Last week damia demam panas. Sampai admit ward pasal dah terlalu panas dan aku rasa tak sanggup nk cerita apa yg terjadi. Tapi satu pengalaman yg menakutkan. Tiap kali teringat, aku mesti menangis!
Rabu-30 Julai-malam : damia start demam. Tak dpt cek temp. pasal termometer abes bateri plak.
Khamis-31: pagi nak gi keje dia dah ok. Petang, kak min call kata damia demam, panas. Balik keje singgah kpj. paed takde, dia cancel clinic petang dia. Sampai umah singgah klinik mazni dulu tapi tutup. Kat umah aku sponging dia supaya suhu turun. Lepas maghrib, gi klinik mazni tapi doc takde. Terus gi taman putra, Poliklinik R*osli & Ra*kan². Doc cek, temp. 39dgree. Doc mcm relax jek.. dia tulis kat preskripsi ubat, siap bgtau dia bg ubat demam yg air. Aku tanye, tak bagi ubat masuk kat bon*tot ke? Doc kata tak perlu kalau dah bagi ubat air. Tapi aku nak jugak so dia tulis la dlm tu. (seingat aku kan, kalau da 39dgr tu doc terus masukkan ubat bontot je)
Pastu gi MCd pandan mewah beli bubur.
Sampai umah dlm kul 9.25pm, aku terus suapkan damia bubur mcd. Berselera dia makan, Mula2 duduk pastu makan sampai baring atas bantal, sambil tgk Mcm2 Aznil. Masa ni tinggal aku ber-2 je ngan damia. Mak gi pasti, ade ceramah sempena isra' Mi'raj. Anak buah-sorg gi tgk wayang-sorg dah stat moto gi kedai. So agak2 damia da kenyang, dlm 9.50pm, aku pun cakap kat damia :
"Mia..jap ekkk..ibu amek ubat" maka aku pun ke dapur amek syringe n basuh2 kejap. Rasanya tak sampai seminit. Sampai depan aku tengok... Ya Allah!!! Tak tau la mana syringe tu dah tercampak. Aku terus angkat damia dan jerit " Maakkkkkkkkkkkkkk!!! Tolongggg!!!!!!!!!" Dengan pantas aku berlari keluar, dah mcm org gila.. Terus berlari ke pasti sampai menjerit panggil mak aku. Masa tu aku pikir, jgn la jadi apa2 kat anak aku. Memang aku tak leh hidup kalau jadi pa pe kat dia. Mulut aku tak henti2 menjerit mcm org hilang akal. Sape tak sayang anak beb?
Pertengahan jalan, dtg sorg jiran dari pasti tanya aku kenapa?? "Damia dah kejang.. demam!" tu je aku mampu jawab sambil menangis mcm budak kecik hilang mak. Abang man ni terus bwk masuk dlm pasti. Aku dah mcm org ilang akal kat luar tu, menjerit2 panggil mak.. Rupanya mak aku tak tau aku yg dtg terjerit2 nangis. patut la dia relax je melepak. Kak azon, jiran sblh rmh aku peluk dan sabarkan aku. Baru lah aku diam dan istighfar.. tapi air mata terus berjujuran. Aku tanak anak aku mati.... aku takutt sgt!! Tak lama pastu baru dengar suara Damia nangis. Syukur alhamdulillah. Terus aku balik umah, siap2kan brg, kol abang suh balik KL dengan segera! Aku terus drive ke Hosp. Ampang.
Akhirnya seminggu duk dlm hosp. sebab doc nak pastikan dia betul2 tak demam baru leh discharge. Sampai bengkak2 kaki aku menjaga. Nasib la mlm2 abang dtg tlg jaga sementara aku tido. Penah satu malam tu rasa nak patah pinggang. Damia tanak duduk langsung, asik berdokong dan jalan2 kat luar bilik wad tu. Menunggu abang dtg, amat la seksa. Abang lak keje kat pahang so terpaksa la tunggu dia sampai. Pedih perut aku lepas tu. Hope takde pa pe.
Setiap kali teringat kisah malam tu, aku akan menangis. Time menaip ni pun dah berair mata aku.. controll jek! Lepas ni lebih berjaga2 kalau damia demam. Tanak dah berulang lagi. Mcm nak putus nyawa je aku rasa! Pa pe pun alhamdulillah...semuanya dah selamat dan damia dah kembali aktif. Opsss.. lepas baik demam ni dah ada satu perubahan kat damia. DAH PANDAI POSING. Tak tahannnnn ibu tengok. Kalau nk amek gambar, dulu ckp je 'smile..' dia akan smile n pdg camera. Semalam d latest punye, 'damia..smile..' dia akan berdiri sambil bongkok sket badan, kaki rapat n tgn kat lutut n smile... hehehheheh pandaiiiii sgt!!!
Ni gambar hari ke 4 dlm wad. merah bibir dia, panas sgt ni...
Damia tido dgn BOBOB (damia panggil spongebob as a BOBOB), ayah pun penat jaga damia
Ni dah baik sikit.. dah start kacau komp. doctor
Ibu dan anak yg dah boring dok dlm spital, bergurau senda hehe
owh ini lah bobob damia... sayang sgtt!
5 comments:
sue, sedihnya baca.. sib baik tak apa2.. aku smpai skang mmg risau gile kalau anak demam. tiap 1/2 jam mesti sponge.. dhlah ko tgh camni.. apa2 pun syukur sgt damia dh sihat. tak tahannya tgk anak demam.. mmg sedih sgt..
tul tu yulie. ade satu mlm tu sponging2 pon makin naikk temp tau. dari 37 naik smpai 40.4. terus mandikan air suam even tgh mlm. sponging pun tak jalan.. jaga ff bebaik k
ko tgk damia kejang caner sue??takut lak aku...
niza, aku dr dapur amek syringe, sampai kat hall aku tgk damia tgh mengiring ke kiri sambil tangan 2-2 menggigil2, mata pandang atas je... seriauu beb!! aku dokong dia tu pun dia tgh gigil2 lagi, tak sedar. mmg kalau bole tanak ingat dah!!!
ya Allah sue... seriau saye membacanya.. kenapa dia kejang lepas makan ek? panas sangat ek? takutnya kan.. dahle duduk sensorg kat umah.. saye ni lagilah tatau byk pasal penjagaan anak ni.. tapi alhamdulillah semua dah ok dan damia pun dah sihat.. ooppss.. dengar kata pregnant ye? congrats!!
Post a Comment