Masa anak ke-2, alhamdulillah aku mula belajar tentang ilmu penyusuan sejak mengandung lagi. So hari ni aku jumpa banyak website yang bagi info pasal ni. Pasal kenapa baby tak perlu air masak.....
Info dari Mom's Choice
Telah ditakrifkan bahawa penyusuan bayi secara eksklusif selama 6 bulan
adalah pemberian SUSU IBU SAHAJA.
Tahukah anda bahawa bayi yang menyusu secara eksklusif tidak memerlukan
tambahan air lain termasuk air masak atau air kosong, glukosa, jus, air teh, kopi
dan sebagainya ?
Pemberian air kepada bayi boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan bayi kerana:
- Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko
jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan
pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu
yang menyaluti saluran pencernaan bayi.- Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
- Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan
kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan
kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.- Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air” atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di
dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.
Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi
untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif
selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi
semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.
Okey.. kalau rajin google aje, macam2 info ada. Yang penting baby bawah umur 6 bulan tak perlukan air masak! Maknanya baby bawah umur 6 bulan juga tak perlukan makanan tambahan, hanya susu ibu semata2..........
2 comments:
betul tu...dulu pun maria bagi kat anak no. 1...takut haus..anak yg no.2 ni pun walaupun fully BF pernah gak terbagi..bile dah tau baru stop..nanti nak share jugalah info pasal ni kat blog ye...boleh tak????
maria,
silala share.. sharing is caring, rite?
Post a Comment