Friday, July 23, 2010
Macamana nak didik anak?
Kalau dalam Islam, tanggungjawab menjaga dan mendidik anak memang lah tanggungjawab si ibu. Tapi Islam itu mudah. Kalau si ibu pun bekerja, jadi tanggungjawab perlu lah dipikul bersama2 dengan si bapa. Mudah kan? Cuma yang susah tu adalah penerimaan sesetengah orang. Bukan setakat menjaga dan mendidik anak2, tapi urusan keluarga termasuklah rumahtangga perlulah dipikul bersama.. baru lah keluarga bahagia namanya!
Mungkin pada yang belum berkahwin..belum ada anak.. apatah lagi mungkin ada yang masih bersekolah lagi sebenarnya.. berfikiran dan beranggapan menjaga dan mendidik anak ni perkara yang mudah! Cuba try testt tengokkkkk..........!!!
En.suami kata masa zaman kecik2nya.. pantang silap sikit terus kena libas. Ermmm itu memang biasa la kan. Aku pun dulu rajin gak kena libas. Hehehe.. Tapi adakah kita nak buat perkara yang sama pada anak kita? Pada aku, yang memang ingat dan masih segar dalam ingatan hal2 zaman kanak2 aku, aku tak nak apa yang aku kena, anak pun kena jugak.. takkan lah perkara kecil pun sampai nak buat anak sakit. Nanti lama2 budak pun akan membenci kita. Dendam. Yea.. budak2 akan berdendam sampai ke tua nanti. Aku tak mau itu!
Tapi kalau ada yang kata aku tak pandai jaga anak.. tak pandai didik anak sebab tu anak nakal dan banyak mulut... meh sini nak tanya. Anak tu anak aku sorang ke? selalu bila kes2 macam ni, ibu yang dipersalahkan... Tak baik taw... Ko da kawen, da ada anak sok.. baru la ko tau nasib ko.
Bila mood tak stabil, hati resah... macam2 masalah dalam kepala.. rasa masa tu jugak nak jumpa kawan aku sorang ni. Kawan dari sekolah lagi. Tapi baru2 ni jumpa, tak sempat nak cerita panjang. Dia pun seolah2 tau ape gelodak di hati aku. Insyaallah.. bila ada kesempatan, kita berkongsi cerita yea, kawan... sharing is caring, right?
Bila ada masalah... dgn siapa kita nak bercerita? Ada orang, dengan suaminya. Nasib la dpt suami yang sudi nak mendengar. Hehe.. Macam aku, haiihh... pendam la sorang2. Bila sesekali berjumpa kawan lama, baru lah lega rasanya... Ermm dah lari dari tajuk ni. Tapi tak pe la, sekurang2nya hilang sedikit resah di hati.
Tuesday, July 20, 2010
Pameran Hartanah
- Pertandingan Mewarna
- Pertunjukan Muay - Thai
- Pelbagai booth jualan
- Ada booth utk Susuibu.com
Dan paling penting di Fiesta ni nanti adalah pameran hartanah. Kalau tak silap, ada 18 buah syarikat developers yang terlibat dalam pameran tu nanti. Dan kalau tak silap juga total exhibitors ada dekat 100 jugak la...
So sape2 yang berhajat nak beli rumah kat area Kajang ni boleh la datang beramai-ramai ke Fiesta yang berlangsung dari Jumaat 30 Julai hingga Ahad 1 Ogos, 2010. Lokasi adalah di Dataran Prima Kajang.. dekat dengan Giant Prima Saujana. Boleh google maps ok.
*area Kajang bermakna semua hartanah di dalam kawasan Cheras-Kajang-Bangi-Semenyih. *
Dan FYI juga, harga rumah double-storey kat area Kajang ni paling murah pon dalam 260k. Tu untuk new development ok. Kalau nak belah2 Bandar Mahkota Cheras tu, the latest project punya harga untuk double-storey intermediate pun dalam 400k. So kalau nak murah2 tu kena la duduk di ceruk dunia.. eh silap.. kang tak pepasal kena saman pulak. Melainkan kaum family mmg dah duduk di area Semenyih/Beranang.. memang bernasib baik la sbb rumah area situ masih dikira murah lagi...
Ok jangan lupa kawan2.....
Fiesta Kajang 2010
30hb Julai - 1hb Ogos 2010
Dataran Prima, Prima Saujana, Kajang
Monday, July 19, 2010
Monday itu Biru
Monday Blues...?
Tapi memang selalunye hari Isnin buat mood tak menentu. Mood nak bekerja tu belum 'marii' lagi.. huhuhu.. Internet kat office pulak dah nk masuk 3 minggu asyik down je. Time2 mood tak marii ni selalunye aku akan buka Internet dan surf pekeliling2 yang baru * dan jugak yg lama *. Kemudian print-out dan simpan dalam fail. So kalau nak audit nanti senang la kerja, tak payah nak cari2 lagi.
Weekend... ermm tak de apa yg menarik. Sabtu bangun lambat.. rasanya dlm kul 9pagi kot.. anak2 dah bangun dan main2 kat luar bilik. Nasib la duduk dgn mak lagi. Hihihi.. aku biarkan aje diorang main2. Aku pulak malas sgt nk bangun sbb malam tu tido pun lambat sbb ikut pergi operasi. Operasi apa??? Hehehe tapi bukan operasi cegah maksiat la. Nanti kalau da dapat gambar nanti aku tepek kat sini ek...
Skarang ni, dalam hati
Ok pasal Khalish pulak, skarang ni da pandai 'gaduh'. Kalau damia marah dia... nanti dia kejar damia dan babab akak dia tu. Hehe.. comel tau! Pastu dia sendiri menangis guling2... Pastu kalau damia babab adik dia yg nakal tu *padahal damia lagiiiiii nakal* nanti aku pun akan buat2 marah damia sbb babab adik dia. Pastu aku akan pujuk2 manja khalish sbb kesian dia kena babab. Pastu khalish pon akan pura2 menangis sambil tutup2 mata dgn tangan. Comel kan....? hihihi...
Ok la.. seperti biasa. Tiada gambar. ehehheheh....
Tuesday, July 13, 2010
Karihome
'Adik suke susu ni je...... sambil menyusu bole belek2 dan picit2 sebab 'botol' ni lembutt sangattt'
*gambar fail = gambar lama :d
Thursday, July 8, 2010
Fenugreek Seed For Sale!!! SOLD
Actually beli coz nak try up kan susu. Fenugreek a.k.a Halba. Tapi rupanya tak sesuai utk diri ku sbb badan jenis banyak angin. So mmg tak menjadi. Da makan tak sampai 10 kapsul pon. Nak let go daripada terbuang begitu saja.
Retail Price : RM62.90
My Price : RM50 inc. postage!
Tuesday, July 6, 2010
Nursing Bra Vs. PB
Masa dalam pantang, saya pakai nursing bra yang takde wire. Dengan boobies penuh susu, tahu2 je la.. selambak ok! Hehehe.. Memang la mudah nak menyusukan kalau pakai nursing bra. Tapi ia tak membantu untuk menegangkan breast langsung!
Tips yang saya jumpa utk elak breast kendur adalah dengan mengampu buah dada semasa menyusukan anak. Lenguh tangan weiiiiihhhh..........!!!
Tapi bila aku dah mula beli dan pakai PREMIUM BEAUTIFUL... Wallllaahhhh!! Dah takde lenguh2 tangan dahhh kalau nak breastfeed anak. Nak menyusukan pun mudah je. Tak payah nak buka2 bra bagai... Caranya: Selak je bra yang cover boobies tu tanpa melonggarkan talinya.
Kalau pakai bra biasa pun, kita terpaksa longgarkan tali atau tarik tali ke luar bahu (tepi lengan). Tapi kalau pakai PB, tak payah dahh.. Mudah kan?
Sebelum ni, saya pernah pakai jenama corset yang glamer jugak di pasaran. C*ony. Seller tu kata kalau nak menyusukan anak just tarik cover tu dari wire. Means dia ada buat belahan so that kita boleh tarik. Tapi saya rasa susah sangat. Kalau orang yang boobies kecik tu, boleh la kot. tapi kalau yang besar? Macam saya..?? Payahhhhnyeeeee.. rasa terkepitt je boobies. Betul.. sumpah tak tipu!!
Tapi dengan PB, amat2 selesa. Tak perlu nak ampu tangan kat breast tu. PB membantu kita mengampu breast semasa kita menyusukan anak.
Dan lagi satu, masa anak yg pertama, pakai lah bengkung ikat macam tali kasut tu. Mula2 pakai memang la kemas dan ketat. Tapi bila dah duduk-bangun-duduk-bangun, bengkung pun mula longgar terutama di bahagian pinggang ke atas (pakai sampai bawah dada).
Tapi bila dah ada PB dan merasa pakai dalam pantang.. Best sangat2 sebab PB boleh grip badan kita dari atas sampai bawah. Pakai dalam tempoh 8jam pun tak longgar2 :D
Cara nak pakai PB pun mudah. Mula2 pakai sendiri.. ambil masa dekat setengah jam juga. Tapi lepas 2-3 kali pakai, dalam 10minit dah siap!
Lagi satu yang saya suka dengan PB ni adalah jaringan yang terdapat di bahagian girdle. Jaring ni berfungsi untuk memulihkan masalah keputihan, masalah alat sulit berbau, membantu mengetatkan dan mengatasi kegatalan.
So untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan cahayamata atau sedang menyusukan anak, apa tunggu lagi?? Dapatkan PB daripada authorized dealer. Atau boleh hubungi saya untuk mendapatkan set PB anda!!!
Call : 017-276 8818
Monday, July 5, 2010
Weekend kami
Weekend sangat best. Sebab sejukkkk.. musim hujan katakan. Tido malam pun kesejukan. Tapi anak dara dan anak bujang sangat2 tak suka tido berselimut. Damia memang akan mengamuk kalau tau diri dia diselimut. Khalish pulak, dah pandai bukak selimut kalau aku selimutkan dia. Even tgh tido pun dia leh rasa n terangkat2 kaki dia nak buka selimut. Kadang2 stokin pon dia nak bukak. Padahal aku da gigil kesejukan. Tu baru pasang kipas... belum ekon lagi.
Hari Ahad petang kami ke Cheras Leisure Mall. Plan nak tengok wayang, citer ZOO. Skang ni kalo tengok wayang bawak anak2 kena la tengok cerita yang budak2 boleh layan. Itu pun lagi 15minit nak abis, damia da bising2 nak keluar beli popcorn. Terpaksa kelentong dia kata orang jual popcorn tu tutup... bagi contoh orang sekeliling yang duduk diam2 sambil tonton wayang. :p
Overall.. cerita tu, biasa2 aje. Cuma kelakar la.. Tergelak2 jugak satu panggung tu. Tapi Da*vid Teoh sure bole untung, coz nak buat filem ni pun rasanya tak guna modal yang banyak untuk bayar pelakon. Balik2 pelakon yang sama. Adalah dalam.. tak sampai 10 orang kot.
Khalish, sepanjang dalam panggung dia tertidur. Eh tapi kan yang aku geramnya.. sebelum wayang start mesti la diorang tayang gazzete untuk coming soon punye movie kan. 1st gazzete (camni ke eja?) je dan mengerikan. Cerita 'MANTRA'. Gile serammmmm...... Dengan speaker kemain kuat lagi, sampai aku terpaksa dakap dan tutup telinga khalish. Damia pun peluk ayahnye...
Owh tapi yang aku rasa nak tengok nanti adalah cerita MAGIKA. Macam besttttt je... ala2 khayalan punye cerita. Fantasy! ehehe..
Eh ok la.. banyak pulak merapu. Nak tepek gambar Damia n Khalish, harap maaf la ye. Selalu snap guna handphone. Tapi handphone punye camera sudah tak bole pakai. Tak tau kenapa. Camera pun da buat hal. Tak sabarrr nak beli yang baru!
Ok bye!