Tuesday, February 10, 2015

Birthday Frozen lagi...


Assalamualaikum... 

Jom tengok gambar- gambar sekitar birthday celebrations 2 orang puteri. Takat mana yang ade je la.. ade amik gambar pakai kamera.. tapi tak tengok pulak setting. Da lepas majlis tengok balik gambar2 tu. apesal la gelap n noise banyak sangat.. da la tak pro pasal setting kamera ni. Lepas belek2 baru la tau.. ISO set tinggi sangattt.. huwaaaa.. sayangg je gambar2 tu... 





THE CAKE



Cake ni order kat kedai kek je.. Black Forest Cake House kat Sg.Chua, Kajang. Black forest cake 1.5kg. Aku punye nak save bajet, patung2 frozen tu aku beli kat Yumie Bangi. Baru RM13.90.. Kalau kat kedai kek tu dia caj RM25.00 okehhhh.....  so aku pun da cakap dgn orang kedai kek  tu yg patung2 tu aku beli sendiri je... Amik kek nanti aku pasang sendiri kat rumah. Lagipun dia cakap.. patung2 tu mmg kita kena pasang sendiri..




THE DECO


My nieces yg suke sangat bergambar...  belon da meletop pulak hehe




Hiaskan dengan gambar2 damia n izzara.. yg atas tu izzara.. belah bawah tu damia..






Bila tengok balik gambar ni.. tak sangka dah besar izzara yea. Dulu aku pegang damia sambil dia berdiri kat kerusi nak nyanyi n tiup kek. This time Damia pegang izzara pulak... how times flies...  Oh tengok la abang Khalish tu. Orang pakai cantik2.. dia selamba je dgn baju basahan hari2.. haha sukahati la bang..

Nampak tak sorang budak kat belakang Khalif tu.. in between izzara n khalif? Nama dia wafiy. My cucunda... Umur sebaya khalif. Muka dia memang iras kan dgn khalif,, besfren tu 2 org tu..




THE PENGANTIN..





Nur Damia Qaisara
9th March nanti baru genap 8 tahun. Tapi celebrate awal....




Nur Daania Izzara
2 tahun pada 12th Jan 2015



Gambar-gambar lain.. layan je la mana ade ok



Kiri tu my opis mate. Tengah is my sister. Kanan is my mom :) 
2 boys tu my cucunda...





Small party je. Cadang nak pasang meja kat porch je.. atau makan2 dalam rumah. Tapi dah canopy meja kerusi semua free je.. so terpaksa la tempah n pasang jugak. Hahaha.. Ni sewa dgn my opis je..










Lelaki baju merah tu adalah menantu kakak ku... yang anak2 nye ada dlm gambar di atas. Doakan dia yea kawan-kawan. He is fighting his cancer... Dah buat chemo 2 kali. Tu yang habis rambut gugur. Badan pun makin kurus. Tak bole over makan.. Cepat loya n muntah... anak2 masih kecil. Harap dia berjaya melawan cancer...

As a reminder for us.. n for me.. Allah bagi kita sakit sebab Allah masih sayangkan kita.. Allah nak kita sentiasa ingat pada Nya. Allah nak kita semakin dekat pada Nya. Bersyukur sangat2 jika kita dipilih Allah dengan ujian Nya..

1 comment:

AMIIZAA said...

salams su,

tingginya kakak...lama tak tengok mereka....dah besar2 semuanya:)

utk qaisara, aunty nak ucapkan advance 'happy birthday' moga menjadi anak yg solehah bijak dan sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik amin....muahhh muahhh:)