Thursday, October 16, 2014

JEANS FOR MEN

Salam...
Mostly orang lelaki dengan Jeans memang tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti wanita dan aksesori. Lazimnya, jeans merupakan pakaian asas yang dipakai oleh setiap lelaki dan kini turut menjadi pilihan utama para wanita. Selain selesa dipakai, jeans merupakan jenis seluar yang paling versatile iaitu mudah dipadankan dengan apa jua pakaian. Tak kisah lah samada T-shirt, kemeja mahupun singlet, segalanya tampak sesuai untuk digayakan bersama sepasang jeans.

Kalau uols pun memang type yang suka pakai jeans, pasti uols tahu serba sedikit tentang jenis-jenis jeans for men. So kali ini aku buat entri pasal jeans untuk lelaki, mana lah tahu kalau dapat membantu uols untuk mendapatkan sedikit informasi mengenai jenis jeans yang bersesuaian dengan tubuh badan seseorang lelaki. Kot-kot nak belikan jeans buat hadiah untuk yang tersayang ke kan… Tak boleh main beli je. Kena tahu jugak sesuai ke tak dengan badan orang tu.


Seperti wanita, lelaki juga harus mengenalpasti tubuh badan mereka sebelum memakai sesuatu pakaian. Dalam konteks ini, pemakaian seluar yang tidak bersesuaian boleh menyebabkan ketidakselesaan dan membataskan aktiviti si pemakai. Oleh itu, jom kita lihat jenis-jenis seluar jeans untuk lelaki!

#Slim Fit
Slim Fit adalah jenis potongan jeans untuk lelaki yang mempunyai tubuh badan yang kurus. Potongan jeans jenis ini amat digemari oleh kaum lelaki khususnya golongan muda ini kerana, ia amat sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan sepasang sneakers.




#Straight Leg
Straight Leg jeans pula adalah alternative untuk lelaki yang kurang menggemari slim fit jeans kerana potongan yang lebih loose dibahagian kaki. Jeans jenis ini juga sesuai untuk dipadankan bersama t-shirt dan kemeja.


#Loose Fit
Yang ni pula merupakan loose fit jeans yang berpotongan agak longgar atau loose dan memberikan keselesaan yang optimum kepada si pemakai. Jeans jenis ini amat selesa dipakai sepanjang hari serta boleh dipakai untuk melakukan apa jua aktiviti. Perasan tak kalau budak-budak lelaki yang suka main skateboard, tengok jeans diorang kan jenis macam ni. Baru lah selesa untuk diorang beraksi dengan skateboard dan skill masing-masing.


Haaa.. kan.. bukan suka-suka je kalau nak beli jeans. Mesti pilih yang sesuai dengan tubuh badan.

Jadi, apa jeans pilihan uols? Untuk pilihan jeans lelaki yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat dengan tawaran harga yang amat berpatutan, uols boleh layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Alami pengalaman membeli-belah secara online yang begitu menakjubkan bersama ZALORA.

No comments: