Wednesday, October 8, 2008

Cerita Raya -Day 1

Tahun ni beraya di rumah mertua di Bentong, Pahang. Yang seronoknya kami balik malam raya. Kul 10pm dari KL. Jalan pun clear je. Kalau balik petang sure jalan jammed lagi2 kat Tol Gombak.


Dari Melawati, abang drive teruss je hala Gombak. Rupa2nya nak u-turn, nak singgah ke BurgerKing tapi da terlajak ke Sentul la plak. Aku da tertido2 dalam kete. Penatttt sgt sbb sianggnya dok tolong mak masak itu-ini. Lepas tapau BK n mamam dalam kete, abang pun terus drive hala ke Plaza Tol Gombak. Lepas tu aku da tak sedar diri..hehe..ZZzzzz...


Sampai di kg dlm kul 12 lebih. Iron baju sambil Damia main2 dgn makcik2nya. Sekali tengok abangnye sampin baru tak berjahit lagi. Apa lagi..minta bantuan MIL la jahitkan. Menantunya teman anak tido. Bole?? Hehehe.. Tau2 bangun pagi sampin da siap berjahit. Thx mak..



Acara utama selepas bersalam bermaafan sure la acara bergambar. Tapi aku je yg over-excited. Yang lain sume malu2. Appara...




Cute sgt Damia pakai baju kurung. Sukee sgt aku tgk dia.. comellll! (puji anak sendirii..haha)

Pas makan2, kitorg ke Hospital Bentong utk melawat besfren abang, Azril yg admitted kat Darul Ehsan Medical Centre mulanya sbb demam denggi. Tapi 1 day b4 raya, dia minta tukar ke HB pulak sbb family sume kat Bentong kan..takkan nak raya sorang2 kat spital. Kesiann dia.


Aku suke gmbr damia sorang2 tu. Da pandai posing tapi tanak smile. Moody sket pagi raya ni. Lama2 baru ok.


Asik nak tengok fishhh jek! Penat aku nak menjaga. Kot kang tetiba dia swim dlm kolam tu..bukan leh caya anak dara ni.. Tu pun dia da angkat kaki nak panjat. Sabo jekk la..

Da petang sket.. balik umah maka kami anak beranak pun tido.. heheh..bestnye rayaaaa!!

Malam tu aku ajak abang cari klinik kat Bentong. Sume tutup! Aku da agak tapiii kalau boleh nak jugak g klinik. Tak tahan tengok Damia selsema teruk. Aku pulak kena allergic teruk kat tangan, kaki. Abes gatal2. Tu gara2 basuh ayam nak buat rendang la. Abang kata 'da tau allergic yg gi basuh ayam tu nape?' cewahh..senang sungguh suamiku bercakap. Kalau dia yg tolong basuhkan tak pe gak. Hurmm...

Damia lak petang tu kan da tido dari kul 3 ke 6ptg. Masa dlm kete kul 8.30pm tido lagi, kitorg siap singgah supermarket pon dia tak bangun2. Penat sgt la tu! Aku beli bahan2 utk buat kuah lontong. Then terus balik umah..... dan damia tido sampaiiii pagi!

1 comment:

Anonymous said...

thn ni turn beraya umah mertua jgk erk hehehe.. sama la kiter.