Kali ni nak cerita pasal bfeeding pulak. Stock memang dah tak ada langsung. Tapi Khalish masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah walaupun tak dapat buat stock, khalish masih lagi dapat menikmati susu yang paling sedappp!
Skarang ni, cuma dapat pam hari ni untuk minum esok hari. Itu pun waktu lunch biasanya aku akan hantar susu perahan yang aku pam waktu pagi dan tghari di ofis, ke rumah babysitter. Nasib baik dekat je.. Waktu balik kerja, sedaya upaya ku curi masa utk pam. Kadang nak bangun malam sure terlajak tak sedar. Sedar2 da pukul 5.15pagi. So waktu subuh tu sempat la pam sambil2 gosok baju. Topup la dgn yg pam semalamnya balik dari kerja tu...
Mencabar sungguh rasanya skarang ni. Last 2 weeks terpaksa beli formula utk standby. Kalau tak cukup sangat2 baru babysitter buat. Sehingga hari ni, baru 2 kali babysitter bagi susu tu. Biasanya hari Jumaat la, petang tu mesti tak cukup punye. Tapi Khalish tak suke susu baru tu. Tak sedap katanya.. ekkekke... ni saje je aku tambah. Tapi dia macam reject la.. maybe sebab susu tu pekat kot.. kalau susu badan ni kan molekulnye lebih halus.
Memandangkan Khalish allergic susu lembu, jadi aku telah beli susu lain utk standby (kalu boleh mmg tanak bagi):
KARIHOME
Susu ni aku tau masa dalam flight ke Kuching. Steward tu cerita, anak dia minum susu ni. Bagus la ape la... macam2 la kan. Then aku pun try la... Tapi nampaknya Khalish memang taknak. Tak pe la dik.... minum kalau susu ibu tak cukup je utk supply kat umah ibu min ye dik.... tapi ibu akan tetap usaha utk banyakkan susu ibu.. ibu makan macam2.. da macam kambing da ibu ni dok makan sayur dik oi... ehhe..
Tapi bila Khalish da besar sikit ni.. yang seronoknye masa bfeed adalah aksi dan gaya dia. Kadang2 tu dia datang kat aku yang tengah duduk kat atas sofa. Then dia duduk pulak atas peha aku, mengadap muka ibunya sambil tangan sibuk bukak baju aku. Pastu tak sempat2 aku nak landingkan dia, dia terusss je nyot nyot.. ahahha.. kelakar ok! Tapi gambar takde pasal hp nye camera da prob.
'Adik suke susu ni je...... sambil menyusu bole belek2 dan picit2 sebab 'botol' ni lembutt sangattt'
*gambar fail = gambar lama :d
7 comments:
syok kan pengalaman BF ni..harus halangi segala dugaan dan cabaran! hope khalish terus dpt merasai kenikmatan susu tuuuu! ^_^
atleast khalish dh setahun.kira ok gak tu
mamalieyna,
yups..bf ni byk dugaan dan cabaran. kadang hampir putus asa jugak la.. tp demi anak, bangkit semula :)
*****
gee,
yups.. at least dia dah setahun lebih merasa fully bfeed. so tak la regret sngat...
Usaha Su, jangan putus asa...sacrifice for Khalish k.
Cian dia, budak kecik...
insyaallah kak... hari2 doa supaya tak putus susu... supaya rezeki khalish pun tak putus
cute sangat :):) insyaallah kuat semangat, kuat mengepam mesti capai target sampai 2thn.
thx k.mieja.... k.mieja lah sumber inspirasi ku... :)
Post a Comment