Kesian si Sahra, my pinoy maid. Emaknya baru meninggal dunia. Tapi dia lambat tahu. Tak tau lah kenapa kakak2 dia kat sana tak call n inform. Mulanya masa nak raya ari tu, aku pun rasa pelik gak..dia ni tanak wish selamat hari raya ke kat mak n family dia kan.. Sampai malam raya dan lepas raya pun dia tak call. Owh dia takde handphone. Memang syarat dia tak bole ade hp. Selamat aku di situ :)
Kalau dia nak call, dia akan minta izin aku utk guna fon aku. Hp damia actually. Nanti tolak je gaji bila bil sampai. Malam raya tu kat pahang. Da terdetik dalam hati aku, sahra ni taknak call ke mak dia? Tapi tak terluah pulak.. Terus je aku diam. Pikir aku biar lah..lagipun banyak keje kan nak raya ni.. sok2 balik rumah nanti baru lah dia call agaknye...
Seminggu berlalu. Balik dari Cameron lepas raya tu, hp nokia aku habis bateri. Aku tak caj pun. Hp damia pun sama... aku banyak guna galaxy note je. Bila dah caj n on hp aku n damia, tgk ade beberapa misscalled hari semalamnya. Pastu ade 1 sms minta sahra call kakak dia yg kat Melaka. So aku panggil n minta dia call.....
Innalillah.. baru lah dia dapat tahu yang emak dia dah kembali ke Rahmatullah. Kesian gak dia. Menangis-nangis..... Rupanya emak dia meninggal pada 19hb, hari raya pertama selepas takbir...
Then start hari itu, seminggu dua gak hati dia sayu. Kerja tu kerja la..bole buat.. tapi bila budak2 buat perangai esp damia yg kadang2 ikut angin dia je.. menangis jugak la sahra tu.. heee..
Baru2 ni dia request nak balik cuti sekejap. nak ziarah kubur emak dia. Dia cite kat mak aku, dia da beberapa kali mimpi mak dia datang jumpa dia. Mak aku cuma pesan suruh solat n baca yaasin sedekahkan... Dia kata tak sanggup la nak tunggu habis kontrak 2 tahun baru nak balik sana. Dia nak balik sekejap.....
Aku takut. Takut kena tipu pun yea.... Bawak dia jumpa agent. Agent mulanya tak bagi. Kena tunggu habis kontrak. Tapi lepas berbincang, last2 kitorang bagi la dia balik.. tapi lepas aku habis pantang nanti..dalam bulan 3. So dia pun happy..... kadang2 aku tanya jugak, nanti dtg sini balik tak.. dia promise akan balik sini. Sebab kat sana takde keje..dia nak keje.. even kat sabah keje jaga kedai pun gaji cuma 300 je... Dan lagi dia sayang sangat kat anak aku esp khalif... Lega rasanya...
Tapi utk secure jugak..aku akan simpan gaji dia 2 atau 3bulan.
Ni gambar kat kampung dia. Cantik. Teringin aku nak pegi satu hari nanti....
Sitangkai, Tawi-Tawi, Mindanao...
Best kan? Apa pun.. aku harap sangat dia pegang janji dia. Lagipun bulan 11 ni nak renew permit dia coz tamat bulan 1...... Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini...
No comments:
Post a Comment