Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya 2009

Waaahh..kejapnye rasanye bercuti. Saje je amek cuti sampai Isnin semalam. Da tau hari Sabtu Ahad sure penat. Bijakkk kan?? Sama macam mummy Sunshine..hikhik!

So cerita di hari raya? Malas nk taip byk2. Layan jek caption gambar okeh!

Ni sehari sblm raya. Saje nk kepoh2.. aku da pandai anyam ketupat! Wakakkaka... selama 20thn (kira start blaja anyam umur 8-9thn la kan?) baruuu la kali ni menjadi. Huhu..tapi tu pon blaja ngan staff kat opis ni. Dok blaja ngan mak, tak penah nye jadi. Last2 gulung kiri kanan tangan ngan daun kelapa! Huhu... Cuma yg aku bole buat ketupat pasar (mcm ketupat sate tu..) tapi mak aku buat ketupat bawang. Lagi comelll je aku tgk, siap bole dudukkan. Tahun dpn blaja wat ketupat bwg plak.


Pagi2 bangun mandi2, ingt nk tolong rebus ketupat ke..wat rendang ke.. Sekali khalish da bangun. Excited terlebih tgk ketupat2 atas meja. Menggelupur nak mencapai masuk mulut. Sabo jek la...








Tengok muka dia. Tersengih tu...suke sgtt la. Nasib tak terburai ketupat opah, dik oi!






Ni di pagi raya... kopiah tah kemana di campaknye ntah...





Kak Damia posing kat dlm bilik....



Gambar family dlm camera anak buah pulak. Camera aku wat hal la pulak time2 raya ni. Ape ke he ntahh... Lupa plak nk snap guna hp (owh hp tgh charge time tu). Nanti aku da amek dr camera anak buah aku, aku tepek la kat sini ok.


Raya ke-3 balik ke Pahang. Yessss!!! (angkat2 kening kat en.suami..ngehngehngehhhh...) Angkat kening pasal berjaya memujuk dia supaya tak balik awal kat kg dia. Bole?? hehe... Kata turn rumah ayang kan.. so kena la puas2 raya kat KL dulu.





Potraiture sekejap b4 bertolak balik ke Pahang. Tema hari ni adalah BIRU-PINK. Huhu..

(ehh abg tak leh sengeh lebih2 la.. mata jadik sepet sebelah pulak hehe)



Ibu dan Khalish. Damia mamai2 baru bangun tido. So dia tanak amek gmbr sesama...


Dalam kete. Blur pulak. Muka da comeyy da ni.. hihi


Ni masa beraya kat umah anak buah kat Putrajaya.

Ni paling tak bole tahan.. kadang2 mood ok. Kadang2 tak ok. Bila ok, ni la jadinye:




Ada ala2 Miss Universe ke? Hehe..

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri 1430H


STICKY POST Scroll down for new entry







Kepada kawan2 bloggers sekalian, terimalah kad raya yg tak seberapa indah daripada kami.
Mohon ampun dan maaf andai kata ada terkasar bahasa, andai ada terusik jiwa dengan penulisan saya selama ni... Maafkan kekhilafan diri..

Semoga Aidilfitri kali ni lebih menceriakan hidup kita semua.. Amiinn..



****************************


Sesi menggantung kad raya la pulak.. ehehe...

As & Family

Zara n Family

TQ!!

Wednesday, September 16, 2009

Half way to turn 1, Khalish!!!!




Happy 6months Birthday!!!


Sungguh cepat masa berlalu. Teringat lagi, at this time 10.30am 16 Mac 2009, baru abes check up kat KKIA dan balik umah wake-up en.suami. (gi check up alone wehhh... sob sob.. malas nk ajak suami, kang wat malu bedengkur kat klinik. Huhu..) Terus ajak pi spital coz HBP.


Sampai spital, cek2 rupa2nya da bukak 4cm without any contraction pain! Selamatttttttt 4jam. ehehe..


Okehh..weekend ni baru nk start weaning. Semlm pi beli weaning bowl & spoon set Pigeon. Excited okeh! Macam laaaa baru anak sorang. Hahaha... Tapi sebab tanak Damia kecik ati, so i bought plate, spoon & fork dgn tumbler Disney Princess. Waaaa.. seronok sungguh Damia dpt tuh!! Siap lambai tgn ala2 Princess tuuuu...



Okeh.. sbnrnye tgh double pumping ni. Botol hampir penuh dah! Kang melimpah abes kena kain pulak. Daa~~

Opss.. sessi membangga diri kejap!
Hari ni 16hb September 2009, genaplah 6 bulan tempoh EXCLUSIVE BREASTFEEDING seperti yang telah di hajati semenjak Khalish berusia 6minggu dalam kandungan. Alhamdulillah... Semoga Khalish sentiasa murah rezeki dan dapat terus breastfeed sehingga sekurang2nya usianya 2 tahun dan kalau dimurahkan lagi rezekinya, harus aku breastfeed sehingga ke titisan terakhir. Amiinnn.....


Ini bukti Khalish Amsyar breastfeed sehingga usia 6 bulan tanpa sebarang makanan tambahan dan tanpa plain water sekali pun! Alhamdulillahh... bam bam juga anak ibu nih!!!

So kepada ibu2 mengandung, kalau berhajat nak exclusive breastfeed, niatkan dari anak dalam kandungan lagi, Insyaallah...akan berjaya. Kepada rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu, tahniah atas usaha anda. Teruskan penyusuan susu ibu selama mungkin!!!

Dan kepada ibu2 yang mempunyai anak2 angkat dan berusaha utk memberikan susu ibu dari badan sendiri, TAHNIAH diucapkan. Insyaallah.. anak akan sentiasa dekatttt dgn kita. Teruskan usaha dan jangan sesekali mengeluh keletihan. Breastfeeding ni mmg perlu usaha dan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Caiyokk!!

Wednesday, September 9, 2009

Makan kaki? *update wit pic*



Ni la aktiviti dia skang ni... tak cukup tangan.. kaki pun di makannye. Pastu tak cukup kaki sendiri... siap makan kaki Kak Damia pulak tu.... Haiiihhh...
Minggu depan Khalish genap 6bulan. Owh tak sabarnye... sebab nk bagi makan. Mesti excited budak kecik ni ha... hehe.. Skang pon pantang tgk brg2 atas meja... menggapai2 tgn nk mengambik brg2. Pastu siap dikeraskan dan menggigil2 tgn sbb geram tak dpt. Huhu...

Kak mia lak.. ermm biasa la makin nakal. Esok letak pic dia lak. Tak sempat ni. Nak balik dulu. Bye...
Tadaa~~ Ni pic damia masa kat Bagan Lalang bulan lepas. Masa odw nk balik benti kat ladang buah naga. Faveret Damia. Tgk la..comot sungguh!!!

Okeyyyyyy.... Selamat Berbuka Puasa...

Berita baik!!!


Salam all..
Rasa2nya ramai yg da tau ape bendanye dlm pic di atas. Yea.. itu lah BIO-AURA WATER SYSTEM. Dan rasa2nya ramai yg da tau apa fungsi2nya.. Tapi tak pe, saya saje nk kongsi ngan korang2, kawan2 yg dikasihi....
Kesan Teknologi NANO dlm Bio Aura :-
menetang sel yg tidak normal dan memperbaiki fungsi sel- menghantar nutrien kepada sel dan menyingkirkan toksik dgn cepat- memperkuatkan kesihatan otak dan membekalkan kadar oksigen yg tinggi- menggalakkan metabolisma utk memperkuatkan fungsi imuniti & memberi tenaga- melengahkan proses penuaan- membersihkan kesegaran pada makanan- mengekalkan sifat semulajadi kandungan mineral air
Ciri-ciri Bio Aura Hi-Tech Water System

Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci”.
Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas
Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuai jenis kepada paip rumah pengguna
Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna
Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya
Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan
Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia
Harga pasaran adalah RM2080 sahaja.. Mahal ke? Pada saya, mmg berbaloi. Air paip skang ni bukanlah bersih sgt. Kalau kat rumah saya, pagi2 bukak paip mesti dibiarkan dulu dlm 5-10minit. Then baru tadah masuk lam cerek. Kalo tak, air bau lumpur!! Tapi sejak ada Bio-Aura ni, minum air pun rasa sedap sgt.
Dan yg paling best.. tadah air tu buat mandikan baby. Bersihhh je kulitnye.
Kalau ada yg berminat, bole email atau call saya terus. Owh ya, sebab nak raya ni kan, so saya pun buat promotion jugak la... Ada diskaun okehh!!!
Nak tau lebih lanjut, email kat sue.qaisara@gmail.com
atau telefon terus di talian 017- 276 8818
Dan...
Berita baik utk rakan2 yg berada di BENTONG, PAHANG dan kawasan sekitarnya jika ada yg berminat nak dapatkan BIO-AURA ni, bole la contact saya okehhh!!

Friday, September 4, 2009

Bonus takde, bermakna ke raya?

Dah masuk 2 minggu rupenye yea kita berpuasa. Kejap je kan? Minggu depan bz ngan audit iso. Nape laaa buat time2 puasa ni. Spoil kan mood nak raya la.

Hmm..Gaji pulak sure masuk awal. Tak silap minggu depan, masuk la tuh. Nak wat bayar duit upah jahit baju pulak. Nasib baju anak2 da beli awal. Tapi mcm tak cukup je rasanye la..

Bonus pulak takde time raya ni. Alamatnye, lingkup la duit gaji ku. Yea la kan.. takkan tak bagi duit raya. At least utk mak mesti ada (sbb ayah da tiada lagi, maka jimat bajet). Setiap tahun sejak bekerja ni, tak pernah miss bagi duit raya kat mak. Pastu, utk anak2 buah pulak.. takkan tak bagi pulak, kan? Utk anak2 sedare mare dan jiran2 yg dtg beraya, malu le pulak kalau tak hulur sampul angpau raya, biar lah dlm tu cuma yg ada 50sen. Tapi kena bagi gak kan?

Lepas raya, nak tunggu pulak next gaji. Aduuhaiii.. lama gile. Sebab gaji biasa akan dpt dlm 25hb. Melangokkk la jawabnye. Nak makan ape? G keje, nak bayar tol lagi, minyak lagi... Perghh... mana nak cari duit?

Nasib baik ade berita terbaekkk... Tgh bulan depan dapat bonus. Busuk2 pun rasanye ade la RM3000! WOW..!!!!

Dapat la jugak cover balik sume expenses yg akan digunakan raya nanti. Alhamdulillah....

Kawan2, korang tanak ke extra income tiap2 bulan? At least dpt la jugak after raya ni. Leh cover balik duit raya yg korang da bagi kat anak2 dan sedare mara.

Kalau nak.. bole email atau call. Saya sedia berkongsi dgn u all tauuuu...

Cepatt..jangan lengah2 kang melepasss pulak!!

Call me at 017-276 8818