Monday, July 6, 2009

Balik kg & Pesta Lampu Merah!

Weekend semalam balik kg suami di Lurah Bilut. Ahad lepas Maghrib bertolak balik ke KL. Dari Bentong da start jammed. Masuk je hiway Karak da tak jammed dah. Mcm biasa la..

Tapi lepas Lentang, jammed tak hingat. Time tu dlm kul 8 pm la.. Ingatkan kejap je. Sekali sampai Genting Sempah pon masih jammed dan keadaan makin teruk pulak sebab nak masuk terowong tu hanya 2 lane. Keta yg dtg ni dari 3-4 lane. Macam biji kacang nak keluar dari leher botol (bottle neck).

Damia dah tido, keletihan agaknye. Khalish pulak, merengek2. Dah menyusu pun merengek. Mata mengantuk. Letak dlm carseat, merengek2 jugak. Da nyanyi mcm2 lagu, merengek2 lagi. Sekali dia menanges kuat, aku terus angkat. Konfemmm..dia poo poo pulak.

Dah menyalin pampers dlm keta pulak. Bau bole tahan. hehe..

Lepas terowong tu kan bole nampak hiway yg belah bukit sana (sape penah/salu lalu karak tau la cemana jalan ni), perrghhh... Tak hengattt punye jammed!! Ni konfem ada eksiden.

Gambar kat bwh ni da lepas hiway bukit2 tu.. da nk sampai kat area kg org asli.




Yups.. memang ada eksiden. Aku nampak dr jauh ada eksiden, terus standby camera nak snap gmbr kononnya. Sekali tengok kejadian...... terus menggegel!!

Bas Ekspress Temerloh (kalo x silap) dgn MPV/Mini MPV (asben kata tu avanza tp aku x pasan)

Kepala bas dengan kepala kereta tu 'bercium' tapi kereta tu dlm keadaan terbalik. Masa tu kepala bas pulak belah driver tu da terbukak/ranap separuh. Maybe abg2 Bomba potong nak kuarkn driver kot.

Aku? Terus menggigil. Tak jadi snap pic. Takut tgk eksiden mcm tu. Dan2 tu terus terimaginasi mcmana kalau kereta kami yg melalui jalan tu time eksiden tu nak berlaku. (mintak dijauhkan..)

Terus aku pandang 2 wajah kesayangan ku yg sedang lena di ulit mimpi dlm carseat masing2.

Damia. Khalish. Aduhaiii.. Kalau Allah duga aku macam kereta tu, aku tak tau mcamana harus aku selamatkan 2 nyawa berharga tu..

Owh.. selebihnya aku x mampu nak cite kat sini. Sebab aku kalau da start berimaginasi tu.. macam2 scene yg kuar. Pastu tetiba kang nanges sorg2.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah aku dan keluargaku, terutama anak2ku. Jangan lah Kau uji diriku dengan ujian Mu yg maha hebat. Aku tak mampu menghadapinya.. Amin.


P/S: Dari Lentang sampai ke tempat kejadian (dekat2 kg org asli/belah kanan hala timur adalah gerai lemang) ambik masa 2 jam lebih. Gile kan??



2 comments:

As said...

mak aii... jammed giler... x ngamuk ker damia n khalish...
sure penat kan....

Sue said...

tu la as. alhamdulillah, sume ok. mula2 je pening sket sbb damia lom tido, khalish pulak nk susu bagai.

bila sorg da tido, aman sikit. hehe... tapi penat jugak la meriba khalish tu, badan leh tahan semangatnye. dah cuci montot dia n bagi susu, just letak dlm carseat then dia tido...

baru la amannn dunia. hehe. siap nyanyi2 ala karaoke utk elak asben mengantuk. lagi suara x sedap, lagi segar la biji mata dia. hehe