Tuesday, June 28, 2011

Tahnik

Dah bersawanggggg..... ;p

Ahad lepas aku buat majlis kecil-kecilan kat rumah. Asalnye jemput ustaz datang untuk tahnik kan Khalif. Pastu alang2 dah panggil ustaz, nak la buat doa selamat dan tahlil ringkas. Jemput adik beradik dan jiran tetangga je. Simple sangat majlis nye.

Sepatutnya, dan sebenarnya adalah disunatkan untuk mentahnik baby yang baru lahir pada hari ke 7. Tapi masa tu pun aku still dalam wad. Bila balik rumah dan sepanjang tempoh berpantang tu pun, husband jarang ada. Kalau balik pun kejap sangat. So tak sempat la nak buat tahnik tu. Tapi alhamdulillah, dapat juga buat masa baby da masuk umur 3bulan.

Ini pertama kali pengalaman aku mentahnik kan baby. Masa Damia ngan Khalish dulu just buat cukur jambul je. Tak teringat pun nak buat tahnik. Masa mengandung Khalif lagi aku dah niat yang cukur jambul tu tak penting. Yang penting adalah tahnik dan bercukur. So tak de majlis2 meriah....



Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan tahlil ringkas. Pastu amik Khalif yang tgh sedapp tido, bagi kat ustaz. Terus dia bangun terkebil2 mata pandang ustaz. Tahnik guna madu. Aku tak sure doa apa ustaz baca coz tak dengar.. pastu ustaz celup jari manis dia dalam madu dan masukkan dalam mulut ustaz (maybe ada baca doa dalam hati kot) pastu sapu dalam mulut Khalif. Keliling mulut. Terkemam2 aku tengok budak tu.. hehehe....

Ustaz pun gelak. Pastu Khalif kan suke isap jari so ustaz celup jari halus dia tu dalam madu n bagi khalif isap. Hehehhe terkebil2 muka budak kecik tu... apa pun, alhamdulillah.. mudah-mudahan Khalif dapat berkat ustaz tu.





Just nak selit gambar lain:




Stock ebm terkini dalam freezer. yang dalam tray tu bulan 6 punye. Alhamdulillah... Skang ni guna bulan 4 punye lagi.





Cubaan untuk mengambil gambar bersama anak2.. Jenuhhhh... last2 ini la paling ok kot...


Tu je la update kali ni. Nanti update lagi. Ada baanyaaakkkkk gambar nak buh tapi tak sempat la. Right now busy sangat2. Start keje ari tu sampaiiiii skang ni, tak menang tangan. Kejap capai keje yg tu, kejap pikir yang ni. Adoyaiii... diskriminasi tetap terjadi. Tapi yang penting bak kata my good old fren :



ADA AKU KESSSAHHHH???!!!

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

kite tk biasa ngan tahnik nih..tk pernah tgk org kmpung buat pon..slalu wat majlis akikah jek, then adalah baacaan tahlil ker marhaban sume tuh..nway, khalif comellll sgt..putih melepak..dr jauh tgk macam bby girl pon ada..hihi

Amiizaa2001 said...

alhamdulillah sue dah berjaya kumpul stok ebm:):) congrats....:):)