Tuesday, September 7, 2010

gi IPD Kajang tadi..

Hari ni lst day bekerja sebelum bercuti. Yea...!!! Mood pun dah mood bercuti. Tapi hari ni agak letih jugak la sebab menunggu lebih 1 jam di IPD Kajang tadi. Temankan kawan nak buat police report. Dah lepas report, kena tunggu Investigation Officer pulak. Haihh... membazir waktu begitu saje hari ni. Tapi tak pe... yang penting usaha kami nanti berbaloi.

Masa kat IPD tadi, ada la sorang budak skolah form 2 kena tangkap. Sebab dia curi barang kemas emak dia yang aku dengar2 bernilai RM25k. Tapi budak tu dah jual barang tu dengan harga RM300!!! Phewww... kalu aku jadi emak budak tu, berpeluh2 aku tau.. Menangis air mata darah! Tapi kalu aku jadi yang tukang beli, walllaaahhhhhh.... menghelip-ghelip lah lengan aku tahun ni. ekekke....

Oh ya! Kami ke IPD sebab ade satu kes. Tak sangka di bulan yang mulia ni pun masih ada insan yang tak tahu bersyukur.. masih nak berdengki sesama manusia. Menabur fitnah kepada seseorang. Aduhaiii.. kesian betul orang-orang yang macam ni. Ermm.. macam entry aku yang lepas2, kalau kita tengok orang lain tu hidup senang lenang jangan lah pulak kita mendengki siap tabur fitnah bagai... Ni kes tak boleh tgk hidup orang senang la ni. Macam-macam hal..

Yang penting, laporan polis telah dibuat. Cuma dalam proses untuk lantik lawyer je. Tapi bukan kes aku la sbb.. aihh sape lah haku ni! ehehe.. Ni kawan baik kat opis aku.. ramai sangat yang dengki dengan kerjaya.. kemewahan yang dia ada.. Ntah la.. susah nak cakap! Kalau lah orang yang buat fitnah tu baca blog ni.. aku cuma nak cakap.. pagi raya nanti makan ketupat dan lemang tu elok2 sikit. Takut kang tetiba polis datang rumah bawak gari.. tercekik pulak lemang tu dengan buluh2nya sekali... heheheh...

Apa2 pun.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

3 comments:

mamalieyna said...

issh budak tuuu...eeeeiiii..tak patut betul..sian mak dia weeh, nak2 raya ni..giler jual semurah tu! eeeii.. =P

*oooh manusia begitu, tak aman hidupnya kan..apa la mendengki2 pulak..haish..takmolah hidup camtu, tak tenteram..!

*Selamat Hari Raya jugak buat Su sefamily, mohon maaf zahir & batin!

Anonymous said...

mcm2 hal skang yer.. tapi nape ye ramai sangat yg dengki tu.. byk2 la ye beramal dijauhkan fitnah dan musibah.. memang ade orang takle nengok orang senang..walaupun kita tidak menonjolkan apa yang kita ada.. lebih baik low profile jer tkde susah2 cmnie..

Sue said...

mamalieyna,
tu la sian mak dia. mak dia pulak da balik kg beraya. anak tak bawak. tu la jadinye... silap family jugak la kan. ish tak berani nak kata org, takut akan dtg kena kt kita pulak, harap2 anak2 semuanya baik...

***********
Anon,
biasa lah.. walau bulan puasa syaitan semua di ikat, tapi nafsu cemburu dan iri hati yang menguasai diri yg buatkan manusia tu lemah..