membataskan aktiviti si pemakai. Oleh itu, jom kita lihat jenis-jenis seluar jeans untuk lelaki!

#Slim Fit
Slim Fit adalah jenis potongan jeans untuk lelaki yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Potongan jeans jenis ini amat digemari oleh kaum lelaki khususnya golongan muda ini kerana, ia amat sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan sepasang sneakers.




#Straight Leg
Straight Leg jeans pula adalah alternative untuk lelaki yang kurang menggemari slim fit jeans kerana potongan yang lebih loose dibahagian kaki. Jeans jenis ini juga sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan kemeja.


#Loose Fit
Yang ni pula merupakan loose fit jeans yang berpotongan agak longgar atau loose dan memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai. Jeans jenis ini amat selesa dipakai sepanjang hari serta boleh dipakai untuk melakukan apa jua aktiviti. Perasan tak kalau budak-budak lelaki yang suka main skateboard, tengok jeans diorang kan jenis macam ni. Baru lah selesa untuk diorang beraksi dengan skateboard dan skill masing-masing.


Haaa.. kan.. bukan suka-suka je kalau nak beli jeans. Mesti pilih yang sesuai dengan tubuh badan.

Jadi, apa jeans pilihan uols? Untuk pilihan jeans lelaki yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat dengan tawaran harga yang amat berpatutan, uols boleh layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Alami pengalaman membeli-belah secara online yang begitu menakjubkan bersama ZALORA.

Tuesday, October 14, 2014

'Malaikat' by Hazama




Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

*Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu





Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu

Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga