Wednesday, September 29, 2010

Semalam baru dapat rasa rendang emak raya kali ni

Hari Isnin tu hari last mak puasa 6. Bila mak terfikir-fikir nak masak apa untuk hari rayanya tu, aku apa lagi... aku suh mak masak rendang la. Sebab raya hari tu tak merasa pun lagi rendang mak, sbb raya belah mertua kan...

so bila mak dah merendang tu, aku pun bercadang nak buat kuah lodeh ngan kuah kacang. Bawak kat opis makan ramai2. Fuhh pasti sedap!

So pagi selasa tu, damia siap bertambah2 makan nasi impit dgn rendang opahnya, walaupun pedas. pastu kuah lodeh aku bekalkan untuk damia bawa ke rumah ibu min. Damia request nak bawak jugak rendang. So bekal dia dan adik pagi tu adalah nasi impit + rendang + kuah lodeh. Aku bawak ke opis jugak... benda yg sama + kuah kacang. Then aku invite kwn2 yg rapat untuk sama2 makan... Nyummm nyummm...

Since hp prob, so gambar pun amik dari google je lah ye :D





pic dari kak hanieliza



Pic dari mamafami
Masa kat Pahang, pak mertua buat rendang minang. Aku rasa tak puas makan sbb rendang minang kan jenis kering.. Kalau rendang mak buat, mcm gambar kat atas ni lah lebih kurang... sedap makan walau dgn roti sekalipun. Kalau ayam/daging habis pun, saki baki tu masih boleh lagi dimakan dgn nasi. Tu yg sedap tu.. pastu pulak ada daun kunyit. Wangiii je. Sampai masa nak jemput damia balik pun dia sibuk nak nasi impit dgn rendang lagi. Khalish makan nasi impit dengan kuah kacang, siap bertambah2 pagi tu. Kat rumah ibu min pulak, berulang kali dia makan nasi impit dgn kuah lodeh.
Owh.. kuah lodeh tu aku yang masak sendiri. Kawan-kawan kata sedap. Ibu min (babysitter) pun kata sedap. Siap tanya cemana aku masak sbb dia masak lain rasanya. Hehehe.. Resepi yg ringkas sangat2 sbnrnya. Bila aku bagitau, dia pun macam tak percaya. Sebab apa?
Sebab.... aku cuma guna kunyit hidup dan lengkuas yang ditumbuk lumat, kemudian tumis. Pastu masuk je la santan. Yang lain2 lepas tu, tentu kawan2 pun terer kan.. Memang tak pakai bawang langsung pun! Taruk la udang untuk rencah.. baru tambah sedap.


1 comment:

gee ryder said...

slurp2...sdpnye hehe