Friday, July 23, 2010

Macamana nak didik anak?

Kawan2 yang dah kawin... dah ada anak.. mesti tau kan betapa susahnye nak menjaga dan mendidik anak2 ni. Kalau anak tu jenis diam dan dengar kata je.. memang bertuah badan la. Tapi kalau yang jenis lasak dan aktif ditambah lagi dengan mulut yang tak reti diam, macamana pulak tu?

Kalau dalam Islam, tanggungjawab menjaga dan mendidik anak memang lah tanggungjawab si ibu. Tapi Islam itu mudah. Kalau si ibu pun bekerja, jadi tanggungjawab perlu lah dipikul bersama2 dengan si bapa. Mudah kan? Cuma yang susah tu adalah penerimaan sesetengah orang. Bukan setakat menjaga dan mendidik anak2, tapi urusan keluarga termasuklah rumahtangga perlulah dipikul bersama.. baru lah keluarga bahagia namanya!

Mungkin pada yang belum berkahwin..belum ada anak.. apatah lagi mungkin ada yang masih bersekolah lagi sebenarnya.. berfikiran dan beranggapan menjaga dan mendidik anak ni perkara yang mudah! Cuba try testt tengokkkkk..........!!!

En.suami kata masa zaman kecik2nya.. pantang silap sikit terus kena libas. Ermmm itu memang biasa la kan. Aku pun dulu rajin gak kena libas. Hehehe.. Tapi adakah kita nak buat perkara yang sama pada anak kita? Pada aku, yang memang ingat dan masih segar dalam ingatan hal2 zaman kanak2 aku, aku tak nak apa yang aku kena, anak pun kena jugak.. takkan lah perkara kecil pun sampai nak buat anak sakit. Nanti lama2 budak pun akan membenci kita. Dendam. Yea.. budak2 akan berdendam sampai ke tua nanti. Aku tak mau itu!

Tapi kalau ada yang kata aku tak pandai jaga anak.. tak pandai didik anak sebab tu anak nakal dan banyak mulut... meh sini nak tanya. Anak tu anak aku sorang ke? selalu bila kes2 macam ni, ibu yang dipersalahkan... Tak baik taw... Ko da kawen, da ada anak sok.. baru la ko tau nasib ko.

Bila mood tak stabil, hati resah... macam2 masalah dalam kepala.. rasa masa tu jugak nak jumpa kawan aku sorang ni. Kawan dari sekolah lagi. Tapi baru2 ni jumpa, tak sempat nak cerita panjang. Dia pun seolah2 tau ape gelodak di hati aku. Insyaallah.. bila ada kesempatan, kita berkongsi cerita yea, kawan... sharing is caring, right?

Bila ada masalah... dgn siapa kita nak bercerita? Ada orang, dengan suaminya. Nasib la dpt suami yang sudi nak mendengar. Hehe.. Macam aku, haiihh... pendam la sorang2. Bila sesekali berjumpa kawan lama, baru lah lega rasanya... Ermm dah lari dari tajuk ni. Tapi tak pe la, sekurang2nya hilang sedikit resah di hati.

2 comments:

Enis said...

Su, mendidik anak tak semudah a, b, c... juga tak semudah kata... Pepatah orang dulu2 "menjaga kambing sekandang lagi senang daripada menjaga anak seorang '...

Fikir positif, lebih baik ada anak yang aktif dan banyak mulut...Ibubapa diluar sana yang melihat anak mereka terbaring, tidak boleh berjalan, bercakap dan mendengar, rindukan anak2 mereka seperti anak2 kita yang sempurna..

Kita ibu bapa patut bersyukur dengan anak yang dikurniakan Allah...Kita sebenarnya belajar banyak perkara dan menjadi lebih matang dan tabah dek kerana keletah2 mereka tu.

Jangan peduli apa orang kata...kerana bila terlalu memikirkan pasal orang, kita tak akan sempat memikirkan tentang diri kita sendiri...

Banyakkan berdoa pada Allah agar kita beroleh keluarga yang sempurna. Ayah memang kurang sabar dalam mendidik anak2, sebab itulah tanggungjawab diberikan pada Allah kepada Ibu. Ganjarannya, Allah mengatakan bahawa kemuliaan seorang ibu adalah 3 kali lebih daripada seorang ayah...

Semoga Su menjadi ibu yang terbaik buat anak2... jadilah kawan kepada mereka selalu...

Sue said...

betul tu kak enis. thx for ur support!! sue cuma pekakkan telinga, tuli kan mata... kenapa kita nak didik anak ikut cara orang lain pulak, betul tak? kita as a parent lah yg lebih tau apa yg terbaik utk anak kita..

thx kak enis...