Thursday, July 7, 2011

Sila 'LIKE' calon Imam muda dan ustazah pilihan

Pagi Jumaat yang mulia ni, aku memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memurahkan rezeki anak ku.. Alhamdulillah.. Pagi tadi baru aku dapat mengira berapa jumlah susu yang telah terkumpul. Ok sebenarnya aku ada sediakan buku catatan untuk rekod setiap kali aku pam. Bila susu dah digunakan, nanti aku potong balik. Sehingga ke hari ini, Khalif masih minum susu ebm bulan 4 punye, sehari dalam satu @ dua bungkus. Setiap hari aku bekalkan fresh ebm 3 pek, dgn thawed ebm 1-2 pek. Dan sekarang ni Khalif dah minum 3.5oz ke 4oz setiap sesi.


Total ebm yang terkumpul sekarang dah ada sebanyak .......... 720 oz. Syukurr..



Gambar atas ni stock frozen ebm bulan 6, dapat simpan dalam 2 plastik beg.


Yang comelnye aku ada assistant yang tolong masa nak pindahkan susu ebm tu ke dalam plastik beg. Berlumba-lumba tangan aku dgn tangan dia nak amek ebm tu. Seronok sangat.. Walaupun susu ebm ni utk Khalif, tapi abang Khalish tetap excited!





Tengok la tu... muka penuh kasihsayang sebab nak mengepam susu kan kena berfikiran senang n perasaan mesti penuh kasih sayang, baru boleh hasilkan susu yang banyak!



Semenjak masuk kerja ni jarang dapat pam ikut jadual. Walaupun aku cuba pam 3 kali kat opis, kadang2 je dapat. Tapi kalau kat opis dapat pam 2 kali je, kat rumah nanti mesti pam sekali. At least sehari pam 3 kali. Aku belum segigih k.mieja yang bangun malam2 utk pam. Huuuu salute betul la kt k.mieja.


Minggu ni da 2 hari aku rasa susu tak lancar. Sebab pam tak ikut timing. Dah ketul2 bengkak pun bila pam tak mau keluar. Nak perah tangan alahaii lenguh gile. Pastu side kiri tu aku mmg tak pandai nak kosongkan dgn tangan. Kalo belah kanan, ok lagi la. So semalam petang kat opis pam, tapi tak banyak yang kuar. Perah tangan da lenguh. Pastu time's up, nak kena balik sebab tumpang orang. Bila kat rumah, khalif baru lepas menyusu. So aku mandi2.. lepas siap, aku amek pam n start pam skali lagi. Tapi susu malu2 nak kuar. Try gak urut2 sebab rasa ada ketulan susu kan..


Pastu sambil pam sambil tengok Dewa Cinta. Tetiba abang Khalish dok main bola depan aku. Haaa apa lagi... aku rasa daripada aku urut2 tapi tak kuar, baik aku offer kat si abang ni ha. Masa aku tanya 'abang, nak tekkkk...?' dia macam 'huh????' -diam sbb tetiba dpt offer- pastu senyum n datang kat aku 'nakkkkkkkkk..' Pastu tak sabar2 lak tu. Hahaha... Aku pun amik bantal, baring n bagi dia tekk. Sampai terlena la budak tu. Elok sangat la tu. Lega segala urat side kiri aku tu. Pagi ni pam, lancar je.. alhamdulillah..



Karenah anak2 yang menghiburkan hati...:


1. IMAM MUDA














2. USTAZAH PILIHAN











huhuhu.. yang no.1 tu ok lagi la... yang no.2 ni boleh ke jadi ustazah pilihan kalo dah gitu gayanyee??


masa tu damia baru lepas mandi, n dia sikat rambut elok2 n lawa2. Skang nak melawa jeee.. pastu aku pulak amik tudung coz nak gi kedai. Dia pun sibuk nak pakai tudung jugak. Bila aku suruh tukar suar panjang, dia kata tak payah. Sukati la. Sekali nak kuar baru aku perasan. Bukan takat seluar pendek.. tapi siap berambu2 kat dahi. Astagaa.........


p/s: esok nak naik gunung nuang. Hahaha da lama gile tinggalkan aktiviti mcm ni. tetiba kena naik gunung dgn eksesais takde.. yang penting pegi tick nama. Ini xtvt opis.





Eh laaa ada satu lagi gambar rupenye. Hee... ni no.3 pulak la.. TOKEY KEDAI. Mau risauu tuan kedai ni bila budak 2 org ni dtg mengerjakan ikan keli. Adoii... sampaikan budak kedai tu amek sekor, masukkan dlm plastik berisi air n suruh bawak balik. Tu yang damia pegang tu.... balik rumah ada la dia bela dekat seminggu. Pastu aku takut bebudak ni main kang kena sengat pulak, so aku pujuk damia utk 'matikan' je ikan tu n bole goreng....... ehehhe

4 comments:

MARIA LIZA said...

saya pun tak pernah bangun malam pam susu..tak larat pun..lagipun malam direct feeding...kat ofis 3 kali jer pam...tinggal 5 bulan lagi ni nak cukup 2tahun

AMIIZAA@Mieja said...

comelnya uztajah cekci heheheh :)

SUE: alhamdullilah ebm banyak, suka akak tengok:):) bangunlah malam, mesti terlebih masyukkk :)

sukanya tgk khalish nenen mama....comel sangat,beruntung sue dapat nenenkan dua serentak:):) makin slimmmlah sue:):)

Sue said...

Maria,
best la awak tinggal lagi 5bln je. saya ari tu kantoi takat umur khalish 1yr 4mos, kantoi sebab peknen n susu drop gile.... huhu..


******

k.mieja,
thx.. nak bangun malam tu yg tak lalu nk bukak mata kak. hehehe.. alhamdulillah, merasa jugak nak menyusu anak yg da besar. mudah2an makin slim tapi takat ni belum nmpk pa pe perubahan pon. ahhahahhaa

A.H.A.D said...

byk betul susu u sue...
adoi kelakar la khalish nak mengepam jugak haha...
yg ustazah tu apehal pakai short tu? kekeke