Wednesday, September 29, 2010

Semalam baru dapat rasa rendang emak raya kali ni

Hari Isnin tu hari last mak puasa 6. Bila mak terfikir-fikir nak masak apa untuk hari rayanya tu, aku apa lagi... aku suh mak masak rendang la. Sebab raya hari tu tak merasa pun lagi rendang mak, sbb raya belah mertua kan...

so bila mak dah merendang tu, aku pun bercadang nak buat kuah lodeh ngan kuah kacang. Bawak kat opis makan ramai2. Fuhh pasti sedap!

So pagi selasa tu, damia siap bertambah2 makan nasi impit dgn rendang opahnya, walaupun pedas. pastu kuah lodeh aku bekalkan untuk damia bawa ke rumah ibu min. Damia request nak bawak jugak rendang. So bekal dia dan adik pagi tu adalah nasi impit + rendang + kuah lodeh. Aku bawak ke opis jugak... benda yg sama + kuah kacang. Then aku invite kwn2 yg rapat untuk sama2 makan... Nyummm nyummm...

Since hp prob, so gambar pun amik dari google je lah ye :D





pic dari kak hanieliza



Pic dari mamafami
Masa kat Pahang, pak mertua buat rendang minang. Aku rasa tak puas makan sbb rendang minang kan jenis kering.. Kalau rendang mak buat, mcm gambar kat atas ni lah lebih kurang... sedap makan walau dgn roti sekalipun. Kalau ayam/daging habis pun, saki baki tu masih boleh lagi dimakan dgn nasi. Tu yg sedap tu.. pastu pulak ada daun kunyit. Wangiii je. Sampai masa nak jemput damia balik pun dia sibuk nak nasi impit dgn rendang lagi. Khalish makan nasi impit dengan kuah kacang, siap bertambah2 pagi tu. Kat rumah ibu min pulak, berulang kali dia makan nasi impit dgn kuah lodeh.
Owh.. kuah lodeh tu aku yang masak sendiri. Kawan-kawan kata sedap. Ibu min (babysitter) pun kata sedap. Siap tanya cemana aku masak sbb dia masak lain rasanya. Hehehe.. Resepi yg ringkas sangat2 sbnrnya. Bila aku bagitau, dia pun macam tak percaya. Sebab apa?
Sebab.... aku cuma guna kunyit hidup dan lengkuas yang ditumbuk lumat, kemudian tumis. Pastu masuk je la santan. Yang lain2 lepas tu, tentu kawan2 pun terer kan.. Memang tak pakai bawang langsung pun! Taruk la udang untuk rencah.. baru tambah sedap.


Monday, September 27, 2010

Kepada pemilik pengguna no. telefon ini:

010-263 6869

Hari ni dah raya ke-18. Penattt saya tunggu awak nak datang beraya. Kata nak berhari raya dan bermaaf-maafan sesama kita. Bile ni? Tiket flight dari Labuan dah habis ke atau tak sempat booking awal2? Ehhh tapi info terbaru yang saya dapat, awak bukan kat Labuan. Hehehe... Rupanya awak berada sekitar Lembah KLang je. Weekend ni saya buat open house. Datang lah dengan kawan-kawan yang awak declare sama-sama bersubahat dalam menghantar sms fitnah tu. Jangan lah takut.. awakkan kata awak cuma orang tengah dan tolong taipkan sms tu je. Lagipun saya dah sampaikan salam kemaafan ikhlas dari awak tu kepada SI DIA. Tentu dia pun dah maafkan keterlanjuran awak. Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya. Tak gitu??

Meh la datang beraya... Awak pun yang beriya-iya nak berkenalan dengan saya. Eh awak kata nak duit raya kan? Meh la datang... kang kempunan pulak. Saya ada menu spesial.. Lemang periuk kera. Import jauh ni.. hehehhehe... Haaa Si Dia pun datang nanti. Boleh lah kalau nak salam ampun peluk cium ke.. hihihihi... kena ingat tau. Dosa memfitnah tu lagi besar dari dosa membunuh. Eh da macam kes Datuk Sosilawati pulak... Kot ye pun janganlah off kan hp. Susah saya nak hantar sms jemputan. Tu yang tulis kat blog ni.

Eh tak sudi nak datang ke? Tak pe la.. saya boleh datang beraya rumah awak. Alamat pun dah ada. Dalam dunia ni sekarang apa2 pun cuma dihujung jari je. Semua boleh dapat. Macam-macam adaaaaa.... kerja terkutuk awak pun dah mula dari bulan Februari lagi kan? Oklahh.. jangan lupa datang rumah ye. Saya pun dah maafkan awak pasal kata2 awak nak santau saya sekeluarga. Orang yang tak tinggal solat macam awak (awak yg kata) tentu tak buat perkara yang tak baik, kan. Bukan ke..solat & amalan baik kita menghalang kita dari berbuat perkara yang mungkar?


p/s: Kepada kawan-kawan yang budiman sekalian, Insyaallah dalam masa terdekat nanti akan di siarkan sms-sms daripada orang yang tak takutkan Allah ni. Dan anggap dunia ni dia yang punya. <---- berdasarkan permintaan kawan2 juga utk baca sms tu :)

Wednesday, September 22, 2010

Ini lah rupe Lemang periuk kera!

Image : Google


Haaa.. macam ni la lemang periuk kera. Pulut dimasukkan dalam periuk kera betina. Bukan jantan tau sebab bentuk periuk jantan dan betina adalah berbeza.

Periuk jantan bentuknya panjang2. (jantannn kan.. hihihihi)
Periuk betina pulak bulat dan pendek. (baru lah comel..)

Tapi kalau dapat makan yang fresh baru lepas masak tu sure sedap kan. Makan panas-panas..
Ari tu dpt yang dah sejuk. Tak pe la.. janji dapat!



p/s: Owh bukan dtg dari Mentakab. Lemang periuk kera ni adalah tradisi orang Muadzam Shah....

Tuesday, September 21, 2010

Tidak kempunan lagi :)

Terima kasih kpd en.suami sbb berjaya dapatkan apa yang aku idam-idamkan semenjak mengandungkan Khalish dulu. Lemang periuk kera! Akhirnya pada hari raya ke-2 dapat juga aku merasa benda tu. Tak tau dapat dari mana. Katanya ada kawan yang bawakan dari Mentakab. Dapat 2 ketul tapi aku makan seketul je.. dah nama mengidam, bukan nak makan sangat pun. Nak merasa je sebenarnye...

Lemang periuk kera? Ermmm biasa je rasa dia. hehe..... tapi puas hati la dapat tengok lemang dalam periuk kera tu. Comel sangat. En.suami siap cakap 'tanak snap gamba letak kat blog ke?' Muahahahaha... kalo kamera hp ni elok, mmg aku da snap. Ni gambar raya pun tadek... apatah lagi lemang periuk kera di tangan aku.

Ok. Sekarang damia sibuk bercerita.

Damia ada 2 adik.. (sambil tunjuk 2 jari). 1 adik khalish amsyar. lagi 1 adik khalish amsyar jugak tapi dalam perut ibu.

heheheh...dia konfius la tu. Ermmm dia mmg nk baby. Sebab selalu dia pegang usap2 perut aku. Kadang2 bila aku usap perut sendiri, damia nampak dan terus tersenyum. Tak sabar la tu. Bole kata tiap hari tanya 'bila baby kecikkkkk (sambil tunjuk jari kelingking) nak kuar? mia nak dokong'

Sabar ye sayang... :)

Selepas raya

Alhamdulillah.. dah beraya pun kita. Tahun ni kami beraya di Bentong, Pahang. Meriah juga la sebab ramai budak2 kan... Damia ngan khalish pun seronok dapat beraya sana sini.. Aku pun takde plan nak duduk sana bape lama. Sebab cuti pun panjang.. Tapi malangnya raya ke-4 aku dah memaksa diri untuk balik ke KL. Ikutkan damia, masih nak beraya di kg. Sebab seronok ada orang melayan dia bwa ke sana sini naik motor. Tak lekat kat rumah langsung!

Tapi aku pun pelik. Sebab masuk hari ke-3 je sure badan naik gatal2. Kat sana panas pulak tu.. cuma raya pertama je hujan. Bila badan berpeluh, mula la tangan, kaki, leher naik gatal2. Gatal yang aku rasa nak menangis tau. Memang tak tahan. Mungkin sebab panas kering.. pastu dekat dengan kilang getah. Maybe jugak la kan sbb kilang tu ada kuarkan bau2 getah tu. Eh pandai2 je aku ni... tapi tu la. Aku pun pelik sampai la ke hari ni. Tapi aku pun mmg jenis yang cepat je naik allergic. Damia pun sama.

Balik ke KL, esok tu dapat juga la beraya rumah kakak kat semenyih. Dan dapat juga badan ni rehat2. Alahai.. tahun ni gambar raya sekeping pun takde. Hp aku pulak dah jahanammm... pantang bercadang nak tukar hp, mula la buat hal.

Btw, damia sekarang ni makin becok. Sampai tersedak2 aku minum air dengarkan dia bercakap. Nak tauu apa yang dia cakap? Meh sini....

Situasi pertama : Pagi raya, di meja makan kat dapur, aku tengah potong nasik impit, Pak mertua baru balik masjid dan duduk kat meja makan sambil hisap rokok. Kemudian damia pun datang......

Damia : Atok... nape isap rokok kat sini?
Atok : kat luar ujan.... isap la kat sini
Damia : ye la.. nape isap kat dalam rumah ni? Isap la rokok kat luar.. kan asap ni.. bla bla bla (ntah ape dia bebel tah)
Atok : (diamm je.. tergezut kot dgn soalan cucu)

Aku pun nak tergelak. Ntah cemana dia leh cakap camtu tah. Sabo je la budak ni.




Situasi kedua : Damia ikut family Tok Cik pegi beraya. Ni adik ipar yang cerita. Masa kat satu rumah nenek ni, tokcik isap rokok dalam rumah tu sambil berborak2, pastu damia duduk sebelah tokcik dia.

Damia: atok.. jangan lah isap rokok dalam rumah ni. Nanti kang terbakar kang rumah ni... pegi la isap kat luar..

Tokcik : hehehhe...........



Aku yang mendengar cerita ni, tegelak terbahak2. Kelakar betul la budak sorang ni tau. Dia memang jenis selambe je nak sound orang. Masa pegi beraya rumah kakak aku pulak kat semenyih, makngah dia tu sibuk memasak kat dapur utk jamu org nak dtg beraya. Sure la dapur bersepah.. damia selamba je kuar masuk dapur pastu dia bagi se-das:

ishhh dapur ni bersepahhh la... sana sini bersepah... -damia

Muahahahhaha... berasap je telinga makngah. Sori la yea makngah. Kehkehkeh.... bijokk sungguh anak dara i tu..

Owh ya, lagi satu... kat shoutbox sebelah tu dah ada orang wish congrats. Agaknye dia dapat berita dari Az-Zahrah kot. ekekekke... ye la.... aku pun tak reveal lagi kat blog ni. Cuma kat FB je dah.. Perasan tak lately ni aku jarang update blog? Hehe mmg hari lain pun jarang je update. Tapi kali ni mmg perasaan tu nak update tapi kepala blank. Dan lately ni pun aku penah blog pasal susu badan yang tak mencukupi. Semua itu adalah satu petanda.

yea.. satu petanda! Aku baca kat blog Mama Miya. Dia cerita petanda2 itu. Dan satunya da kena pada aku. Tapi aku buat tatau je lagi. Dgn harapan, tak betul la hendaknye. Tapi apakan daya. Sebelum kami pergi bercuti ke Kuching, aku telah disahkan PREGNANT!!!! Alhamdulillah dengan rezeki ni. Tapi kali ni dengan usia yang da cecah 30. aku rasa badan tak kuat sgt, muntah2 walau tak teruk pun mcm org lain, tapi over la dari previous pregnancies.

Cuma masalahnye, aku tak ingat langsung 1st date of my last period. Cemana nak cek EDD? So bergantung pada scan je la. Da 2 kali scan, 1st edd 25/3/11. Then 2nd time scan, edd 15/3/11. Hehe.. so aku pun tatau aku da masuk bape bulan skang ni. Maybe 3mos++ la kot......

Actually, tak bersedia lagi la kan. Tapi pikir balik, Allah ada sebabbnya kenapa dia bagi kami rezeki ini. orang yang baik ni memang murah rezeki, kan? ehheheh... Ok la nanti cite pasal pregnant n bfeeding. :)

Tuesday, September 7, 2010

gi IPD Kajang tadi..

Hari ni lst day bekerja sebelum bercuti. Yea...!!! Mood pun dah mood bercuti. Tapi hari ni agak letih jugak la sebab menunggu lebih 1 jam di IPD Kajang tadi. Temankan kawan nak buat police report. Dah lepas report, kena tunggu Investigation Officer pulak. Haihh... membazir waktu begitu saje hari ni. Tapi tak pe... yang penting usaha kami nanti berbaloi.

Masa kat IPD tadi, ada la sorang budak skolah form 2 kena tangkap. Sebab dia curi barang kemas emak dia yang aku dengar2 bernilai RM25k. Tapi budak tu dah jual barang tu dengan harga RM300!!! Phewww... kalu aku jadi emak budak tu, berpeluh2 aku tau.. Menangis air mata darah! Tapi kalu aku jadi yang tukang beli, walllaaahhhhhh.... menghelip-ghelip lah lengan aku tahun ni. ekekke....

Oh ya! Kami ke IPD sebab ade satu kes. Tak sangka di bulan yang mulia ni pun masih ada insan yang tak tahu bersyukur.. masih nak berdengki sesama manusia. Menabur fitnah kepada seseorang. Aduhaiii.. kesian betul orang-orang yang macam ni. Ermm.. macam entry aku yang lepas2, kalau kita tengok orang lain tu hidup senang lenang jangan lah pulak kita mendengki siap tabur fitnah bagai... Ni kes tak boleh tgk hidup orang senang la ni. Macam-macam hal..

Yang penting, laporan polis telah dibuat. Cuma dalam proses untuk lantik lawyer je. Tapi bukan kes aku la sbb.. aihh sape lah haku ni! ehehe.. Ni kawan baik kat opis aku.. ramai sangat yang dengki dengan kerjaya.. kemewahan yang dia ada.. Ntah la.. susah nak cakap! Kalau lah orang yang buat fitnah tu baca blog ni.. aku cuma nak cakap.. pagi raya nanti makan ketupat dan lemang tu elok2 sikit. Takut kang tetiba polis datang rumah bawak gari.. tercekik pulak lemang tu dengan buluh2nya sekali... heheheh...

Apa2 pun.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Monday, September 6, 2010

Melayan anak

1st conversation between me & Damia:

Me: Mia.. nape petik bunga..daun? Tak baik tau tak
Mia: Bukan mia petik. Mimi yang petik.. Mimi suruh Mia.
Me: Ye la.. pasni jangan petik2 bunga lagi.
Mia: Napeee....
Me: Siann bunga tu.. daun tu.. dia nak hidup juge. Kalau mia petik nanti dah tak cantik. Dia tak dapat hidup
Mia: Owh.. ok..


2nd conversation on the next day:

Masa dalam toilet tengah cuci poo poo Damia

Mia: Ibu.. tu ta*k mia. Jirus la..
Me: Ye la.. tau la kejap lagi ibu jirus la
Mia: Banyak2 ni... jirus la
Me: Kejap la, kan tengah cebok montot ni. Biar je la..
Mia: Siannnn dia.. (ta*k)
Me: Nape pulak sian?
Mia: Dia pun nak hidup jugak....
Me: ???????? (ahahahaha.....)

Friday, September 3, 2010

Persiapan raya 2010

Lagi seminggu je nak raya.

nak cerita pasal persiapan raya ni... teringat jugak zaman kanak-kanak dulu. Masa dulu, hal-hal baju raya ni tak kisah sangat. Ye la kan... yang menyara kita pun cuma mak seorang je. Tapi seronok jugak sbb tetap ada baju raya dan kasut raya. Biskut raya tu.. yang wajib ada setiap tahun adalah bahulu. Warisan emak. Sedap tak terhingga. Tapi sekarang ni dah bertahun-tahun emak tak buat bahulu.. dah tak larat.
Dulu, tiap kali masuk bulan ramadhan, emak pun sibuk la jemur tepung dan gula. Dari pagi dah start pukul telur dan gula dalam tempayan besar. Dengan pemukul yang berputar-putar tu.. Dari agak2 sebesen kecil telur dan gula..sehinggalah pekat dan likat memenuhi tempayan besar tu. Mak tepuk sorang-sorang. Kadang-kadang aku pun tolong... tapi tak kuat. Tak guna pun mixer. Bila dah bertahun2 buat.. barulah mak pandai nak guna mixer. Tapi bile dah pekat, tetap kena tepuk guna tangan jugak.
Bila dah masuk petang, mak pun mulakan operasi membakar bahulu. Guna dapur arang ok. Yang bawah tu isi minyak tanah. Tapi kat penutup acuan tu ada bara api. Panas.. berpeluh2 kalau nak membakar bahulu. Kalau tak puasa masa tu, memang rezeki la kan nak makan yang panas2. Sedappp sangat. Sampai sekarang tak jumpa lagi bahulu sesedap emak buat. Cukup telur, gula dan tepungnya. Lembut sangat2. Dulu ada sorang pakcik kat area rumah mak order beribu-ribu biji bahulu utk dijual di chow-kit. Kiranya mak mmg dah ada supplier la tiap tahun. Dan memang dah ada customer tetap. Tak payah nak pegi menjual sana sini.

Aihh rinduunye dengan bahulu emak. Sedap. Lembut. Tapi nak mewarisi tu aku sendiri tak tahu lah nak cakap.. malas kot. ehhehe...

Ok berbalik pada persiapan raya tahun ni. Baju raya untuk damia dah ada 2 pasang baju kurung. Cukup lah tu. Yang lain2, pakai aje ape yang ada. Rasanya ada lagi baju dan jeans dia yang belum di pakai. Untuk Khalish pulak, belum ada baju melayu. Yang tahun lepas punye sure dah tak muat. Ari tu ada gak tengok2 kat kedai kat tesco kajang ni. Last year beli kat situ. Cantik kainnya, harga pun berbaloi. Sepasang baju melayu saiz 1-2 tak sampai rm40 pun. Kain memang cantikk... Bukan brand tesco ye. Tapi kat lot-lot kedai dalam tesco tu.

Tapi rasanya nak jugak sambar sepasang dua lagi baju untuk diorang. Tengok lah karang. Hari jumaat kan.. panjang sikit langkahnye. :)
Aku dan damia, sedondon lagi tahun ni. Ada 2 pasang yang kami sedondon. Sepasang tu skang ni tgh dijahit manik. Damia punye pun aku suh manikkan jugak. Kang dia tgk aku punye ade manik... tak pepasal di pagi raya meraung aku nak jahit manik kat baju dia. Dah la tak reti.......

Untuk ayahnye pulak, katanya tahun ni tak payah la nak berbaju melayu. Aku suruh pakai je baju melayu tahun lepas. Hehehe... Dah 4 tahun beli baju melayu setiap kali raya. Tapi pakainye sekali je... So tahun depan nak ulang balik lah ikut kaler2 baju melayu ayahnya.

Tahun ni kami beraya di Pahang, Insyaallah... Mesti meriah sebab kat sana ramai budak2. Family pun besar... So pagi raya tu biasanya memang kecoh la. Tak tahu la macamana khalish nanti sbb tahun ni dia beraya dengan rendang dan ketupat. Tahun lepas tak pandai lagi nak makan2 tu. ehhe...

Bagi aku pulak... tahun ni bajet memang tight. Banyak yang harus dipikirkan sebelum membazir. Dengan plan kami yang akan datang lagi, banyak pakai duit. So harus berjimat dari sekarang. So duit raya tahun ni takde la nampaknye. ahahahha.... tunggu bigboss punye duit raya je la kalau nak bagi budak2 pun. Ok tak bang? ngeeeeeee :D
Kuih raya pulak, tahun ni beli secara online je. Ada la dalam 6 jenis. Saje nak try. Sebab tgk kat blog macam sedapppp je. Owh.. untuk anak2 buah ku atau kawan2, kalau nak merasa kuih raya Mak Hanis Zalikha, meh la dtg beraya rumah i ye... hihihi... Dah amik dah kuihnye. Bukan takat kuih je cantik2... kak nani pun cantik juge. Oh tapi tak jumpa la Hanis Zalikha sebab dia belum balik dari segamat lagi.. Terima kasih kak nani. Sungguh baik hati kak nani sebab bagi saya beli extra kuih yang tak di order hari tu. Tetiba pulak berkenan kat kuih nan satu tu.... huhu...
Untuk kawan2.. terima lah kad raya ikhlas dari kami anak-beranak: