Monday, May 9, 2011

Dugaan susu ebm cair...

Hari ni hari ke-45. Kiranya dah habis pantang la ni. Aku tatau berpantang ni bape hari? 40 atau 44? Tapi aku amik 44 hari terus. Malam tadi sebelum tidur aku macam nak cek je susu ebm yang dalam freezer. Tapi tak buat pun..

Pagi tadi bangun tidur je bibik bagitau yang pintu freezer tak tutup rapat semalaman. Aduhhh... terus aku cek n tengok ada susu yang dah fully thawed. Frust je rasanya. Sebab aku membayangkan semua stock aku dah cair... Masa mandi aku pikir nak bagi beku balik tapi rasa berdosa pulak sebab konfem la susu yang dah fully thawed tak leh dibekukan. Pas mandi aku terus cek balik susu2 tu... mujur cuma beberapa plastik je yang fully thawed. Yang masih ada ice lagi aku biarkan dia beku balik.

Kira2 ada la 28.5oz yang dah cair. So hari ni Khalif terpaksa minum susu ebm. Tapi mana la dia boleh habiskan semuanya. So Khalish pun terpaksa minum susu ebm. Mujur abang nak jugak n tak komplen pun susu tu rasa lain dari susu dia. Bila jadi camni rasa tak sabarnyee nak beli deep freezer. Kelmarin dah gi senheng kajang, tapi stock takde plak. kena tunggu seminggu dua. Tu pun brand faber. Ingat nak beli brand elba.

Antara faber ngan elba, yang mana murah? aku pun da konpius ni. Sebab ada yang kata elba murah. Tapi bila aku call kedai, elba punye 700 lebih. Faber 500 lebih je. Ntah la... Nanti nak gi kedai yang biasa2 je pulak, bukan senheng. Kot bole dapat diskaun banyak ke kannn.. mana la tau! heee...

Ok nak cerita pasal damia pulak. Kat sekolah hari tu ada belajar pasal 'halal logo'. So students kena bawak any chips, candy etc yang ada logo halal dalam seminggu tu. Sejak hari tu, damia da pandai carik items yang ada halal logo. Asal beli roti ke.. chips ke.. air ke.. mesti dia carik logo halal dulu. Tapi yang paling kelakar, tengah2 aku sedap dok online.. tetiba dia datang n kata 'Ibu..kejap mia nak tengok laptop ni ada halal logo tak?' ahahha... terpaksa la aku explain plak..

Ok la.. tgh layan 'marimar' ni.. setiap hari keje aku tgk tv je la.. kul 2-5pm memang tak berganjak. dari sinetron sejuta cinta marshanda, pastu marimar.. pastu mata ayer.. abes tu sume baru la aku gi dapur ke gi mandi ke... huhu.. ok till then, bye...

p/s: Khalif mmg budak yang pintar. Masa dalam pantang lagi, dia dah pandai tengok orang, gelak2 dan borak2.. compare akak n abang dia dulu umur 2bulan baru pandai nak berborak...

3 comments:

Lady of Leisure said...

comel tengok pic khalif kat entry bawah ni.. :)

gee ryder said...

tahniah dah abis pantang :)

ala sayangnye susu.

haha kelakar la mia psl halal logo tu

ida_shah said...

sue..sy beli kat JB..kat kl lg byk choice rasanya...org kedai tu pun order kat kl...ni hubby dah tawar habis abisan.