Thursday, June 30, 2011

Kisah susu dan anak

Ibu-ibu sekalian mesti tau susu yang terhasil ada 2 jenis. Foremilk dan Hindmilk. Foremilk adalah susu yang keluar awal, yang mengandungi kurang lemak. Sesuai untuk anak yang kehausan di kala cuaca panas > ops.. itu teori aku masa nak bagi bfeed yea. hehehe.. sebab aku kalau Khalif macam haus sebab cuaca panas atau sebab dia banyak berborak, aku bagi boobies yang penuh dulu supaya foremilk banyak. Lepas dia relax2 camtu aku bagi lagi supaya dia minum betul2 sampai dapat hindmilk.

Oh.. Hindmilk pulak susu yang mengandungi lebih banyak lemak. Macamana nak tau baby kita banyak minum foremilk atau hindmilk? Ok camni.. kalau baby kejap2 nak susu... atau nampak dia tak puas menyusu, atau berat badan tak naik banyak.. itu tandanya dia banyak minum foremilk. Kalau dia menyusu sampai dapat hindmilk, maka dia akan gembira dengan senang hati 'kayuh basikal' dengan tangan berkepak2. Oh itu lah Khalif kalo dia senang ati...

Nak senang, sila google. :D




Tengok gambar di atas. Sebelah kiri adalah foremilk. Dan sebelah kanan adalah hindmilk (sbnrnye fore + hindmilk). Saje nak tunjuk bagi ibu2 yang tak tau tu, nampak beza foremilk dgn hindmilk.


Itu beza susu. Di bawah beza warna pulak :D



Tangan si anak dengan tangan si ibu. Hohoho.... jauh sungguhhhhhhh bezanya!!! Agaknye tgn ibu masa kekecik putih melepak cenggitu agaknye. Tapi bila da besar, da berjemur masa jadik Komander Kesatria dulu, terus coklat. Sedehhh...






Comel tak sayaa??? Dah 3 bulan tauu...







Saya suke berborak 'aaaa-uuuu-geeeee'. Pastu saya suke jerit kuat2. kalau lambat bagi susu, laaaaggiii saya jerit kuat2. Saya tak suke lambat2 sebab saya laparrr tau....!




Alhamdulillah, pagi tadi sampai opis awal dan pam. Dapat 12oz. Syukurrrr.........


Semoga Allah permudahkan urusan menyusukan Khalif. Dan semoga rezeki susu Khalif sentiasa meriah!!

5 comments:

MARIA LIZA said...

good luck..my journey berbaki 5 bulan

A.H.A.D said...

sue, susu u mmg banyak la...
i memang sikit jer. dan i rasa afeef byk minum foremilk la sbb tu badan dia tak naik.
camne nak bagi susu banyak lagi ha?
i dah beli air teh kurma longan yg u suggest tu pun i rasa biasa jer. banyak paket dah beli sebelum ni.

Sue said...

Maria,
lagi 5 bulan? bestnyeeeee...

******

gee,
alhamdulillah ada rezki si kecik. alamak gee.. nk kena try n error la bab2 nak banyakkan susu ni. da try pil ASI tak? Milkmaid tea? Shaklee....?

A.H.A.D said...

sue, milkmaid tea n shaklee dah.
pil Asi je belum hehe

Sue said...

gee, i consume pil ASI masa dlm confinement coz masa tu susu tak meriah. Alhamdulillah.. susu tak de la mencurah2 sgt tapi still ada peningkatan n susu lebih pekat. Tapi i taknak bergantung sgt pada pil ASI takut nnt lama2 immune pulak kan.. abis satu pack i stop. now just amik longan reddates, minum rebusan reddates.. lagi satu gee, gi la urut susu. boleh luruskan urat2 bagi susu lancar