Friday, September 28, 2012

Korang pilih tak tadika yang english medium?

Anonymous has left a new comment on your post "Confirm dah... Montessori Islam!": 

English medium tu mmg la penting, tapi yg lagi penting pada saya ialah pendidikan ugama dan akademik. Walaupun medium bahasa melayu, ramai cerdik pandai di Malaysia ni yg boleh saya katakan rata2nya semua belajar di sekolah tadika medium bahasa melayu dan ada yg tk pergi sekolah tadika langsung. Lebih2 lagi malaysia galakkan penggunaan bahasa melayu di semua sektor pekerjaan di Malaysia. Lainlah kalau mmg ada perancangan utk hantar anak melanjutkan pelajaran ke luar negara atau hijrah ke luar negara, medium english haruslah jadi keutamaan. 

Publish 
Delete 
Mark as spam 


Semalam atau kelmarin dapat email pasal komen di blog ni. Semua komen memang akan sampai ke email box dulu. Sebab selalu orang komen kat entry yg dah lama-lama. Ini je cara aku bole trace any komen yg masuk :)

Bagi aku, memang betul pon ape yg si anon ni kata. Ramai cerdik pandai di Msia ni dulu2 nya belajar di tadika yg medium bahasa melayu. Tapi sekarang rata-rata tadika pon dah promote english as a medium.. mesti ada sebab kan?


"English medium tu mmg la penting, tapi yg lagi penting pada saya ialah pendidikan ugama dan akademik.English medium tu mmg la penting, tapi yg lagi penting pada saya ialah pendidikan ugama dan akademik."

Jadi tepat lah kan saya pilih Brainy Bunch International Islamic Montessori tu..... Kat situ ada English, ada pendidikan ugama.. dan ada akademik ;)

 "Lainlah kalau mmg ada perancangan utk hantar anak melanjutkan pelajaran ke luar negara atau hijrah ke luar negara, medium english haruslah jadi keutamaan."

Yea.. memang saya ada perancangan begitu. Kenapa, salah ke? Bukan saya kata University kat Msia ni tak bagus. Saya dan husband sendiri graduate from local U. Tapi study abroad itu adalah impian saya dari dulu... Dulu keluarga sy takde sorang pun masuk U. Abang n kakak saya takat SPM je... ada yang takat SRP saje.. Tuah saya dapat masuk sekolah teknik dan cemerlang SPM. Tapi masa tu memang takde orang yang nak guide saya utk pilih U mana terbaik.. course ape yang senang dpt keje nanti... semua saya suka2 pilih....

Cuma saya tersentak semasa datang temuduga di tempat kerja sekarang. Seorang pegawai tanya.. dgn kelulusan SPM saya yg cemerlang begitu, kenapa tak sambung belajar di luar negara?

Owh... masa tu saya berazam, walaupun saya tak dapat jejak kaki ke luar, Insyaallah saya akan tanamkan impian itu kpd anak-anak saya... Insyaallah.. Jadi tidak salah lah saya berimpian begitu kan?

Dan lagi satu, kenapa saya memilih tadika yang medium english ini? Sebab saya nak anak saya belajar english - boleh membaca dan bercakap english -  tak macam ibu dia ni yang sehingga masuk U pun saya takut nak bercakap english. Betul, tak tipu :)

Nak pegi interview company swasta pon saya takut sebab nak kena interview dalam english. Takut. Bila umur da 32thn dan dapat maid filipin baru saya boleh berani speaking walaupun tah apa2....

Tapi saya bersyukur... anak saya seawal umur 4tahun di hantar ke tadika BBIM dah boleh cakap english. Sekurang-kurangnya di sekolah rendah nanti dia tak perlu rasa rendah diri sebab tak paham english - macam apa yg saya pernah alami dulu.......

Dan utk makluman juga, BBIM sebenarnye akan ajar bahasa melayu bila student dah mahir english. Bukan lah takde Bahasa Melayu langsung! Dan alhamdulillah jugak anak saya memang dah pandai baca Iqra dan surah2 lazim... Itu pendidikan ugama, kan??

Monday, September 24, 2012

Bila maid request nak balik cuti

Kesian si Sahra, my pinoy maid. Emaknya baru meninggal dunia. Tapi dia lambat tahu. Tak tau lah kenapa kakak2 dia kat sana tak call n inform. Mulanya masa nak raya ari tu, aku pun rasa pelik gak..dia ni tanak wish selamat hari raya ke kat mak n family dia kan.. Sampai malam raya dan lepas raya pun dia tak call. Owh dia takde handphone. Memang syarat dia tak bole ade hp. Selamat aku di situ :)

Kalau dia nak call, dia akan minta izin aku utk guna fon aku. Hp damia actually. Nanti tolak je gaji bila bil sampai. Malam raya tu kat pahang. Da terdetik dalam hati aku, sahra ni taknak call ke mak dia? Tapi tak terluah pulak.. Terus je aku diam. Pikir aku biar lah..lagipun banyak keje kan nak raya ni.. sok2 balik rumah nanti baru lah dia call agaknye...

Seminggu berlalu. Balik dari Cameron lepas raya tu, hp nokia aku habis bateri. Aku tak caj pun. Hp damia pun sama... aku banyak guna galaxy note je. Bila dah caj n on hp aku n damia, tgk ade beberapa misscalled hari semalamnya. Pastu ade 1 sms minta sahra call kakak dia yg kat Melaka. So aku panggil n minta dia call.....

Innalillah.. baru lah dia dapat tahu yang emak dia dah kembali ke Rahmatullah. Kesian gak dia. Menangis-nangis..... Rupanya emak dia meninggal pada 19hb, hari raya pertama selepas takbir... 

Then start hari itu, seminggu dua gak hati dia sayu. Kerja tu kerja la..bole buat.. tapi bila budak2 buat perangai esp damia yg kadang2 ikut angin dia je.. menangis jugak la sahra tu.. heee.. 

Baru2 ni dia request nak balik cuti sekejap. nak ziarah kubur emak dia. Dia cite kat mak aku, dia da beberapa kali mimpi mak dia datang jumpa dia. Mak aku cuma pesan suruh solat n baca yaasin sedekahkan... Dia kata tak sanggup la nak tunggu habis kontrak 2 tahun baru nak balik sana. Dia nak balik sekejap..... 

Aku takut. Takut kena tipu pun yea.... Bawak dia jumpa agent. Agent  mulanya tak bagi. Kena tunggu habis kontrak. Tapi lepas berbincang, last2 kitorang bagi la dia balik.. tapi lepas aku habis pantang nanti..dalam bulan 3. So dia pun happy..... kadang2 aku tanya jugak, nanti dtg sini balik tak.. dia promise akan balik sini. Sebab kat sana takde keje..dia nak keje.. even kat sabah keje jaga kedai pun gaji cuma 300 je... Dan lagi dia sayang sangat kat anak aku esp khalif... Lega rasanya... 

Tapi utk secure jugak..aku akan simpan gaji dia 2 atau 3bulan. 

Ni gambar kat kampung dia. Cantik. Teringin aku nak pegi satu hari nanti....



Sitangkai, Tawi-Tawi, Mindanao...








Best kan? Apa pun.. aku harap sangat dia pegang janji dia. Lagipun bulan 11 ni nak renew permit dia coz tamat bulan 1...... Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini...



Tuesday, September 11, 2012

Cuti-cuti raya


Masa raya ari tu kan raya kat Pahang. Memandangkan aku amik cuti seminggu sampai isnin tu..so lebih bagus kalau gi bercuti jugak di hari raya... Sempat booking hotel thru Agoda. Hari Raya ke-4 kami naik ke Cameron Highlands. Dari Bentong ke Raub ke Sg.Koyan sampai la ke CH. 

Plan aku nak bergerak pagi lepas breakfast. Tengahari dah sampai CH n nak lunch kat sana je..tak pun sampai kat Raub lunch dulu. Tapi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan atau disengajakan oleh bigboss, maka jam 1pm baru kuar rumah. Sampai raub singgah lunch kat Marrybrown.. dan sempat pulak beraya rumah sedare mare bigboss kat raub tu.. Last2 kul 6.30pm baru gerak kuar dari raub. 

Aku dah membebel dalam kereta. Bukan ape.. dah la nak naik CH tu berbukit2 kan.. Pastu kalau dah malam ni aku takut le jugak sebab bukannya byk kereta pun. Maghrib kat Sg.Koyan, terus shoot naik CH. Mujur jugak agaknye musim2 raya so ramai yang dari Utara guna jalan pintas CH ni utk balik ke pahang.... So hala kami ni sebijik je kereta kami.. tapi yang menurun laluan sebelah tu berduyun jugak la.. so tak la scared sangat kan? Cuma ada satu lokasi tu kabus mak aiiiihh tebal gile... tak nampak jalan.. guna lampu kecik baru bole nampak jalan... Apa pun alhamdulillah lepas 2 jam sampai kami di CH. Hujan pulak time on d way tu kan.... 

Apa pun, ni aku taruk sikit je gambar yg ada dlm hp.. pilih2 je.. hheheh... gambar yg lain dalam kamera. Tak sempat nak caj bateri...




Cam tak cayaaa je dah jadik anak bujang da si khalif ni ekkk...




Gambar bertiga je.. si abang susah sangat nak bergambar skang ni







Gambar family yang tak menjadi. Jenuhh nak bergambar. Tangan aku tgh lap airmata si abang sebab dia terjatuh langgar tunggul kayu. Berdarah lutut.. tapi aku nak jugakkk bergambar.. Sambil lap airmata n pujuk si abang, aku pun cakap la SMILEEE...SMILEEEE.... yang si adik lak ingatkan SMELL.... apa lagi, buat muka muncung pastu tangan dia tarik muka aku suh tengok dia... geram tak?? heheheh comelll budak ni!







Gambar lain nanti upload kemudian ok!



Now aku dah 5 months pregnant.... Still minum shake herbalife 3-4 kali sehari. Kat opis tak ramai lagi yang perasan aku tgh pregnant sbb baju2 kurung still loose... N muka pun belum kembang semangkuk.. Tapi better la kali ni. Coz last2 time punye pregnancy, by 5months je habis semua kembang termasuk la kaki aku siap macam kaki gajah. Sampaikan orang ingat dah 8-9bulan... hehehehheh... Alhamdulillah mungkin berkat minum herbalife ni kan... perut pun sbnrnye kecik, tapi doc kata baby sihat...









Ramai yang email tanya pasal program herbalife.. Alhamdulillah.. seronok bila dpt tolong bagi makanan sihat kpd semua orang! Promosi September masih berlangsung.. Cepat, jangan ketinggalan!!!




Wednesday, September 5, 2012

VISCERAL FAT - APA YG PATUT ANDA KETAHUI?


Belly Fat - Korang tau tak yang Belly Fat ni bukan sekadar diukur melalui saiz pinggang?

Fat atau Lemak terbahagi kepada 2:

  • Di bawah lapisan kulit di bahagian2 badan seperti perut, peha, pinggul etc yang mana lemak2 ini kita ketahui tentangnya... di kenali sebagai SUBCUTANEOUS FAT (macam lemak2 di kulit ayam, kan?)

  • Yang berada di dalam badan, iaitu yang menyelaputi organ2 dalaman seperti hati, jantung, paru-paru etc yang mana berada di bahagian dada, abdomen dan pelvis. Ini dikenali sbg VISCERAL FAT - yang mana tidak ramai orang yang concern berkenaan dgn lemak ini. 







Ramai dikalangan kita yang sangat2 concern dgn lemak di bawah lapisan kulit. Tapi berapa ramai yang sangat2 concern berkenaan lemak di dalam abdomen -yang menyelaputi jantung, hati dan organ dalaman yang lain? Sebenarnya Visceral Fat yang tidak diketahui ramai ini lah yang sangat2 perlu diambil perhatian - kerana lemak yang jauh tersorok ini lah bakal menyebabkan masalah kesihatan yang besar dalam diri kita - walaupun anda sebenarnye seorang yang kurus (slim)




Bayangkanlah apa yang bakal terjadi bila organ dalaman kita telah diselaputi dengan lemak yang makin hari makin tebal? Orang perempuan biasa tengok pedal, hati dan jantung ayam kan? Pasti ada juga lemak2 yg menyelaputi bahagian tersebut. Bayangkan lah jantung dan hati kita begitu - dan yang pasti lebih tebal dari lemak ayam tu! 



Visceral Fat yang tinggi akan menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes type 2. Penurunan kadar Visceral Fat akan membantu untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit2 lain. 

Bagaimana mahu mengukur tahap Visceral Fat anda? 

Jika anda seorang yang serius dengan kesihatan diri, ambil tindakan segera! Hubungi saya untuk  Consultation dan health screen percuma. Apa yang anda akan tahu selepas membuat health screen? 

  1. Peratus kadar lemak di dalam badan
  2. Peratus kadar air di dalam badan
  3. Level of VISCERAL FAT
  4. dan lain-lain

Dan ISTIMEWA PADA BULAN SEPTEMBER INI:

BAGI ANDA YANG BENAR-BENAR SERIUS DGN KESIHATAN TUBUH BADAN - MAHU MENURUNKAN BERAT BADAN - MAHU MENURUNKAN LEVEL OF VISCERAL FAT ANDA:


PERCUMA  - PENDAFTARAN KEAHLIAN BERNILAI RM98.00

DENGAN SETIAP PEMBELIAN PROGRAM KESIHATAN 3 BULAN  






PROGRAM 3 BULAN AKAN MEMBANTU ANDA MENURUNKAN 
BERAT BADAN 2KG - 5KG

HUBUNGI SEKARANG!

CALL/SMS/WHATSAPP : 019-228 9693
EMAIL : sue.qaisara@gmail.com