Tuesday, July 28, 2009

To do or not to do?

Dulu.. Aku akan buat target utk capai sesuatu. Kiranya dlm hidupku, mesti ada target. Baru bole usaha untuk mencapai. Dulu.. nak beli sehelai jeans pun aku sanggup menabung. Aku bukan jenis yg suka meminta2 nak itu ini... sampaikan mak tanya nak beli apa2 ke dan aku jwb 'ntah..tak kot' semata2 taknak menyusahkan mak.


Dulu.. masa Form 5. Awal2 tahun aku da tetapkan target berapa A harus aku dpt dlm SPM. Dan juga berapa aggregate sepatutnye aku dpt. Hanya target 15 agregate sbb asalkan lulus dgn gred 1. Tapi bila keputusan keluar, alhamdulillah yg teramat2. Aku dpt 8 aggregate, dan ada 7 A. Ucapan tahniah drpd emak adalah hadiah yg sgt2 berharga.


Teringat pulak seorang teman yg aku kenal melalui MIRC. Penah jumpa sekali. Tapi selalu calling2. Hehe.. Usia 18thn da mampu pakai kereta (satria kot). Wahhh fikiran ku, hebattnye, byk duit! Dia kata, hadiah dr daddy sbb berjaya dlm SPM tahun yg sama dgn ku. Wahhh.. blink2 mata ku. Apa keputusannya??


Gred 1 juga....
Agregate 20.


Ok la kan? Tapi kalau aku ditempatnya, agaknye 'daddy' kasik kereta ape yea? Sbb satria utk 20 aggregate. Kalau 8 agregate? Hmmm... Pastu aku tersedar. Tak perlulah aku membanding diri ku dgn sape2. Masing2 ada rezeki masing. Alhamdulillah.


Tapi sekarang... aku rasa aku seolah2 hilang arah hidupku. Sbb aku da lamaaaa sgt tak set target. Hidup ku skang, mcm kosong. Tak de cabaran. Just terimaa je ape yg ditakdirkan.


Sbnrnye da lama aku pikirkan. Aku harus memulakan langkah dan kehidupan baru. Yang penuh cita2 dan cabaran. Cuma aku belum berani. Sebab terlalu banyak suara2 yg boleh meruntuhkan cita2 ku.


Sejak seminggu yg lalu, aku kerap bertanya pada Damia ttg dua soalan yg tiap satu punya 2 pilihan jwpn.



To do OR not to do??


Damia sentiasa konsisten dgn jwpn yg sama - To Do!!

Ahh.. mungkin ada yg berkata, budak umur 2 tahun, apa yg dia tau? Bg jwpn pun main2. Tapi aku yakin dgn jwpn dia. Sbb tak pernah berubah.


Insyaallah.. aku cuma perlukan kekuatan diri dan keyakinan diri yang tinggi utk meneruskan impian. Bak kata damia 'DE EKI' (ada rezeki)


SEMOGA ADA REZEKI UTK ANAK2 KU








**1st hair cutting kat saloon. (slalu cut sndiri je)
Ganas betul c*ina tu. Aku siap sound dia lagi. hehe**


**Adik khalish tgh mengelamun dan berangan.
Bilaaa la saya nk besar, nk lari2 mcm akak mia.
Nak main kite sama2**



Tuesday, July 21, 2009

Cerita Sedihhhhh

Kejadian pertama berlaku pada hari Ahad. Aku tgh breakfast, sedap2 makan bihun goreng di samping air soya mililea. En.suami bfast depan tv. Pastu bwk mug berisi air nescafe o join skali kat meja makan.

Then aku suh damia amekkan hp. Sbb nak tunjuk gambar Upin & Ipin yg damia jumpa semalamnya kat Karnival MPAJ. Carik dlm bilik, tadek. Pastu si ayah dgn baik atinye cuba call hp aku. Bila berbunyi, damia dpt cari kat mana hp tu. Terus jawab (konon2)

Hellooo..aaa.. apee?? Tak engar la.. Okeeeyyy.. Ape?? Aa... Aaa... Okeee... Babaiii

Lantas hp ku di masukkan dlm mug berisi nescafe o tadiii. Uwaaaaaaaaaaa.. tak sempat nak tepis!!! Aku? Tergamam. Da la hp agak baruu. Sadis.. Bile on, tak nyala. SOb..sobb....



Kejadian kedua lebih menyakitkan hati. Petang ahad tu juga, nap kejap sbb kul 5 nak bersiap2 sbb nak ke Shah Alam. Budak2 nak antar umah babysitter. Aku terpaksa overnite kat S.A sbb ada perhimpunan bulanan kat SUK.

Masa ni pinjam hp en.suami. Ada bunyi msg masuk.

Sue, kain hijau lining tu beli kat mana? Akak da tersalah potong la...

Erkk.. dlm mamai2 aku bgtau la beli kat mana. Siap suh dia g tgk. Pastu tanpa apa2 prasangka, aku kata:

Kain lining je kannn yg salah potong? Bukan hijau tu kan?

Dia replied - D Problem is.. kain hijau tu yg salah potong.



Apakah??? Aku da puas nanges dan geram sbb hp mati kena air panas. Noww?? WTH??

Aku nak marah pon da takde perasaan. Akakkkk... tu chiffon kakk oii. Tah ade lagi ke tak design tu ha... Aiyooooo!! Kalo tak ko bayar balikk ganti rugi. Aku nak DOUBLE!!!!

Tu la dia bila lambat antar tempahan baju raya kat tailor. Tailor yg sepatutnye da fully booked pulak. Terpaksa la bagi kat tailor cikai2 ni ha........ Pasni aku bagi kain yg sepasang rm40 je da laaa kalo nk guna khidmat ko, kak. Adoiiyaii...

Sape ade tempah kat Dzul De Classiq? Dia amek tempahan lagi ke? Kalau ikut pengalaman aku kat situ... Tak kuasaaa nak antar kain suh dia jahit lagi. Sbb penah terkena. Gile tak puas atiii. Bayar da la mahal. Huuuuhhhh!!





Kerana korang ni Upin Ipin...

hp akakkkk terceluppp dlm NESCAFE O PANAS.

Thursday, July 16, 2009

Minggu yg bz

Busy la lately ni...

Busy sbb Isnin ade perhimpunan bulanan kat SUK. MPKj jadi tuan rumah.

Cehhh.. macam la aku yg uruskan sume2. hihi...

Lagi satu, busy pasal 28hb ade APC. Ade tugas2 dan misi yg perlu dilaksanakan.

Dan... report audit kena siapkan. Feedback dari auditi kena semak pulak.

Pastu kena standby paper pulak sbb nnt meeting jk audit, aku nak bentang report etc.

Huh...











Macam la bz sangatttt.... kan??

Hehe..

Tuesday, July 7, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

MomBloggersPlanet adakan contest lagi. Kali ni tema untuk bulan July adalah Baby in Carseat. Wow!! Memandangkan banyakkk koleksi gambar Khalish dalam carseat, aku rasa tak salah rasanye kalau nak join contest ni. Contest bulan lepas pun masuk gak tapi belum ada rezeki nak menang..
Tak pe, tiap bulan ada contest :)
Okey.. berikut adalah gambar2 Khalish di dalam carseat.





Nama : Khalish Amsyar bin Khairull Akbar
Tarikh Lahir : 16 Mac 2009

Untuk Khalish, aku telah buat keputusan untuk membelikan carseat yang terbaik (as for me). Berkenan sgt dgn Peg Perego Primo Viaggio. Harga agak (memang) mahal. Tapi disebabkan ciri2nye yang bagus, maka pejam mata saje la.... Actually ada blogger yang nk let go carseat mcm ni dgn harga yg murah, brand new lagi. Tapi disebabkan masa tu kat rumah takde broadband, esoknye gi opis rupe2nye da ada org rembat dulu. Frust juga la..... Kalau tak sure bole jimat ratus2.
Apa yang aku suke tentang Peg Perego Primo Viaggio ni adalah sesuai digunakan dari newborn sampai la 12months (dlm 13kg). Carseat ni sekali dgn adjustable base. So boleh adjust nak baring ke nak duduk. So nanti bile Khalish da pandai duduk, aku akan adjust bagi seat tu tegak sikit.
Lagi satu, aku suke kaler dia!! Menarik youuu...
Dan yang lebih penting adalah carseat ni ade side impact protection. Masa Damia dulu just guna brand Sweet Cherry. Ok jugak tapi takde side impact protection. Macam keras sikit sbb kain/sarung nye tak gebu..

Buktinye...

Dari rumah babysitter (Kajang) sampai la ke rumah (Ampang), Khalish lena tido. Da sampai pun dia masih tak bangun2. Empokkk sgt agaknye hihi..




Carseat ni beli masa masih mengandungkan Khalish lagi. Sebab dah tau, hari pertama kerja nanti sure kena pastikan Khalish selamat semasa pergi dan balik.
Dengan penggunaan carseat ni juga, pada pendapat aku, kita bole melatih anak2 supaya behave sementara ibu/ayah drive. So nanti bila da besar sikit takde masalah kalau nak bawa diorg kemana2 menaiki kereta.
Pernah juga aku ternampak seorang ibu yg sedang drive sedangkan anak nye yg masih baby hanya diletakkan di sebelah (seat co-pilot). Walaupun tujuannye tak jauh, mungkin ambil masa 2-3minit utk sampai, pada aku, ibu tersebut tak patut buat begitu. Siapa tau, kemalangan boleh berlaku di mana2 tanpa mengira siapa. Jadi kita sebagai ibu dan bapa tak patut mempertaruhkan nyawa anak2.
Nyawa anak2 lebih berharga dari wang ringgit. Ingat tu!
Dan... kalau ade carseat, tapi tak menggunakannya dgn betul pun, tak bagus jugak, kan? Bila letak anak dlm tu, ibu/bapa ni jgn la lupa utk gunakan buckle tu. Itu bukannye sekadar hiasan. Itu utk menjamin keselamatan mereka kalau ada apa2 terjadi.
Selain digunakan di dalam kereta, carseat ni bole juga digunakan sbg carrier mahupun rocker.
Lihatlah kami berpiknik di Taman Tasik Perdana. Just letak je atas meja so that baby pun boleh tgk familynye makan2 sambil berborak dan melihat pemandangan menarik.


Haa.. siap tidoo lagi dlm carseat dia.



Khalish dapat menghirup udara yg segar!! Dan lepas tu terus lena dlm carseat yg empok. Pastikan safety belt telah di buckle ok.

Okeyyy.. sesiapa yang ingin menyertai contest ini sila la berkunjung ke MOMBLOGGERSPLANET.

Terima kasih kepada para penaja hadiah iaitu :

1. PhotoBookMalaysia

2. AliceWonders



"Ibuuu.. harap2 kita menang kali ni. Khalish da bagi pose paling sweeettttt ni. Pihak penganjur sila pilih saye yea..."




Monday, July 6, 2009

Balik kg & Pesta Lampu Merah!

Weekend semalam balik kg suami di Lurah Bilut. Ahad lepas Maghrib bertolak balik ke KL. Dari Bentong da start jammed. Masuk je hiway Karak da tak jammed dah. Mcm biasa la..

Tapi lepas Lentang, jammed tak hingat. Time tu dlm kul 8 pm la.. Ingatkan kejap je. Sekali sampai Genting Sempah pon masih jammed dan keadaan makin teruk pulak sebab nak masuk terowong tu hanya 2 lane. Keta yg dtg ni dari 3-4 lane. Macam biji kacang nak keluar dari leher botol (bottle neck).

Damia dah tido, keletihan agaknye. Khalish pulak, merengek2. Dah menyusu pun merengek. Mata mengantuk. Letak dlm carseat, merengek2 jugak. Da nyanyi mcm2 lagu, merengek2 lagi. Sekali dia menanges kuat, aku terus angkat. Konfemmm..dia poo poo pulak.

Dah menyalin pampers dlm keta pulak. Bau bole tahan. hehe..

Lepas terowong tu kan bole nampak hiway yg belah bukit sana (sape penah/salu lalu karak tau la cemana jalan ni), perrghhh... Tak hengattt punye jammed!! Ni konfem ada eksiden.

Gambar kat bwh ni da lepas hiway bukit2 tu.. da nk sampai kat area kg org asli.




Yups.. memang ada eksiden. Aku nampak dr jauh ada eksiden, terus standby camera nak snap gmbr kononnya. Sekali tengok kejadian...... terus menggegel!!

Bas Ekspress Temerloh (kalo x silap) dgn MPV/Mini MPV (asben kata tu avanza tp aku x pasan)

Kepala bas dengan kepala kereta tu 'bercium' tapi kereta tu dlm keadaan terbalik. Masa tu kepala bas pulak belah driver tu da terbukak/ranap separuh. Maybe abg2 Bomba potong nak kuarkn driver kot.

Aku? Terus menggigil. Tak jadi snap pic. Takut tgk eksiden mcm tu. Dan2 tu terus terimaginasi mcmana kalau kereta kami yg melalui jalan tu time eksiden tu nak berlaku. (mintak dijauhkan..)

Terus aku pandang 2 wajah kesayangan ku yg sedang lena di ulit mimpi dlm carseat masing2.

Damia. Khalish. Aduhaiii.. Kalau Allah duga aku macam kereta tu, aku tak tau mcamana harus aku selamatkan 2 nyawa berharga tu..

Owh.. selebihnya aku x mampu nak cite kat sini. Sebab aku kalau da start berimaginasi tu.. macam2 scene yg kuar. Pastu tetiba kang nanges sorg2.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah aku dan keluargaku, terutama anak2ku. Jangan lah Kau uji diriku dengan ujian Mu yg maha hebat. Aku tak mampu menghadapinya.. Amin.


P/S: Dari Lentang sampai ke tempat kejadian (dekat2 kg org asli/belah kanan hala timur adalah gerai lemang) ambik masa 2 jam lebih. Gile kan??



Friday, July 3, 2009

Kisah Khalish

Khalish da mula belajar meniarap.
Tapi yg kelakar, bila dia mengereng2 sambil berbunyik2 mulut dia. Pastu bila tak lepas
nak tiarapkan badan, terus menanges2.

Owh..maafkan ibu yea sayang. Ibu tak dpt nak tolong.
Kena usaha sendiri.
Semalam petang da bole meniarap sikit cuma tak pandai nak keluarkan tangan yg tersepit bwh badan. Terus menanges.




Dan ibu mintak maaf lagi. Sebab ibu terpaksa baringkan khalish semula.
So kena start mengereng dan meniarap sekali lagi.
Ibu takkan bantu.
Sebab ibu mahu anak ibu berdikari. Sama mcm kakak damia dulu.


Ops.. kakak damia bukan nak hempokkk khalish. Tu dia tgh angkat mainan tu (babywalker punye meja?)
Kena banyak bersabar yea, cayang.
Usaha tangga kejayaan.
Dan..
Usaha Jaya MARA
UiTM DiHatiku....
ngehngehngehhhhh...